Salam..
dedikasi utk seseorg yg sy syg amat....
harap dia membaca nya..

first of all...sya..sy mintak izin copy entry sya disini..sbb entry sya ni sgt2 la bgs utk dijadikan contoh...

"pagi tadi, ketika kereta saya menghampiri kawasan sekolah, tiba-tiba kereta di depan saya (kebetulan pemandunya adalah staf sekolah saya juga) terlanggar bumper kereta dihadapannya. mulanya, saya ingat mahu teruskan perjalanan ke sekolah sahaja, tapi bila tengok kan kawan saya itu keluar dari kereta dan memeluk anak dia yang menangis, saya berhentikan kereta di tepi jalan. panik juga bila tengok anak akak tu yang duduk di bahagian penumpang kerusi hadapan berdarah di mukanya.tengok kereta akak tu, teruk juga. bumper depannya kemek teruk, cermin pula pecah…

akak tu dah panik dan sibuk call husband dan anak sulungnya. kesian dengan anak kecik dia yang menangis-nangis, “sakittt, sakitttt…” mula la saya pun nak tumpang menangis sama. tuan punya kereta yang dilanggar pulak, sibuk menanya, “anak akak tak pakai seat belt ke? lain kali kena pakai seat belt kak” hehehe… dia rasa bersalah kut tengok adik tu berdarah-darah.. mungkin muka adik tu tersembam dan terkena cermin yang pecah tu.. dalam kelam kabut tu, saya bawa anak-anak akak tu ke dalam kereta saya dan bercadang bawa ke klinik terus. dalam hati, serba salah juga, risau kut-kut pentadbir marah tak izinkan saya keluar.. suka hati je bawak orang pergi klinik.

bila cikgu johan dan cikgu roslan datang, diorang pun menyuruh saya bawa budak-budak tu ke klinik segera. saya pun dah tak sampai hati sangat dengar adik tu menangis sakit… tapi, mak dia nak juga ikut. bila anak sulung dia dah sampai, kami pun terus saje lah mencari klinik 24 jam sementara anak sulung dia menyelesaikan urusan dengan pemandu yang dilanggar. Alhamdulillah, adik tu tak ada apa-apa. cuma ada beberapa kaca di tengah batang hidungnya dan luka-luka di bahagian muka. kesian. mungkin dia rasa terkejut kut. tu yang menangis beria-ia..ibunya pula rasa bersalah sebab anak dia tak pakai seat belt dan dia brek mengejut..

saya terfikir. sekalipun dalam perjalanan yang dekat, tapi, bila benda tu dah nak jadi, akan jadi juga. baiklah kita ambil langkah berjaga-jaga. disiplinkan anak-anak supaya pakai seat belt setiap kali naik kereta. saya berasa fobia bila tengok kes-kes macam ni. kita tak apa-apa. tapi, yang teruknya, anak kita… kesian, kan… memanglah seat belt tu tak menjamin keselamatan, tapi sekurang-kurangnya, kita berusaha mengurangkan risiko.

hmm.. selalunya saya tak berhenti bila ada kemalangan. tapi kali ni, saya rasa, saya dah berhenti di tempat yang betul.. siapa tahu, satu hari nanti, tiba giliran kita pula? nasib baik pentadbir memahami…"-sya