Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Readers

Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Friday, December 6, 2013

Kenapa doa dan permintaan tak termakbul??

Salam...


Monday, December 2, 2013

Sekadar Renungan

Salam...

Wahai anakku,
 
Di saatmu masih kecil, engkau tertanya-tanya mengapa pakcik di seberang jalan mempunyai kereta besar untuk anak-anakny
a ke sekolah tapi kamu perlu berjalan kaki.
 
Aku tersenyum tapi di hati kecilku aku terasa sedih tidak mampu memberikanmu yang terbaik.

Aku bercerita mengenai seorang budak yang pernah diejek di sekolah kerana memakai sepasang kasut yang berlainan warna dan saiz. Kasut kirinya hijau, kasut kanannya merah. Semua berasa hairan, tapi tiada siapa di sekolah yang cuba memahami mengapa budak tersebut berpakaian kasut sedemikian.

Thursday, October 31, 2013

Ubah cara berfikir menjadi lebih positif

Salam...

"Berhenti merungut, mengeluh dan menyesal. Tulis apa yang kita bersyukur dari dulu sehingga hari ini. In syaa Allah, esok akan lebih bahagia"
~ Prof. Dr. Muhaya ~  

Beberapa hari ini, hati selalu je merungut bosan dengan environment kerja sekarang...
~ but suppose harus bersyukur dikurniakan pekerjaan yang baik dengan gaji yang agak lumayan...kawan2 sekerja yang baik & best...ramai lagi orang di luar sana yang berlumba2 nak cari kerja sepadan dengan kelayakan yang ada...yang punya gaji lumayan...harus bersyukur sebab diri ini bertuah...

my sweet colleague

Thursday, September 26, 2013

wanita punca kejatuhan lelaki??

Salam...

Benarkah kejatuhan seorang lelaki (suami) itu berpunca dari seorang wanita (isteri)? kenapa tetiba je nak tulis topik ni? erm sebenarnya sekarang ni kan tengah kecoh pasal isteri Mat Yo (pemain bola sepak negara) yang dikatakan bermulut "longkang" tu...erkkk bukan mulut dia bau longkang tapi sebab bahasa yang dituturkan tu yg jadi masalah...lebih sedih bila suami pun kena tempias...dikatakan dayus sebab tak boleh nak mendidik isteri dengan baik...SEE?? Suami kan ketua keluarga...mesti tau macam mana nak handle family sendiri...kalau isteri pun tak boleh nak ajar..susah la gitu kan...
 

Monday, September 23, 2013

Rahsia Allah S.W.T

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
 
 Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.

Friday, August 30, 2013

Jangan sisihkan anak semasa kecil

Salam....

hari ini nak kongsi satu ceramah yang sangat menyentuh perasaan...it's so true friends.....a fews fact aku capture from this ceramah... (T_T)

Masa anak kecil, dia crave our intention...natural..they want us to see them and say "hi"

Ayah cakap "Tolonglah u amik anak ni jap...i bz...i nak sembang ngan kawan i ni..penting ni" - sebab tu kebanyakkan anak rapat dengan mak...mak jadi tempat sebab ayah selalu demolish dia...

Thursday, August 29, 2013

Keajaiban Doa

JANGAN BERHENTI BERDOA BUAT YANG TERSAYANG...

Kalau ada sikapnya yang buat kita kecewa, kalau ada caranya yang buat kita terluka.. Janganlah kita lupa bahawa ALLAH itu Maha Berkuasa.. Kalau ALLAH boleh menghidupkan dan mematikan, maka tak mustahil bagi ALLAH untuk hadirkan rasa kasih sayang dan cinta dalam iman seorang insan.. Hari ini kita rasa derita, tak mustahil esok lusa kita yang paling bahagia.. Berdoalah..
 
Bukankah doa itu senjata terkuat kita sebagai umat Islam? Kenapa kita cepat putus asa? ALLAH kan sentiasa bersama kita.. Cuma kita yang selalu lupa... 

RENUNGAN @ Rahsia Perkahwinan

Zafran doa apa sayang? (^^,)

Thursday, August 1, 2013

Erti Perkahwinan

Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…
Perkahwinan menyingkap tabir rahsia, Isteri yang kamu nikahi, Tidaklah semulia Khadijah, Tidaklah setaqwa Aisyah, Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman, Yang punya cita-cita, Menjadi solehah..

Tuesday, April 23, 2013

perempuan vs lelaki

penat..baru balik bercuti gi langkawi...cuti lama so keje pun bertimbun!! aishhh~~ nnti la ade mse baru update cite langkawi...best giler!!! ehhehe

ni copy paste dr FB...have a nice read!!

***********************************************************************************
PEREMPUAN SUKA CAKAP TERBALIK, ORANG LELAKI DENGAR MACAM PELIK

Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulaipun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”. Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan. Siisteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi. Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.
Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”. Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.
Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”. Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”. Suara masing-masing mula meninggi. Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu. Bagi Sisuami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya. Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini. Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita. Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik. Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya. Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.
1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.
2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.
3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain. Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,
1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.
2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.
3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.
4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya
Kepada isteri pula,
1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.
2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.

Selamat mencuba.
Pak Utih
***********************************************************************************
eheh...pas bce je terus teringat dialog laki bini...aku rse mmg btl la...pom mmg suke ckp belit2...jenuh laki nak paham..pastu bile laki xpaham pom sentap...wakkakakak....cth cam aku...normally lau blk kampung or perjalanan yg jauh....penah gak aku ckp camni...

"erm panas la rini kan bie.." (tp maksud aku sbnrnye aku haus)

hubby plak tnye..."hney haus ke syg?"

"erm tak susahkan ke nak lau beli air?" (masih xjwp soklan tu...keh3x)

hubby nnt terus berhenti kt mana2 kedai or petrol station...belikan milo (my favourite)...ahhahahaha...bile pikir2 balik...kan senang je aku ckp "bie..hney hausla..belikn air bole x?"....tp suke je ckp belit2...wut penin laki nk phm...ahahah...naturality org pom kot...ble bce story kt atas tu baru aku realize aku pun suke wut ayat belit2 bagi org laki penin...no wonder hubby penah ckp "hney ni ckp penin la bie nk phm"....ahahahahah

ade 1 ketika gak...aku tnya hubby...

"bie, mlm ni b penat x?"

hubby pandang pastu jwb..."nape"...

"xde pape...tanye aje.."

"ade nak g mane2 ke?"

"aah...jom kuar g mp nak x?"

"nak beli ape?"

"takde pape pn...sje je"

"erm lau sje je...lenkali pun takpe kan"

"erm..."

"ke hney ade nak tgk pape?"

"erm ingt nk cari baju tidur"

"kan snng ckp je td nk g mp nk tgk baju tidur..dah jom..xpyh nak tarik2 muka..."

"ahahhahahha..." (gelak besar)

tu la perempuan seperti aku....mekasih bie terima hney seadanya...cuba faham hney sebaik mungkin...kita akan same2 terus belajar memahami antara 1 sama lain okay!!!


p/s: now nak fahamkan prangai zafran plak...ahahahhah...(^^,)/

Thursday, June 16, 2011

for u my mr.right

lagu ni special utk mr.right a.k.a AHMAD REDZUAN...luv u (^^,)


Ahmad - Arrora Salwa

Pertama kali si aku malu-malu,
Saat ku dekat ku ragu2
Mungkinkah dia suka padaku
Ah Ah Ahmad…

Ternyata tanpa ku duga-duga,
Aku terima salam darinya
Bergetar saatku membalasnya,
Ah Ah Ahmad…

Dialah idola,
Dialah superstar,
Mampu menggetarkan ranah jiwa

Dia yg ku nanti,
Selalu terpuji,
Ingin ku dekat, selalu ku dekat..

Ahmad…
Kau selalu dihatiku
Ahmad…
Luluhkan keangkuhanku,

Ahmad…
Ingin aku cepat-cepat,
Bercinta dengan lelaki paling hebat..

Ahmad…
Peribadinya sederhana,
Ahmad…
Tiada banyak bicara,

Ahmad…
Ku tak mahu lama-lama,
Mendekat kepadaku dengan segera..

Ah Ah Ahmad….
Ah Ah Ahmad….
Ah Ah Ahmad….
Ah Ah Ahmad

Friday, June 3, 2011

aku x suke!!

aku senaraikan sikap2 laki yg aku xsuke...huhuuhuhu...bkn ape..lately ni ade la laki2 yg menjengkelkan aku...prasan dh la 1 hal...pastu ckp cam bagus benor...meh aku plak senaraikan prangai laki yg aku meluat...sume org xperfect...aku pun byk prangai xelok yg patut diubah...slow2 la der...tp senarai bwh ni mmg ler prangai laki yg aku xsuke...meluat mak nyah....xleh nk wutpe la....huhuuhuuhuhuh...cer bace...cer bace...PEACE NO WAR!! (^^,)




1. MENINGGIKAN SUARA/CAKAP KASAR

Aku paling benci bile lelaki tinggikan suara kat aku terutamanya tanpa sebab or tanpa salah pape...or dgn erti kate lain mcm saje nk tunjuk 'berkuasa'...kadang2 boleh ilang rs hormat bile lelaki ckp kasar kat sesorang pompuan tu...aishhh...benci org yg xtau respek others (~,~)



2. PANAS BARAN
Aduhai… masalah yang blh timbulkan fobia kat sorang pompuan ni bila dapat bf yg panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahan dia...langsung xreti kawal diri...then mula la ckp kasar...bahasa kasar...ade gak kesilapan tu punce dari diri dia sendiri tapi tetap nk menyalahkan orang lain..Setakat kena tengking blh la lagi diterima walaupun bengkek je dlm ht tp klau dh siap nek kaki tangan and sepak terajang bagai?? erm...malang ler nasib...klau nak sepak terajang tu, cari ler org yg sepadan ngan korang...jgn ler nk tunjuk macho and ganas korang tu dgn kaum yang lemah bro! Mane plak pegi sifat t/jawab and kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai ler nk kawal. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah der...senang abis cite....


3. MENIPU


Haa ni lagi satu sikap yg plg selalu lelaki suke buat...suke sgt menipu or beri alasan yg tak munasabah... padahal kdg2 terang2 dia dh kantoi tapi ttp xnak ngaku and sanggup create story lain utk cover penipuan dia...ketahuilah lelaki2 ni sume..pom ni ade 1 kelebihan yg tuhan kurniakan iaitu they have a strong sense...biasanya dia bole kesan or dpt rs yg that guy sedang menipu dia...tp normally cam aku ni...aku xsuke tanye...biasanye dh tau diam kan je n tgk sejauh mane dia akan menipu kt..then we can know them better...also can easily trace dia kalau menipu lagi in future...huhuhuhuuhhu..(actually that was my father's idea..men know better about men kan..ahakz!!)


4. PUTAR BELIT

Erm yg ni aku realise berdasarkan pemerhatian aku pada org laki di sekeliling aku...sume2 la yg aku kenal termasuk mmber2 rapat...adik beradik ke...mr.right ke or mane2 lelaki la yg aku kenal..diaorg ni kebanyakkannye pakar dlm memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya diaorg lah yang bersalah. Bagi diaorg, putar belit ini tak mengapa asalkan kite percaye alasan tu and then diaorg ni akan terlepas dari kesalahan sendiri. Kalau betul korang ni sygkan pasangan korang..betul2 cinta kat diaorg...bnde camni pttnye x berlaku sbb cbe pikir apa akibatnya kalau pasangan korang tau juga tipu helah korang suatu hari nanti. haaa...kalau korang tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah! sebaiknya jujurlah pada pasangan dr awal...org pom ni marah xlame...at least klau korang jujur...dia akan lebih respek kat korang...caye la..cehwah...erk betul tau...tu klau aku la...eheheheh


5. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Woooo...yg ni mmg aku bengang...plg bengang klau pasangan ni lebih2kan kawan2 dr dia...aduhai...korang klau betul serius dgn sorang pompuan tu...mmg nk kawen dgn dia...jgn la ketepikan dia and then lebih2 kan kawan2 korang...kdg2 tu sanggup batalkan date or janji korang semata-mata nk tgk bola ke..men badminton ke..or kdg2 just sbb nk gi minum and lepak2 aje dgn kwn2 korang...erm skali skala bolehla der...tp kalau memanjang je asyik kawan...kawan...dan kawan...lame2 bek korang kawen je ngan kwn korang tu...kan senang.... Apa guna bercinta kalau dh camtu gayanya? Kalau ada masalah plak, kwn2 sebagai tempat mengadu dgn alasan x sesuai cite dgn pasangan korang. Aishhh....klau dh korang yg pilih dia sebagai teman idup, or maybe satu hari dia gak yg jadi isteri korang, haaa takkanlah korang asyik nk merahsiakan sesuatu dari dia kan. Tak eloklah wut camtu, nanti dia mesti rs seolah-olah diri dia dah x penting buat korang...cbe klau dia wut camtu...ape korang rs? huhuuhuhuhu....ke mmg xkisah?? alamak...payah gak klau camtu...klau btul xkisah...maknenye korang xla betul2 syg gf korang tu...maknenye dia ade ke x ke...xde beza utk korang...aishhh kesiannye klau camtu....huuhuhuhuuh



6. MAIN KAYU TIGA / CURANG

Pergh bab main kayu tiga ni ler masalah paling besar dlm satu2 hub. Walaupun dah ada gf, korang ssh nk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan gf..pergh mmg sentap klau dpt tau...korang pandai plak sakit ht klau gf korang layan org len...tp korang sndiri mudah jatuh ati or beralih arah...pergh xbek bro wut camtu kat gf korang...klau rs msih lom final feeling korang tu...maksudnye rs msih rs nk pilih2 lagi...jgn ler couple ngan gf korang tu...kwn2 je dulu ramai2...pastu br wut pilihan...haaa camtu kan lebih molek...ni gf nak..pastu pom len pun nak...jgn ler tamak sgt bhai...adil la sket ok...


7. CEMBURU BUTA

Erm orang kata cemburu tandanya sayang kan, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang jer cemburu, tentu rasa xselesa gak. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut gf dia terlepas ke tangan kumbang lain kot..korang kene ler ingat, bukan semua pompuan tu suka bfnye kuat cemburu. Tapi, ada gak sesetengah tu suka bila bf dia cemburu sbb seolah-olah cam sgt syg and hargai dia...tp bg aku jgn cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kdg2...pastu dh cemburu buta menuduh tanpa usul periksa...mengamuk2 xnak dgr explaination plak...pergh yg tu lagi sentap bro...jgn la tunjuk sgt yg korang tu cam berkuasa sgt plak...kawal2 sket feeling baran tu ok...lets make girl respect u based on how u manage the situation or problem...sok2 korang kan nk jd ketua keluarga kan...kne la tau camne nk handle problem dgn bek =)



8. KAKI MEROKOK

Bhai...Ini satu gi sifat kaum lelaki yang melemaskan pompuan (terutama aku ler...keh3x)...mane taknye... asyik nk berasap sana sini, nek lemas dgn bau dan asap rokok korang ni. dah ler tu...abis baju2..rambut...beg... segala nye melekat dgn bau rokok korang..alamak der...penin oi smpai nk pitam dibuatnye...busuk!!! korang tau x..pompuan ni suke bnde2 yg cantik..yg wangi2...yg kemas2...yg xselekeh2..pndek kate yg cantik2 la..sbb pompuan dh dicipta camtu...beauty and women...selari ok der...erm dah tu dlm sehari kdg2 bole habis sekotak rokok. tu mujur klau sekotak..kdg2 bole beli lagi sekotak...mak aiii...juling biji mate nengok! Klau habiskan duit dgn mkn benda berfaedah takpe ler jgk kan, ni x… asyik nk menyedut asap busuk yg x sihat tu. Klau asap tu bw kesan pada diri sendiri jer takpe ler jgk, ni siap bole bg kesan pada orang sebelah gak tau. Kadang2 tu gf korang tegur bukannya apa, dia sayangkan korang tau x...dia xnak korang ni skt2 sok2 pas kawen ngan dia...klau korang skt...or meninggal sbb byk sgt isap rokok...haa sape yg sedih...bini korang gak kesian tnggal sorang2 dah tanpe korang...lagi klau aku..pergh xsnggup ar tgk laki aku isap rokok sambil men or dokong anak aku...pergh siap ar...jgn nk sentuh2 anak aku time merokok....huuhuhuhuuhuhuh..(wish mr.right cpt la benti merokok...doa sgt2...huuhuhuh)



9. KURANG BAGI PERHATIAN

Erm org slalu ckp lelaki ni kadang2 suka bertindak sambil lewa jer and krg bagi perhatian x kira ler dlm apa jer urusan...betul ke?? Tapi klau urusan berkaitan dgn diri dia sndiri...cepat plak laksanakan..klau ttg gf korang...wut bodo je...tp berjanji pandai plak...erm sbnrnye pompuan ni bkn ler nk korang bg perhatian smpai 24 jam kat dia...tp ckup ler klau korang ni amik tau hal idup susah senang dia tu...sbb dh naturality pompuan ni mmg suke bermanje and dimanjekan...jgn ler plak korang nk herdik dia ckp ngade2 plak kan...bkn 24 jam pun dia mntak dilayan...klau korang bole peruntukkan masa smpai 3-4 jam gi memancing...3-4 jam lagi gi minum and lepak2 dgn mmber2...ape la slhnye peruntukkan dlm 5-10 minit je call tanye kabar...ssh ke?? then klau pompuan tu ckp sumthing...tlg laa bagi perhatian sket...ingt dia men suke2 je ke nk ckp ngan korang perkara tu...msti sbb dia anggap korang penting la dia share mende tu and tanye pndapat korang...aiii penin akak ni nk terangkan dik...cenggitu la lebih kurang...ahahahahha....



10. KUAT KOMPLEN


laki yg kuat komplen ni pun rimas gak kepala lutut nk layan...tu tak kene...ni tak kene...tu tak bole..ni tak bole..dah kuat komplen..kuat plak ngongkong...erk penin mak ni nyah...~~ klau jupe tu..dr hujung rambut smpai ujung kaki dia komplen..stail rambut or tudung la...baju yg gf dia pakai la...seluar tak kene la..kasut la itu la..aiii pendek kate asal jupe ade je bnde nk komplen...xkene kat mata dia...der...dh cermin diri dulu ke sblum nk komen2 kaw2 tu??? korang tu smart sesangat ke? stylo sgt ke nk gf korang camtu...klau seiring xpe la jgk..ni nk gf meletop2 stylo..tp korang sndiri selekeh...pe kes bro??? cer jgn kuat sgt komplen tu..cer rilex..cer rilex sket...eheheh...tegur xsalah...tp biar kene pd tempatnye...tegur utk kebaikkan xpe..tp klau sume komplen...tu mmg nk kene la...kan bek korang terime je dia seadanya...dh korang kenal dia pun dia camtu kan...then dh bersame nape nk tukar2 dia..dah klau dia suke pkai beg simpang...xpyh ler nk pakse dia pkai handbeg...cthnye la kan....eheheh...nnti cnfirm dia xselesa n rs xconfident sbb dia xbiasa dgn cara tu...biar la dia jd diri dia seadanye...ok bhai???


11. PENGOTOR

alamak aiiii...ni ha ade la kan segelintir org laki ni ssh nak sedar diri korang ni ada yang pengotor...especially bab2 meludah ker or uang kahak merata-rata... uwekkkk!!! then ade gak yg jrang bsuh suar smpai bau cam sampah...then xpkai deodarant n mcm2 g smpai badan bau cam 100 hari xmandi...xrs segan ke camtu? plak tu ade ht nk komplen2 gf korang..nk dia cantik2 utk korang...tp korang sndiri penampilan wut gf korang xselera je tgk...bagi adil sket la der...klau korang nk gf korang cantik...wangi...kemas...pompuan pun camtu gak...jgn ler slekeh nau smpai hilang selera ni haa...ssh nyah mak nk terang lebih2...kang ckp mak ni cerewet plak...wakakkakaka 






~~ ni je la yg mak smpat pikir kan nyah...mak ni bkn ape...rimas tau x..rimas dgn ko tu...cer jgn byk cengkadak...kang gf tinggalkan ko br ko tau....bersyukur la dgn ape yg kt ade...bek buruk pasangan same2 la tanggung and cube berubah ke arah yg lbh bek..mak ni pun byk bnde nk kene betulkan nyah....yg pnting mak xla mcm ko keje nk komplen org je cam ko bgus benor...ni baru mak nk laser sket sbb mak panas tinge dgr suara ko nyah...kebanyakkan yg mak xsuke ni ade kat ko...gf ko dh bole trime ko dh ckup bek nyah...ko ingt sume pom leh trime ko cam gf ko ke?? klau mak...aiiii mintak jauh la nyah....tu pun ko ade ht nk curang gi...bw2 ler berubah...seblum yg xdikejar xdpt..yg dikendong berciciran..adios nyah...mak bkn nk gado..mak menegur sket je sbb tgk ko dh "lebih" nyah...peace no war ~~

Monday, January 24, 2011

keadilan…

(paste from old blog)



okay2x…tajuk post ni xde kene mengena dgn isu politik ye..ehehe…sbnrnye ade terbace 1 artikel ni…quite interesting..jap aku paste kt sini ye…aku br copy dr blog :-  http://insaaniyyah.blogspot.com/2011/01/allah-maha-adil.html
Suatu ketika Nabi Musa AS bermunajat kepada Allah di Bukit Thursina. Di antara munajat yang dipanjatkan pada saat itu adalah, “Ya Allah, tunjukkanlah keadilan~Mu kepadaku!” Maka Allah berkata kepada Musa AS, “Jika Aku menampakkan keadilan~Ku kepadamu, engkau tak akan dapat bersabar, dan tergesa-gesa menyalahkan~Ku.”
“Dengan taufiq~Mu,” kata Musa, “Aku akan dapat bersabar menerima dan menyaksikan keadilan~Mu.” Allah berkata, “Kalau begitu, pergilah engkau ke mata air di bukit itu. Bersembunyilah engkau berhampiran dengannya dan saksikan apa yang akan terjadi.” Musa AS pun pergi ke mata air yang ditunjukkan kepadanya. Dia naik ke atas sebuah bukit dan bersembunyi.
Tidak lama kemudian datanglah seorang penunggang kuda. Dia turun dari kudanya, lalu berwudhu dan meminum air. Setelah itu dia meletakkan sebuah beg di sebelahnya yang berisi wang seribu dinar dan mendirikan solat.
Setelah selesai menunaikan solat, penunggang kuda tadi bergegas pergi dengan terburu-buru sehingga dia lupa beg miliknya tertinggal.
Tidak lama kemudian datang seorang anak kecil untuk meminum air dari mata air itu. Maka terlihat dia akan sebuah beg. Anak kecil itu pun mengambilnya. Setelah itu, ia pun segera beranjak pergi dari tempat itu.
Setelah anak kecil itu pergi, datang pula seorang tua yang buta. la mengambil air untuk diminum, kemudian lalu berwudhu dan solat. Tak lama kemudian, datanglah si penunggang kuda yang ketinggalan begnya tadi. Dia menemukan orang tua buta itu sedang berdiri dan akan segera beranjak dari tempatnya. Si penunggang kuda berkata, “Kamu pasti mengambil begku yang berisi wang di sini.” Betapa terkejutnya orang tua buta itu. la berkata, “Bagaimana aku dapat mengambil begmu sedangkan mataku tidak dapat melihat!”
Penunggang kuda itu berkata, “Kamu jangan berdusta. Sebab, tidak ada orang lain selain kamu.” Orang tua buta berkata, ‘Betul, saya berada di sini sendirian. Namun kamu kan tahu, mataku tidak dapat melihat.” Si penunggang kuda berkata, “Mengambil beg itu tidak harus dengan mata, bodoh! Tetapi dengan tangan! Walaupun mata kamu telah buta, tanganmu tetap dapat digunakan.”
Akhirya, orang tua buta itu dibunuh oleh penunggang kuda. Setelah orang tua buta itu dibunuh, ia menggeledahnya untuk mencari begnya. Namun, ia tidak menemukannya. Maka, ia pun segera meninggalkan mayat orang tua buta tersebut.
Ketika Musa AS melihat kejadian tersebut, dia berkata, “Ya Tuhan, sungguh aku tidak sabar atas kejadian itu. Namun, aku yakin Engkau sangat adil. Kenapa kejadian ganas itu bisa terjadi?”
Tidak lama kemudian datanglah Jibril AS dan berkata, “Allah memerintahkan kepadaku agar menyampaikan penjelasan~Nya kepadamu. Dia menyebutkan bahawa diri~Nya sangat mengetahui perkara ghaib yang tidak engkau ketahui. Dia menyebutkan bahawa anak kecil yang mengambil beg si penunggang kuda itu sebenarnya sedang mengambil haknya. Dulu, ayahnya pernah bekerja dengan si penunggang kuda. Namun, secara zalim, ia tidak dibayar atas pekerjaan yang telah ia lakukan. Jumlah yang harus dibayarkan kepada ayah anak itu adalah sejumlah wang yang ada dalam beg itu. Ada pun orang tua buta itu adalah orang yang membunuh ayah si anak kecil itu dulunya, sebelum orang tua tersebut buta.”
Demikianlah. Sungguh Mahabenar Allah SWT yang telah berfirman, “Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang melainkan Dia~lah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang melainkan Dia~lah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak melainkan Dia berada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS Al-Mujadalah: 7)
Maha Suci Allah mengetahui segalanya..
Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah”
~IBNUL QAYYIM~


erm…jd bila pk kan..msti ade hikmah yg aku xtau sume bnda yg jd ni…maybe disebabkan kesilapan masa lepas yg aku penah buat…jd skung terkene blk dlm cara yg len..w/lau ape pun…aku just taknak ade kene mngena lagi dgn org yg tikam2 belakang ni…yg penting mr.right msih di sisi n percayakan aku…that’s the most important for me…coz org yg nk idup bersama dgn aku is mr.right..not “her”..not even “him”..do i looks like i care?? gosh!! hrp xde pape lagi cite kurang enak smpai ke telinga aku lagi…klau dia still nk buat xelok camtu…up to her/him..aku xkisah n xnak tau…aku yg lbh tau diri aku more than anyone…lgpun keadilan kan ade…wut she did..she’ll get it back…thanks mr.right for being beside me even ape yg dh berlaku..thanks a lots for kepercayaan yg awk bg pd sy…LOVE u~~~ (^_^)

Wednesday, October 3, 2007

Segmen Mari Menghayati…..

(paste from old blog)



Wahai sahabatku sekalian…

Tuhan memberikan kita dugaan itu untuk ditempuhi…jangan la sesekali kita kalah untuk menempuhnya..carila hikmah disebalik apa yang terjadi..dan engkau akan mengerti..bahawa ada sesuatu yang lebih baik yang dirimu akan alami dari apa yang terjadi…sabar dan tenang menjadi penawar hati..moga kehidupanmu sentiasa diredhai…carila jalan kebenaran..INSYAALLAH…dirimu pasti bertemu dengan kejayaan….dan sentiasa percaya dan yakin kepadaNYA…

Ketika….
Ketika engkau merasa bahagia dan gembira..janganla engkau terleka padaNYA…

Ketika engkau merasa sedih dan hiba..mohon la ketenangan dan pentunjuk dariNYA…

Ketika engkau merasa perit dan kecewa pada seseorang…jangan la engkau berdendam malah berdoala kebahagiaan untuknya…

dan ketika engkau mencintai seseorang..maka cintaila dirinya kerana YANG MAHA ESA…


||aku copy dr sorang member…bestnye..aku suke||

Friday, September 7, 2007

I LoVe U

 (paste from old blog)

The day you were born, the whole world was blessed
These thoughts in my mind to you I must confess

The time has come for me to express my true feelings
You are the center of my thoughts and the essence of my being

What you have brought me I never thought I could procure
The gift of comfort, with you I am secure

For you have lifted me up from a life filled with sorrow
And made me realize there is always a better tomorrow

It amazes me how someone can make me feel this way
I love you more and more with each passing day

You brighten my days and lift my spirits
I have felt this for so long and now want you to hear it

So you may know the place you hold in my heart
You are always with me even when we’re apart

I truly believe what we have is meant to be
Just open your heart and soon you shall see

What I am willing to do to keep a smile on your face
Just know that I’m here and will be always
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

3D magic art (2) 850cc (1) ABC bandung (1) air asia (5) aiskrim kek (3) aiskrim kek oreo (1) anmum (1) anniversary (11) annual dinner (6) aurawhite (1) azam (7) baby bullet (2) baby car seat (3) baby expo (2) baby milestone (3) bachelor party (1) baju menyusu (2) bandung (5) bayou lagoon (1) bayou lagoon water park (3) BBQ (1) bersalin (1) birthday (18) blog review (2) bonus (2) boots (1) bowling (1) buku merah (1) cameron highlands (1) casual wear (8) cat (4) celebration (43) charity (1) childen room (1) christmas (2) CPUV (6) dekorasi dinding (4) demam (1) derma (1) DIY (7) EBM (6) ekzema (1) emo (91) engagement (4) ephyra (1) erza masak (1) erza touch (2) exam (6) excident (2) family (38) feedmilk (5) free seat (1) freezer (1) friends (40) gambir (1) geraham bongsu (1) gigi (1) giveaway (109) goodies (1) gubahan (5) gunting rambut (1) hadiah (34) handphone (3) hari raya (20) helmet ARC (1) henna (2) home expo (1) homeopathy (3) honeymoon (1) hospital (1) hotchiks (6) housewarming party (3) indonesia (6) interview (2) jakarta (3) jalan cari makan (27) jalan-jalan (50) jeans shoes (1) jualan murah (19) jumpsuit (1) kad kawen (1) kancil auto (2) kancil melaka (2) kancil murah (2) kawah putih (1) kedah (1) kek lapis sarawak (3) kembar (1) kenduri (4) kenny rogers (1) kereta (3) krabi (1) KSWP (1) kuching (4) kuih raya (9) kwsp (2) laksa sarawak (3) lirik lagu (12) little caliphs (1) loan (1) love story (2) magic art museum (2) Mahkota Medical Centre (MMC) (1) main masak-masak (1) makanan sunda (1) makaroni sup (1) makeup by erza (2) medan (1) mee ayam (1) mee kolok sarawak (3) mekah (1) mekap (2) menu birthday party (2) menu sahur (2) milk booster (3) minyak herba asmak (1) miscarriage (3) model phone (2) mother's day (3) motor (1) my buddy (14) my career (40) mybaby (93) mylove (117) myself (192) nasam (1) nasi ayam (1) new style (2) new year (7) nikah (3) nuffnang (6) nursing wear (2) oceanarium (1) open house raya (1) Oriental Melaka Straits Medical Centre (1) paid review (4) Pantai Hospital (1) penang (1) peti ais (1) photoshoot (3) pierre cardin (1) pilihan (5) poem (14) policar poli (1) port dickson (1) potrait (3) PRCC (1) pre-school (1) pre-wedding (2) pregnancy (33) preparation wedding (2) private hospital melaka (1) produk kurus (4) promosi (16) PRU (1) psoriasis (1) PTPTN (4) puasa (16) puree (3) puree apple (1) puree pear (1) Putra Specialist Hospital (PSH) (1) ragut (1) ramadhan (6) rambut (1) rayban (1) resepi (6) review (105) river cruise (1) rokok (1) sabah (2) saham akhirat (21) sakit (3) samun (1) sarawak (5) saya jual (4) sekolah (8) senarai barang baby (1) seoul garden (1) simply fish (2) skuter (1) slimming suit (1) smart readers (1) smartphone (2) solid food (5) sony xperia z5 dual (1) soya (1) SPA (5) SPM (1) sponsorship (1) stabber (8) stalker (8) strawberi farm (1) sunquick (1) suprise (4) susu (8) sweethome (17) syria (1) taska (2) tema dinner (2) terengganu (9) thailand (1) the shore (1) the shore oceanarium (1) tips (11) tokoh (1) tunas pasti (1) umrah (1) vacation (12) valentino (1) valentinoboots (1) valentinorudy (1) vape (1) walker (2) wall deco (3) water theme park (2) wedding (30) weekend (70) zafran (85) zhariff (36) zulaikha (1)

I'm your ERASER

pencil: you know, i'm really sorry

eraser: for what? you didn't do anything wrong to me...

pencil: i'm sorry cause you get hurt because of me..whenever i made mistake, you're always there to erase it. but as you made my mistake vanish, you lose a part of yourself..you get smaller and smaller every time :(

eraser: that's true...but i don't really mind. you see, i was made to do this..i was made to help you whenever you do something wrong. eventhough, one of these days, i know i'll be gone and you have to replace me with a new one, i'm actually happy with my job..so please stop worrying...i HATE seeing you SAD because of me..

I do really LOVE you bie...

I do really LOVE you bie...