Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers

Readers

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, November 8, 2016

Throwback: JJCM (Day 2) di Bandung, Indonesia

Salam....

jom sambung story JJCM di bandung...hari kedua pagi2 dah bangun...tempat pertama yang nak dituju ialah kawah putih...seriously, ni la tempat yang aku teringin sangat nak jejak bila sebut bandung...eheh..maybe sebab pemandangan indah yang aku tengok kat gambar2 yang ada...cantik sangat...bila dah sampai sana??? yes, exactly macam gambar yang aku tengok...suasana yang bagi aku sangat romantik...siap aku cakap kat member, ni kalau buat wedding picture kat sini mesti cun...hahahah...jauh aku punye imagination...fuhhh~~

2nd day much better
both kids ceria waktu bangun pagi
aku bagi diaorang roti untuk bagi ikan koi makan
so diaorang eksited dan tak meragam even kene paksa bangun
amacam? berjaya kan trick aku...ehehe

Friday, November 4, 2016

Throwback: JJCM (Day 1) di Bandung, Indonesia

Salam...

rini nak sambung cerita trip kitaorang...pagi lebih kurang pukul 8, we all dah siap2 nak keluar jalan2..tempat pertama yang nak dituju is Floating Market...tapi sebelum tu kami bersarapan dulu di satu gerai tepi jalan saja on the way nak ke sana...kata pak supir kami, gerai ini memang yang agak famous di kalangan penduduk setempat..menu wajib try ialah mee ayam dan juga ABC...pelik je bila dengar...dah sampai lagi rasa pelik wei..hahahah

atas - mee ayam
bawah - ABC Bandung

Tuesday, December 15, 2015

Throwback: JJCM (Day 3) di Kuching, Sarawak

Salam...

rini nak story pasal last day kitaorang kat Kuching, Sarawak...plan we all last day ni just repeat kesedapan Mee Kolok & nak pergi Pasar Serikin..tak banyak plan pun..Pasar Serikin ni agak jauh dari bandar kuching, terletak di Daerah Bau..pasar ni terletak kat kawasan pemisah Malaysia - Indonesia...sebab tu ramai juga peniaga dia loghat ke arah Indonesia gitu...ehehe...

ni la gerai mee kolok yang sedap tu
Sepinang Sari Cafe & Restaurant
yang tepi sekali ni la pemandu pelancong we all
abg amir yang sangat bersopan santun (^^,)
macam laksa sarawak...mee kolok ni pun memang banyak di jual di kedai2 lain..tapi untuk terjamin kesedapannye..korang try la gerai ni..kedai biasa tepi jalan aje..tapi sedap sangat...

mee kolok special
ade 2 jenis mee kolok...satu yang biasa..satu lagi yang special..yang special ni kuantiti mee dia lebih & daging ade tetel sekali..sape peminat tetel boleh la try..gerenti puas ati...

Saturday, December 12, 2015

Throwback: JJCM (Day 2) di Kuching, Sarawak

Salam...

sambung entri ni untuk hari ke-2 di Kuching, Sarawak...

hari kedua we all keluar lewat sikit...bagi rest cukup2 sebab day 1 memang penat..sampai2 & berjalan sampai malam...bagi chance la day 2 tidur lame sikit...eheh...

pagi tu, we all breakfast masak sendiri di homestay...bahan2 beli masa day 1...simple je...bihun, telur, roti, sardin, sayur2, gula..yang lain basic macam minyak, milo, periuk kuali semua lengkap dah ada di homestay...pagi tu sempat la basuh & sidai baju..memang tak bawa banyak baju, nak space luggage...eheh

our breakfast on day 2
bihun puteh by ona | sandwich by ola

Thursday, December 10, 2015

Throwback: JJCM (Day 1) di Kuching, Sarawak

Salam...

Subsequent to entry ni, rini nak review tentang program JJCM kitaorang kat Kuching, Sarawak. We all bertolak pada 09/10/15 yang lalu...lebih kurang kol 3 pagi gerak dari melaka...park kereta kat "long term car par"...bayaran sehari RM35 sahaja...dari situ we all naik shuttle bus...bus ni memang 24jam beroperasi..setiap 15 minit dia jalan..so korang plan la jadual if nak parking kat sini...kitaorang sampai2 kat parking tu je memang dah ade bus..terus naik..zafran eksited gila...first time dia naik bus..seronok...bising aje mulut dia...eheh...zhariff blur je time ni..mamai tidur...sekali tu part paling tak best, baru realise kamera tertinggal dalam kereta...nak patah balik takut tak sempat...so pakai phone kamera jela..rugi sangat sebab if kamera JJCM ktorg tu, gambar memang superb la..eheheh...


my HTC camera phone
waktu check-in
sampai2 we all gi check-in dulu..mesin check-in buat hal pula time tu..lama jugalah beratur...perut dah lapar...lepas tu we all gi makan...aku & anak2 je makan..the rest tak lapar katanya...nak simpan perut untuk sarap di kuching...aku??? perut banyak ruang...HAHAHAHA

Tuesday, September 22, 2015

rahsia rambut cantik dan sihat

Salam...

cehhhhhhh tajuk tak tahan...kah3x...actually ramai gak kengkawan tanya kenapa rambut aku boleh hitam pekat, lurus & nampak berkilat...juga di usia 30-an ni..masih tiada uban walau sehelai pun...siap minta tips2 penjagaan rambut...

erkkk...honestly...aku tak ada la menjaga sangat seperti menggunakan produk2 saloon yang mahal ke ape ke...cuma ape yang aku biasa jawab..rasanya memang semulajadi dapat rambut yang jenis lurus dan hitam pekat ni...cuma...macam mana kita jaga supaya ia sihat..rambut sihat bagi aku...tidak kering..tidak bercabang..lembut dan tidak gugur...ohhh sebenarnya rambut aku taklah sihat mana..sejak ada anak memang mengalami keguguran rambut...cuma sekarang ni dah makin terkawal sikit...itu faktor hormon...hohohoho...

Monday, June 8, 2015

settle bab pengeluaran KWSP untuk bayaran balik PTPTN

Salam..

alhamdulillah..lega hati mak ni...HAHAHAH...ingat tak bab ni?? haaa ritu punya la pening dok cari surat tarawan PTPTN kan...akhirnya aku dah jumpa kat rumah mama...last 2 weeks we all angkut last barang kat rumah mama...rak buku + album2 + mainan zafran 1 kotak besar...SETTLE!! masa buka laci nak amik album2 tu la nampak surat tu terselit elok je dalam tu...aishhh dasar semakin tua...pelupa sudah...kih3x...

so terus je cari2 balik penyata baki PTPTN tu...ambil semua dokumen yg diperlukan...last week hari jumaat kebetulan apply 1/2 day untuk wedding adik ipar..after work cecepat gi KWSP...mudah & cepat...compare PTPTN..aishhh~~~

ok...nak share la kat korang kot2 nak buat pengeluaran KWSP untuk bayar hutang pendidikan gak kan...korang leh kuar bape banyak pun yang ada dalam akaun II tu...asalkan tak melebihi hutang yang nak dibayar tu ler...first korang kene semak sama ada layak or tak...make sure surat perjanjian korang tu tahun 2000 ke atas...if not, tak layak...then, korang kene sediakan dokumen2 berikut:-

Wednesday, April 22, 2015

salahkan guru / pengasuh / orang gaji?

Salam...


pelik..belikan anak segala macam buku mahal2...alatan mainan mahal2 konon untuk merangsang minda bagi cerdik...belikan CD pembelajaran...hantar sekolah mahal2...private school...tuisyen lagi sana sini..tapi kat rumah kau sibuk dengan handphone...sibuk fikir hal diri sendiri...anak kau biar...kau jarang jumpa..jarang borak..jarang ajar & didik dia..bila dia buat salah sikit...kau tengking dia macam dia dah tau fikir mana betul mana salah...tak faham parents yang macam ni.... 

Friday, April 17, 2015

perbezaan taraf antara suami & isteri

Salam...

erm...aku sebenarnya tak suka sentuh bab ni...sebab bagi aku ianya isu sensitif...boleh kecilkan hati sesetengah orang...tapi aku rasa hari ini perlu kot untuk aku nyatakan dengan tegas...sebenarnya tak ada beza mana pun kau ni pemegang ijazah ke ape ke..bila dah kahwin, suami tetap ketua keluarga...tu memang aku pegang kuat dalam diri aku...manusia je yang suka membezakan...ijazah tu cuma sehelai kertas je pun...tak boleh ukur kebijaksanaan or kesenangan seseorang pun...pokok pangkal hati kita sendiri nak pandang macam mana...ermmmm.....



actually aku antara pasangan yang berkahwin dengan lelaki yang kelulusan lebih rendah...masa kawan2 pun dah tau...tak ada masalah pun bagi aku...as long as dia lelaki jenis bertanggungjawab..tau jaga hati aku & anak2 dengan baik..tak abaikan keperluan we all & selalu ada saat susah & senang aku...dah cukup dah bagi aku..pernah sekali hubby ungkit pasal taraf pendidikan kitaorang..perbezaan tu buat dia rasa rendah diri...tu sekali je lah masa baru2 kahwin...maybe time tu ada ziarah saudara mara & dia terkecil hati kot...pastu aku dah explain pendirian aku...

Tuesday, April 7, 2015

Panduan persediaan makanan bayi 6 bulan

Salam...

Copy & share sini takut lupa....kredit info to blogger ct fand

Panduan persediaan makanan bayi 6 bulan:

1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal.

2) Minggu Pertama, makanan pertama yang disyorkan adalah puree buah-buahan seperti puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair 

(Tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, itulah cair yang sepatutnya)

Maklumat Penting:
  • Elakkan buah-buahan citrus / masam seperti orange.
  • Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu selepas dikisar.
  • Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifat likat dan melekitnya.
  • Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu.
  • Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi.
3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut.
  • Jenis makanan ini meningkatkan risiko alergi.
  • Garam dan gula (perasa) juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini kerana ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam).
4) Minggu kedua, ibu-ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (seperti peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.
  • Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu.
  • Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu.
  • Puree Lobak: Boleh pada kadar yang tidak banyak dan pastikan cair. Ini kerana lobak boleh menyebabkan “poopoo” bayi keras.
5) Pastikan bayi anda mencuba setiap resepi yang anda buat untuk memastikan samada bayi suka atau tidak makanan itu. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jangan dipaksa bayi untuk terima. Cuba pula dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa.

6) Bubur nasi boleh mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa atau sudah boleh menerima makanan. Jangan paksa bayi anda untuk habiskan bubur nasi. Ambil perhatian bahawa saiz perut bayi pada umur ini adalah sebesar segenggam tangannya.
PASTIKAN juga bubur nasi tadi cair bagi mengelakkan bayi sembelit. Apabila umur bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.

7) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda.
Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman.
Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan! 

Tips Tambahan:
Makanan yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada bayi 
(1st solid food- 6-7 months): 
  1. Telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella
  2. Susu lembu/dairy products
  3. Makanan laut
  4. Kekacang
  5. Citrus food
  6. Yeast, cheese (keju)
  7. Madu (bertoksin – dilarang sama sekali)  *catatan asal Penulis artikel “Madu mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) –  yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. Jadi, saya minta ibu2 tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis sebelum majlis hari jadi pertamanya. ” 
Dari bacaan lain, madu (sekiranya tiada kurma) disarankan oleh ulamak dalam “belah mulut” atau tahnik  bayi iaitu seperti berikut:
Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).

Artikel asal telah ditemui dari blog SaraKids.com bertajuk Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi yang diterbitkan pada 15 April 2010. Untuk kupasan lebih terperinci, anda bolehlah merujuk kepada artikel tersebut. Terima kasih..


Friday, February 15, 2013

41 Tips Merangsang Pembelajaran Bayi Atau Anak

Tips ni aku pirate dr blog LanunSepet...mmg agak berguna & some of it aku use to do with Zafran...and guess what...it's really work...baby memang mudah berinteraksi dgn bunyian...warna dan gerakan....try la...
(^^,) sharing is caring kan....


BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.



BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah kekeliruan , cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.


SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana dan sebanyak mana yang anda boleh. Dalam perubatan, digalakkan penyusuan ibu sepenuhnya selama 6 bulan. Dalam Islam pula 2 tahun. Kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Selain tinggi IQ, dapat merapatkan hubngan ibu dan anak semasa didakap ke dada.


JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.


GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi.


BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu.” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.


NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”) . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.


GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin. Dan jangan sesekali merungut bau busuk sahaja semasa menukar lampin.


SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.


PERGI MEMBELI-BELAH

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.


BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.


BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.


MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.


JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.


MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.


BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.


ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau apa saja yang bersesuaian, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia bereksperimen.


BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.


IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.


BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.


RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.


CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.


BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.


BIARKAN DIA JADI BOS (KADANGKALA) 

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna. Tapi harus diingat, hanya sekali sekala, bimbang akan besar kepala.


GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.


JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya. Anak anda juga tidaklah seberat mana.


KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.


GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)


TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.


TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.


MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering. Inilah waktu untuk anda kembali ke zaman kanak-kanak.


MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.


BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Abu dan katakan “Inilah ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.


MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.


HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.


SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.


PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.


SESAME STREET ‘PUNYER STYLE’

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.


MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu. Bermakna tidak perlulah anda membeli mainan baru sahaja setiap kali bosan dengan sesuatu.


MAIN “TIRU-MENIRU”

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.


BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya gembira, marah atau sedih? Bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara memahami emosi. Jika anak yang lebih besar, lebih sesuai ibu untuk anak perempuan dan bapa untuk anak lelaki. Kekalkan sehingga anak anda masuk universiti.

Your precious smile running my life baby!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

3D magic art (2) 850cc (1) ABC bandung (1) air asia (5) aiskrim kek (3) aiskrim kek oreo (1) anmum (1) anniversary (11) annual dinner (6) aurawhite (1) azam (7) baby bullet (2) baby car seat (3) baby expo (2) baby milestone (3) bachelor party (1) baju menyusu (2) bandung (5) bayou lagoon (1) bayou lagoon water park (3) BBQ (1) bersalin (1) birthday (18) blog review (2) bonus (2) boots (1) bowling (1) buku merah (1) cameron highlands (1) casual wear (8) cat (4) celebration (43) charity (1) childen room (1) christmas (2) CPUV (6) dekorasi dinding (4) demam (1) derma (1) DIY (7) EBM (6) ekzema (1) emo (91) engagement (4) ephyra (1) erza masak (1) erza touch (2) exam (6) excident (2) family (38) feedmilk (5) free seat (1) freezer (1) friends (40) gambir (1) geraham bongsu (1) gigi (1) giveaway (109) goodies (1) gubahan (5) gunting rambut (1) hadiah (34) handphone (3) hari raya (20) helmet ARC (1) henna (2) home expo (1) homeopathy (3) honeymoon (1) hospital (1) hotchiks (6) housewarming party (3) indonesia (6) interview (2) jakarta (3) jalan cari makan (27) jalan-jalan (50) jeans shoes (1) jualan murah (19) jumpsuit (1) kad kawen (1) kancil auto (2) kancil melaka (2) kancil murah (2) kawah putih (1) kedah (1) kek lapis sarawak (3) kembar (1) kenduri (4) kenny rogers (1) kereta (3) krabi (1) KSWP (1) kuching (4) kuih raya (9) kwsp (2) laksa sarawak (3) lirik lagu (12) little caliphs (1) loan (1) love story (2) magic art museum (2) Mahkota Medical Centre (MMC) (1) main masak-masak (1) makanan sunda (1) makaroni sup (1) makeup by erza (2) medan (1) mee ayam (1) mee kolok sarawak (3) mekah (1) mekap (2) menu birthday party (2) menu sahur (2) milk booster (3) minyak herba asmak (1) miscarriage (3) model phone (2) mother's day (3) motor (1) my buddy (14) my career (40) mybaby (93) mylove (117) myself (192) nasam (1) nasi ayam (1) new style (2) new year (7) nikah (3) nuffnang (6) nursing wear (2) oceanarium (1) open house raya (1) Oriental Melaka Straits Medical Centre (1) paid review (4) Pantai Hospital (1) penang (1) peti ais (1) photoshoot (3) pierre cardin (1) pilihan (5) poem (14) policar poli (1) port dickson (1) potrait (3) PRCC (1) pre-school (1) pre-wedding (2) pregnancy (33) preparation wedding (2) private hospital melaka (1) produk kurus (4) promosi (16) PRU (1) psoriasis (1) PTPTN (4) puasa (16) puree (3) puree apple (1) puree pear (1) Putra Specialist Hospital (PSH) (1) ragut (1) ramadhan (6) rambut (1) rayban (1) resepi (6) review (105) river cruise (1) rokok (1) sabah (2) saham akhirat (21) sakit (3) samun (1) sarawak (5) saya jual (4) sekolah (8) senarai barang baby (1) seoul garden (1) simply fish (2) skuter (1) slimming suit (1) smart readers (1) smartphone (2) solid food (5) sony xperia z5 dual (1) soya (1) SPA (5) SPM (1) sponsorship (1) stabber (8) stalker (8) strawberi farm (1) sunquick (1) suprise (4) susu (8) sweethome (17) syria (1) taska (2) tema dinner (2) terengganu (9) thailand (1) the shore (1) the shore oceanarium (1) tips (11) tokoh (1) tunas pasti (1) umrah (1) vacation (12) valentino (1) valentinoboots (1) valentinorudy (1) vape (1) walker (2) wall deco (3) water theme park (2) wedding (30) weekend (70) zafran (85) zhariff (36) zulaikha (1)

I'm your ERASER

pencil: you know, i'm really sorry

eraser: for what? you didn't do anything wrong to me...

pencil: i'm sorry cause you get hurt because of me..whenever i made mistake, you're always there to erase it. but as you made my mistake vanish, you lose a part of yourself..you get smaller and smaller every time :(

eraser: that's true...but i don't really mind. you see, i was made to do this..i was made to help you whenever you do something wrong. eventhough, one of these days, i know i'll be gone and you have to replace me with a new one, i'm actually happy with my job..so please stop worrying...i HATE seeing you SAD because of me..

I do really LOVE you bie...

I do really LOVE you bie...