advertisement

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Thursday, 13 August 2009

Kek Pisang Lembab


Kek pisang lembab nie resepi asal yer dr abg mat kita yg glamour tue.Da ramai cuba semua kata best.Kebetulan kat umah ada pisang yg monopos tue (tiru ayat kak hana).da tak larat makan kodok2...aritue blk kg ambil oven (stanby tuk buat biskut raya) jd aper lagi buat kek la.terliur tgk cc @ kek pisang lembab kak hana .comel2 belaka.ingat nk ikut style kak hana tp da lewat malam...entah bila pula nk siap.esok2 p kejo tongkat mata ngan btg mancis..huh ngeri tol bunyi yer.pastu bos dok jerling kang hik3....ina suka buat kek pisang sbb my mum suka mkn.kek lain dia xbape pandang.ina pn suka gak!!!!tp klu org lain buat lg suka.erm...masa keluar dr oven puyer la xcited tp pastu bila tgk kek aku tue rs cam terkejut beruk pulak.bantat beb!!!!bukan lembab tp kering kontang terus kakaka.....rasayer resepi tue tak salah tp sendr yg salah.sbb lenyek pisang awal2...da tue msk peti.teringat pulak nk buat kek tak leh benda sejuk.pastu kukus pula konon xnk kasi sejuk.last2 air kukus tue masuk dlm pisang dilenyek tue.(tok guru mana laa yg ajar yek!!!!)klu mak dgr bising laa dia.agak yer sbb tue kot jd bantat xmau naik kek tue.tp rs sedap xbape manis.bantat2 pn laku beb!!lain kali nk buat lg smpi perfect.nk hidang kat org pn segan hihihihi.....


Bahan-bahan:

250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2. *klu wat cc cam hana, bakar 20-25minit.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....



Monday, 8 June 2009

Kek Batik


Kek Batik mmg slalu buat.mkn ckit je yg lebih yer pas kat sepupu sepapat.Erm... segan nk letak gmbr sbb tak bape clear.kabur yg amat. pas ni kena cr camera la sebijik.gn h/p result xbape memuaskan.ni pn da puas posing smpi naik give up.last2 terima je seadanya.kek batik ni bdk2 pn reti buat.mcm versi kita tgk.tp aku ada cr ku sendr.sedap dan mudah.

Bahan2:
  • 350g biskut marrie (patah 4)
  • 250g butter cup
  • 2bj telor
  • 1/2tin susu pekat
  • 3/4c serbuk koko
  • 2 1/2c milo
  • 1/2c air suam
  • 1c nestum
cara- cara:
  • Panaskan kuali dan msk'n butter.biarkan sehingga butter mencair
  • selepas itu dimsk'n telor yg dipukul sehingga kembang, susu, milo, koko,nestum dan kacau rata
  • apabila adunan agak pekat leh msk'n air suam td dan kacau rata.kemuadian barulah dimasuk'n biskut dan rata lagi.bila biskut agak lembut, tutup api.
  • lastly, msk biskut2 td dlm bekas/loyang dan tekan padat.
  • msk dlm peti ais untuk beberapa jam then leh la potong n ngap....hahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin