Kalau ikut hati…. aku nak buat 5-6 entry citer pasal hari raya. Tapi aku rasa macam dah terlambat, mood raya pun dah suam-suam kuku. So, aku summarize kan ajerlah.
Sepanjang aku merantau, hari raya boleh diconsiderkan sebagai The Most Wonderful Moment of the year. Biasanya kalau nak raya aku akan shut down kan neuron otak2 aku nih dr fikir pasal study …. Sebab tu aku suka raya kot ;).
Raya Pertama - seluruh UK dikejutkan dgn Aidilfitri yg jatuh pada 13 Okt, bersamaan dgn hari Jumaat. Semua org budget raya hari Sabtu. Lepas jer pengumuman kelam kelibut semua orang. Para lelaki meneruskan tradisi kaum Melayu di sini.. takbir dari rumah ke rumah. Sayu lah sekejap rasa hati. Pagi raya pulak..semua orang akan berkumpul utk Solat Sunat Hari Raya .... lepas tuh bermulalah aktiviti beraya dari rumah ke rumah. Raya pertama, adalah aku beraya dekat 9 buah rumah, balik rumah dekat pukul 1.00 pagi. ... sakan beraya orang kat UK ni.
Raya kedua pulak NMC buat sambutan hari raya dekat dewan ... jamuan as usual 'pot luck’....maka bermacam-macam hidangan origin from all over Malaysia terhidang. Rambang mata. Lepas pukul 12.00 sambung lagi aktiviti beraya ... hari tu ajer dekat 6 buah rumah open house, aduh.... letih, kenyang semua ada. Yg paling best aku ada the whole day to sembang2 about the new gossip in the town.... muhahahaha. Indahnya duniaku.
Raya ketiga – rumah aku plak buat open house. Seawal pukul 10.00 pagi dah buka. Menunya, mee rebus + soto + nasi himpit + sambal goreng jawa + cheese cake + agar2 marble + pudding sagu and of course kuih raya. Berpeluh jugak ler ketiak aku hari tu. Ramai juga warga Nottingham yg dtg, in total adalah dekat 250 org kot … sampai terkurang budget aku, by pukul 3.00 dah kena masak lagi sekali… panic sekejap. Finally, our last guest left the house at around 10.30 p.m. Erm.. kitorang sempat beraya lagi lepas tu ke rumah Zarina/Zamri, our neighbour yg pun buat open house pd hari yg sama. Hari yg penat, tapi puas hati aku dapat jamu orang :).
Raya keempat…dah pun masuk hari Isnin. Semua org pun pergi school/kerja macam biasa.
Seperti tahun2 yg lepas, tradisi beraya dan open hose di sambung pada setiap hujung minggu sampailah habis bulan Syawal. Aku pun tak pasti samada ini adalah Syawal aku yg terakhir di UK… tapi yg aku pasti I’ll never forget how ‘meriah’ the celebration and how strong the friendship are. Sebak pun ada bila fikirkan nak sambut raya kat Malaysia yg tak semeriah dulu …. Mesti aku rindu nak raya kat UK.
Aku tak amik byk gambar raya … masing2 malas nak pegang camera yg besar gedabak... ada sket2 gambar aku dah upload kat friendster. Ni aku bagi link fotopages kawan2 aku kat sini yg rajin upload gambar2 raya …. So all of you can see how ‘meriah’ our celebration here…. enjoy!!!!
http://mrshenri.fotopages.com/
http://thuraya.fotopages.com/
http://lailymus.fotopages.com/