"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"
Showing posts with label down memory lane. Show all posts
Showing posts with label down memory lane. Show all posts

Tuesday, 27 October 2009

kemas office

Alhamdulillah... bila aku balik semula ke UKM, aku dapat office lama balik. Bukan apa... sebenarnya banyak khazanah lampau yg aku tak sempat kemaskan sebelum aku pi UK dulu. Walaupun tutor tutor silih berganti duduk kat bilik aku ni, tapi barang2 aku masih tersusun elok cemana aku tinggalkan 6 tahun dulu.

Hari ni free sikit sebab dah minggu exam ... dan otak aku pulak ala2 jammed nak tulis thesis. Maka aku pun amik kesempatan kemas office... buang barang barang tak penting yg selama ni aku sayang nak buang tapi sebenarnya tak de makna nya kalau aku terus menyimpan.

Antara barang2 tak penting yg aku simpan hampir belasan tahun ni adalah nota2 'request' yg aku dapat masa kat MRSM. Ex- MRSM students aku rasa dah well known dgn apa dia request ni. For those yg tak tahu 'request' ni ala gift/makanan berserta nota yg diberikan oleh kawan/classmate/roomatee/secret admire kepada seseorang. Tapi tidakla ia diberi secara direct. Biasanya ia diberikan melalui perantara. Dulu kat MRSM setiap homeroom diberi jadual untuk menjalankan jualan request.

Aku pun tak ingat yg aku masih simpan notes2 nih. I think it is already the time to get rid all this 'cinta monyet' stuff. Yelah aku sekarang ni dah jadi isteri orang... para para 'old flames' juga ramai yang dah jadi bapak orang. Tapi aku rasa kalau masing2 terbaca balik 'kalimah cinta' yg pernah ditulis, mungkin akan aje terjun bangunan mengenangkan kesengalan zaman muda mereka. hehhehe

Request ni bukan semata2 dari secret admire sahaja. Best friend juga diidjinkan untuk menghantar request. Antara2 request2 yg berjaya membuat aku tergelak sorang2 dalam opis adalah request dari Atie.


notes dari atie yg dipenuhi tuduhan terlampau. Aku tak jiwang OK!!!





Nota arahan supaya aku jgn tidur kat surau..hehe --->

Wednesday, 10 June 2009

30's vs 20's - part 2


Malam ni gembira, hati berbunga bunga sebab Zura a.k.a Long puji aku dalam blog beliau. Bagus bagus. Tak sia sia Kak Dal didik korang dulu. Bila besar jadi insan berguna ( didik??? didik tengkorak aku. Didik makan megi adala)

Bila dah kena puji puji ni lansung nak buat entry perasan lawa ...

OK la sebelum ni aku ada buat entry 30's vs 20's - part 1 yg mengutarakan permasalahan kulit atau kertas pasir. Pas tu aku ada la beradjam ala-ala nak buat new facial routine.

Usaha aku tu dah menampakkan hasilnya. Kulit aku dah OK sikit la. Tak de la macam Rabiah yg tulus yg mulus . Tapi much better than before.

About the skin care product plak... aku stick dgn Nivea. Mula mula ingat nk try Clinique or Biotherm. Tapi aku nak kumpul duit beli Tefal Actifry. So.. Nivea pun Nivea lah.

Facial wash & toner:

Scrub and masker: Nivea tak de scrub n masker ( ke tak de jual kat sini..ntahhh). so aku guna Boots botanic selection

Krim 3 beradik yg mengandungi Q10 enzym untuk melambatkan proses penuaan...aku adalah paranoid terhadap kedutansetakat ni aku berpuas hati la dgn prestasi objek objek dalam gambarajah terutama krim 3 beradik. Kalau bangun tidur tu kulit nampak macam gebu jer... perasaan yg over. Tapi tak kisah le.. muka aku sukahati aku la kan nak cakap apa.

Ok, berbalik kepada nostalgia MRSM... aku ada cerita yg nak dikongsi.

Sebenarnya aku ngan MK ada history tersendiri.. Isk.. malu nak cerita... macam bodoh alang pulak rasanya. Masa MK memula masuk dulu, beliau sgt glamer ye tuan2 dan puan2. Ala ala gadis terhangat di pasaran gitu. Aku pun adala approach nak buat 'pet sis' (sengal kannn?). Tapi rope ropenya MK dah kena cop. Lepas tu lansung aku tak bercakap ngan MK sebab dah kena warning dgn X si kakak angkat supaya jgn kacau MK . Yg aku pun entah apehal skema ikut cakap X . Sengal kuasa dua di situ. Tak sangka bila dah berbelas tahun berlalu bleh la plak baik ngan MK kat alam blog nih. BTW, MK I am glad to be your friend here. Bak kata pepatah melayu lama...'better late than never'.... MK memang rawkk.

And to Long... I really miss you. Ingat zaman sama sama bersuluh pakai torchlight sebab nak study hehhee... dan ingat lagi betapa kelakarnya korang kena buli ngan Kak Esah. huhuhu

Sunday, 22 February 2009

NKOTB

It’s been a silent Sunday. Hubby is at work. I am still not in the mood to continue the work. So, to freshen up the day I googled about the 80’s top songs and I found this in youtube. This song has its own space down my memories lane. Back in 1990 when I was in my standard 6, every single girl in my class is soooo in love with NKOTB. Not really sure it’s because of they have such a killer songs or because of their handsomeness. Kecik2 lagi dah gediks.



Despite of studying for our UPSR, masing2 dengan bersungguh menghafal lirik lagu ‘Step by Step’ and ‘Tonight’. Pernah satu hari tu kami semua kena tangkap dengan cikgu sebab buat party joget2 lagu NKOTB lepas netball training. Adala pulak kawan aku ni bertindak sebagai kareographer hihihi. Memasing budget cool habes le tu. At that time, semua orang memasang angan-angan untuk menjadi aweks kepada Jordan or Jonathan Knight even me myself have their pics in my Fido Dido wallet. What a thought!!!! Budus macam selipar jepun OK.

Well, after 19 years went by, all of us are already in our 31. Dah tua semua. Sadly, I rarely heard any news from my primary school friends. Not even a single word. Whatever it is, I wish every one of you have a happy life and a good health as well. Sayonara.

Thursday, 19 February 2009

Asrama Tun Fatimah

Disclaimer 1: entry ini adalah entry jiwang
Disclaimer 2: lagu tema hari ini adalah 'seribu impian-casey'. lagu masa penutup graduation day.

Photobucket

Photobucket

Hari ni Dian upload gambar2 MRSM , feeling feeling down memory lane lah tu. Dalam byk2 gambar tu terselitla sekeping dua gambar warga ATF. Sayu betul hati aku... masih teringat ingat perasaan ketika last day aku kat sana. Masa tu berjujuran air mata . Rasa macam nak duduk ATF sampai tua, but the weird thing is I can't remember my room no. B30 or B31 ??? .. selalu mix up ngan no bilik Rina. Masih terngiang ngiang jeritan DC & ADC kami ( Dian & KD) sebut "LIGHTS OFF' diikuti dengan row call. Masa tu hangin betul aku kalau lights off sebab biasanya aku tak abis gossip lagi ngan Esah. Terpaksala kami sambung cerita dengan kadar decible yg lebih rendah. Esah punya lawak power OK. Kadang2 sampai berguling2 aku tahan ketawa.

Kalaulah aku boleh time travel.. nak jer aku pegi balik year 1995, when every single of us in our 17. Bestnya ... nothing to worry except the coming up SPM. Hujung minggu plak pi outing dengan bahagianya. Sabtu malam Ahad tunggu request datang depan pintu (seronok dapat makan free + feeling-feeling glamer). Masa tu aku rasa semua orang ke hulu ke hilir dengan buku latihan add math kaler merah. Tak pun revision book Biologi & Kimia brand 'PELANGI'. Siapa yg baca buku 'PRESTON' tu masuk kategori genius la tu... huhuhu definately not me(mine is SASBADI but I turned to Pelangi few months before trial).

Cukup je la setakat ini aku berjiwang karat. Tak sanggup aku nak mengingat semua kenangan silam, lagi diingat lagi sayu rasa hati.

Dalam aku bernostalgia bagai.. tak lupa juga mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah Onie a.k.a Rosnita Abu Talib yg telah kembali ke Rahmatullah back in year 1998 akibat kemalangan jalan raya. You will be missed forever Al- Fatihah.