"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"
Showing posts with label cuaca. Show all posts
Showing posts with label cuaca. Show all posts

Wednesday, 1 July 2009

kepanasan



Dekat UK sekarang tengah peak summer. Panas sungguh... rasa macam nak pitam. Tekak haus toksah nak cakap la. Kalau jumpa cendol mamak boleh sujud syukur dibuatnya.



Aku rasa semua tempat panas kot. Kat FB stats tu tak kira di mana juer semua orang mesti buat statement kepanasan. Mungkin inilah yg dinamakan global warming. Tapi ingin aku tekan kan disini ye kawan kawan yang bahawasanya neraka jahanam itu adalah beribu kali lebih panas. Oleh itu aku menyeru, bagi sesiapa yg rasa ada banyak dosa itu bolehla mengambil kesempatan ini untuk berlatih.... hahahahaha (OK... lawak macam bangsat. Maafkan aku kawan2, sebenarnya emosi aku belum berapa stabil).

OK la korang.... aku nak sambung menangis. Babai.

p/s: usah risau dangan status psikologi aku. Masalah biasa untuk seorang pelajar PhD yg tak habis habis belajar.... kata pun Permanent Head Damage.

haa... lagi satu nak bagitau memandangkan blog aku ni dah jadi blog private, makanya new entry tak akan di update dekat blog list/link korang. Aku pun tak tau kenapa. Mmg sistemnya macam tu kot. So link tu akan sentiasa appear sebagai 'Tak tumbuh tak melata' meskipun aku ada new entry. Sekian.

Wednesday, 5 November 2008

Winter!!!! best sangat ker?

I never reallly like winter. Other than fluffy snow it comes with a bad package

sejuk + hujan = demam + lapar + ngantuk

demam + makan ubat = tidur

lapar + makan banyak = gemuk

ngantuk + tidur = kerja tak siap


jika tuan bijak bistari, sila selesaikan persamaan serentak ini ....

Wednesday, 10 September 2008

Dedar

Korang tau tak DEDAR ni apa? Kalau ikut orang johor pronouncation nya adalah DEDORRR. Ala yg rasa badan tak sedap macam nak demam tapi sampai ke sudah tak demam-demam. Itulah dedorr. Dah 2-3 hari badan aku tak sedap. Kepala berdnyut-denyut. Gusi aku pun berdenyut-denyut. Rasa macam nak tanggal gigi. Serious punya uncomfortable. Tu yg aku tak lalu nak update blog. Balik rumah habis je masak terus mandi air panas. Lepas tu buka + tarawikh. Lepas tu terus mengerekot bawah duvet lantas tertidur.

Lately ni asyik hujan jer. Pegi school kena hujan. Balik school kena hujan. Tensen betul. Semalam tegah aku jalan on the way pegi school, bas lalu sebelah aku dan men'splash'kan air lecak. Habis basah lokos separuh badan. Niat nak ponteng jer, tapi memandangkan ada 'explosive' reaction yg aku kena tutup aku pegi jugak ke school. Nanti kang ada yang melotup bangunan kimia tu.


Sampai school, dekat sejam jugaklah aku keringkan seluar aku pakai 'heat gun'. Semalam memang hari spoil aku. Semua benda aku buat tak jadi. Dah buhsan dengan kegagalan demi kegagalan pukul 4.00 tu aku decide balik rumah jer lah. Balik rumah mandi pas tu tidur..zzzzz. pukul 7.00 bangun masak untuk berbuka. Pukul 10.00 tengok Smalville. Pukul 11.00 tidur kembali

Sekian catatan aku untuk hari semalam yg tak best. Minta2 hari ni urusan aku dipermudahkan. Aminnn

Monday, 1 October 2007

dah mula sejuk dah...

Bumi UK ni dah mula sejuk .... average suhu @10 degree. Aku seperti biasa bila dah sejuk mula la nak demam... since hari khamis lagi aku sakit kepala, batuk + selsema. Padahal aku ni tak pernah miss makan Vit C, nak elak demam punya pasal. Tapi syukur lagik, last 2 years aku demam lagi teruk, sampai 3 hari tak boleh bangun katil. InsyaAllah semua ada hikmahnyer..tak gitu Atie :).

So memandangkan badan tak sihat, kerja aku cuma makan ubat, ulang greys anatomy Season3, pastu tidor..zzzz. Ade la aku selak journal sket2 buat syarat.

Menu berbuka puasa aku lak... ari Jumaat makan kat rumah orang, ari sabtu aku goreng telur jer (sebab midon takder..gi airport hantar org balik), semalam lak aku masak kari ayam.

Aku baru lepas makan ubat tadi..so mata aku dah ngantuk kembali.... tata titi tutu