Showing posts with label tulisan merewang. Show all posts
Showing posts with label tulisan merewang. Show all posts

di kelilingi bangla

Tadi.. gua gi hantar anak gua umah babysitter.. balik gua brenti kdai beli ali cafe..then gua brenti kt bawah pokok besar tepi padang..sambil pekena ali cafe tin gua perasap rokok sebatang dua sambil rilek jap kena angin..

Sambil2 dok ushar wasap dan fb, gua rasa blkg gua ada bunyi org berjalan..gua pusing tgk..oooo bangla otw gi keje lps time rehat lunch.

Gua terus ngadap henpon.. tapi..sedar2 gua dikelilingi bangla yg ramai..

Oooo ok.. jgn salah faham..rupanya bawah pokok tu jugak port si bangla dok lepak..kahkah..ok gua start moto gua blah.. kikiki..

Paling x bleh blah gua teringat insiden mamat india tanya pasal gayboy kt gua ms kt shah alam dulu..wakakaka

dah bagus sekarang..

tadi masa aku dok cari page Gugusan Excited Manchester United Kalah (G.E.M.U.K) aku ternampak 1 profile minah yg lama dh aku x view page nya.. dulu aku ingat lagi gmbr2 dia agak wild.. gmbr cemolot dgn bf n tayang tatoo pon ada..ok tadi aku saja klik.. bagus dia dh kembali ke landasan sebenar..harap2 ada la usaha utk buang tatoo tu.. Alhamdulilah

berkurun lama...

tajok entry ni diambil sempena dah berapa lama dah gua x update blog ni..ada beberapa sebab antaranya gua update blog lg 1, komitmen kerja, family dan mcm2 lg..

cuma gua nk kongsi sejak 2013 smpai hr ni gua suka fikir benda yg org xsuka.bukan xsuka apa.cuma gua cuba kluar dr kepompong tipikal mindset bangsa gua sendiri.

ok byk benda syiok yg patut gua kongsi sebenarnya.ada cerita fitnah, kawan2, ketagih main music, sihir, bolasepak sehingga ke kerja gua..

ok pada yg baca atau follow blog gua ni gua rasa pasni gua aktif balik menulis.menulis sesuatu yg boleh buat lu orang semua bleh bg sel2 otak bergerak.mungkin ke peringkat lg jauh..

ok.. skrg 3:02 pagi..gua xbleh tdo..gua gi cucoh rokok dulu ok..

kumpol duet utk bayar bil sakit

benda ni macam roller coster..dia pusing2 kena kot tu jugak.. pulun duet last2 jatuh sakit dan masuk spital..

kejam dalam 2 minggu

minggu2 terakhir bulan 4 aku ada lawan takraw antara plant di balik pulau. kebanyakan petang hari aku dihabiskan dikilang kerana training. dan paling kejam ada ketika aku datang petang dan training x ada sebab kerja banyak dan melibatkan staff2 aku yg tersenarai sebagai pemain. so antara 5pm sampai waktu bertugas aku tu kira buang masa sahaja. tapi masih sempat training untuk hari2 terakhir.

hari perlawanan 29/4 menyaksikan team aku masuk ke final dan tewas kepada juara bertahan tahun lepas. dapat la 3 helai baju yg kualitinya macam cilaka.chop adidas yg aku sendiri bleh buat.hadiah paling sedih xdapat apa walaupon aku nmpk masih ada habuan kami selaku pemain sebenarnya. next year aku xmau main dah. x berbaloi. letih, masa bersama keluarga takada dan x berbaloi. untuk pengetahuan hari pertandingan aku x tidoq sebab aku xbleh lelap pagi tu.


akibat dari game ni aku punya report bulanan tertangguh dan report yg sepatutnya aku submit paling lewat 5hb terlajak jadi seminggu baru siap. lagi best aku ada plan nak bawak mak pak dan bini aku ke cameron highland. sebab mak aku nk tour umah bini aku then pi umah abg2 aku di KL. lg best dpt info bulan ni ada trainning gheja di KL dan masih blom kompem tarikh dan lokasi samaada shah alam atau bangsar.

aku setel segala report bulanan awal pagi 7/5 iaitu semalam.maka hari ni masuk kerja aku dh ringan kepala sikit. buat pulak sorang staff yg memang aku dok perati dah x minat kerja sebab x naek pangkat. jenih x sabaq. tgh bulan 4 dia ada kena pi trainning team building dan kaki injured.hari ni dia mai kerja dan x buat kerja. aku mintak sorang lagi staff aku habaq kat dia tolong pi bawak turun 170 copies suratkhabaq ke bawah sbb itu gheja dia.pastu mamat sakit kaki ni naek bilik aku dengan x puaih hati habaq "aku sakit kaki ni nk buat gheja camana?". ok fine aku angkot skali harung tanggong 170 copies tu kebawah dari tingkat 1. pastu 1st time aku bambu dia aku kata "hang kalau sakit pi amik MC, hang sakit mai gheja menyusahkan orang lain".

dari perkara diatas sapa yg salah? aku atau staff aku yg sakit kaki tu?kalau masuk court union pon aku berani lagi lah.apasai mai gheja kalau sakit.kalau jadi apa2 sapa nk menjawap? aku jugak!

ok mood aku x berapa okey sebenaqnya..

belom sempat 2012

Alo apa khabar. Memandangkan dah ada yang beriya2 dok sembang bab azam baru 2012 (padahal ada 15hari lg nk masok tahun baru) so gua pon nk celoteh skit atas apa yg gua harungi dan akan harung 2012. Sebenarnya malas nk cakap 2012 sebab xsempat nk 2012 lagi dh macam2 tanggungjawap dah kena laksanakan. Puiii!

Ok hari ni gua nak bgtau sebenarnya jawatan gua kat kilang suratkhabar News Straits Time Press ni sebagai Production Executive. (paling cilaka kawan gua nama Amin panggil gua "mandur"!!! rasa nk cabai jek mulut beliau). Ini kes antara rela x rela tapi kena telan. Gua crita sini sebenarnya kawasan utara ni gua sorang jek ketua bahagian pengeluaran surat khabar Berian harian, News Straits Time dan tabloid dalam kain iaitu Harian Metro. Ok jangan tanya gua apasal cerita dalam metro pasal hal dalam kain sebab gua xde kena mengena dgn penulisan. Gua cuma jaga pengeluaran suratkhabar supaya berjalan lancar, kualiti ok dan sampai kedai mamak selalu lu orang lepak pekena nasi lemak teh tarik sambil beli paper tu.

Dijadikan cerita awal bulan 12 ni assistant manager telah dapat offer lebih baek dan cabut 1 bulan notis. So senior gua yang sebelom ni kaver gua handle production telah ganti buat sementara jawatan assistant bos tu dan gua rasa dia akan jawat jawatan tu kelak. So gua akan handle sorang2 production dan akan masuk keje malam sahaja kecuali meeting kena masuk petang. Sedap jek gua tulis lu baca tapi tanggungjawap tu sangat besar dan sampai bikin gua menulis cerita kat lu orang pasal tanggungjawap gua ni. Ada la kot seberat 47 tan beban tanggungjawap gua.

Satu lagi lepas gua kawen, pak mertua gua telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini setelah 2 minggu gua sah jadi menantu dia. Setelah beliau arwah, gua dengan terpaksanya tinggal bersama keluarga mertua yang semuanya pompuan. gua sorang jek lelaki. Gila lu nak tinggal mak mertua sama adik ipar gua dua beranak kat rumah. jadi apa2 naya! (bini gua.. blom dapat transfer sini lagi..so dengan sedihnya gua jadi bujang untuk sementara) So sebagai seorang lelaki gua duduk lah umah mertua gua. Tanggungjawap bermula bila mertua gua dah x kerja. Adik ipar gua keje. Gua plak keje malam balik sebelum subuh. Wa dalam hati dok pikir pagi2 dan tghr mertua gua ni nak makan apa? so gua kena korban masa tido gua bg makan mertua gua ni. Gila gua terpaksa set dalam otak gua, apa2 jadi pon gua xmau mak mertua gua ni lapar. Ok, kalau lu orang yang bujang lagi ni baca apa gua bebel ni, satu hari nanti lu orang tetap akan lalui bende ni. x percaya? satu hari nanti orang tua kita akan arwah jugak. so, xkan nk tgk mak atau bapak yg hidup keseorangan tu gigit papan sebab lapar.. ok dah..

Apa lagi gua nak bebel.. cukop lah kot.. sebab tu gua tulis entry ni sebab gua dah xde azam sebenarnya..haha.. xsempat masuk 2012 macam2 wa dah kena buat. Ini perubahan. Lu orang azam untuk perubahan btol? Sebab takde orang berazam "tahun depan azam aku nak sama jek macam sekarang".. pirahhh paleolitik! manusia x maju..

Ok jumpa lagi.. nanti gua merapu lagi..

Tadi dan mungkin lepas ni...

Tadi gua tido awal.. terlelap sebenarnya.. gua pun xtau pukol brapa gua terlelap. yang pasti gua tengah dengar lagu pastu gua baring2. Sedar2 dah pukol 2.49am.

Dikala gua xbleh lelap ni, gua on pc bukak internet (padahal slow nak mampos servis broadband ni - malas sebut kompeni apa) dan gua sebenarnya dah 4-5 hari dok baca pasal Sham Kamikaze, Bob Lokman dan juga tadi ni baca pasal Megat Hafiz ataupun megat magskin. Persamaan ketiga2 mereka ini ialah mereka terlibat dalam dunia seni.

Err sebenarnya gua pun sangat sukakan seni music serta seni itu sendiri tak kira sejarah seni atau apa2 sebab gua memang graduated Art & Design. Ok balik kepada 3 nama diatas, gua highlight pada Sham kamikaze dan megat magskin. Dalam pembacaan gua mereka ini antara orang seni yang telah insaf. mereka juga telah kembali ke landasan sebenar iaitu ke jalan Allah. Kalau ikut zaman muda depa, memang tunggang langgang. Dunia seni kalau iman x kuat memang jahanam. Serius gua cakap.

Ok, dalam dok baca pasal depa, gua ada terpikir. Gua nanti macam mana la plak ya? Adakah gua akan berserban seperti mereka? Emmm gua pon xpasti apa jawapan yang gua nak jawap. Mungkin lah (gua rasa) gua susah nak buang music dari jiwa gua. Ada jugak kawan gua yang dulu 1 band dgn gua sekarang ni Alhamdulilah dah insaf dan jadi antara orang2 Islam yang pernah berebat dengan penganut agama2 lain di temple2 dan crunch. Alhamdulilah. Even mamat ni profesionnya masih bersangkut paut dengan music. Ok, berbalik kepada gua, gua rasa gua mungkin pasni akan sedikit kurang "metal" dalam diri gua. "Jalan" gua dah nampak. Tapi nk kikis music dari idup umpama nak berenti minum nescafe ais dalam rutin pemakanan harian.

Mungkin kerana kawan2 yang dah stop main music keras beralih kepada instrument, tapi oleh kerana 1st time gua serius main music sebagai vocalist band metal, so gua rasa paling berat pon pasni gua akan still nyanyi dan bikin music seperti video klip dibawah sahaja..


p/s - satu lagi gua memang minat sama Dr Sam

lelaki dan kemampuan kewangan

Adalah menjadi 1 masalah jika seorang lelaki maseh meminjam wang dari kawan2 jika sudah berusia suku abad keatas.. tidak lain dan tidak bukan ianya adalah masalah diri sendiri yang gagal menguruskan kewangannya. Bukan sembang kosong.. sila cermin diri sendiri..

kawan atau awek lu?

kalau diberi pilhan kawan lu atau awek lu..
mana 1 lu pilih?
awek? kawan?
gua pilih dua2..

nape xbleh pilih dua2? x berani?
nanti lu ada anak tiga pat belas orang, lu nk pilih ke mana anak emas lu?

gua rasa gua bleh jadi bapak yang baek.. hahaha

segerombolan kebencian..

orang kata jika kita luahkan pada seseorang atau melukis apa yg kita x puas hati dr hati kita ianya akan mengurangkan stress.. juga kalau menulis.. luahan dari hati ke media lain kluar dr diri..

sebenarnya aku rasa sedikit terkilan yg melahirkan rasa benci kepada batch diploma aku dulu.. batch 2004-2006.. hell damn! sampai aku amik keputusan x pegi konvo.. mencukupkan syarat malas gi konvo diploma dulu ni kerana kekurangan sen! haha..

aku ni bukan la bagus pun.. aku dr kampung.. berada di bandar.. belajar dan tambah kenalan..tambah persahabatan.. aku dh lupa berapa orang batch aku dulu tp rasa2nya ada la dlm 20 org lebih batch aku dulu ni.. aku pelik jika anak2 bandar lewat matang.. usia aku dulu umur 19tahun aku dh bleh berfikir.. dan start merasa "putus duet", makan nasi lauk telur dan sardin tin 2 bulan.. kenal erti persahabatan..

tapi aku pelik batch aku ni yg rata2 anak bandar punya perangai seperti itik kelaparan gandum.. ditabur gandum semua serbu.. org lain pegi mati.. aku masa umur 18-19tahun xpernah jadi begini.. aku penah menangis nk berpisah dgn kwn2.. dan persabatan kami kuat sampai sekarang.. tapi batch aku ni sedih.. menyedihkan.... "friendship will never end.... of semester" hahaha.. itu yg tepat kot..

tapi batch masa amik degree terbaek.. bila masing2 dr kursus lain2 bersatu.. aku sayang mereka ini. kenapa aku bezakan batch degree dan diploma? tidak perlu digunakan faktor usia diploma muda atau degree dh start matang kerana ada batch diploma yg sekelas dgn aku masa degree maseh berperangai sama.. friendship till the end..of semester jugak!

sampai kawen x jemput kwn2.. bukan satu tapi dua.. aku sedih dengan sikap mereka2 ini. dan aku tau kwn2 lain pun terkilan.. aku sebenarnya dh nampak perkara ini diakhir pengajian.. bila abes jek final projek degree kitorang 1 klaz bersama berkumpul di melaka.. even sorang kwn hanya berbekal RM12 dalam walet tp kami yg lain2 sapot mkn minum semua.. aku sayang batch degree sbb friendship.. tp mereka2 yg masih bersama aku dr diploma dulu masih sama.. sedih! gitar flying V aku dilanyak kaw2 lebih dr aku yg pemalas ni praktis gtar. klu aku praktis 3-4hari skali, "kawan" ni bleh plak lanyak gtar aku hari2.. moto aku yg handle sampai sekarang bengkok dan kiat xde org lain yg bawa smpai jatuh.. dan x reti nk hantar repair kerana tak ada duet.. ok fine xde hal selagi moto aku ok.. tapi dimana semua itu?

aku benci kamu!

adakah persahabatan hanya dikala ada kepentingan?????

terjun bangunan..

ada sorang staff gua ni.. keje hebat tapi bulan lepas dtg keje 5hari jek.. hebat lah tu..gua bulan ni cuti 5hari jek.. haaa kan gua kata staff gua tu lg hebat. pastu MC bersepah.. kalau gua ni menteri2 yg ada kes besar, mesti gua dah upah org tolak staff gua ni terjun bangunan.. huhu.. sungguh berbau politik.. kekeke

ntah..

gua bukan troo pun.. gua bukan layan sangat Iron Maiden.. telinga gua lebih suka Sacred Reich..

soalan paling lawak 2011..

aku di ajukan 1 soalan oleh ex-klasmate aku dulu..
soalannya berbunyi begini...

"men, ko x nak apply jd polis ke?"

sekian terima kasehhh...
wakakakakaka

saya nak jadi J-LO

pelik sejak dua menjak ni gua tgk kt fesbuk byk pompuan suka tayang keseksian. sori kalau cakap kasar.. lagi seksi dia lg seronok.. nk jd J-LO konon.. baek jd lina joy!

isnin selasa

gua skrg cuti isnin selasa..
sekian terima kaseh.

pekerjaan yang di benci..

percaya atau tidak.. sebenarnya aku memegang 1 jawatan yang sgt mudah dibenci oleh department2 lain dalam kompeni aku keje. ini bukan profesion popular. itu lah jawatan production executive kilang surat khabar!

ikhlas?

mau buat apa pon kena ikhlas..
rezeki? kena ikhlas jugak.. kdg2 lambat tp klu ikhlas, lumayan hasilnya..
tuhan maha adil..

wahai otak..

entry pasal keje..
bila dh masuk bab management otak x macam yg keje non-management.
yg management ni otak bleh tercabut klua dr tengkorak wooo..

bila otak penat automatik badan rasa longlai..

ntah apa aku merapu.. aku tgh penat ni..
ujung thun.. mcm2 nk kena wat..

 
gila nampak serabai atas meja.. tu keje harian.. blom tahunan lg..

buka..

buka minda..
kasi luas fikiran..
byk benda kena tukar..
termasuk budaya..
maksud aku BUDAYA KERJA!

4 tayar!!!

lokasi : depan pintu kilang
time : nak balik keje tp hujan..

ni ayat yg staff aku ckp "hujan ni bos, tangkap kreta la bos.. bos mana bleh naek motor.. nanti anak buah x respek la, depa pakai kreta besaq2.."

adoi.. jenoh nk kumpoi duet..
inspira... adakah engkau????