Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Au Revoir - Su'ul Khatimah (2010)

baru2 ni aku ada beli cd + tee dr mastermind Au Revoir iaitu Rammy..
ini kali ke2 aku beli cd Au Revoir setelah kali pertama iaitu dr album pertama yg bertajok Keys of Misery..
dan baru2 ni aku terhajat nk beli mini album terbaru diorg yg bertajok Su'ul Khatimah.
























1st time aku just terbaca dalam blog faithcraft (kalau xsilap la..) yg rammy macam nk stop seketika au revoir setelah rilis 1st album tahun lepas, tapi idea dtg mencanak.. lantas aku pon pi la ke myspace au revoir.. ya, seriusly aku terpikat dgn lagu The Games Girls Play.. yes aku memang suka rentak2 style nih..


ok2, mini album ni mengandungi 6 buah lagu dan salah 1 dr nya ialah instrumental. berikut aku list kan lelagu dlm mini album ni..


1 - Disqualified To Be Human
2 - The Life I Choose
3 - The Devil I Called Father
4 - A Love To Kill
5 - The Games Girls Play
6 - Hanzar (instrumental)


untuk mini album ni aku rasa tepat sekali rammy melabelkan music au revoir sebagai speed rock!!! bagi aku ini percubaan berani rammy dan tukang solo nya iaitu Yem untuk merakamkan lagu2 yg bagi aku tunjangnya ialah irama2 old skool!!! melodi2 yg dihasilkan mudah melekat di kepala otak.. maksud aku song melodi ya..
dari segi sound pulak aku rasa mini album ni sedikit kurang umphh dr album Key of Misery.. mungkin jugak ia nya dirakam dgn tergopoh gapah kerana aku ada terbaca lagu2 mini album ni majoriti nya dihasilkan dalam masa terhad.. iaitu dirakam setelah beberapa ketika dapat idea.. malah menurut rammy yg bgtau aku lagu The Games Girls Play tu dihasilkan dlm masa 1jam saja (bukan rekod 1jam tapi penulisan lagu tu..)


Walau bagaimana pon aku dapat rasa kan bahawa mini album ni masih ada kelebihannya dimana certain lagu lebih baik penulisannya dr lelagu dr album Key of Misery.. aku nampak kematangan dr segi susunan dan penyampaian vokal untuk mini album ni kalau compare dgn rilisan2 sebelom ni..


untuk mendapatkan album ni atau rilisan2 terdahulu, anda boleh menjengah ke blog Faithcraft production milik rammy..



aku harap pasni rammy, yem dan au revoir akan menghasilkan material2 yg lebih bagus dan kualiti rakaman yg lebih sempoi di masa hadapan..

Voyage, Sleepthief, Eluveitie..


alkisahnya aku terasa benda ni 3-4hari lepas.. setelah aku dgr kembali album Voyage 2 - The Essential World Beat Collection (2002).

 
album ni dikenalkan oleh rakan 1 dorm aku dulu masa mula2 masok UiTM time amik diploma..nama dia paen..bila aku dengar balik aku teringat zaman aku dok wat projek visual research dimana time ni dok kena wat apa2 bentuk yg dilukis tp medium nya ialah dawai.. errr aku btol2 terasa mcm aku kembali dizaman tu bila lelagu dr Enya apa semua ni berkumandang dr winamp pc aku..























aku bleh cari semula album ni setelah 2-3menjak ni kawan aku si Amin dok layan Sleepthief, 1 lagi album bersuara pompuan.. tapi mungkin aku akan terkenang kembali lelagu sleepthief ni dlm 5-6 tahun akan datang.. hehe.. 2 album Sleepthief iaitu The Dawnseeker (2006) dan Labyrinthine Heart (2009) memang dah jd koleksi aku.. tapi album Labyrinthine Heart (2009) ternyata berhantu dr The Dawnseeker.. hehe..

apa2 pon aku btol2 terasa aku kembali ke 2004 bila lelagu Sarah Brightman dr Voyage ni berkumandang.. rasa mcm bleh hafal lagu apa pas setel tiap2 track.. Enigma la, Yanni la, Era la.. haha..























dan latest sekali juga di tekan oleh Amin bila band Eluveitie yg bawa konsep folk metal ni semakin menggila!!! apa2 pon aku nampak progrez Eluveitie start dr album Evocation I The Arcane Dominion (2009).. ini antara album terbaek pilihan aku tahun lepas.. dan menjelang 2010 ni diorg rilis lg album baru bertajok Everything Remains As It Never Was (2010).. Amin siap tempah cd album ni.. fanatik gila!!! 

apa pon album baru ni juga x mengecewakan.. aku puas hati walopon 3-4hari layan versi bunyi xsedap!!!
hahaha

dan dalam music2 jenis pelik nih bleh jugak aku rekomen dgr Blackmore's Night, La Crimosa.. hahaha.. La Crimosa???

jiwa ballad.. hehe..

ahad baru2 ni dikala org2 kotaraya baru nk kembali, setelah puas beraya di kampong,
dikala itu aku dh 3-4hari kembali meneruskan kehidupan mencari rezeki..

ptg ahad tu aku xtau watpe, so aku pon layan la filem terakhir Allahyarhamah Yasmin Ahmad,
tukang buat filem yg agak ganjil.. dan lari dr "ketipikalan" filem2 kita.. filem itu ialah "Talentime"..

err, aku bukan nk review filem ni.. lagi pon aku baru nk tgk cite nih.. ketinggalan jugak aku nih.. hehe.. cuma apa yg aku nk bgtau sini ialah aku terpegun dgn 2buah lagu dari filem nih.. 1 bertajok "Angel" yg dinyanyikan oleh Atilia (penyanyi sebenar, yg dlm filem tu org lain kot..aku pon xtau..hehe) dan 1 lagu lagi bertajok "I Go" yg dinyanyikan oleh Aizat (ni 1st time aku dgr suara Aizat yg sebelom ni org dok sebut2 tu..).. lelagu dlm filem ni dibikin oleh Pete Teo.. sedap gile lagu nih terus otak aku tangkap setiap melodi lagu nih..


















aku rasa aku ada jumpa CD soundtrack filem nih.. dan juga CD Pete Teo (sebenarnya lagu yg Aizat nyanyi tu lagu Pete Teo..) lokasi CD tu kalau x silap di Kelana Jaya..

emmm dh masok hari ke3..
aku masih lagi layan 2lagu nih..

ni lirik lagu I Go..


I GO
Music & Words by Pete Teo

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life - you're my sweetest nightinggale
But I can't hear it here no more
And I go... I go

Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face



ni plak lirik Angel

ANGEL
Music & Words by Pete Teo

Angel
I have a dream of you I can't defy
You've been on my mind
Don't go
I'd be lost without you by my side
Lost and on my own
Yeah I've fallen for an angel

Angel
Your brightest star is shining next to mine
Every night and day
Do you know?
Stars explode and then they fade away
Then they fade away
Yeah I've fallen for an angel
Yeah I've fallen for an angel

Won't you please be my baby?
Come by and I'll lay you down
I want you and I'm saying I love you too
Won't you please be my honey?
I'm so sorry that I let you down
Your eyes are breaking my heart in two
Break my heart in two

Angel
May the one above us keep you safe
For the rest of days
If he knows
How I love the smile upon your face
He'd guide you here to stay
Yeah I've fallen for an angel




aku akan upload 2 lagu ni dlm playlist blog aku ni skit hari lagi..

Perempuan Berkalong Sorban (2009)


















errr, ini cite endon.. berita terbaru yg aku dpt ialah cite ni diboikot di sana.. so, org malaysia jgn haraplah nk tgk cite ni kt pawagam.. hehe..

ok, alkisahnya aku dh terbaca pasal filem ni minggu lepas.. tajok dan poster artwork filem ni je dh wat kan aku tertarik nk tau apa disebalik cite nih..

so, smlm aku pon donlod lah nk tgk sebagai preview.. maka dihari ahad yg serba bosan ni pon aku layan la cite ni bertemankan susu coklat dan twisties.. hehe..

ok, ini cite perjuangan seorang pompuan yg menjalani kehidupan didalam komuniti yg mengamalkan cara idop ala2 taliban gitu.. hehe.. dimana dia merasai sesuatu yg tidak adil bila kaum hawa di letakkan tidak boleh melebihi langsong kaum lelaki.. alasan digunakan ialah agama.. hmmm memang berat cite nih.. ada babak yg buku2 selain Al-Quran dan hadis dianggap bahan yg akan merosakkan akhlak.. habis dibakar buku2 tu..

berbagai2 la dugaan yg dihadapi termasoklah jd mangsa seksual suami, kena tangkap khalwat dan hampir2 kena hukom rejam, suami mati kena langgar dan sebagainya.. bagaimana watak Anisah ni begitu kuat mengharungi segala pancaroba.. haha..

ok, ini untok tontonan org2 yg otak nya terbuka luas aja.. kalau pikiran singkat, lepas baca apa aku tulis ni, wat je xtau dan anggaplah aku tulis benda yg x wujod.. haha..

dr filem ni aku dok terpikir nape filem2 endon yg boleh bikin org kita jadi cerdik xde pon dimasokkan ke malaysia.. asyik2 cite bodoh jek yg dibawa masok.. haha..
1 lg kaitan filem ni dgn malaysia ialah soundtrack lagu ni dinyanyikan oleh dato' Siti Nurhaliza..
ok, dapatkan DVD cite ni dikedai2 terpilih.. donlod sekadar preview ok..

GADOH 2009 - dah tengok???

2hari lepas aku terbaca 1 blog pasal cite nih..
aku btol2 tertarik dgn review pasal dialog2 yg digunakan..
satu keberanian..

dan dlm tu diberi link donlod cite nih..
sbg preview aku pon try lah donlod..

ok..
cite nih adalah 1 cite pasal persekitaran kita seharian..
ada berbau perkauman tapi itu permulaan cerita jek..
tp ada la meleret2 skit ke babak2 lain..
pasal melayu, cina dan india..
tgk camana sekeliling yg wat kan timbol nya perasaan racist..
akhir cite ada sebot pasal kekeliruan..
yup aku setuju..

mesej cite ni sgt mulia..
buang segala rasa kebencian anda.. buang segala racist anda..
bagaimana bebudak sekolah yg anti bangsa2 lain boleh jadi geng.. benda nih x mustahil.. memang boleh buat..

dan pada aktivis seni, memang dh lama faham seni menyatukan semua.. begitu juga dgn cite nih.. teater menyatukan puak2 bangsa yg pantang jumpa nk gadoh jek..

dan best jugak pada yg gila kedudukan.. memang kena selepok kedahi bila tgk cite nih..
amalan rasuah, kipas bos, mcm2 lagi..

racist wujud kerana diri sendiri.. buang segala keegoan dan kuasa anda seketika.. biarkan mereka bercakap isi hati mereka.. cool....


p/s - aku suka cite mcm nih.. next month aku beli dvd nih.. wat koleksi..