PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan

15/01/17

Percutian di Fraser's Hill - Part II

Sambungan dari entri semalam. Ini lebih kepada gambar-gambar yang Mama QD ambil selepas check out dari Apartment. Simpan sini untuk kenangan masa depan. Jom layan gambar kami. 


Keluarga kecil kami


Mama QD dan Papa QD


Qistina dan Danish


Bergambar di Mercu tanda Fraser's Hill

Gambar ni terbalik lak. Dah rotate pun tak boleh 😂


Mama QD bersama MIL dan Busu Papa QD


Qistina bersama Datuk dan Nenek


Mak, Bapak, Busu dan Nenek Papa QD


Ini je gambar yang Mama QD ambil. Oklah untuk buat kenangan yang kami dah pernah datang sini. Best lagi pergi Cameron Highlands. Nanti Mama QD cerita lak tentang percutian kami di Cameron Highlands.

14/01/17

Percutian di Fraser's Hill-Part I

Cerita percutian keluarga SH pada bulan Disember 2016. Kami sekeluarga pergi ke Fraser's Hill. Alhamdulillah hajat nak pergi situ tercapai. Tapi yang sedihnya takde banyak tempat menarik nak pergi. Fraser's Hill ni sesuai untuk yang nak lari dari kesibukan kota. 

Fraser's Hill 

Masa kami sampai sejuk sangat. Bergabus. Orang pun ramai.


Puncak Inn

Kami check in di Puncak Inn Apartment.


Di depan Puncak Inn Apartment 

Ini rupa dalam Puncak Inn Apartment. Sesuai untuk keluarga besar.

Ruang tamu 


Master Bedroom


Bilik kedua


Qistina dan Danish 

Seronok anak-anak sesekali tidur hotel. Paling seronok Danish sampai tak nak balik rumah nak tinggal kat situ je. Siap kata, bila Mama nak lik rumah Adik kat jauh tu. 

24/12/16

Mood bercuti On

Alhamdulillah impian nak pergi Fraser's Hill tercapai. Dilla ada buat entri ni BILA DAPAT PERGI SINI. Jadi mood bercuti On. Yahoo !!!! Semoga dipermudahkan urusan dan semuanya indah-indah. Ini percutian bersama keluarga My Love. Percutian tahunan kali ini jauh sikit. Kami bercuti di Fraser's Hill. Dah booking hotel di Puncak Inn Fraser's Hill.

Puncak Inn Fraser's Hill 


Tak sabar rasanya. Selamat bercuti kawan-kawan.

11/12/16

Upside Down House Melaka

Bulan ni tengah cuti sekolah, jadi ramai keluarga yang sibuk bercuti sana sini. Jika anda datang ke Melaka jangan lupa singgah ke Upside Down House. Bagi yang suka posing mesti sakan bergambar. Kami sekeluarga kekok je bergambar.  Tapi sayang masa ni Qistina takde sebab Qistina tinggal kat umah nenek dia.

Meh layan gambar kami sekeluarga.

Upside Down House 


.


Tiket masuk upside Down House 


.

Dilazfamily 


.

Papa dan Danish 


.

Dilazfamily 

.

Mama dan Danish

.

Ini je gambar yang ada. Bateri low nak ambil gambar banyak tak boleh 😂. Okey lah janji ada kan. Di bawah ini detail untuk ke Upside Down House di Melaka.

Upside Down House Melaka Address:
G12 & G14, Jalan PM 7,
Plaza Mahkota,
Bandar Hilir,
75000 Melaka.

Waktu operasi :
Isnin - Khamis : 10.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat - Ahad/Cuti Am : 10.00 pagi - 9.00 malam

Harga tiket : Dewasa RM 15, Kanak-kanak RM 10
*Kanak-kanak bawah 90 cm, PERCUMA 
Tel: +6011 10722260


29/05/15

Taman Negara Johor

Selamat bercuti kepada semua anak-anak yang bersekolah. Seronok mereka kan dapat cuti panjang. Mesti ada ibu bapa yang janji nak pergi jalan-jalan atau balik kampung. Kami takde apa-apa program cuti sekolah ni. Tapi tak tahula kalau ada rancangan last minute. Sesiapa yang bercuti di Johor bolehlah pergi ke Taman Negara Johor di Tanjung Piai. Tanjung Piai ni di penghujung benua Asia. Dilla sekeluarga baru je pergi awal bulan haritu. 





Signboard ke Taman Negara tu





Tiket masuk RM 5 bagi dewasa. Kanak-kanak masuk percuma. Pergilah bagi siapa yang suka dengan persekitaran hijau.




jantung hati Dilla



Gayat jap masa jalan atas jambatan ni. Tapi still nak selfie.hehehe


Happy holiday

10/04/14

Bercuti di atas kapal Cruise

Seronoknya jika dapat bercuti di atas kapal Cruise ni. Lagi-lagi pergi bersama yang tersayang. Boleh dijadikan sebagai pakej honeymoon. Bila agaknya dapat tercapai impian ini ye. In shaa Allah ada rezeki nanti dapat pergi. Tak salah ada niat dan impian bercuti macam ni kan. Boleh masuk dalam Wishlist ni. Rezeki Allah yang beri kan. Jom tulis 101 impian anda





Gambar ihsan pakcik Google
 

16/07/12

Selesanya Hotel Bluewave Johor Bahru

Salam semua.
Alhamdulillah Dilaz dan My Love selamat pergi dan pulang dari Johor dan Singapura. Seronok gak tapi biasalah letih sikit. Nasib baik bos bagi cuti hari nie. Dapatlah relax jap dan buat entri nie. Seperti entri sebelum nie Dilaz tido di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru.
 

Hotel nie dekat ngan Singapore dan di tengah-tengah bandar Johor Bahru. Inilah keadaan bilik tido kami. Kiteorang duk kat hotel nie 3 hari 2 malam. Semua CEO dan Unit Manager yang tanggung. Untung kan.
 
 
Besar gak bilik nie. Selesa sangat. Ada rezeki nak bawa anak-anak pergi hotel nie.


Siap ada dapur dan microwave. Sesuai untuk sesiapa yang datang berkeluarga. Bilik-bilik kat hotel nie memang best dan selesa.
 

Dilaz rasa sangat bertuah bekerja dengan Agensi nie. Kalau kerja kat tempat lain susah nak rasa seronok dan tawaran-tawaran macam nie. Oleh itu, kenalah kerja kuat dan ambil seberapa banyak peluang yang ada. Paling penting, jangan cepat berputus asa dan sentiasa perlu bersabar.

18/03/12

Bile dapat pergi sini

Hari-hari minggu nie duk umah je. Tengah duduk berehat nie tetiba terfikir, bile agaknya dapat pergi Fraser's Hill nie. Lama berhajat nak pergi. Tapi bile rancang nak pergi je mesti ada halangan lain atau perkara yang tak dapat dielakkan. Saje je nak jalan-jalan kat sini sambil menenangkan fikiran daripada tekanan kerja nie kan.


Fraser's Hill

InsyaALLAH ada rezeki nanti Dilaz nak pergi gak sini bersama keluarga tersayang. Mesti Qistina suka sangat sebab Qistina kalau pergi tempat sejuk, seronok dia bukan main lagi. hehehehe

18/03/11

NAK PERGI SINI LAH

Salam semua.

Hari nie Jumaat, penghulu segala hari kan. Diam tak diam gak, cuti sekolah dah nak habis. Cuti sekolah nie saya tak gie mana-mana pun sebab MY LOVE keje. Ni tiga hari MY LOVE kena pegi kursus kat KL tinggallah kami dua beranak. Nasib baik ada QISTINA, taklah sunyi sangat. 

Saya teringin sangat nak pegi DISNEYWORLD. Tak kisahlah kat mana pun. Dapat pergi yang kat SINGAPORE pun kira okey. Ni tengah kumpul duit sikit-sikit dan tengah sabor banyak-banyak. Selalu berdoa agar dimurahkan rezeki dan impian percutian tercapai. AMIN.


DISNEY WORLD

Saya pun teringin nak pergi Bukit Tinggi. Agak-agak mahal tak kos nak pergi sana? Ada sesiapa yang dah pergi sana tak?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails