PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan

21/11/20

Kalendar Digital

Kalendar Digital ke Kalendar Lagend nak beri Nama? Kalendar ni Kak FS ambil gambar masa Raya tahun lepas. Lama dia kat dalam draft ni tak post lagi. Jadi hari ini Kak FS paparkan kat semua 😊. Barang rare tau. Ada ke jual sekarang ni?


Kalendar Digital



Kalendar macam ni kena tukar tarikh hari-hari. Kalau lupa tukar, tak tahulah tarikh. Dulu-dulu mana ada smartphone kan. Nak tahu tarikh hari tengok TV. Kalau takde TV, tengok dari surat khabar. 


20/11/20

Gula-gula lagend

Masa pergi kedai ECO ternampak gula-gula masa zaman kanak-kanak. Apa lagi terus beli. Makan sambil mengimbau kenangan lama. Rindu giler masa dulu-dulu, zaman takde masalah. Hanya fikir sekolah dan peperiksaan.

Macam sugus



Gula susu cair di mulut

 

Ada banyak lagi gula-gula yang ada. Duk teringin yang ni je, jadi Kak FS beli ni dulu 😃. Memang berebut dengan anak-anak lagi-lagi yang atas tu. Takpe next time boleh beli lebih lagi. 

10/06/16

Tragedi 5 Ramadhan 1437

Hari ini 5 Ramadhan 1437, Danish buat perangai yang boleh buat Mama sakit jantung. Nasib Mama tak lemah semangat tau. Adik..adik. Lain kali jangan buat lagi tau.  

Danish dan Mama 

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Nak tahu apa Danish dah buat? Danish telah masukkan lego  kecil ke dalam lubang hidung. Sampai dah ke  dalam hidung. Mama apa lagi terus call nenek Danish minta bawakan ke hospital Pantai. Alhamdulillah semuanya baik-baik. Doktor dapat keluarkan lego tu dan tiada darah. Syukur kepada Allah. Mama risau gak kalau lego tu masuk lebih dalam  pasti lebih serius kan.

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60


Ini adalah pengalaman yang Mama tak dapat nak lupakan. Terus buang lego yang kecil supaya peristiwa tidak berulang. Seram  sejuk dan menggigil satu  badan tau. Inilah lego kecil yang telah dimasukkan ke hidung tu👇.

Lego kecil 



11/02/16

Kenangan Terindah zaman kanak-kanak

Lama gambar ni dalam draft, jadi hari ni kita up entri. Gambar ni ehsan dari rakan facebook dan Dilla nak share di sini. Zaman kanak-kanak dulu lebih seronok dan banyak kenangan Terindah kan. Dulu mana ada gadget macam sekarang. Nak ambil gambar pun guna kodak kan. Pastu kena cuci baru dapat tengok gambar. 

Ini semua Dilla pernah buat dan ingat sampai sekarang.

Kad nama

 Pergi tempah banyak-banyak pastu beri pada kawan-kawan. Macam-macam design ada.


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Belon getah

Belon getah ni paling best. Balik je sekolah mesti singgah satu kedai Cina ni sebab nak beli belon tu. Beli banyak sebab sikit tak puas main.


Gelang getah

Gelang getah ni pun pernah pakai. Warna warni kain perca. Ada kawan tu siap buat bisnes. Amik tempahan pastu mak dia tolong buatkan. Agak2 kalau dijual sekarang ni ada yang nak beli tak? 

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60


Buku biodata

Buku biodata paling win. Siap tulis makan dan minuman kegemaran. Ada tu siap tulis ciri lelaki idaman. Dilla ada simpan lagi buku biodata ni, tapi di kampung. Buku biodata ni biasanya bagi masa akhir tahun kan. Tukar-tukar buku ngan kawan. 

Seronok kan zaman kanak-kanak dulu dari sekarang. Rindu zaman tu.

27/09/15

Telefon lama

Telefon lama yang sangat nostalgia. Dah semakin jarang jumpa di tempat awam. Dulu pernah ada kad telefon supaya senang nak buat call tak payah bawa duit syiling. Zaman kanak-kanak dahulu lebih seronok dari zaman sekarang.

Telefon lama

26/09/15

tiket bas dan tiket wayang

Kenangan terindah kau dan aku tak dapat dilupakan...cheewaah. Intro entri tak menahan. Apa yang indah tu sampai tak boleh dilupakan. Nak tahu ke? Ini pasal tiket bas dan tiket wayang. Banyak nah koleksi tiket Dilla simpan. Kat bawah ni hanya sebahagian je.





Itu semua Tiket bas dan tiket wayang Dilla dengan My Love semasa kami sama-sama belajar di UUM. Kami simpan sebagai kenangan. Setiap tiket ada cerita tersendiri. Masa Qistina tengok album koleksi ni mulalah dia bertanya apa ni Mama. Akan datang anak-anak mungkin takde koleksi ni semua sebab zaman dah lain. Bila tengok semula tiket-tiket ni akan terimbau semua kenangan manis. Alhamdulillah kami bersatu dan bahagia. Semoga ikatan perkahwinan kami berdua berkekalan hingga ke jannah. Amin.

21/09/15

Gula serbuk

Dah jarang jumpa gula serbuk dalam bekas bulat ni. Ini gula kegemaran masa zaman kanak-kanak dulu.

       

Golek-golek atas serbuk pastu makan. Sedap je rasanya

31/08/15

Zaman kanak-kanak Dilla

Zaman kanak-kanak dulu mana ada gadjet dan internet kan. Lagi-lagi Dilla ni orang kampung mana dapat tu semua. Memang banyak masa dan enjoy bermain dengan kawan-kawan dan sepupu.




Ini antara apa yang Dilla main masa zaman kanak-kanak. Seronok sangat dan jarang nampak budak-budak main sekarang ni.



Baling tin susu....masing-masing akan bawa tin susu sendiri dan kumpul




Kat sekolah masa rehat main peluk tiang




Cuti sekolah atau balik dari sekolah main anak patung kertas. Main tukar-tukar baju

Yang selalu main ialah patung kertas. Simpan sikit duit belanja sebab nak beli patung kertas ni. Best ye kalau jumpa sekarang nak beli simpan buat kenangan


23/07/15

Gambar lukisan kami

Nak abadikan di sini gambar lukisan kami anak-beranak. Tapi gambar Danish je takde lagi. Letak sini untuk simpanan akan datang.


Qistina



Qistina lagi



Dilla



Dilla dan My Love


22/07/15

Kenangan kad raya

Masa zaman kanak-kanak dulu banyak dapat kad raya dari kawan-kawan sekolah. Dah kumpul banyak-banyak pastu gantung dan hias kat dinding rumah dan kat pokok pasu. Seronok sangat masa itu. Tapi sekarang dah takde pun dapat kad raya. Sedih kan. Yelah semua hantar ucapan raya pakai sms@whatsapp@facebook je. Takdelah lagi kenangan kad raya yang banyak-banyak tu.



Gambar dari rakan facebook


Inilah kenangan bila tiba hari raya pada zaman dulu. Tak tahulah kan masa zaman cucu cicit kita nanti ada lagi tak kad raya. Emmmm

29/06/15

Kenangan Qistina di Tadika

Assalammualaikum semua

Dilla jumpa medal dan piala ni masa kemas rumah. Terus ambil gambar dan abadikan di sini sebagai kenangan Qistina di Tadika. Nanti bila dah besar Qistina bolehlah baca dan tengok. Qistina ni seorang anak yang bijak tapi ada malas sikit. Hehehehe. Tapi Dilla bersyukur diberi anugerah terindah ni. Qistina ni perangai dia sejinak-jinak merpati tau. Apalah Dilla melalut ni kan.

Qistina suka berkawan jadi tiada masalah sangat masa hantar dia ke mana-mana sekolah. Cepat dia menyesuaikan diri dengan keadaan di sekeliling. Ini ikut perangai Dilla. Di sekolah seorang pelajar yang aktif dan dikenali cikgu-cikgu. Bila acara sukan Qistina paling suka. Ikutkan nak masuk semua acara tapi mana boleh kan. Kenalah bahagi-bahagi dengan kawan baru adil. Jadi ini jelah yang Qistina dapat masa di Tadika dulu. Lepas ni kenangan di sekolah rendah lak.



Medal hari sukan...larian dan futsal




Piala untuk keputusan peperiksaan akhir tahun. Saguhati untuk tahun 2013 dan tempat ketiga untuk tahun 2014. 

13/06/15

Tunggu turn mandi



Bila tengok gambar ni teringat dulu masa duduk kat Asrama. Kekadang macam tulah keadaan bila berada di bilik mandi. Bila terkenang semula macam kelakar je sampai buat camtu. Tapi nak buat camne kalau tak buat macam tu memang lambatlah tunggu turn nak mandi. Ada tu siap kawan copkan turn mandi tau. Emmmm... Rindu pulak zaman sekolah dulu2.


Gambar ehsan dari rakan FB

Korang pernah tak alami macam ni?

27/05/15

Tarikh keramat Dilla dan Danish

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Dilla nak abadikan di sini satu tarikh keramat yang perlu diingat sampai bila-bila oleh Dilla dan juga Danish kelak. Tarikh apa yang keramat tu. Sebenarnya ia ialah tempoh penyusuan Danish (my little hero & bodyguard).

Alhamdulillah penyusuan selama 2 tahun berjaya. Dilla dapat beri susu ibu kepada Danish secara ekslusif selama 2 tahun 2 bulan dan 21 hari (21/10/2012 - 11/01/2015). Selama tempoh itu banyak suka duka dan ia satu pengalaman terindah buat Dilla. Tiga kali Dilla kena bengkak susu. Sakitnya memang tak terkata hanya Allah je yang tahu. Namun demi anak tersayang Dilla harungi jua.

Ada yang kata "kau tak keje bolehlah bagi susu badan". Orang hanya lihat Dilla yang di pertengahan tempoh penyusuan. Mereka tak lihat dan tak tahu semasa awal-awal penyusuan. Dilla dulu bekerja dan pekerjaan Dilla bukan duduk di dalam ofis serta bukan waktu pejabat. Dilla perlu berjumpa orang dan tiada tempat yang selesa untuk mengepam susu. Tapi itu semua bukan alasan dan halangan kepada Dilla. Dilla cari tempat yang boleh untuk mengepam. Kekadang tu mengepam di dalam kereta dan pernah juga pam di dalam tandas. Setiap hari semasa bekerja, beg pam dan cooler bag sentiasa di sisi. Dilla akan pam sekurang-kurangnya 2 kali semasa bekerja. Masa tu Danish memang kuat menyusu sekali susu 4 oz.




Bagi Dilla jika tiada konsep "supply & demand" penyusuan tidak akan berjaya sehingga 2 tahun. Dilla memang ada ambil suplemen. 
Suplemen Shaklee banyak membantu Dilla untuk lebih sihat dan bertenaga. Jika kita tak sihat dan tak bertenaga, produktiviti susu badan akan terganggu. Kita juga perlu minum air yang cukup dan makan makanan yang berkhasiat.

Susu ibu adalah yang terbaik untuk si manja. Alhamdulillah Danish kurang demam dan sakit sepanjang menyusu. Jika sakit pun cepat baik. Kulit Danish juga cantik dan gebu, ramai yang puji. Ini semua dengan izin Allah.




Semoga Danish sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak yang soleh. Mama sayang Danish. Danish memang seorang anak yang bijak dan baik. Danish sangat memahami Mama. Okeylah sampai di sini saje. Jumpa lagi.

Coretan Mama QD

3/05/15

Koleksi Majalah

Ini koleksi majalah yang di dalamnya ada gambar Dilla bersama My Love dan kawan sekerja, gambar Qistina, gambar Danish, gambar keluarga serta gambar Dilla bersama anak. Ini kenangan dan untuk simpanan peribadi. Bukan senang kan nak dapat masuk dalam majalah. 

Dulu rajin nak hantar-hantar gambar sekarang dah kurang sikit. Ini antara majalah-majalah tersebut.






.......




.....


dan






23/03/15

Cawan vs Gambar

Tak ingat dah up lum entri pasal cawan yang ada printed gambar kahwin Dilla. Tapi takpelah nak up gak entri hari ini. Cawan ni Dilla order kat Heartbeat. Kalau nak Order klik kat bawah tu. Dilla pilih cawan tu warna kuning, saje buat untuk kenangan. Kalau tak silap order cawan tu masa Anniversary 3 tahun lepas. Tahun ni tak tahu lagi apa surprise. Kumpul duit dulu. Dah cukup kita buat. InsyaAllah. Kat Heartbeat tu banyak hadiah cantik-cantik boleh kita beri pada tersayang. Pilih je nak design yang mana. Sekarang ni pun ada Diskaun tau. Jom shopping kat sana
Nak ORDER KLIK NI Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

21/03/15

Terjumpa ni

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Apa khabar? Dilla harap kawan-kawan semua sihat dan berbahagia selalu di samping tersayang. Alhamdulillah. Tadi Dilla nak delete apa yang tak patut dalam folder gallery memory card, pastu Dilla terjumpa gambar kat bawah ni. Gambar lama dan Dilla suka sangat. My Love yang ambilkan gambar tu pakai HP Blackberry je. Tapi latar belakang tu yang tak cantik. Emmmm. Gambar ni diambil kat luar Sunway Piramid. Gambar 4 tahun lepas. Muka tak banyak lagi jerawat dan kurus sikit. Sekarang ni badan ada naik sikit sebab stres. Dilla dalam proses nak shape body. Kalau boleh nak slim sebelum raya nanti. InsyaAllah.
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

10/01/15

Koleksi Gelas McD Coca Cola

Lama sebenarnya nak up entri ni, tapi dibiar jadi pekasam. Masa belek-belek galeri gambar kat handphone nampak ni. Jadi uplah entri ni...Koleksi gelas McD Coca Cola Dilla. Ini koleksi zaman dulu-dulu. Sekarang dah tak makan McD lagi, lama dah sebab My Love lebih suka KFC. Jadi ini jelah gelas yang dapat dikumpul dan dijadikan koleksi. Ada gak minggu yang tak dapat Dilla kumpul gelas Coca Cola tu. Saje je suka-suka. 

Inilah hasilnya

 
 
 
dan
 
 
Jom like Page Dilaz Family

31/12/14

Wordless Wednesday #38-Kata-kata

Kenangan 15 tahun yang lalu. Masa Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Kata-kata nasihat, semangat dan motivasi dari kakak angkat Dilla. Lama tak jumpa Kak Lin. Dah lost contact dengan Kak Lin. Layan...




lagi




dan ini



Banyak sebenarnya. Dilla ambil yang ni je nak up kat sini. Memang nostalgia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails