PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kahwin. Papar semua catatan

1/06/21

Happy Wedding Anniversary 14years

 1 Jun 2021 🎉 HAPPY WEEDING ANNIVERSARY



Syukur dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. Genap 14 tahun usia perkahwinan Kak FS bersama suami tercinta Firdaus Sulaiman harini. Alhamdulillah ❤️. 


Terima kasih Allah. Terima kasih abang, susah senang kita bersama tau. Harini pun Abam Fird start dengan new environment, kembali ke dunia sale. Semoga rezekii Abam Fird melimpah ruah dan dipermudahkan semua urusan beliau.


Semoga ikatan perkahwinan kami berkekalan hingga ke syurga dan sentiasa dalam lindungan Allah. Aamiin 🤲.


#weedinganniversary

23/12/16

Tetamu VVIP di Majlis perkahwinan Fareez dan Ain

Tetamu VVIP kami.

Papa QD 

.



Majlis perkahwinan Fareez dan Ain-Part II

Sambungan entri majlis perkahwinan Fareez dan Ain. Ini majlis resepsi sebelah pengantin perempuan. 

Raikan cinta Fareez dan Ain 


Wefie rombongan pengantin lelaki. Berpeluh tunggu nak berarak. Huhuhuhu


Abang pengantin, bapak pengantin, mak pengantin dan kakak ipar pengantin 


Dah mula berarak. 


Pengantin lelaki 


Sesi bergambar bersama pasangan pengantin.


Keluarga belah pengantin lelaki 


Kami sekeluarga bersama pasangan pengantin.

Dilaz Family 


Gambar majlis belah lelaki tak sempat snap. Ada 2 keping ni je. Gambar banner dan Qistina bersama Pak Ngah dan Mak Ngah.

Majlis belah pengantin lelaki 

Say Peace ✌

Qistina, Mak Long, Pak Ngah dan Mak Ngah 

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

16/12/16

Majlis perkahwinan Fareez dan Ain-Part I

Cerita berbulan-bulan lepas dan entri duk terperap lama dalam draft. huhuhuhu. Alhamdulillah syukur selesai majlis perkahwinan adik My Love.....Fareez dan isterinya Ain.

Nikah pada 9.9.2016. Banyak gambar tapi Mama QD hanya simpan di sini gambar-gambar yang ada Mama QD sekeluarga. Yang lain Mama QD tak masukkan 😃.


Hantaran belah lelaki 


Majlis akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Inilah dia pengantin baru 


Fareez dan Ain

.

Banner perkahwinan 

Malam berinai 



.

Gambar sekeluarga bersama pengantin 

Alamak gelap lak gambar. Okeylah dari takde.

Entri bersambung😍






1/06/16

Happy Anniversary ke 9

1 Jun 2016

Happy Anniversary 

Alhamdulillah syukur Allah panjangkan umur dan beri kesihatan yang baik. Genap 9 tahun usia perkahwinan Mama QD bersama suami tercinta Mohd Norfirdaus Sulaiman (1 Jun 2007 - 1 Jun 2016). Dikurniakan sepasang anak syurga yang comel dan bijak. Terima kasih Allah. Terima kasih abang, susah senang kita bersama.


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan  hingga ke syurga dan kita bahagia selalu. Semoga Allah merahmati kita sekeluarga dan beri kesihatan yang baik untuk kita sekeluarga. Aamiin

Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

8/02/16

Weeding Adik

Alhamdulillah selesai weeding adik di Johor. Ramai orang datang dan majlis berjalan dengan lancar. Cuci mata ngan gambar je ye...

Majlis perkahwinan adik bongsu

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Pelamin ala ala snow

Hantaran pengantin dari perempuan

Kakak pengatin dan pengantin

Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

Sedih sebenarnya tak dapat ambil gambar banyak. Sibuk sikit masa majlis. Ada sikit je untuk kenangan. Nak banyak tengok album pengantin nanti. Tak sabar nak tengok.

2/02/16

Baru nak update

Assalammualaikum semua

Baru nak update cerita perkahwinan adik bongsu Dilla (Cheah). Majlis tahun lepas pada  bulan November. Dilla ada buat entri jemputan ke majlis Di sini. Sepanjang majlis Dilla tak banyak amik gambar. Selalu camtu tak dapat nak snap gambar untuk diabadikan di sini. Tapi adalah gambar sikit-sikit untuk kenangan. Jom cuci mata.

Gambar-gambar sebelum akad nikah

Kakak pengantin dan Anak Buah wefie ngan pengantin

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

Along, Uda, Adik dan Akhmal

Ni selepas akad nikah

Dilaz Family bersama pasangan pengantin

Dan

Nyaie bersama cucu cicit


Alhamdulillah majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Dah selamat jadi isteri orang 😊.  

18/11/15

Walimatulurus Seha & Qie

Assalammualaikum semua.

Saya sekeluarga dengan rendah diri ingin menjemput kawan2 semua datang ke majlis perkahwinan adik bongsu saya Nurfasihah pada 21/11/2015 hari Sabtu ini di Pontian, Johor. Majlis akad nikah pada hari Jumaat malam. Di bawah ni ada peta dan alamat. 


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 


 Hadiah menarik untuk tersayang

Pada yang berada di Kelantan boleh datang ke rumah Qie di Kota Bahru. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan semuanya. Amin InsyaAllah.

1/06/15

Happy 8th Anniversary

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah. Harini genap 8 tahun ikatan perkahwinan Dilla dan My Love. Kami dikurniakan anak-anak yang comel dan hensem. Diberi rezeki yang tak putus-putus walaupun kecil. Banyak suka dan duka yang berlaku namun kami hadapinya dengan tabah dan sabar.

My Love adalah anugerah terindah untuk Dilla. My Love seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan tak cerewet tentang makan. Boleh makan apa je janjiperut kenyang. My Love juga seorang bapa yang penyayang dan akan berkorban apa saje untuk beri yang terbaik kepada anak-anak dan keluarga.



Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga dan diberkati Allah. Amin.


28/05/15

Passport Perkahwinan

Ingat nak melancong je ada passport rupanya kahwin pun ada passport perkahwinan.vhuhuhuhu. Macam-macam kan sekarang. Sebenarnya pertama kali dapat passport perkahwinan ni. Kawan-kawan mungkin ada yang pernah dapatkan. Ini kad kahwin bekas rakan sekerja dulu. Suka tengok kad ni.

SELAMAT PENGANTIN BARU FIQA DAN PASANGAN. SEMOGA BAHAGIA DAN KEKAL KE JANNAH. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN DAN MAJLIS BERJALAN DENGAN LANCAR. AMIN




Meh tengok dalamnya



VIP CLASS tu



lagi



1/06/14

Double Anniversary

Alhamdulillah..hari ini 1 Jun 2014. Ia merupakan Double Anniversary buat Dilla. Pertama; 1 Jun merupakan Wedding Anniversary Dilla dan My Love. Syukur pada Allah hari ni genap 7 tahun perkahwinan kami berdua. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kami dan kami sentiasa berbahagia. Amin In shaa Allah.








Dan 1 Jun juga merupakan Anniversary untuk Blog Dilaz Family. Hari ini genaplah 4 Tahun Blog ini ditubuhkan. Di sinilah cerita suka duka Dilla dan keluarga dicoretkan agar menjadi kenangan di masa akan datang. Semoga Blog Dilaz Family sentiasa dikenali dan memberi seribu sinar kebahagian kepada Dilla. Dilla berharap blog ini akan terus menjadi sumber pendapatan sampingan kami sekeluarga, In shaa Allah

Terima kasih kepada semua kawan-kawan dan followers yang sentiasa menyokong Dilla. Sokongan anda sentiasa diperlukan. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih Allah kerana memberi Dilla kudrat dan ilham untuk terus menulis di blog ini.

Alhamdulillah 


1/12/12

Selamat Pengantin baru

Hari ini hari persandingan Mak Uda Qistina dan Danish


SELAMAT PENGANTIN BARU

"Semoga bahagia selalu dan kekal hingga ke akhir hayat.Amin"
  

23/01/12

ANIS KAHWIN....

Cerita Anies kahwin nie dah lama sebenarnya. Baru sempat nak update. Anies nie ketua kerani di tempat kerja Dilaz. Dia pun ada Blog sendiri. Dia pun nak jadikan Blognya terkenal macam orang lain. Siapa nak kenal dia, lehlah buka blog Anies nie. KLIK SINI....

Anies nikah pada 02 Disember 2011 dan majlis persandingannya pada 03 Disember 2011. Dilaz mestilah datang ke majlis persandingan tersebut sebab kan dah member namanya. Lagipun tuan punya badan dah jemput datang, mestilah datang. Betul tak??

Perkara pertama, mestilah posing dengan pengantin. Wajib...

Tengok nie...seronok si Anies nie. Lagi-lagi dah nampak pengantin lelaki datang. Saje usik dia.


Pengantin lelaki dan perempuan bukan main lagi. Senyum sampai nampak gigi.huhuhuhu
 

Inilah cenderahati yang Dilaz dan My Love dapat..banyak kan.


Apa yang ada dalam beg tu.....inilah dia

Epal merah yang ranggup...cawan yang sangat kiut...dan gula2....so sweet...


P/S : Dilaz doakan semoga perkahwinan Anies dan Isa berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. AMIN.
 

20/11/11

Selamat Pengantin Baru

Sebenarnya dah agak terlambat nak buat entri nie. Tapi Dilaz nak buat gak. Dilaz nak ucapkan 

SELAMAT PENGANTIN BARU

Kepada Top Agen Fazil Agency - Ruhida dan pasangannya Yusof

Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki selalu dan cepat menimang cahaya mata. AMIN


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails