PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Vivy Yusof. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vivy Yusof. Papar semua catatan

3/05/16

Entri paling hot... Siapa Vivy yusof

Assalamualaikum semua

Rasa terkejut sebenarnya bila tengok entri Siapa Vivy Yusof ni menjadi entri paling hot. Tak sangka dan rasa tertanya-tanya gak. Padahal entri yang dibuat biasa-biasa je. 

Vivy Yusof

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Tengoklah kat atas tu. Sampai 2000 lebih orang tengok. Dulu entri mengenai Aaron Aziz yang menjadi entri hot dalam blog Dilaz Family. Tapi tahun ni, Vivy Yusof lebih hot di sini. Siapa lum baca, meh baca entri SIAPA VIVY YUSOF

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

Dilla memang admire sebenarnya dengan Vivy Yusof ni. Dah la cantik dan berjaya dalam perniagaannya. Semoga satu hari nanti Dilla dapat bertemu dengan Vivy Yusof dan berkongsi rahsia kejayaan. Tak salah bermimpi dan mana tahu mimpi itu akan menjadi kenyataan. Aamiin InsyaAllah

19/10/14

Aaron Aziz vs Vivy Yusof

Dua artis yang selalu menjadi keyword di Blog Dilaz Family..  Aaron Aziz dan  Vivy Yusof.







Tak banyak sebenarnya entri pasal Aaron Aziz dan Vivy Yusof tapi selalu keluar dalam keyword Nuffnang. Apa maksud tu?? Lagi satu paling famous Kelab Jutawan. Yang penting Dilla memang minat sangat ngan Aaron Aziz ni. Vivy Yusof lak suka tengok dia dress up. Cantik2

Tak kisahlah apa keyword pun, yang penting tak de keyword yang tak baik di sini. Semoga dijauhkan dari perkara-perkara buruk. 



 

27/03/14

Siapa Vivy Yusof ni??

Dilla buat entri nie sebab bile buka Nuffnang dan tengok pada bahagian keyword, ramai yang search Vivy Yusof dalam Blog ni. Pelik gak. Rasa macam tak pernah lagi buat entri tentang Vivy Yusof ni. Atau mungkin sebab Dilla ada pernah buat entri pasal jutawan terus Vivy Yusof ni jadi hot keyword dalam blog Dilaz Family. Apa lagi, Dilla pun google lah dan jumpa benda ni.
=======================================================================

Vivy tumpu dunia fesyen

BIARPUN menguasai dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perundangan dari School of Economic, United Kingdom, anak bongsu dua beradik ini tidak memilih bidang itu sebagai kerjaya.

Obses terhadap dunia fesyen dan terdedah dengan pengalaman membeli-belah di London sepanjang lima tahun menuntut ilmu, dia memilih perniagaan fesyen dengan menjana FashionValet.net (FV) iaitu sebuah web yang menjual hasil kerja pereka tempatan menerusi talian.

Vivy Sofinas Yusof bekerjasama dengan Fadzarudin Shah Anuar iaitu rakan sekolejnya yang masing-masing berusia 24 tahun ketika mereka menuntut di luar negara.

Gadis berdarah campuran berasal dari Kajang, Selangor ini mengakui angan-angan mereka direalisasikan menerusi pembelian di Internet kerana yakin jenis perniagaan sedemikian belum popular di negara ini.

Mengambil pengalaman di England apabila dia menggemari jenama Topshop dan Zara sehingga sanggup menggunakan duit kiriman bapanya untuk pakaian, kini minat itu dimanfaatkan menerusi proses penjualan fesyen di Internet dengan menawarkan rangkaian fesyen pakaian dan aksesori tempatan karya pereka tersohor seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk till Dawn dan pelbagai.

Berhasrat muncul sebagai hab jenama fesyen Asia terbesar menerusi talian, semangat Vivy bagaikan disuntik besi berani apabila sambutan diterimanya di luar dugaan berikutan perniagaan dijananya hampir enam bulan mendapat sambutan di luar jangkaan.

Katanya, sehingga kini hasil rekaan tempatan di FV menembusi pasaran Brunei, Indonesia, Singapura, UK dan Jerman.

“Ketika memulakan perniagaan, saya bergerak dalam satu kumpulan yang mewakili generasi muda dan yakin pelancaran perniagaan ini berjaya kerana sokongan dan kekuatan bersama.

“Mungkin semangat generasi muda mendorong kami bekerja keras dan saya ada ‘kru’ dibahagikan mengikut bidang tugas selain kami ada studio dan model untuk memastikan perencanaan kami berjalan lancar.

“Dalam setiap fesyen yang ada, saya memiliki sehelai baju pada setiap jenama dijual. Bahkan, saya sangat selektif untuk setiap rekaan yang hendak menyertai FV,” katanya.

Mengenai cara perbelanjaan pula, gadis ini memperuntukkan RM1,000 sebulan untuk membeli pakaian.

Namun, katanya, jika ada majlis berprestij perlu dihadiri, tentu peruntukan kewangan bertambah.

“Misalnya pakaian untuk majlis makan malam tentunya mahal dan saya terpaksa berbelanja ‘lebih’ daripada kebiasaan. Selain perniagaan ini, ayah ada elaun khas untuk saya dalam perniagaan hartanahnya di samping menyediakan pemandu untuk menyenangkan urusan seharian.

“Di samping itu, paling kurang saya simpan duit dalam sebulan RM2,000 semata-mata untuk persiapan membesarkan perniagaan ini satu hari nanti. Emak dan ayah selalu berpesan supaya saya sentiasa berjimat cermat,” katanya.

Vivi mengakui menjadikan bapanya yang terkenal dalam perniagaan hartanah sebagai rujukan penting sepanjang menjalankan perniagaan dan banyak nasihat berguna diperoleh.

“Saya pernah buat kesilapan, maklumlah ini pengalaman pertama kali berniaga, tetapi ayah menegur dengan penuh berhemah, terutama dalam soal perbelanjaan. Daripada situ ayah bercerita mengenai selok-belok dan memberi nasihat berguna kepada saya.

“Setelah enam bulan berniaga baru nampak keuntungannya, lalu saya yakin boleh pergi lebih jauh lagi. Namun saya masih mengharapkan nasihat ayah mahupun ibu dalam hal ini.

“Tidak dinafikan sebagai ‘anak ayah’, saya rapat dan manja, bahkan jika hendak berkawan dengan lelaki, saya akan mempelawanya datang ke rumah dan mengenali keluarga lebih dulu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya yang beroperasi di Plaza Damansara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


INFO

NAMA: Vivy Sofinas Yusof
JAWATAN: Pengarah Urusan FashionValet.net
UMUR: 24 tahun
LAHIR: 11 Disember 1987
HOBI: Menulis blog, melancong
PENDIDIKAN: Ijazah Undang-undang, School of Economic, United Kingdom
CITA-CITA ASAL: Ahli perniagaan
MAKANAN KEGEMARAN: Daging panggang
IMPIAN: Membuka syarikat berasaskan hartanah






Cantik orangnya. Kalau search nama dia banyak gambar tak pakai tudung. Gambar tu Dilla dapat dari blog Vivy Yusof.....proudduck

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails