PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Singapura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Singapura. Papar semua catatan

18/07/12

Cerita di Singapore

Salam semua.


Dilaz nak sambung cerita di Singapura @ Universal Studios Singapura. Bantak tempat yang boleh dilawati di USS. Kalau tak silap Dilaz ada 18 tempat macam-macam watak dan movie yang boleh kite tengok. Dilaz dan My Love tak pergi banyak pun hanya lebih kurang separuh je dari situ, yang lain tak masuk hanya duk luar ambil-ambil gambar je. 


Cuaca masa tu hujan. Kejap lebat, kejap gerimis. Jadi terbatas sikit pergerakan dan masa yang diberikan untuk berada di dalam USS pun kejap je. Kiteorang diberi masa hanya dari jam 10.40 pagi hingga ke 3 petang. Itu yang tak puas jalan tu.



   
Ride the Movie yang pertama kiteorang tengok ialah "SHREK". Dalam movie nie banyak kali kena sembur dengan air. Mula-mula kena air dari SHREK dan Wife dia bersin. Memang macam real. Pas tu masa dia nak selamatkan FIONA di air yang deras. Paling geli masa ada banyak labah-labah. Memang terasa labah-labah tu di kaki kite. Terperanjat Dilaz masa tu, ingat tak de apa-apa.

Lepas tu..kiteorang pergi ke Transformers. Sebelum nak masuk ni siap bergaduh dengan My Love tak nak masuk sebab rasa macam takut je nak masuk situ. Tapi sebab sayangkan My Love tawakal lah masuk join sekali.
 

Ini keadaan dalam Ride the Movie Transformers. Nak sampai ke movie tu ambil masa 1 jam setengah tau. Punyalah lama beratur. Sampai rasa nak patah balik.
 

Tapi penantian berbaloi sebab memang seronok dalam Transfomers tu. Yelah kite jadi salah satu robot yang menyelamatkan negara daripada musuh. Memang real dan rasa ngeri sikit pun ada. Rasa ngeri masa dia bawa kete laju-laju dan tetiba kereta tu jatuh daripada bangunan. Mahu kecut pertu nie. Nasib baik baby tak de apa-apa dalam perut ni. 

Habis tengok Transformers ingat nak masuk di Jurassic Park.
 

Bile masuk tengok signboard tulis anda akan basah sepenuhnya, terus tak jadi masuk. Lagipun kawan-kawan cerita kalau masuk dalam tu tak sesuai untuk Dilaz sebab takut apa-apa jadi pada baby. Nasib baik tak masuk. Member-member habis basah kuyup. 

Di USS tu memang seronok. Sesiapa yang belum pergi dan rancang nak pergmi jangan lupa masuk di Transformers tau. Kalau tak masuk itulah yang paling merugikan.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

17/07/12

Hanya beli nie je

Masa pergi Singapura Dilaz lupa nak tukar duit kat Money Changer. So, tukar kat USS je. Tukar kat USS mahal rate dia..rugi sangat. Dilaz tukar RM 50 dapat USD 19 je. Sikit kan. Jadi dengan duit tu dapat beli air USD 6.10 dan makan nasi lemak USD 4. Nak beli lain semua lebih dari USD 10 ke atas. 


Tapi untuk dijadikan kenangan di USS Dilaz beli 




Nak tahu apa dalam sampul ni.....


Ini dia Fridge Magnet USS. Satu FM nie USD 5. 
Simple je...

 

Lain kali nak tukar duit siap-siap dan beli barang cenderahati banyak-banyak. Untuk Qistina tak dapat nak beli apa-apa. Lain kali Mama beli untuk Qistina ye.
 

Sampai juga di Singapura

Hari Jumaat petang sampai di Hotel Johor. Hari Sabtu selepas breakfast kiteorang gerak pergi ke Singapura. Pertama kali pergi ke luar negara @ Singapura. Huhuhuhuhu. Sian kan. Orang lain dah banyak kali pergi ke luar negara. Imigresen Singapura sangat ketat pemeriksaannya. Tension gak lama tunggu. Di Johor senang je.


Okeylah....Tempat utama yang dituju di Singapura ialah Universal Studios Singapore. Dilaz nak tunjuk kat kawan-kawan antara gambar-gambar yang Dilaz sempat ambil.

Tangga nak ke Universal Studios Singapore (USS). Ini antara member2 satu Agensi.


Dah sampai wajib ambil gambar kat sini. My Love tak nak ambil gambar
 

Siapa yang belum beli tiket nak masuk, kena beli kat sini. Kiteorang dah beli masa kat Johor.
 


Map nie perlu ambil supaya tak miss semua tempat. Kalau tak rugi tau




Gambar kenangan kami berdua. Gemuknya Dilaz.. 
Tengah pregnant 6 bulan setengah @ 26 minggu



Satu je dapat ambil dengan maskot USS. Yang lain tak dapat jumpa sebab sibuk jalan.

 

Ini My Love Dilaz yang paling disayangi..
Kiteorang nak start ride the movie...
Nantikan entri seterusnya....
BERSAMBUNG.......
 

14/07/12

Dilaz nak pergi Singapore

Pagi semua. Mesti ada yang tak bangun tido lagi kan. Dilaz tengah bersiap-siap nak pergi breakfast. Pas tu Dilaz dan My Love nak pergi ke Singapura

 
Yang paling penting tempat yang kiteorang akan pergi ialah ke Universal Studios. Mesti seronokkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails