PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Pizza Hut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pizza Hut. Papar semua catatan

22/08/15

Menang Contest #4forall di Instagram

Ini cerita semalam. Dilla join Contest kat Instagram HOT FM #4forall. Caranya kena upload 4 gambar kesukaan kita bersama caption. Dilla main buat je dan tak sangka ada rezeki di situ. Alhamdulillah dan syukur selalu. Dilla sejujurnya tak tahu hadiah apa yang menang tapi join je. Kawan2 joinlah sekali mana tahu ada rezeki kan. TERIMA KASIH HOT FM.



Kemenangan Ketujuh 2015

3/10/11

Menternak Lemak di Pizza Hut

Waktu kejadian adalah pada hari Sabtu malam. Dilaz malas nak masak, jadi My Love tanya nak makan apa. Dilaz kata "ikut suka hati abanglah". My Love kata "Makan kat Pizza Hut nak tak? Tapi sayang belanja". Dilaz kata "Ok..sayang belanja , abang bayar...huhuhu". Jadi kiteorang anak-beranak pergilah Pizza Hut kat Giant.

Sementara nak tunggu order sampai. Kiteorang posinglah dulu. Ini gamabr My Love Dilaz candid..Nakal kan Dilaz nie..hehehe...


Dah lama tak ambil gambar berdua dengan Qistina jadi Dilaz suruh My Love tolong ambil gambar kami berdua. Nak ambil gambar berdua dengan My Love, Qistina tak pandai lagi ambil gambar.


Menu yang kiteorang order masa tu ialah Seafood Marine Spagetti


Yang nie tak ingat nama dia aper... Ada udang , sotong dan kentang.. 


Yang nie air Dilaz..Cappucino Ice Blended.. My Love minum Pepsi je

Lain-lain menu yang Dilaz order ialah Personal Pizza (Hot Masala) dan Deli Chicken Wing..Memang kenyang sampai licin kiteorang makan. Lain kali teringin nak makan kat Kenny Rogger. Tapi takut tak kena selera My Love pula.
 

7/08/11

Berbuka puasa hari ke-6

Selamat pagi semua dan selamat berhujung minggu. Esok dah nak kerja kan. Nanti mulalah Monday Blues. Baru hari ini Dilaz sempat bercerita tentang bulan Ramadhan Dilaz dan menu berbuka puasa. Bukan Dilaz tak nak cerita tapi aktiviti Dilaz bulan Ramadhan nie sibuk sikit lagi2 baru kerja nie. Menu berbuka puasa pula beli je kat Bazaar Ramadhan cuma sekali je Dilaz sempat masak juadah berbuka iaitu ikan masak merah. Hari pertama puasa buka kat rumah MIL. Yang lain beli kat bazaar..tu je.


Yang best yer semalam hari ke-6 puasa, Dilaz buka puasa kat luar. My Love ajak makan luar. Kiteorang makan kat Pizza Hut. Ini sekali dengan sambutan hari lahir My Love esok. Awalkan sambung. My Love kata takut busy nanti , itu yang sambut awal tu. Dilaz ikut je sebab My Love dah ajakkan. Tak kan nak tolak rezeki pula.


Lihatlah gambar2 yang Dilaz sempat snap kat Pizza Hut semalam. Maaf ye kualiti gambar tak berapa memuaskan sebab kamera dah rosak. Orang kedai gambar kata sensor kamera dah rosak, baik beli baru dari repair .


My Love yang sentiasa sibuk
 




Dilaz yang sentiasa ceria..huhuhu

Qistina yang banyak ragam


Menu berbuka puasa kami ....

Pizza Hawaian Chicken


 Spageti
 
 
Honey Chicken Wing
 
P/S: Memang sedap. Ingat nak cuba Pizza baru sempena Ramadhan tu tapi tak jadi sebab besar sangat. Takut tak habis. Lain kali kot ajak adik2 nanti. InsyaALLAH.

23/01/11

PIZZA RM1 JER

Petang tadi, tiba2 jer terkeluar dari mulut nie kata " Nape lah kat JUSCO AYER KEROH tak de Pizza Hut".  Tapi yang tak sangka MY LOVE terus bawa pegi GIANT. Kat sana ada PIZZA HUT. 

Sebenarnya saya cuma nak redeem HOT TIKET HOTLINK jer. Bukan nak makan kat sana pun . Ramai orang kat PIZZA HUT tu. Yelah kan hari minggu, hari bersama keluarga. Saya bukanlah pengguna HOTLINK. Dapat hot ticket nie pun dari BIL saya. Dia boleh dikatakan pengguna setia HOTLINK. Hari2 top-up sebab nak call awek. So, dia bagi saya sikitlah hot tiket tu.










Hot Tiket nie ada dua jenis iaitu RM 10 dan RM 15. Dengan hot tiket nielah boleh beli PIZZA dengan harga RM 1 saje. PIZZA yang boleh redeem hanya untuk Personal pan dari Family favorite. Okeylah tu...leh jimat RM 8 tau (harga biasa RM9). Apa lagi. sesiapa yang ada hot tiket tu, pergilah redeem sebab tinggal beberapa hari jer (tarikh akhir redeem 31/01/11).

Ini antara PIZZA yang saya redeem....

  HAWAIIAN CHICKEN
Gambar dari laman web NIE

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails