PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label PELIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PELIK. Papar semua catatan

23/05/11

Napa kite panggil nie???

Salam semua.

Hari nie mood berblog kurang sikitlah. Tak tahulah nak cari mood hilang ke mana. Okeylah malas nak panjang-panjang cerita berbalik kepada tajuk entri. Napa kite panggil nie.... panggil apa? Meh baca lagi

PAMPERS : Nape bile nak beli lampin pakai buang, kite cakap nak beli Pampers. Sedangkan bukan nak beli brand Pampers pun. yang nak beli Brand Mamy Poko, Drypers, PetPet...Naper?

GILLETTE : Pisau cukur lelaki, orang akan cakap "Dik mana bahagian pencukur Gillette?" Tapi beli Shick.

COLGATE : ubat gigi. Mak-mak selalu cakap pada anak dia kalo suruh pergi kedai. "Nak, nanti belikan mak Colgate yer". Tapi sebenarnya kat Rumah pakai Safi @ Darlie @ Fresh N white

RIDSECT : Racun serangga. Si suami akan berpesan pada isteri yang hendak beli barang dapur. "Yang nanti jangan lupa beli Ridsect tau.DAH HABIS" Tapi kat rumah dia pakai Shieldtox atau jenama lain.
KOTEX ; Tuala wanita. Budak perempuan selalu panggil kotex tapi yang dia pakai bukan kotex. Dia pakai Stayfree, Sofy atau lain-lain. Nape tak panggil pad. Pelik kan

Nampak yer pengaruh promosi nama tersebut lebih menyerap dalam hidup masyarakat atau kite dah terbiasa dengan panggilan ini.
 Jika sudi, Klik Nie sekali

Time to pamper your family with space!


17/02/11

MELUAHKAN PERASAAN

 Entri ini saya nak luahkan perasaan. Perasaan pelik. Pelik sebab asyik nak makan jer.

Sejak saya tak kerja nie dan duduk rumah jer, saya asyik nak makan jer. Adakah mungkin sebab saya nie tension atau dalam perut nie ada cacing kerawit. Sebab tu nak makan jer walaupun dah makan nasi. Kadangkala tu sampai menggigil-gigil sebab lapar. Teruk kan saya. 

Saya rasalah mungkin sebab saya makan tak betul kot. Maksudnya makan tak ikut waktu yang betul. Mana tak yer, orang sarapan pagi, saya dah nak dekat tengahari baru nak makan sarapan pagi. Makan tengahari lak, dalam kul 2 atau 3 petang. Tu sebab perut nie lapar jer. Masa kerja dulu tak de lak macam nie. Habis lah...mesti berat badan saya naik semula nie. Nak turun bukan main susah lagi, tapi nak naik berat badan senang sangat. Tension saya.

Tapi, saya cuba tak makan malam walaupun lapar. Orang kata makan malam lagi cepat naik badan tau. So, elakkan makan selepas jam 8 malam. Makan...makan juga, kesihatan kenalah jaga ye cik DILA. hehehehe...Janji Kite HAPPY. Betul tak?

16/02/11

PERNAH TAK DAPAT E-MAIL MACAM NIE??

Salam semua.

Sebenarnya saya tengah pelik nie....Napa?? Sebab....setiap kali saya buka e-mail, selalu terima e-mail macam nie.


E-mail nie pasal, dia nak bagi saya duit. Kononnya nak derma kepada orang yang layak. Saya tak pernah lak mohon apa-apa derma daripada sesiapa walaupun hidup nie ada kalanya susah. Napa saya perlu dapat e-mail macam nie.? Tak kan nak tukar address e-mail pasal benda-benda macam nie kan. Buat penat jer. 

Ada e-mail lain yang saya dapat lak kata saya menang duit dalam USD lah...macam-macam lagilah. Pelik betullah. Siapa yang patut dipersalahkan? Napa hantar e-mail macam nie kat orang? Cubalah jangan hantar e-mail2 macam nie lagi. Jangan ganggu saya. Saya tak ganngu anda.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails