PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Mc Donalds. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mc Donalds. Papar semua catatan

10/01/15

Koleksi Gelas McD Coca Cola

Lama sebenarnya nak up entri ni, tapi dibiar jadi pekasam. Masa belek-belek galeri gambar kat handphone nampak ni. Jadi uplah entri ni...Koleksi gelas McD Coca Cola Dilla. Ini koleksi zaman dulu-dulu. Sekarang dah tak makan McD lagi, lama dah sebab My Love lebih suka KFC. Jadi ini jelah gelas yang dapat dikumpul dan dijadikan koleksi. Ada gak minggu yang tak dapat Dilla kumpul gelas Coca Cola tu. Saje je suka-suka. 

Inilah hasilnya

 
 
 
dan
 
 
Jom like Page Dilaz Family

22/01/12

Lama nak share nie...

Fuhhhhhh.........
Banyak betul habuk dan sawang-sawang kat Blog Dilaz Family ni. Lama rasanya tak update Blog nie. Tapi Dilaz tetap nak share gak sebab nak buat kenangan masa tua nanti.huhuhu.... Apa yang Dilaz nak share???
Ini lah dia......makan breakfast kami sekeluarga. Lama dah nak share, sampai sekarang Qistina kat kampung baru nak buat entri ini.

Dilaz pilih "Family Breakfast Box". My Love ikut je apa Dilaz beli.
 
 
Dalam box tu macam-macam ada sampai dah tak terlarat nak habiskan. Tengoklah Qistina makan, sampai tak perasan Mama kat sebelah.


Walaupun banyak makanan, rezeki jangan membazir betul tak? Habis licin kiteorang makan semua. Buruk perangai kan...hehehehe.sesekali tak salah. Kalau selalu tak larat gak.


P/S : Rindu pada Qistina. Sunyi bile makan tak de Qistina

22/08/11

Koleksi Mug dan Coca Cola Can McD Dilaz

Salam semua

Lagi seminggu kita nak menyambut ketibaan Syawal kan. Rasa sekejap je berpuasa pas tu nak raya. Tak sabar nak tunggu raya boleh makan ketupat, lemang dan rendang. Paling best boleh makan macam2 kuih raya yang sedap2. Okeylah hari nie Dilaz nak share ngan kawan2 koleksi Mug dan Coca Cola Can McD yang Dilaz dah kumpul.


Mug nie Dilaz dapat masa pergi kenduri Kahwin, beli barang percuma Mug dan satu2nya Mug masa Lucky Draw Family Day EON. Ada lagi mug yang Dilaz kumpul tapi Dilaz dah simpan dalam kotak sebab tak de space nak letak (belum beli almari pinggan mangkuk lagi). Dilaz suka kumpul mug sebab macam2 design ada dan kalau orang beri lagilah suka.

Ini pula Coca Cola Can McD yang Dilaz sempat kumpul hasil promosi yang McDonald buat. Ada gak miss, jadi inilah saje yang Dilaz dapat kumpul. Tahun depan boleh kumpul lagi.

Koleksi tahun 2010

Koleksi Tahun 2011


P/S: Masa sekolah dulu suka kumpul keychain.Siap tukar2 koleksi ngan kawan2. Dah kahwin nie nak kumpul Fridge Magnet (FM) pula.

11/05/11

Dapat juga akhirnya

Petang semalam, My Love ajak pergi Mc Donalds. Dilaz suka sangat, sebab ingat tak entri Mc Donal Coca cola can minggu lepas. Dapat juga akhirnya Dilaz coca cola can itu. Lupa nak snap gambar. Hanya gambar nie yang Dilaz sempat snap.

 Doublecheese burger yang dah kena makan


My Love yang dah lapar. My Love makan Big Mac


Qistina dengan aiskrim yer


Makan aiskrim dengan kentang goreng. Pelik kan

Qistina paling suka sebab dia dapat makan aiskrim. Qistina memang suka makan aiskrim. Tak dapat aiskrim, air batu pun dia leh kunyah tau.
P/S: Terima kasih Abang. Abang memang memahami. I love you so much

5/05/11

Mc Donalds Coca Cola Can

Petang nie, Dilaz nak cete pasal Mc Donalds.


Hari ini Mc Donalds keluarkan koleksi Coca Cola Can warna ungu. Minggu lepas warna kelabu.

 Yang nie Dilaz tak dapat kumpul

Dilaz tak dapat nak beli minggu lepas sebab gaji tak masuk lagi. Harap minggu nie dan seterusnya dapat kumpul coca cola can yang lain.



Inilah warna-warna Coca Cola Can. Ada 6 warna

Setiap minggu warna akan bertukar. Hari apa....setiap hari Khamis. Dilaz memang suka kumpul koleksi-koleksi macam nie. Harap lepas nie, Dilaz tak kan miss lagi. Tahun lepas pun Dilaz tak dapat kumpul penuh. Satu Glass tak de, sebab dah habis stok. Ini glass Coca Cola tahun lepas yer.



P/S: Siapa suka kumpul koleksi macam nie, apa lagi jom kite pergi MC Donald sekarang.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails