PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label KELUARGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KELUARGA. Papar semua catatan

7/05/23

Selamat Hari Raya AidilFitri 2023

Hai semua.

Masih belum terlambat kan nak wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Ni gambar raya pertama kami tahun ni. Tema warna paling hot iaitu hitam πŸ–€.



Alhamdulillah 🀲🏻 raya tahun ni lebih besederhana. Yang penting bersama dan sihat-sihat selalu. Tema raya korang warna apa?


7/08/21

Rumah pertama Kak FS

Bila rajin nak menaip maka bukalah draft tengok apa yang belum dipostingkan. Ingat dah cerita bab ni rupanya belum. Kadang kala kita tak sedar sebenarnya dalam kehidupan kita, kita dah buat affirmation dan dah create impian. Contohnya nak ada rumah sendiri. 

Dulu muda takde impian besar, cuma nak ada dulu rumah sendiri bila dah bekerja. Alhamdulillah masa Kak FS kerja Guardian dapatla beli rumah pertama pada hujung tahun 2008 guna payslip Guardian ni. Rezeki anak pertama masa tu dipermudahkan semua urusan pembelian rumah. 

Payslip Guardian


Walaupun hanya rumah teres comel ni, dia punya kepuasan tu sangat best masa baru mula-mula dapat kunci rumah. Yelah first sebab dapat beli hasil dari kita bekerja, second ada privacy sendiri dan semestinya dapat tengok anak-anak membesar dalam rumah tu. Alhamdulillah kami masih lagi dapat berteduh dalam rumah kecil ni syukur.

Rumah pertama



Kak FS ada impian besar nak ada rumah yang lebih selesa untuk kami sekeluarga sebab tu Kak FS tak pernah putus asa untuk capai impian itu. Walau kadang kala Kak FS down tapi Kak FS akan cepat bangkit sebab big why Kak FS menjadi push factor utama supaya Kak FS move on. 

Selalu Kita dengar rezekii kita tak sama kan. Yes it's true 😊. Korang buat buat terus buat je apa yang korang lakukan sekarang supaya semua impian korang tercapai. Lihat kejayaan orang dari sudut positif jangan lihat dengan perasaan dengki. Dan selalu lah buat pembandingan atas perubahan diri sendiri bukan bandingkan dengan orang lain.

1/06/21

Happy Wedding Anniversary 14years

 1 Jun 2021 πŸŽ‰ HAPPY WEEDING ANNIVERSARY



Syukur dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. Genap 14 tahun usia perkahwinan Kak FS bersama suami tercinta Firdaus Sulaiman harini. Alhamdulillah ❤️. 


Terima kasih Allah. Terima kasih abang, susah senang kita bersama tau. Harini pun Abam Fird start dengan new environment, kembali ke dunia sale. Semoga rezekii Abam Fird melimpah ruah dan dipermudahkan semua urusan beliau.


Semoga ikatan perkahwinan kami berkekalan hingga ke syurga dan sentiasa dalam lindungan Allah. Aamiin 🀲.


#weedinganniversary

12/05/21

Uwais dan Mama

 30 Syawal 1442 (12/5/2021)

Melentik nau posing Dadek Kinting 🀭. Mood baik la tu sebab tu gambar onz.




Selamat berbuka puasa hari akhir Ramadhan. Semoga jumpa lagi Ramadhan tahun depan🀲.

#dilazfamily
#uwaisfirdaus
#kakfs

9/05/21

SELAMAT HARI IBU



 Selamat Hari Ibu Sedunia.

Lama tak layan blog, harini terasa nak menulis. Rindu zaman awal berblog ada je idea nak menulis dan bercerita. Ketika ini Kak FS sibukkan diri dengan bisnes online untuk ubatkan rasa rindu pada Abah di kampung. Rindu yang kadang tak terungkap dan boleh menangis sendiri.

Kenapa Hari Ibu cerita pasal Abah lak. Sebab Kak FS kehilangan ibu masa umur 15 tahun Dan selama 23 tahun Abah lah Bapa Abahlah Ibu. Jasa pengorbanan Abah tak kan dapat dibalas walau dengan wang ringgit. Kak FS bukan anak yang membanggakan keluarga namun Kak FS usaha agar dapat bahagiakan Abah. Cara Kita lain² dan Kita tak boleh menilai orang Dari Lihat luaran Saja.

Apa-apa pun Kak FS nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, Mama, Uni, Mommy, Bonda Di seluruh dunia. Korang ibu terbaik, hebat dan besar pengorbanan untuk keluarga.

2/09/20

My Day

TODAY IS MY DAY 

2 September 8.03 pagi lahirlah seorang baby yang sangat comel πŸ₯°. Kini baby comel tu dah dewasa. Rindunya zaman baby comel tu 😭. Happy birthday to me ke 37 πŸ₯³. 

Lagi 3 tahun je nak 40 series. Dah tak boleh isi masa lapang buat bisnes. Kena sungguh-sungguh capai semua target dan impian. 

Sedih, bengang, malu, penat, letih semua perasaan ada. Di Bulan Muharram lagi ni, Kak FS doa semoga itu semua cepat berakhir. 

Besday girl with lovely father



Dan setiap kali fikir Big Why mesti terbayang muka Abah 😭. Abah antara Big Why kenapa Kak FS buat bisnes sampai sekarang. Walau belum berjaya macam orang lain, Kak FS percaya hari kejayaan Kak FS semakin hampir. 

Terima kasih Abah untuk segalanya 😘. 

#besdaygirl
#fadilahsuardijourney

15/09/19

Rindu tak terungkap


Rindu wajah ini.
Rindu suaranya.
Rindu marah nasihatnya.
Rindu peluk ciumnya.
Rindu masakkannya.
Rindu kasih sayangnya 😭.

Masa ni arwah tengah mengandungkan Mama.  Gambar di Sabah. Rindu yang sukar dilafazkan.

Al-Fatihah. Semoga arwah emak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aamiin.



15/01/17

Percutian di Fraser's Hill - Part II

Sambungan dari entri semalam. Ini lebih kepada gambar-gambar yang Mama QD ambil selepas check out dari Apartment. Simpan sini untuk kenangan masa depan. Jom layan gambar kami. 


Keluarga kecil kami


Mama QD dan Papa QD


Qistina dan Danish


Bergambar di Mercu tanda Fraser's Hill

Gambar ni terbalik lak. Dah rotate pun tak boleh πŸ˜‚


Mama QD bersama MIL dan Busu Papa QD


Qistina bersama Datuk dan Nenek


Mak, Bapak, Busu dan Nenek Papa QD


Ini je gambar yang Mama QD ambil. Oklah untuk buat kenangan yang kami dah pernah datang sini. Best lagi pergi Cameron Highlands. Nanti Mama QD cerita lak tentang percutian kami di Cameron Highlands.

14/01/17

Percutian di Fraser's Hill-Part I

Cerita percutian keluarga SH pada bulan Disember 2016. Kami sekeluarga pergi ke Fraser's Hill. Alhamdulillah hajat nak pergi situ tercapai. Tapi yang sedihnya takde banyak tempat menarik nak pergi. Fraser's Hill ni sesuai untuk yang nak lari dari kesibukan kota. 

Fraser's Hill 

Masa kami sampai sejuk sangat. Bergabus. Orang pun ramai.


Puncak Inn

Kami check in di Puncak Inn Apartment.


Di depan Puncak Inn Apartment 

Ini rupa dalam Puncak Inn Apartment. Sesuai untuk keluarga besar.

Ruang tamu 


Master Bedroom


Bilik kedua


Qistina dan Danish 

Seronok anak-anak sesekali tidur hotel. Paling seronok Danish sampai tak nak balik rumah nak tinggal kat situ je. Siap kata, bila Mama nak lik rumah Adik kat jauh tu. 

23/12/16

Tetamu VVIP di Majlis perkahwinan Fareez dan Ain

Tetamu VVIP kami.

Papa QD 

.



Majlis perkahwinan Fareez dan Ain-Part II

Sambungan entri majlis perkahwinan Fareez dan Ain. Ini majlis resepsi sebelah pengantin perempuan. 

Raikan cinta Fareez dan Ain 


Wefie rombongan pengantin lelaki. Berpeluh tunggu nak berarak. Huhuhuhu


Abang pengantin, bapak pengantin, mak pengantin dan kakak ipar pengantin 


Dah mula berarak. 


Pengantin lelaki 


Sesi bergambar bersama pasangan pengantin.


Keluarga belah pengantin lelaki 


Kami sekeluarga bersama pasangan pengantin.

Dilaz Family 


Gambar majlis belah lelaki tak sempat snap. Ada 2 keping ni je. Gambar banner dan Qistina bersama Pak Ngah dan Mak Ngah.

Majlis belah pengantin lelaki 

Say Peace ✌

Qistina, Mak Long, Pak Ngah dan Mak Ngah 

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

16/12/16

Majlis perkahwinan Fareez dan Ain-Part I

Cerita berbulan-bulan lepas dan entri duk terperap lama dalam draft. huhuhuhu. Alhamdulillah syukur selesai majlis perkahwinan adik My Love.....Fareez dan isterinya Ain.

Nikah pada 9.9.2016. Banyak gambar tapi Mama QD hanya simpan di sini gambar-gambar yang ada Mama QD sekeluarga. Yang lain Mama QD tak masukkan πŸ˜ƒ.


Hantaran belah lelaki 


Majlis akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Inilah dia pengantin baru 


Fareez dan Ain

.

Banner perkahwinan 

Malam berinai 



.

Gambar sekeluarga bersama pengantin 

Alamak gelap lak gambar. Okeylah dari takde.

Entri bersambung😍






11/12/16

Upside Down House Melaka

Bulan ni tengah cuti sekolah, jadi ramai keluarga yang sibuk bercuti sana sini. Jika anda datang ke Melaka jangan lupa singgah ke Upside Down House. Bagi yang suka posing mesti sakan bergambar. Kami sekeluarga kekok je bergambar.  Tapi sayang masa ni Qistina takde sebab Qistina tinggal kat umah nenek dia.

Meh layan gambar kami sekeluarga.

Upside Down House 


.


Tiket masuk upside Down House 


.

Dilazfamily 


.

Papa dan Danish 


.

Dilazfamily 

.

Mama dan Danish

.

Ini je gambar yang ada. Bateri low nak ambil gambar banyak tak boleh πŸ˜‚. Okey lah janji ada kan. Di bawah ini detail untuk ke Upside Down House di Melaka.

Upside Down House Melaka Address:
G12 & G14, Jalan PM 7,
Plaza Mahkota,
Bandar Hilir,
75000 Melaka.

Waktu operasi :
Isnin - Khamis : 10.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat - Ahad/Cuti Am : 10.00 pagi - 9.00 malam

Harga tiket : Dewasa RM 15, Kanak-kanak RM 10
*Kanak-kanak bawah 90 cm, PERCUMA 
Tel: +6011 10722260


21/07/16

First Raya 2016

Selamat hari raya. Masih dalam mood raya ke? Tahun ni suasana raya cam tak berapa best la. Pergi beraya pun dah kurang. Sedih rasanya. Lama tak tulis cerita di sini. Okeylah hari ini Dilla nak share gambar first raya 2016.

Dilaz Family 

Gambar pertama wefie selepas balik solat sunat hari raya. Tema tahun ni turquoise. 

Kami beraya

Susah nak dapat pose yang best. Mesti ada je yang buat perangai. 

Family Melaka

Tahun ni baru dapat gambar ramai-ramai camni. Tapi mesti ada sorang yang takde cam tahun sudah. Tahun ni My Love lak takde dalam gambar sebab jadi fotografer πŸ˜€. Dilla nak gak letak gambar ni. Kata Pak Ucu kenangan sebelum tahun depan semua dah berpasangan.

Pak Ucu dan Anak Buah

Simpan semua gambar dalam Blog. InsyaAllah tak hilang dan ada kenangan masa depan. Selamat hari raya.




21/06/16

Mak Dara NFS

Empat beradik yang kini sudah jadi isteri orang. Sekarang dah jadi Mak Dara NFS. Masing-masing dah ada 2 orang anak dan InsyaAllah adik yang bongsu bakal melahirkan anak pada September ini. Tak lama lagi Dilla nak dapat anak buah baru. Tak sabar rasanya. Semoga semuanya selamat dan dilindungi oleh Allah. Aamiin.

Majlis perkahwinan adik bongsu 

Lama tak berkumpul bersama-sama. Masing-masing sibuk bekerja. Bila balik kampung jarang masa yang sama. Adik bongsu lagilah jauh. Rindu zaman kanak-kanak.

1/06/16

Happy Anniversary ke 9

1 Jun 2016

Happy Anniversary 

Alhamdulillah syukur Allah panjangkan umur dan beri kesihatan yang baik. Genap 9 tahun usia perkahwinan Mama QD bersama suami tercinta Mohd Norfirdaus Sulaiman (1 Jun 2007 - 1 Jun 2016). Dikurniakan sepasang anak syurga yang comel dan bijak. Terima kasih Allah. Terima kasih abang, susah senang kita bersama.


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan  hingga ke syurga dan kita bahagia selalu. Semoga Allah merahmati kita sekeluarga dan beri kesihatan yang baik untuk kita sekeluarga. Aamiin

Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

25/02/16

Selamat Bertunang

Ahad lepas (21/2/16) adik My Love (adik ipar Dilla) selamat bergelar tunangan orang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 

Sebahagian hantaran dari pihak perempuan

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com


Hantaran dari pihak lelaki

Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60


Selamat Bertunang

Tahniah Hamzah dan Ain. Semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke jinjang perlamin. Aamiin InsyaAllah.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails