PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label JOHOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JOHOR. Papar semua catatan

16/08/20

Kuih Kapit Rose

Kuih kapit rose ni jumpa masa hari Raya Adilfitri 2017 di rumah Mak Long. Ishh lama kan terperam entri dalam draft 🤣. 

Sebab kuih ni rare nak gak up di sini. Cantik dan berwarna warni. Kalau ada warna merah mesti lagi cantik kan.


Kuih kapit rose


Kuih kapit ni favourite Kak FS. Buat kudap-kudap pun sedap kan. Lebih sihat 😀. Nak buat dia memang berpanas depan api. Sebab tu berbaloi la dengan harganya.

15/09/19

Rindu tak terungkap


Rindu wajah ini.
Rindu suaranya.
Rindu marah nasihatnya.
Rindu peluk ciumnya.
Rindu masakkannya.
Rindu kasih sayangnya 😭.

Masa ni arwah tengah mengandungkan Mama.  Gambar di Sabah. Rindu yang sukar dilafazkan.

Al-Fatihah. Semoga arwah emak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aamiin.



10/07/18

Durian kampung

Sekarang tengah musim durian. Sana sini jual durian. Kat facebook dan WhatsApp pun ramai share makan durian. Durian ni memang favourite Mama. Yang paling sedih kat group WhatsApp family, Abah share gambar durian baru pungut dari kebun.

Durian kampung baru dipetik dari dusun

Tengoklah Abah dah kopek salah satu durian tu ⤵⤵⤵


Sedap yer...isi durian kuning

Mama tak makan lagi durian sebab takut Uwais tak boleh terima. Yelah Uwais kan menyusu badan. InshaAllah, nanti nak cuba gak. Harap2 Uwais ok je.

26/06/16

Tahniah TMJ

Tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) di atas keputeraan puteri sulung baginda. Alhamdulillah semuanya selamat dan sihat. 

Tahniah Tunku Mahkota Johor 

Paduka puteri dilahirkan pada 25 Jun 2016 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1437H. Selamat berpantang Yang Mulia Che' Puan Khaleeda Bustamam. Tahniah sekali lagi 

21/06/16

Mak Dara NFS

Empat beradik yang kini sudah jadi isteri orang. Sekarang dah jadi Mak Dara NFS. Masing-masing dah ada 2 orang anak dan InsyaAllah adik yang bongsu bakal melahirkan anak pada September ini. Tak lama lagi Dilla nak dapat anak buah baru. Tak sabar rasanya. Semoga semuanya selamat dan dilindungi oleh Allah. Aamiin.

Majlis perkahwinan adik bongsu 

Lama tak berkumpul bersama-sama. Masing-masing sibuk bekerja. Bila balik kampung jarang masa yang sama. Adik bongsu lagilah jauh. Rindu zaman kanak-kanak.

15/05/16

Tahniah JDT

Tahniah JDT... Luaskan kuasamu.. Johor the best


Tahniah JDT

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Team JDT

Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

Luaskan kuasamu JDT

Gambar ehsan dari FB Johor Sourthern Tigers

8/02/16

Weeding Adik

Alhamdulillah selesai weeding adik di Johor. Ramai orang datang dan majlis berjalan dengan lancar. Cuci mata ngan gambar je ye...

Majlis perkahwinan adik bongsu

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Pelamin ala ala snow

Hantaran pengantin dari perempuan

Kakak pengatin dan pengantin

Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

Sedih sebenarnya tak dapat ambil gambar banyak. Sibuk sikit masa majlis. Ada sikit je untuk kenangan. Nak banyak tengok album pengantin nanti. Tak sabar nak tengok.

2/02/16

Baru nak update

Assalammualaikum semua

Baru nak update cerita perkahwinan adik bongsu Dilla (Cheah). Majlis tahun lepas pada  bulan November. Dilla ada buat entri jemputan ke majlis Di sini. Sepanjang majlis Dilla tak banyak amik gambar. Selalu camtu tak dapat nak snap gambar untuk diabadikan di sini. Tapi adalah gambar sikit-sikit untuk kenangan. Jom cuci mata.

Gambar-gambar sebelum akad nikah

Kakak pengantin dan Anak Buah wefie ngan pengantin

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

Along, Uda, Adik dan Akhmal

Ni selepas akad nikah

Dilaz Family bersama pasangan pengantin

Dan

Nyaie bersama cucu cicit


Alhamdulillah majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Dah selamat jadi isteri orang 😊.  

18/11/15

Walimatulurus Seha & Qie

Assalammualaikum semua.

Saya sekeluarga dengan rendah diri ingin menjemput kawan2 semua datang ke majlis perkahwinan adik bongsu saya Nurfasihah pada 21/11/2015 hari Sabtu ini di Pontian, Johor. Majlis akad nikah pada hari Jumaat malam. Di bawah ni ada peta dan alamat. 


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 


 Hadiah menarik untuk tersayang

Pada yang berada di Kelantan boleh datang ke rumah Qie di Kota Bahru. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan semuanya. Amin InsyaAllah.

27/09/15

Telefon lama

Telefon lama yang sangat nostalgia. Dah semakin jarang jumpa di tempat awam. Dulu pernah ada kad telefon supaya senang nak buat call tak payah bawa duit syiling. Zaman kanak-kanak dahulu lebih seronok dari zaman sekarang.

Telefon lama

21/09/15

Abah

Dilla rindu pada Abah. Abah banyak berkorban untuk kami adik-beradik. Along sayang pada Abah. Along akan balas semua jasa Abah. Kasih sayang Abah tak pernah kurang. Abah sanggup buat apa sahaja untuk kebahagiaan anak-anak. Abah nampak garang tetapi hatinya baik dan cool je. 

Semoga Allah melindungi Abah, Abah sihat selalu dan Allah panjangkanlah umur Abah untuk melihat kejayaan kami adik-beradik. Amin



19/09/15

Keluarga NFS


Inilah keluarga kecil NFS Dilla. Semua perempuan. 3 dah berkahwin dan adik bongsu coming soon akan berkahwin. Bila tengok gambar masa kecil ni ada rupa anak2 juga. Dilla abadikan di sini untuk kenangan.



Along - NURFADILAH SUARDI
Angah - NURFAIRUSANISA SUARDI
Uda - NURFARHANAH SUARDI
Adik - NURFASIHAH SUARDI

Itulah singkatan dari NFS. Semoga semuanya sihat selalu dan dilindungi Allah.

23/07/15

Gambar lukisan kami

Nak abadikan di sini gambar lukisan kami anak-beranak. Tapi gambar Danish je takde lagi. Letak sini untuk simpanan akan datang.


Qistina



Qistina lagi



Dilla



Dilla dan My Love


30/05/15

Lekor Chips

Jika pergi Taman Negara Johor tu jangan lupa singgah beli Lekor Chips. Sedap bila makan pasti nak lagi.



Lekor Chips....tak henti mengunyah

29/05/15

Taman Negara Johor

Selamat bercuti kepada semua anak-anak yang bersekolah. Seronok mereka kan dapat cuti panjang. Mesti ada ibu bapa yang janji nak pergi jalan-jalan atau balik kampung. Kami takde apa-apa program cuti sekolah ni. Tapi tak tahula kalau ada rancangan last minute. Sesiapa yang bercuti di Johor bolehlah pergi ke Taman Negara Johor di Tanjung Piai. Tanjung Piai ni di penghujung benua Asia. Dilla sekeluarga baru je pergi awal bulan haritu. 





Signboard ke Taman Negara tu





Tiket masuk RM 5 bagi dewasa. Kanak-kanak masuk percuma. Pergilah bagi siapa yang suka dengan persekitaran hijau.




jantung hati Dilla



Gayat jap masa jalan atas jambatan ni. Tapi still nak selfie.hehehe


Happy holiday

30/04/15

Anak buah baru

Alhamdulillah bertambah lagi anak buah Dilla. Adik Dilla (Chubby Hanna) dah selamat bersalin pada 27/04/2015 jam 12.20 pagi. Comel baby tu tak sabar nak jumpa. Tunggu Mak Long balik kampung ye Baby AA.




Selamat berpantang adikku. Semoga ibu dan baby sihat-sihat selalu. 


4/04/15

Bendera daerah Negeri Johor

Sebenarnya Dilla baru tahu yang daerah-daerah di Negeri Johor ni ada bendera sendiri. Nampak nah tak alert tentang dunia semasa. Jadi Dilla up entri ni untuk simpanan peribadi. Dilla dilahirkan didaerah Pontian.




Love you Johor


1/01/15

Anak Buah

Dilla sekarang ada 3 anak buah (2 lelaki dan 1 perempuan). Akan datang akan lahir seorang lagi anak buah (anak kedua kepada Chubby Hanna). Alhamdulillah. Sebenarnya rindu kat mereka ni tu yang up entri ni. Inilah anak-anak buah Dilla




 Anak Fairus Anisa....Farhan dan Nabihah



dan



Anak Chubby Hanna....Amyrul Arsyad


Gambar diambil dari facebook ibu-ibu mereka. Comelkan mereka. Semakin membesar dan masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Mak Long rindu sangat kat korang. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails