PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Insurans. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Insurans. Papar semua catatan

3/08/12

Sambungan cerita semalam...

Semalam Dilaz ada cerita tentang Dinner penutup tahun 2011/2012 kan. Okey hari nie Dilaz sambung cerita apa yang menarik tu. Sebelum tu inter-frame dulu gambar owner Blog ni @ Dilaz bersama suami tercinta @ My Love. Badan makin berisi ni nampak pendek lak.huhuhuhu




Kalau nak tahu..masa Dinner hari tu, kami dapat banyak duit. Yang pertama, Dilaz dapat duit dari Group sebanyak RM151.50 seorang. My Love pun dapat amaun yang sama. Dulu kat Agensi nie ada Group ikut negeri, tapi sekarang dah tak de. Suka sangat dapat duit tu.


Yang kedua, Dilaz dan My Love masing-masing dapat RM 100 dari Unit Manager kami En Ali. Yang nie pun duit tak disangka. Kami ingat tak dapat duit nie sebab target pun tak lepaskan. Tapi UM dah bagi, ambil jelah. Rezeki namanya. Terima kasih En Ali.

Bukan tu je, kami menang cabutan bertuah. Kali nie cabutan bertuah dalam bentuk duit dari RM 80 ke RM 150. Alhamdulillah, Dilaz dan My Love dapat RM 150 punya hamper. Seronok kan.
  


Malam tu memang seronok sangat sebab dapat banyak duit. Total duit yang kami dapat malam tu RM 803.00. Itu semua rezeki anak-anak kami. Syukur Alhamdulillah.

 

2/08/12

Dinner Penutup Akaun 2011/2012

Dinner yang diadakan pada bulan lepas seminggu sebelum puasa di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru.

  tyutu

Menu...macam biasa Chinese Style. Tak bape nak kena ngan tekak



Dilaz, My Love dan kawan-kawan seperjuangan. Duduk meja no 8, memang ada ong.



Ini antara makan malam kiteorang. Ikan sweet sour.
Tapi nie semua tak penting. Yang penting.......Nak tahu tunggu entri seterusnya.


BERSAMBUNG...........

17/07/12

Sampai juga di Singapura

Hari Jumaat petang sampai di Hotel Johor. Hari Sabtu selepas breakfast kiteorang gerak pergi ke Singapura. Pertama kali pergi ke luar negara @ Singapura. Huhuhuhuhu. Sian kan. Orang lain dah banyak kali pergi ke luar negara. Imigresen Singapura sangat ketat pemeriksaannya. Tension gak lama tunggu. Di Johor senang je.


Okeylah....Tempat utama yang dituju di Singapura ialah Universal Studios Singapore. Dilaz nak tunjuk kat kawan-kawan antara gambar-gambar yang Dilaz sempat ambil.

Tangga nak ke Universal Studios Singapore (USS). Ini antara member2 satu Agensi.


Dah sampai wajib ambil gambar kat sini. My Love tak nak ambil gambar
 

Siapa yang belum beli tiket nak masuk, kena beli kat sini. Kiteorang dah beli masa kat Johor.
 


Map nie perlu ambil supaya tak miss semua tempat. Kalau tak rugi tau




Gambar kenangan kami berdua. Gemuknya Dilaz.. 
Tengah pregnant 6 bulan setengah @ 26 minggu



Satu je dapat ambil dengan maskot USS. Yang lain tak dapat jumpa sebab sibuk jalan.

 

Ini My Love Dilaz yang paling disayangi..
Kiteorang nak start ride the movie...
Nantikan entri seterusnya....
BERSAMBUNG.......
 

16/07/12

Selesanya Hotel Bluewave Johor Bahru

Salam semua.
Alhamdulillah Dilaz dan My Love selamat pergi dan pulang dari Johor dan Singapura. Seronok gak tapi biasalah letih sikit. Nasib baik bos bagi cuti hari nie. Dapatlah relax jap dan buat entri nie. Seperti entri sebelum nie Dilaz tido di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru.
 

Hotel nie dekat ngan Singapore dan di tengah-tengah bandar Johor Bahru. Inilah keadaan bilik tido kami. Kiteorang duk kat hotel nie 3 hari 2 malam. Semua CEO dan Unit Manager yang tanggung. Untung kan.
 
 
Besar gak bilik nie. Selesa sangat. Ada rezeki nak bawa anak-anak pergi hotel nie.


Siap ada dapur dan microwave. Sesuai untuk sesiapa yang datang berkeluarga. Bilik-bilik kat hotel nie memang best dan selesa.
 

Dilaz rasa sangat bertuah bekerja dengan Agensi nie. Kalau kerja kat tempat lain susah nak rasa seronok dan tawaran-tawaran macam nie. Oleh itu, kenalah kerja kuat dan ambil seberapa banyak peluang yang ada. Paling penting, jangan cepat berputus asa dan sentiasa perlu bersabar.

14/07/12

Dilaz nak pergi Singapore

Pagi semua. Mesti ada yang tak bangun tido lagi kan. Dilaz tengah bersiap-siap nak pergi breakfast. Pas tu Dilaz dan My Love nak pergi ke Singapura

 
Yang paling penting tempat yang kiteorang akan pergi ialah ke Universal Studios. Mesti seronokkan.

13/07/12

On the way ke Johor

Salam semua.

Hari nie Dilaz nak pergi ke Johor Bahru. Ada seminar dan dinner kat sana. Dinner dibuat di Hotel Bluewave Johor Bahru. Mesti seronok kan. Ada masa nanti Dilaz snap2 gambar dan buat entri untuk kenang-kenangan
 
 

27/06/12

Wordless Wednesday-Insentif My Love

Tak larat nak taip

tengok jelah....Alhamdulillah rezeki ALLAH

Insentif My Love bulan April 2012

Insentif My Love bulan Mei 2012
 

Insentif untuk Dilaz

Salam semua.

Apa khabar? Dilaz nie tenggelam timbul kan. Busy sikitlah, lagipun nak update Blog terpaksa curi-curi masa. Banyak entri nak buat tapi tak de masa nak taip. Ni luangkan sikit masa nak buat entri.

Hari nie Dilaz nak update Insentif yang Dilaz dapat dalam tempoh 6 bulan bekerja nie. Total semua RM 1250. Kena keje kuat lagi dalam masa 3 bulan nie untuk dapat baki insentif  
RM 4750. Dilaz harap dapatlah kejar insentif tu.

 Insentif Bulan Mac 2012

Insentif Bulan Mei 2012
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails