PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

7/05/23

Selamat Hari Raya AidilFitri 2023

Hai semua.

Masih belum terlambat kan nak wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Ni gambar raya pertama kami tahun ni. Tema warna paling hot iaitu hitam 🖤.



Alhamdulillah 🤲🏻 raya tahun ni lebih besederhana. Yang penting bersama dan sihat-sihat selalu. Tema raya korang warna apa?


12/05/21

Uwais dan Mama

 30 Syawal 1442 (12/5/2021)

Melentik nau posing Dadek Kinting 🤭. Mood baik la tu sebab tu gambar onz.




Selamat berbuka puasa hari akhir Ramadhan. Semoga jumpa lagi Ramadhan tahun depan🤲.

#dilazfamily
#uwaisfirdaus
#kakfs

27/06/17

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Mama QD sekeluarga. Maaf Zahir dan Batin. Selamat beraya dan berhati-hati di jalanraya.

selamat hari raya Aidilfitri

21/07/16

First Raya 2016

Selamat hari raya. Masih dalam mood raya ke? Tahun ni suasana raya cam tak berapa best la. Pergi beraya pun dah kurang. Sedih rasanya. Lama tak tulis cerita di sini. Okeylah hari ini Dilla nak share gambar first raya 2016.

Dilaz Family 

Gambar pertama wefie selepas balik solat sunat hari raya. Tema tahun ni turquoise. 

Kami beraya

Susah nak dapat pose yang best. Mesti ada je yang buat perangai. 

Family Melaka

Tahun ni baru dapat gambar ramai-ramai camni. Tapi mesti ada sorang yang takde cam tahun sudah. Tahun ni My Love lak takde dalam gambar sebab jadi fotografer 😀. Dilla nak gak letak gambar ni. Kata Pak Ucu kenangan sebelum tahun depan semua dah berpasangan.

Pak Ucu dan Anak Buah

Simpan semua gambar dalam Blog. InsyaAllah tak hilang dan ada kenangan masa depan. Selamat hari raya.




24/09/15

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Dilla nak mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan menyinggung hati serta perasaan. Halalkan makan minum jika ada.

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

22/07/15

Kenangan kad raya

Masa zaman kanak-kanak dulu banyak dapat kad raya dari kawan-kawan sekolah. Dah kumpul banyak-banyak pastu gantung dan hias kat dinding rumah dan kat pokok pasu. Seronok sangat masa itu. Tapi sekarang dah takde pun dapat kad raya. Sedih kan. Yelah semua hantar ucapan raya pakai sms@whatsapp@facebook je. Takdelah lagi kenangan kad raya yang banyak-banyak tu.



Gambar dari rakan facebook


Inilah kenangan bila tiba hari raya pada zaman dulu. Tak tahulah kan masa zaman cucu cicit kita nanti ada lagi tak kad raya. Emmmm

21/07/15

Selamat Hari Raya

Rasanya masih belum terlewat untuk Dilla sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua tak kira di mana berada. Dilla nak minta maaf sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa atau ada menyinggung perasaan sesiapa. Maaf zahir dan batin. 


5/10/14

Selamat Hari Raya AidilAdha

Assalammualaikum semua

Selamat Hari Raya AidilAdha. 



Cantikkan rumah Allah. Bila agaknya dapat ke sana. emmmm. Bila sebut raya haji, mesti ada yang tanya Apa pengorbanan yang telah kau lakukan?? Tak kiralah apa pun yang penting lakukannya kerana Allah. Buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga tercinta. Semoga hidup kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. InsyaAllah

Selamat Bercuti dan bersama keluarga
 

4/08/14

Qistina dan Danish

Buah hati kami....Qistina dan Danish. Danish hensem berbaju melayu warna coklat dan Qistina cantik berbaju kebaya ungu. Macam-macam ragam dan aksi mereka di pagi raya. Danish rambang mata tengok kuih raya yang bermacam-macam jenis. Semua dia nak cuba. Qistina haya suka kuih Almond London (tapi kacang dan badam dibuangnya). Cepat je mereka membesar. Masing-masing dapat duit raya bukan main suka dan tersenyum-senyum. Teringat masa zaman kanak-kanak dulu.


Danish & Qistina
 

28/07/14

Selamat Hari Raya 2014

Dilla sekeluarga nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua follower dan pembaca Blog Dilaz Family serta semua umat Islam di seluruh dunia. Hati-hati ketika memandu dan ketika berhari raya. Makan pun kena jaga tau. Jangan makan sampai tak ingat dunia lagi-lagi yang ada penyakit. Kawal sikit nafsu makan agar kita sentiasa gembira bersama tersayang.

Tahun ni raya pertama di kampung Dilla di Pontian, Johor. Tapi sedih adik bongsu Dilla tak dapat cuti raya lagi macam tahun lepas. Tak dapat berkumpul ramai-ramai. Tahun ni bertambah lagi ahli keluarga Encik Suardi Jasmin dengan kehadiran cucu lelaki dari anak ketiga (Amyrul Arshad). Seronok tak sabar nak jumpa anak buah Dilla ni. Qistina dan Danish pun seronok beraya di kampung. Tema kami tahun ni...Coklat + Merah.. Tema last minit. Tahun depan In shaa Allah kami sekeluarga sedondon.
 




Selamat Hari Raya semua

25/07/14

Baju raya anak-anak

Salam Jumaat (Jumaat terakhir di bulan Ramadhan) dan Salam 27 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu dan tak lama lagi nak raya. Tahun ni Dilla sekeluarga lebih bersederhana. Dilla dan My Love tak de beli baju kurung dan baju Melayu. Hanya pakai yang ada. Cuma kami belikan untuk anak-anak. Yang lain banyak MIL belikan untuk cucu-cucunya. Alhamdulillah ada rezeki anak-anak. Lagi pun ada baju yang masih elok dan belum di pakai. Ini je lah baju raya anak-anak Dilla


baju gaun Qistina

dan

t-shirt dan seluar Qistina

Suka sangat pakai baju lelaki


yang ini Danish lak



 kemeja dan seluar jeans

Itu semua MIL yang belikan. My Love belikan anak-anak baju kurung dan baju Melayu. Baju kurung Qistina dan Baju melayu Danish, Dilla lupa nak snap lak. Tak pe nanti snap di hari raya je.hehehehe. Ini je lah baju raya anak-anak. Lebih bersederhana tahun ni. Cuma niat kami tahun ni nak beraya bersama keluarga dan jumpa sanak saudara. Paling tak sabar nak makan ketupat rendang. Tapi tahun ni tak dapat nak merasa rendang dan kuah kacang MIL..

 

21/07/14

Baru nak upload

Dilla baru nak upload gambar Raya tahun 2013. Orang dah nak raya tahun 2014 baru nak pose gambar tahun lepas kan. Apa dah. Sebenarnya baru dapat gambar ni dari BIL. Nak minta asyik lupa je, semalam dia buka galery picture ternampak apa lagi terus minta. Tapi sedih gambar Dilla dan Danish tak de dalam tu. Danish nak tidur dan menyusu masa tu. Bukan senang nak ambil gambar macam ni tau. Tak pe In shaa Allah tahun ni kita bergambar ye.


12/04/14

Tema warna Hari Raya 2014

Lebih kurang 2 bulan nak sambut puasa kan (puasa lum habis ganti ni). Pastu Hari Raya AidilFitri..best yer. Mesti ramai yang dah sibuk-sibuk fikir nak warna apa raya nanti, nak pakai baju kurung ke kebaya, nak raya kampung mana dulu, nak buat kuih raya apa...betul tak? Dilla pun tak terkecuali tau

Dilla seronok sangat raya tahun ni sebab Danish dah besar sikit (dah berjalan). Jadi boleh kami sekeluarga pakai sedondon. Dilla sama ngan Qistina. My Love ngan Danish. So sweet... Alhamdulillah dikurniakan sepasang anak yang comel. Impian dah tercapai nak anak sepasang. 

Tahun lepas kami tak de tema warna. Semuanya colourful. In shaa Allah tahun ni nak ada tema. Tapi masih dalam perbincangan (sebab kami just beli baju pasang siap..senang sikit). Cuma nak tahu warna apa jelah

Ini hasil google warna tahun 2014.....Radiant Orchid



 Cantik gak kan. Boleh dipertimbangkan. Tapi rasa macam nak warna hijau....emmmmm

12/08/13

Hari Raya 2013

Selamat Hari Raya semua. Seronok raya tahun nie sebab keluarga Dila dah lengkap. Dila dah ada sepasang anak. Kami sekarang berempat. Sekejap je rasanya masa berlalu. Umur pun semakin meningkat. Anak semakin membesar. Semoga keluarga kami sentiasa dilindungi oleh ALLAH dan bahagia selalu. Amin.

 
p/s: Masih dalam mood beraya lagi. Lagi-lagi dapat cuti raya lama.hehehehehe. Jangan jelous. Siapa ada di Melaka, jemputlah datang rumah.
 

8/08/13

SELAMAT HARI RAYA



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Dikesempatan ini, Dilla ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog ini sekiranya ada terkasar bahasa semasa dalam penulisan  atau telah menyinggung hati mana-mana pihak. Semoga anda semua sentiasa berbahagia dan gembira di samping keluarga tersayang.

21/08/12

Selamat Hari Raya

Dilaz sekeluarga nak ucapkan 




Semoga kawan-kawan semua gembira bersama keluarga tersayang
 

6/11/11

5/09/11

Aksi sebelum beraya

Salam semua

Selamat kembali bekerja. Tak puas jalan raya lagi kan. Tak pe, rayakan sebulan. Pas balik kerja boleh jalan raya lagi. Qistina sekarang dah pandai ajak beraya. Tak puas beraya tak nak balik rumah lagi. Macam-macam budak sekarang nie kan. Ada je ragamnya.

Mehlah tengok aksi kami adik-beradik semasa nak jalan beraya rumah sanak-saudara. Sempat posing tak kira walau kat tengah jalan. Ini adik bongsu Dilaz dan adik ketiga serta 2 budak kenit yang sama-sama lasak (Qistina dan Farhan)



Ini pula Dilaz dan mereka. Nak gak posing. Tapi nape semua membongkok nie. huhuhu


Memang meriah kiteorang pagi raya tu. Lagi-lagi jumpa sanak-saudara. Semua sepupu Dilaz dah besar panjang dan ada yang dah ada anak dua..tiga.

P/S: Yang tak best yer semua tanya bile nak ada anak kedua?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails