PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Fridge Magnet(FM). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fridge Magnet(FM). Papar semua catatan

8/01/16

Fridge Magnet dari Cameron Highlands

Cerita tahun lepas tapi nak juga up di sini. Disember lepas, kami sekeluarga pergi Cameron Highlands. MIL Dilla yang sponsor kami ikut je. Oleh kerana hp ada masalah nak save gambar banyak-banyak jadi takdelah feel nak bergambar banyak. Harapkan kamera je, tapi tulah leceh nak kena transfer. Jika ambil gambar dalam hp boleh terus upload kan. Huhuhuhu.

Ini antara ole-ole yang wajib beli jika pergi bercuti. Fridge Magnet dari Cameron Highlands. Ada lagi banyak tapi ni je yang tinggal dan dapat diambil gambar. Yang lain My Love dah beri pada kawan-kawannya.

Fridge Magnet dari Cameron Highlands



Tahun ni nak kumpul lebih banyak Fridge Magnet. Kesimpulannya pergi bercuti nanti mesti beli Fridge Magnet sebagai kenangan dan koleksi. InsyaAllah semoga dipermudahkan. 

30/04/14

Surprise dari .......

Terperanjat dan tidak sangka hati ini bila terima satu bungkusan. Pelik gak kenapa tiba-tiba van Poslaju hon depan rumah. Nak kata ada beli barang online, baru je klik belian takkan dah sampai kan. Ingat salah rumah, tapi Abang posmen tu sebut nama betul..huhuhuhu. Itu namanya Rezeki dari Allah yang tidak disangka. Rupanya Dilla dapat surprise dari Mommy Shaklee (Master Hafsah Mardhiah). 

Memang terkejut dan tak sangka boleh dapat hadiah ini. Apa hadiah tu, meh tengok






Itulah hadiahnya....sebuah buku motivasi "Chicken Soup for the Soul...Berfikir Positif" buku versi bahasa Melayu ; 4 ekor beruang koala yang kiut miut ; dan 1 fridge magnet dari Beijing. Dalam muka pertama ditulis sikit amanat berbunyi "Positif Selalu". Seronok sangat dapat hadiah ni. 

Teruja sebab dah lama tak terima hadiah dari member2. Last dapat hadiah masa besday tahun 2009...huhuhuhu. Apa-apa pun terima kasih Dilla ucapkan kepada Hafsah sebab beri hadiah ni. Kena rajin membaca lepas ni dan kongsi ilmu pada yang lain. In shaa Allah.


9/08/12

Fridge Magnet Cameron Highland

Dua minggu lepas My Love keje kat Cameron Highland. Yang Dilaz tak sangka, My Love belikan Dilaz Fridge Magnet (FM). Banyak lak tu. My Love teringatlah tu yang isteri tersayang dia suka kumpul FM. Tu yang beli nak ambil hati. hehehehehe

Inilah dia FM yang My Love Dilaz beli







Cantik-cantik kan FM dia.
 

17/07/12

Hanya beli nie je

Masa pergi Singapura Dilaz lupa nak tukar duit kat Money Changer. So, tukar kat USS je. Tukar kat USS mahal rate dia..rugi sangat. Dilaz tukar RM 50 dapat USD 19 je. Sikit kan. Jadi dengan duit tu dapat beli air USD 6.10 dan makan nasi lemak USD 4. Nak beli lain semua lebih dari USD 10 ke atas. 


Tapi untuk dijadikan kenangan di USS Dilaz beli 




Nak tahu apa dalam sampul ni.....


Ini dia Fridge Magnet USS. Satu FM nie USD 5. 
Simple je...

 

Lain kali nak tukar duit siap-siap dan beli barang cenderahati banyak-banyak. Untuk Qistina tak dapat nak beli apa-apa. Lain kali Mama beli untuk Qistina ye.
 

3/05/12

Qistina dapat hadiah

Bulan lepas kan birthday Qistina jadi Pak Ngah Qistina bagi Qistina hadiah nie


Puzzle Ben 10 dan 2 Fridge Magnet (Kura-kura & Rama-rama). 

Dilaz suka sangat tengok Qistina semakin cerdik. Qistina sekarang dah pandai susun Puzzle tapi lum sepenuhnya. Qistina ni jenis nak cepat je, dia malas nak berusaha sendiri. Bile tegur baru dia akan berubah. Apa-apapun Dilaz suka tengok perkembangan yang bijak ini.

22/02/12

Baik sungguh kawan saya ni

Siapa kawan saya yang baik tu? Siapa lagi jika bukan Agnes Ryue. Ryue nie bulan lepas pergi Langkawi dan Pulau Pinang sebab company suaminya ada buat rombongan. Jadi Ryue pun join sekali. Dilaz pantang dengar orang nak pergi jalan-jalan, terus minta Ryue belikan Fridge Magnet (FM). Dilaz nie nak berjinak-jinak kumpul FM kat peti sejuk.Kalau boleh nak kumpul semua negeri di Malaysia nie dan jika ada kesempatan nak kumpul yang di luar negara pula.


Inilah FM yang Ryue belikan tu.


Cantik kan. Ryue pun ada beli coklat untuk Dilaz tau. Seronok sangat dapat hadiah macam nie. Lama tak dapat hadiah dari member2

 

10/08/11

Fridge magnet Hospital

Ini adalah entri paling ringkas dan pendek je. Dilaz letih sikitlah minggu nie. Banyak keje pas tu kena naik turun naik turun ofis. Memang boleh kurus dibuatnya, tapi kalau pregnant nanti kena jaga2 kot.

Inilah dia Fridge magnet (FM) dari Hospital Pantai Ayer Keroh. FM yang penuh dengan no telefon bile berlaku kecemasan. Baik untuk ajar anak2 bile berlaku kecemasan. Dilaz dapat FM nie dari sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails