Memaparkan catatan dengan label Drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama. Papar semua catatan
16/03/15
Layan Laila Isabella
Hari ni Dilla layan Movie Laila Isabella dengan My Love. Saje throwback 13 tahun dulu masa bercinta dengan My Love. Inilah movie pertama kitaorang tengok kat wayang. Sanggup beli CD sebagai kenangan masa depan. Jadi hari ni kita layan
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
10/10/14
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Slot Akasia...Maaf jika aku tak sempurna (MJATS) . Dilla ni memang peminat slot Akasia. Almaklumlah siaran kat rumah ni yang clear cuma TV3. Jadi drama kat TV3 jelah boleh layan. Masa episod pertama drama MJATS ni boring sikit. Tapi disebabkan ada Fahrin Ahmad tengok gak. hehehehe Dilla ni peminat Fahrin Ahmad selain Aaron Aziz tau. Dulu ada ambil gambar denga Fahrin Ahmad tapi mana ntah gambar tu. Dilla minta adik tolong simpan, tak tahu ada lagi ke tak. huhuhuhu.
Maaf jika aku tak sempurna ni pun diadaptsi dari novel kan. Teringin nak baca tapi buku yang ada ni pun tak terabis baca. Hari tu pergi popular adalah tengok sinopsis novel tu. Best gak. Kalau tak sabar nak tahu penghujungnya boleh cari novel tu kan. Dilla tengok je TV3 kot.
Jom tengok drama ni setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3
26/08/14
Rindu Awak 200%
Rindu Awak 200%. Makin hangat kan drama ni. Lagi hangat apa yang dipakai oleh pelakon-pelakon Rindu Awak 200% tu. terutama sekali kamera Fujifilem dan skirt yang Armel Arsya pakai tu. huhuhuhu. Dilla sebenarnya suka sangat ngan kamera tu tapi tak sangka lak dalam cerita Rindu Awak 200% Armel pakai. Skirt lak, baru cakap ngan My Love lepas ni macam nak ubah imej pakai skirt lah. Dan tak sangka Armel pun pakai.
Semua kebetulan. Ada rezeki Dilla pun nak beli gak. hehehehehe. Jom kita LUA
12/02/14
Ariana Rose
Demam Drama bersiri slot Akasia...Ariana Rose..hihihihihi. Dah nak habis episod baru nak up entri kan. Tak pe biar lambat jangan tak bermula langsung. Masa mula-mula tengok cerita ni macam tak best je, tapi still layan. Pastu tengah-tengah layan jap je, minggu ni dah minggu akhir. Macam kejap je drama Ariana Rose ni.
Sebenarnya tak sabar nak tunggu episod majlis persandingan Ariana Rose dan Tengku Adam ni. Iyalah temanya, Winter Wedding tu...best yer..Tengok dress yang dia pakai pun cantik sangat. Nanti nak pakai masa MASCEL lah. Keep dream and it will come true one day. In shaa Allah
pic credit to Mr google
Tak sabar nak tengok.....
15/02/12
Vanilla dan Coklat
Selamat petang semua.
Tengah buat apa petang-petang nie. Dilaz baru je lik kerja. Lepas nie My Love ajak tengok wayang. Tapi kiteorang tak tahu lagi nak tengok cerita apa. Oklah sebenarnya saje nak cerita tentang Drama bersiri Vanilla dan Coklat nie. Drama nie penuh dengan rintangan untuk pasangan tersebut. DAri sebelum berkahwin hinggalah dah berkahwin.
Baru nak rasa gembira bersama suami tersayang selepas diumumkan perkahwinan mereka kepada umum, ada pula dugaan yang datang. Bile tengok drama nie, macam-macam perasaan ada....Marah, sedih, geram, romantik, bahagia dan macam-macam lagilah. Yang tak pernah tengok, cubalah tengok. Seronok tau. Drama nie setiap hari Selasa jam 9 malam di TV3. Meh baca lirik lagu tema Drama tersebut. Penuh makna...
Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembnyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta
Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu
Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Bagaimana harus ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
8/07/11
Tahajjud Cinta
Salam semua.
Malam nie janganlah keluar pergi mana2. Jom kite tengok Drama bersiri baru slot Zehra di TV3. Tajuk Drama bersiri tu ialah Tahajjud Cinta. Ini adalah kisah seorang wanita yang memperjuangkan hak wanita yang teraniaya dan ada gak kisah berpoligami. Tadi pagi Dilaz dengar Fazura kata setiap episod ada pesanan dan cerita tersendiri. Itu yang tak sabar nak tengok tu. Dilaz suka tengok drama macam nie.
Lagi2 dalam Drama Tahajjud Cinta tu ada banyak Hero Malaya seperti Remy Ishak, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin, Eman Manan dan Shahz Jaszle serta tak lupa Aaron Aziz yang semakin banyak berlakon dalam drama sekarang nie. Pelakon wanita pula antaranya Erma Fatimah, Fazura, Dira, Fauziah Gaus, Neelofa dan Tiz Zakiyah.
Dilaz nak tengok Tahajjud Cinta malam nie. Jika episod pertama best, Dilaz akan follow sampai episode akhir drama tu. Siapa lagi nak sokong drama Melayu kan kalo bukan kite.hehehehe
Nur Fazura - pelakon utama
Cantik dia bertudung
SINOPSIS TAHAJJUD CINTA
Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
Credit to: nurizspace
3/07/11
Anak Emak
Malam tadi Dilaz tengok Slot Cerekarama kat TV3 tajuknya "Anak Emak". Masa mula-mula tengok, memang rasa sakit hati dan meluat sangat. Terlalu sangat Anak Emak. Dah lama sikit tengok rasa ngantuk lak, tapi tetap tahan mata nie nak tengok sampai habis. Yelah nak tahu gak apa kesudahan drama tu.
Akhirnya, emak dia jumpa pasangan hidup dan tak ganggu anak dia dan menantunya lagi. Paling sakit hati kat dalam drama nie, Ada ke nak pergi Honeymoon ajak emak siap bagitau nak Honeymoon kat mana. Tak ke geram je dibuatnya. Nasib baiklah My Love anak emak tapi tak macam tu sangat. Ada gak dia jaga hati Dilaz tapi kekadang tu ada gak Dilaz terasa hati. Bak kata emak perempuan dalam drama tu "Cuba kau anggap mak mertua engkau tu macam emak kandung engkau sendiri, mesti engkau tak cemburu".
Dalam dram "Anak Emak" tu lagi ada pula babak kawan mperempuan dia yang kongkong kewangan suaminya dan semua duit gaji suaminya. Paling teruk bagi suaminya Rm 10 je sehari. Cukup ke kalo duduk KL duit belanja RM10 je?. Akhirnya suami dia kahwin ngan officemate yang rasa simpati padanya. Kan dah kecewa.
P/S : Moral of the story, jangan terlalu jadi anak emak dan janganlah jadi Queen Control. Nanti susah sendiri
Jom REGISTER CHURP CHURP...Dapat tambah RM anda18/06/11
Macam tak percaya..... Kamal Adli
Salam semua,
Selamat berhujung minggu bersama keluarga. Hari nie Dilaz keseorangan sebab My Love pergi keje dan Qistina tak de kat rumah (Qistina kat Kampung). Sebabkan boring tak tahu nak buat apa, Dilaz berblogwalking terutamanya Blog yang Dilaz Follow dan Blog yang Follow Dilaz. Cete pasal Blog yang Follow Dilaz, nanti Dilaz nak cete sikit di lain entri. Okey berbalik kepada tajuk entri. Macam tak percaya sebenarnya Kamal Adli yang sekarang berlakon dalam drama Ana Lulu kat TV3 sudi Follow Blog Dilaz Family. Tak caya tengok nie
Kamal Adli follower ke-418
Sebenarnya teruja pun ada tapi tak delah lebih sangat. Tapi memang betul lah Kamal nie tak sombong orangnya sebab dia sudi follow Blog yang Follow Blog dia. Siap nak tengok Blog Kamal, KLIK SINI.
Apa-apapun Dilaz ucapkan terima kasih pada Kamal sebab sudi Jadi follower. Semoga Kamal berjaya di dalam bidang seni dan dimurahkan rezeki.
17/06/11
Ending Nora Elena
Hari tu Dilaz ada buat entri tentang minggu akhir nora elena . Semalam Drama Nora Elena pun dah habis ditayangkan. Ending Drama Nora Elena tu cam tak best lah. Tak meninggalkan kesan yang mendalam pada Dilaz.huhuhu. Tak menarik sangat ending dia. Lepas nie dah tak feeling lah tengok TV kul 7 malam.
Tak sangka Yvonne jadi gile sebab terlalu cintakan Seth Tan sampai sanggup culik anak Seth sebab nak kahwin ngan Seth. Masa Yvonne pegang baby tu memang dah dapat agak yang dipegang tu anak patung. Tak kan dia bodoh nak bawa baby betul2 kan. Kesimpulannya Dilaz rasa ending Nora Elena tak best.
Drama Dewa Cinta akan ganti Drama Nora Elena. Tak tahulah best ke tak? Nak tahu kenalah tengok kan. Tak tengok dan tak layan tak tahu lak cerita tu cam mana.
13/06/11
Minggu Akhir Nora Elena
Minggu nie adalah minggu terakhir Drama Nora Elena. Fuhhhh nie tak boleh miss nie. Masa tengok preview episod akhir Nora Elena kat TV, "Nora marahkah Seth dan Yvonne ada pegang Baby". Macam mana agaknya akhir Drama Nora Elena nie kan.
Masa berblogwakling tadi ada terbaca episod akhir nora elena versi novel online non-full-version kat Blog Puan Bee. Siapa nak baca KLIK SINI. Rasanya ending mestilah gembira kan mana ada sedih kecuali dia nak buat Nora Elena 2 jer. Jangan lupa saksikan Nora Elena minggu nie tau. Mahu termimpi lagi Aaron Aziz nie kalau asyik meghadap Nora Elena
10/06/11
Layan Drama Annissa di malam hari
Setiap malam hari Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam, mata nie akan terbeliak tengok Drama Annissa kat TV3. Mula-mula tengok drama nie cam tak best lama-lama tengok layan lak. Tapi ada gak rasa sakit hati tengok Drama Annissa nie sebab ada part yang buat Dilaz rasa geram lak. Kawan-kawan yang tak boleh tido waktu tu, tengoklah Drama Annissa. Meh kite layan sama-sama.
SinOpsis
4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej - Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) - berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri maka terbinalah Annissa Corporation. Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis,
Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna.
Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?
P/S : Paling takut jika perkara ini berlaku di dunia realiti
Jika sudi, Klik Nie sekali
Time to vote for The Cutest Thing! Which is your favourite?
29/05/11
Apa yang best yer cerita Hindustan
Kawan-kawan suka tengok cete Hindustan tak? Biasalah ada yang suka tengok, ada lak tak berapa suka. Macam Dilaz, Dilaz memang hantu Hindustan. Lagi-lagi kalau Hero dia Shah Rukh Khan. Memang layan habislah. Boleh nangis jika dia sedih. huhuhu. My Love lak tak berapa suka tengok. My Love tak suka layan cete Cinta-cinta nie, dia lebih suka cete aksi. Beza kan kami berdua. Apa yang best yer cete Hindustan ni?
Entahlah...tapi kalau tengok memang layan. Semalam Dilaz tengok Hindustan, tajuknya Hum Tum
Bolehlah layan gak. Bagi Dilaz cete Hindustan ini ada part yang best dan ada part yang tak berapa sesuai kot untuk remaja tengok sebab takut terpengaruh dan terikut lak dalam dunia percintaan mereka.
Kawan-kawan perasan tak, napa cete Hindustan mesti ada nyanyi-nyanyi? Kekadang tue, siap tergolek-golek dia menari. Ini kira macam filem muzikal kan. Mungkin itu yang membuatkan cete Hindustan best kot. Itu pandangan Dilaz lah. Lagi satu kalau perasan lah, cete Hindustan mesti ada keretapi. Mesti ada, tak caya nanti kalau tengok cete Hindustan mesti perasan. Apa-apapun Dilaz memang suka tengok Cete Hindustan.
28/05/11
Nak layan Hindustan
Hari nie kan hari Sabtu. Kat TV3 kul 2.00 petang ada cete Hindustan. So, Dilaz nak pergi layan cete Hindustan nie. Tak tahu apa tajuk hari nie.
Ini antara cete Hindustan yang tengok banyak kali pun tak jemu. Kisah percintaan dan keluarga yang seronok ditonton.
Jom layan Hindustan. Kalau dah tengok, susah nak gerak depan TV tau. huhuhu
Jika sudi, Klik Nie sekali
24/05/11
CSI
Tadi petang pergi rumah MIL. My Love kalau pergi sana mesti akan buka Astro Channel 701. Tengok cete CSI. Yelah rumah kiteorang tak de Astro. So bile datang sana jer tengok Drama-drama kat Astro.
CSI.....Crime Scene Investigation. Drama yang mengisahkan tentang penyiasatan jenayah. Dilaz suka tengok CSI nie sebab cara diaorang siasat sesuatu jenayah tu sungguh mengagumkan. Teknologi yang dipakai begitu canggih hingga dapat menumpaskan penjenayah. Kan bagus kalau negara kite ada sistem macam tu. Ker itu hanya dalam cerita semata-mata je. Okeylah tu kan. Tetiba Teringin nak pergi Universal Studio tengok tempat CSI nie.
P/S : Dilaz suka tengok CSI Miami dan CSI New York.
Time to pamper your family with space!
23/05/11
Drama-drama TV yang paling diminati
Dilaz nie memang suka tengok TV, lagi-lagi kalo cete Drama. Memang leka. Kat rumah, Dilaz hanya tengok TV3, bukan nak kata Channel lain tak best tapi TV kat rumah hanya clear TV3. So, kenalah tengok TV3 JER.
Dilaz selalu layan Drama-drama nie
Mantera Anjasmoro
Tentang sihir isteri kepada Suaminya
Setiap hari Khamis jam 9.30 malam, TV3
Sahara
Pengorbanan seorang kakak yang tidak disangka itu adalah ibunyA
Setiap hari Selasa- Khamis jam 10.30 malam
Nora Elena
Kisah percintaan yang penuh dengan konflik
Setiap hari Isnin - Khamis jam 7.00 malam
Setiap cerita Drama nie ada pengajaran dan jalan cerita yang tersendiri. Dilaz nak cari Novel "Kasih Yang Suci" sebab nak tahu jalan penghabis cerita Nora Elena cam mana sebab kekadang termiss tengok Drama nie
THE Furious Voice Contest
26/04/11
Gadis Semasa Sunsilk- MELDA AHMAD
Siapa kat sini mengikuti drama Gadis Semasa Sunsilk??
Drama Gadis Semasa Sunsilk nie ditayangkan di TV3 setiap hari SELASA jam 6 petang. Tapi tak silap sekarang dah tak de kot. Dilaz pun tak pasti sebab keje lagi kul 6 petang tue. Siapa tak tahu Gadis Semasa Sunsilk yang Dilaz maksudkan ialah MELDA AHMAD
Tak sangka dari gadis biasa yang hanya muat turun nyanyiannya dalam YOUTUBE sekarang dah jadi famous kan. Itu semua minat. Betul tak? Pas nie mesti ramai lagi nak buat macam nie kan. Siapa nak dengar lagu MELDA AHMAD tue, meh KLIK SINI
P/S: Baru-baru nie MELDA AHMAD ada buat konsert dengan YUNA dan ELLA (idolanya)
Nak tiket konsert YUNA...KLIK SINI
25/04/11
Drama NUR KASIH tayang semula kat TV3
Siapa kat sini minat cete Drama NUR KASIH, angkat tangan?....Ramainya angkat tangan.hehehehe. Nampak yer ramai yang minatkan.
Drama NUR KASIH ditayang semula tau kat TV3. Hari ISNIN jam 5 Petang.
Pis from Google
Dilaz memang minat gile drama NUR KASIH nie. Sebab Dilaz minat pada Tiz Zaqyah
pic from google
dan......Remy Ishak
pic from google
Cantikkan Tiz Zaqyah pakai tudung. Cute sangat. Remy ishak memang Hero Malaya. Macho tue...Terbaik.Jangan marah ye MY LOVE (MY LOVE still termacho dalam hidup Dilaz)
Siapa yang tak pernah tengok, nak baca SINOPSIS Cete tue...KLIK SINI.
Bile tengok drama nie macam-macam perasaan ada...Cinta, Pengorbanan dan Suka duka dalam kehidupan. Siapa tak keje hari Isnin bolehlah layan cete nie macam Dilaz.
P/S: NUR KASIH akan keluar wayang tak lama lagi. Tak sabar nak tengok filem NUR KASIH nanti
Langgan:
Catatan (Atom)