PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Besday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Besday. Papar semua catatan

23/10/23

Happy birthday Danish

HAPPY BIRTHDAY DANISH ke 11🎉. 




Danish bile tiba bulan Oktober, dia memang duk kira hari je selalu. Hari yang ditunggu dah pun tiba, Selamat Hari Lahir My Boy🎂. 


Semoga semua impian Danish tercapai dan jadi anak yang soleh. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimewahkan rezeki serta sentiasa dalam lindungan Allah selalu Aamiin 🤲🏻.


#danishfirdaus #besdayboy

2/09/20

My Day

TODAY IS MY DAY 

2 September 8.03 pagi lahirlah seorang baby yang sangat comel 🥰. Kini baby comel tu dah dewasa. Rindunya zaman baby comel tu 😭. Happy birthday to me ke 37 🥳. 

Lagi 3 tahun je nak 40 series. Dah tak boleh isi masa lapang buat bisnes. Kena sungguh-sungguh capai semua target dan impian. 

Sedih, bengang, malu, penat, letih semua perasaan ada. Di Bulan Muharram lagi ni, Kak FS doa semoga itu semua cepat berakhir. 

Besday girl with lovely father



Dan setiap kali fikir Big Why mesti terbayang muka Abah 😭. Abah antara Big Why kenapa Kak FS buat bisnes sampai sekarang. Walau belum berjaya macam orang lain, Kak FS percaya hari kejayaan Kak FS semakin hampir. 

Terima kasih Abah untuk segalanya 😘. 

#besdaygirl
#fadilahsuardijourney

21/10/17

Selamat Hari Lahir Danish

Selamat Hari Lahir ke-5 Muhammad Danish 🎇🎉. My little hero and bodyguard.


Danish


Semoga Danish sihat2 selalu dan dipanjangkan umur sert menjadi anak yang Soleh. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu dan berkati hidupmu. Amin Ya Mujib.

Mama, Papa dan Kakak sayang kamu 😘. 


24/10/16

Kek Besday Danish

Dah 4 tahun baru nak dapat kek sebiji. Tahun sebelumnya selalu Mama belikan Danish kek slice je. Tahun ni dapatlah Danish sebiji kek Secret Receipe ni.

Kek Secret Receipe 


Tak sabar-sabar nak tiup lilin tu



Posing dulu sebelum potong kek




Tak sabar nak potong kek Besday boy ni. Nampak kegembiraan di wajah Danish.



InsyaAllah tahun depan kita buat majlis hari lahir ngan kawan-kawan ya sayang. Mesti Danish suka. 

21/10/16

Selamat hari lahir Danish (4 tahun)

21.10.12 - 21.10.2016

21.10.12......4 tahun yang lalu begitu perit untuk melahirkanmu. Banyak darah keluar sebelum kamu keluar. kembar darah. Tiada bilik di wad sebelum saat kamu lahir dan juga selepas kamu lahir. Sampai kebiruan kamu kesejukan menunggu untuk dihantar ke bilik sebab tiada bilik kosong di wad. 2 jam lebih menunggu baru ada bilik kosong itu pun selepas Papa asyik tanya dengan jururawat.

Apabila tiba masa bersalin, jururawat masih tak percaya kamu mahu lahir ke dunia sebab bukaan masih kecil. Alhamdulillah kamu selamat dilahirkan dan tiada komplikasi yang serius. Walau Mama dah banyak darah keluar sebelum kamu keluar, Mama kuat untuk melahirkanmu kerana tak sabar melihat kamu. Lahir jam 10.41 malam dengan berat 3.4 kg secara normal. 

Hari pertama Danish dilahirkan 

21.10.16..... Hari ini genap 4 tahun umur Danish. SELAMAT HARI LAHIR DANISH 🎂🍴🎊. 

Danish 4 tahun

Semoga Danish diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Semoga Danish menjadi anak yang Soleh dan mendengar kata Mama dan Papa. Aamiin. Inilah intan payung Mama QD 😍



2/09/16

Kek Besday

Bila hari lahir je mesti nak ada kek. Nape ek? Lama sebenarnya tak beli kek masa besday. Kalau beli pun, beli yang slice je tak beli kek penuh. Meh Dilaz nak share gambar kek yang Dilaz suka tengok. Ada dua je ni. Kalau dapat ni rasa mertua lalu pun tak nampak😜

Kek pulut kuning 

Sedapkan. Dengan lauk-lauk disekelilingnya lagi menyelerakan.


Kek mac

Yang ni kalau dapat rasa sayang nak makan. Cantik sangat. Sekarang ni macam-macam bentuk kek ada. Boleh request kek apa yang nak kan. Ada duit semua boleh.

Korang suka makan kek apa?

Double 3

2 September 1983 - 2 September 2016.... Genap 33 tahun umur Dilaz. Alhamdulillah syukur masih diberi pinjaman umur yang panjang. Terima kasih kepada kedua ibu bapa Dilaz. Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang memberi ucapan selamat hari lahir di Facebook mahupun wasap. Semoga kalian semua juga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki Allah. Aamiin.

Mama QD 

Umur dah 33 tahun, tapi ada yang kata baru 20 lebih 😂. Selamat hari lahir untuk Dilaz. 

2/09/15

Besday Girl

Alhamdulillah syukur kepada Allah masih diberi peluang untuk meneruskan perjuangan hidup di bumi ini. Selamat hari lahir untuk Dilla. Semoga diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah. Semoga semua impian akan tercapai dan dimurahkan rezeki Allah.Amin. Dilla belanja satu gambar besday girl bersama My Love.

Muka tengah comot tanpa make up. huhuhu.


19/04/15

Happy Belated Besday Qistina

Besday Qistina Jumaat lepas (17 April). Oleh kerana data internet Dilla habis dan line slow masa tu tak dapat nak update entri buat Qistina. Selamat Hari Lahir Qistina yang ke 7. Rasa cam tak percaya Qistina dah 7 tahun. Dah besar kan. Dah pandai minta surprise dari Mama dan request macam-macam. Mama takde apa nak bagi cuma Mama bagi banyak kasih sayang pada anak dara Mama ni.




Semoga Qistina sentiasa sihat, dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki. Jadi anak yang solehah dan membanggakan keluarga. Amin


 

21/10/14

Hepi Besday Danish

21-10-2014....Alhamdulillah hari ini genap umur Muhammad Danish 2 tahun. Masih teringat lagi 2 tahun lepas saat nak melahirkan Danish. Danish ni kembar darah, memang perit dan sakit. Lagi sakit bila dah nak bersalin, nurse boleh tak percaya sebab dia kata air ketuban lum pecah. Padahal memang dah nak terkeluar anak ini. Lepas Danish lahir, kami berdua dibiarkan di bilik bersalin sebab katanya wad tak de kosong. Sampai naik biru muka Danish kesejukkan. Danish memang anak yang baik dan bijak. Danish sepenuhnya menyusu susu ibu.

Selamat Hari Lahir ke 2 Danish. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Semoga Danish menjadi anak yang soleh dan mendengar kata. Membesar dengan sihat dan menghormati orang tua.

Papa, Mama dan Kakak Qistina sayang sangat Danish ketat-ketat. Muuuuaaaaahhhhhh


SELAMAT HARI LAHIR DANISH

 

 

15/10/14

Hepi besday Suraya

Alhamdulillah

Hari ini besday Suraya pemilik Blog My Little Family

SELAMAT HARI LAHIR

Semoga panjang umur dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga sentiasa bahagia bersama hero-hero kesayangan. All the best to you Sue

Kita kawan selamanya...peace


Gambar cilok dalam fb Sue..jangan marah ye
 

2/09/14

My day

Hari ini 2 September..... Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Today is my day. Hari ini hari lahir Dilla, genap umur 31 tahun. Terima kasih Allah. Semoga Dilla sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah serta diberkati. Amin

Setakat ni masih tak de perancangan nak sambut besday. Lama dah tak terima hadiah. huhuhuhuhu. Apa agaknya suprise dari My Love

Dilla yang senyum macam iklan Colgate

10/08/14

Happy belated besday

Salam hujung minggu. Baru nak updated blog. Lama nah bertangguh nak buat entri dan cerita2. Sebelum tu Dilla nak wish happy belated besday kepada My Love. Besday My Love hari Jumaat lepas (8 Ogos). Bertambah lagi usia, tapi tetap maintain macho. hehehehe. Dah wish pada My Love tapi baru nak up entri.

Sayang doakan, Semoga Abang dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Semoga abang dilindungi dan dirahmati Allah. Abang adalah anugerah teristimewa buat sayang dan bapa terbaik buat anak-anak.

SELAMAT HARI LAHIR

Gambar My Love bersama Danish...tahun lepas
Kek tak de...tapi kitaorang celebrate makan-makan bersama keluarga je. Alhamdulillah
 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

21/04/14

Kek Besday :-)

Beruntung Qistina sebab Nenek dia sangat sayangkan Qistina. Kalau tentang Qistina sebut apa je pasti dibelinya. Khamis (17/4) lepaskan besday Qistina, jadi Nenek dia janji nak belikan kek untuknya. Jadi Qistina dapat dua kek tau. Best kan. Pertama kek dari Mama ngan Papa untuk sambut besday kat Tadika dan satu lagi kek dari Nenek.
 


 Ini kek masa sambut besday kat Tadika


 

Yang ni kek dari Nenek Qistina...mahal tu

Tulisan kek dah ternoda sebab terlanggar kotak masa membawanya...tulisan atas kek tu "SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 6 THN NUR QISTINA". Sedap kek tu. Macam sebelum ni, gambar besday girl tak dapat nak snap sebab besday girl dah terjun laut.

 

18/04/14

Sambutan Hari Lahir Qistina

Alhamdulillah dapat juga tunaikan hajat Qistina nak buat majlis sambutan hari lahir di Tadikanya. Tahun lepas nak buat Qistina ada kat kampung (Dilla beri dia cuti selama 2 bulan..sebab outstation kat Johor masa tu). Jadi tahun ni Qistina minta buat majlis tu. Lagipun tahun depan dah masuk sekolah rendah. Mana ada orang buat kat sekolah kan. Mesti buat kat rumah. In shaa Allah lepas ni ada rezeki Mama buat besar-besaran yer sayang.

Tapi yang sedih, Dilla tak dapat nak snap banyak gambar kenangan buat Qistina. Hanya dapat ambil gambar beberapa keping jer sebab Danish nak berdukung masa tu. Ini jelah yang dapat diambil. Gambar tiup lilin teacher Qistina ada ambil, lupa nak minta.

 
Goodies untuk kawan-kawan dan teacher



 
Ini kek Qistina..nampak simple tapi sedap. Semua suka


 
Qistina dan kawan baiknya Fifi...


Papa kata Qistina dah muka macam anak Cina. Danish bila tengok gambar kakak dia bukan main melonjak-lonjak suka. Pandai pulak tu. Majlis tu simple je, saje suka-suka. Bak kata Qistina, "Saje seronok-seronok Mama". Lepas ni turn Papa, Mama dan adik Danish pula


 

17/04/14

Qistina 6 Tahun

Alhamdulillah.

Hari ini 17 April 2014 genap umur Nur Qistina 6 Tahun. Cepat je masa berlalu. Rasa macam baru saje lahirkan Qistina. Tahun depan dah mula sekolah rendah. Si kakak yang rajin dan sayang adik.

Selamat Hari Lahir Qistina

Semoga sayang dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Mama sayang Qistina.





Jap lagi nak buat besday party kat Tadika Qistina. Semoga dipermudahkan urusan dan berjalan dengan lancar. Amin.

 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

23/02/14

Hepi besday Cheah

Selamat berhujung minggu.

Hari lahir adik-adik Dilla semua bulan Februari. Hari ni hari lahir adik bongsu...Nurfasihah atau nama timangan Cheah a.k.a Mak Su Qistina dan Danish..Hepi Besday to you. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki Allah dan cepat bertemu jodoh. Tak sabar nak makan nasi minyak adik bongsu ni.

Adik Dilla ni duduk seberang laut..kat labuan. Dia kerja di Hospital Labuan. Ada rezeki nak pergi Sabah jenguk adik kesayangan ni. Boleh makan seafood puas-puas. hihihi

 

22/02/14

Hepi besday Nisa

22 Februari.... Setelah 3 tahun keseorangan bermain dirumah, lahirlah adik yang bernama Nurfairusanisa. Nama paling panjang dalam adik beradik. Dialah kawan bermain dan bergaduh masa kecil dahulu. Sekarang tak de lah gaduh-gaduh. hihihi. Hepi besday to you Nisa. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki Allah.

Nisa comel je orangnya sampai ada yang sangka dia anak dara. Tapi sebenarnya dah berkahwin dan ada sepasang anak. Seorang ibu yang penyayang tetapi garang. Suara paling nyaring kalau marah anak dia. 



 

14/02/14

Selamat Hari Lahir Nana

Hari gembira My Lovely Sister sebab hari ini hari lahirnya. Hadiah paling best dapat ialah lahirkan seorang anak sama bulan dengan beliau. 

Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Semoga segala impian dan cita-citamu akan tercapai suatu hari nanti. Amin



gambar ambil dari facebook

20/09/13

My Besday

 Salam semua

Alhamdulillah hari ini Dila masih lagi bernafas di muka bumi Allah dan sihat sejahtera. Hari ini merupakan hari lahir Dila. Semoga Dila sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki Allah. Dila berdoa agar impian Dila tercapai hendaknya. Amin

SELAMAT HARI LAHIR 
buat diriku sendiri


P/S: Best yer kalo ada suprise macam dalam tv atau realiti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails