PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan

23/10/23

Happy birthday Danish

HAPPY BIRTHDAY DANISH ke 11🎉. 




Danish bile tiba bulan Oktober, dia memang duk kira hari je selalu. Hari yang ditunggu dah pun tiba, Selamat Hari Lahir My Boy🎂. 


Semoga semua impian Danish tercapai dan jadi anak yang soleh. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimewahkan rezeki serta sentiasa dalam lindungan Allah selalu Aamiin 🤲🏻.


#danishfirdaus #besdayboy

20/11/20

My Boy Danish

Tahniah my boy 👏. Syukur Alhamdulillah Danish dilantik sebagai Pengawas Sekolah. Danish betul² tak sangka, ini namanya rezeki 🥰. 

Pengawas Sekolah


Berita gembira pertama 2021. Semoga lebih banyak lagi kejayaan untuk kami sekeluarga 2021. Aamiin 🤲.


#Danish

16/08/20

Mengandung anak ketiga

Selepas beberapa Bulan, Kak FS mengandung anak ketiga 😀. Alhamdulillah 🤲, pemberian Allah yang tak disangka. 


Pregnant anak ke3

21/10/17

Selamat Hari Lahir Danish

Selamat Hari Lahir ke-5 Muhammad Danish 🎇🎉. My little hero and bodyguard.


Danish


Semoga Danish sihat2 selalu dan dipanjangkan umur sert menjadi anak yang Soleh. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu dan berkati hidupmu. Amin Ya Mujib.

Mama, Papa dan Kakak sayang kamu 😘. 


20/05/17

Hari sukan Danish 2017

Assalamualaikum.

Mood Mama QD nak mengarang ke laut. Jadi Mama QD post gambar je kat sini sebagai kenangan.


Danish






Hari sukan ni Danish masuk acara lari baton. Tak menang hanya dapat hadiah saguhati. Okeylah tu first time kan.

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu. Mama QD dapat kad dari Danish.


Selamat hari Ibu




Walaupun tulisan Danish tak berapa jelas, Pandai dah anak Mama buat surprise. Semoga Danish jadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa serta keluarga. Aamiin.


25/02/17

Danish dah sekolah

Macam dah terlambat nak share, tapi Mama QD nak share juga. Anak manja Mama dah sekolah. Danish sekadang sekolah di Tadika JAIM. 

Danish

Hari pertama persekolahan. Ambil dulu gambar dengan kakak buat kenangan.


Qistina dan Danish.....my QD

Minggu pertama persekolahan, Danish okey dan seronok pergi sekolah. Senyum dan senang nak bangun pagi. Baru lagi dan rasa seronok kan.


Danish di Tadika JAIM

Tapi yang tak best yer, minggu kedua sekolah Danish mula tak nak pergi sekolah. Katanya ada kawan usik dia. Bila Mama QD beritahu cikgu,baru ok. Sekarang ni, kadangkala waktu nak pergi sekolah tu adalah drama pagi sikit. Tak setiap hari tapi adalah. 

Alhamdulillah dah 2 bulan sekolah ni ada perubahan positif untuk Danish. Semoga Danish rajin belajar dan menjadi anak yang soleh serta membanggakan keluarga. Aamiin.

3/02/17

Pesanan untuk anak-anak

JARANG KITA SAMPAIKAN PESANAN PENTING INI KEPADA ANAK : 
.
.
Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya :

- nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
- harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat,
- bila raya balik jenguk rumah pusaka...

Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yg lebih bermakna utk kita di alam sana. 

Bermakna sebab, di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yg tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, everything disconnect. Maaf, sebenarnya ada lagi connectionnya. 

Lebih baik kita pesan begini kepada anak, utk kebaikan our own future :

- Nanti jangan lupa bersedekah utk abah setiap hari. Sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang. 
- jangan lupa bacakan Surah Mulk utk mak setiap malam. Nanti ada juga peneman mak di kubur....
- Doakan kebaikan utk mak-abah setiap hari.....

Ini yg lebih penting utk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dgn amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yg masih hidup tolong 'top-up'kan.

Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-abah, buat setiap hari. 

Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali.

Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yg ingatkan ibu-bapa mereka yg dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dgn harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya. 

Saya kira, bukan begitu relationshipnya.  Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana. 

Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yg ikhlas yg BERMANFAAT utk kita di alam sana.

Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yg mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah, 

Apa yg kita ingatkan mereka, itulah yg kita dapat. 

Ingatlah, 

Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.

Sekian, ingatan utk diri sendiri, seorang bapa yg ada anak 2 orang dan, seorang anak yg telah bapanya telah kembali ke Rahmatullah 5 tahun lepas.

Setiap hari saya cuba yg terbaik utk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dgn bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan : 

'dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga....' (Surah Thur, 21).

Semoga. Tolong sama-sama doakan ibu-bapa kita yg telah pergi,....
Tuan-puan, antara sebab mengapa saya minta kita betul-betul perlu pandai kuasai bacaan Quran adalah kerana asbab SYAFAAT. Quran ni ada syafaat di alam kubur & hari kiamat. 

Syafaat bermaksud, jika kita susah nak masuk syurga, nanti Quran akan datang sebagai pembantu utk backup & topup mana yg tak cukup, di hari tiada sesiapa pun boleh bantu....

Semoga ia menjadi asbab utk kita lebih mudah dpt pembantu, syafaat Al-Quran.

Copy paste dari group whatsapp 😃

21/10/16

Selamat hari lahir Danish (4 tahun)

21.10.12 - 21.10.2016

21.10.12......4 tahun yang lalu begitu perit untuk melahirkanmu. Banyak darah keluar sebelum kamu keluar. kembar darah. Tiada bilik di wad sebelum saat kamu lahir dan juga selepas kamu lahir. Sampai kebiruan kamu kesejukan menunggu untuk dihantar ke bilik sebab tiada bilik kosong di wad. 2 jam lebih menunggu baru ada bilik kosong itu pun selepas Papa asyik tanya dengan jururawat.

Apabila tiba masa bersalin, jururawat masih tak percaya kamu mahu lahir ke dunia sebab bukaan masih kecil. Alhamdulillah kamu selamat dilahirkan dan tiada komplikasi yang serius. Walau Mama dah banyak darah keluar sebelum kamu keluar, Mama kuat untuk melahirkanmu kerana tak sabar melihat kamu. Lahir jam 10.41 malam dengan berat 3.4 kg secara normal. 

Hari pertama Danish dilahirkan 

21.10.16..... Hari ini genap 4 tahun umur Danish. SELAMAT HARI LAHIR DANISH 🎂🍴🎊. 

Danish 4 tahun

Semoga Danish diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Semoga Danish menjadi anak yang Soleh dan mendengar kata Mama dan Papa. Aamiin. Inilah intan payung Mama QD 😍



16/10/16

Ada gaya tak?

Dah besar anak-anak Mama ni.  Ada gaya polis tak?

Qistina Dan Danish

 Sekarang kalau nak beli mainan tak boleh beli satu. Nak beli kena beli dua, kalau tak mesti bergaduh. Kali ni Danish minta cukai Dari Papa. Minta senapang lak. Dah berapa banyaklah mainan Kat rumah. Pening Mama.

26/06/16

Tahniah TMJ

Tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) di atas keputeraan puteri sulung baginda. Alhamdulillah semuanya selamat dan sihat. 

Tahniah Tunku Mahkota Johor 

Paduka puteri dilahirkan pada 25 Jun 2016 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1437H. Selamat berpantang Yang Mulia Che' Puan Khaleeda Bustamam. Tahniah sekali lagi 

10/06/16

Tragedi 5 Ramadhan 1437

Hari ini 5 Ramadhan 1437, Danish buat perangai yang boleh buat Mama sakit jantung. Nasib Mama tak lemah semangat tau. Adik..adik. Lain kali jangan buat lagi tau.  

Danish dan Mama 

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Nak tahu apa Danish dah buat? Danish telah masukkan lego  kecil ke dalam lubang hidung. Sampai dah ke  dalam hidung. Mama apa lagi terus call nenek Danish minta bawakan ke hospital Pantai. Alhamdulillah semuanya baik-baik. Doktor dapat keluarkan lego tu dan tiada darah. Syukur kepada Allah. Mama risau gak kalau lego tu masuk lebih dalam  pasti lebih serius kan.

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60


Ini adalah pengalaman yang Mama tak dapat nak lupakan. Terus buang lego yang kecil supaya peristiwa tidak berulang. Seram  sejuk dan menggigil satu  badan tau. Inilah lego kecil yang telah dimasukkan ke hidung tu👇.

Lego kecil 



1/03/16

Koleksi Lego Anak

Anak bila nampak mainan mesti nak kan. Samalah cam Qistina dan Danish pantang nampak. Mama nak beri customer free gift mereka pun sibuk nak gak lego tu.

Koleksi lego

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Itulah hasil tangkapan mereka. Nak buat koleksi katanya. Tapi kita tengoklah sampai bila boleh bertahan. Emmm.

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

25/02/16

Jurufoto cilik

Budak zaman sekarang lebih advance dari budak zaman dulu kan. Dapat smartphone atau Tab pasti pandai explore. Macam Danish ni. Pandai download game sendiri dan tahu cara main game. Ambil gambar pun pandai tau. Entah apa-apa gambar diambilnya. Inilah jurufoto cilik Dilla

Jurufoto cilik.... Danish

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Tengoklah gaya Danish tu, bukan main lagi kan. Entah apa dia ambil gambar kan. Tapi yang geramnya dah ambil gambar banyak-banyak Danish pergi buang lak gambar tu. Aduiii aiii anak. Macam-macam ragam kan.

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

2/02/16

Baru nak update

Assalammualaikum semua

Baru nak update cerita perkahwinan adik bongsu Dilla (Cheah). Majlis tahun lepas pada  bulan November. Dilla ada buat entri jemputan ke majlis Di sini. Sepanjang majlis Dilla tak banyak amik gambar. Selalu camtu tak dapat nak snap gambar untuk diabadikan di sini. Tapi adalah gambar sikit-sikit untuk kenangan. Jom cuci mata.

Gambar-gambar sebelum akad nikah

Kakak pengantin dan Anak Buah wefie ngan pengantin

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

Along, Uda, Adik dan Akhmal

Ni selepas akad nikah

Dilaz Family bersama pasangan pengantin

Dan

Nyaie bersama cucu cicit


Alhamdulillah majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Dah selamat jadi isteri orang 😊.  

13/12/15

Demam Star Wars

Demam Star Wars dah tiba kan. Minggu depan Star Wars akan ditayangkan di pawagam...Tak sabar nak tengok. Anak-anak pun excited. Nampak topeng Star Wars terus nak beli.



Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Dilla ada jual lego Star Wars. Satu RM 4 lum masuk pos. Beli 5 Percuma 1. Siapa berminat boleh Wasap 0197270181.


.

.

.

.

.

 Hadiah menarik untuk tersayang

14/11/15

Alat Tulis Milo

Anak-anak bila nampak mainan bukan main seronok kan. Tak pernah jemu dan asyik minta dibelikan. Betul tak? Samala macam Qistina dan Danish ni. Pantang nampak je mesti nak. Kebetulan hari minggu hari tu masa beli barang dapur Milo ada buat promosi. Beli air kotak 6x200ml dapat percuma 1 alat tulis Milo. Dilla pun belikan air kotak untuk mereka berdua.


Ini dia alat Tulis milo


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Mula-mula dapat satu je untuk Qistina, Alhamdulillah ada rezeki Danish pakcik tu bagi Danish satu tak payah beli air kotak. Syukur selalu dan ini namanya rezeki tak disangka. Danish seronok dapat alat tulis, balik rumah terus conteng-conteng buku. Jangan conteng kat dinding sudah, penat Papa cat rumah.

29/09/15

jam tangan

Qistina paling pantang kalau pergi jalan-jalan pastu nampak jam tangan. Dia mesti nak beli jam tu. Memang bagi setengah orang RM 10 bagi satu jam itu murah dan boleh dibeli. Tapi bagi Dilla kalau selalu beli pun tak baguskan. Itu dah namanya membazir. Banyak dah jam tangan Qistina beli dan bermacam-macam jenis dan akhirnya ini je yang tinggal. Satu Qistina dan satu lagi Danish punya.



Korang teka mana satu Qistina punya dan mana satu Danish punya jam tangan?

30/08/15

Hadiah dari Nenek

Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Tak pada kita datang kepada pasangan ataupun kepada anak-anak. Ini rezeki anak-anak, hadiah dari nenek untuk cucu-cucu tersayang. MIL Dilla belikan Lenovo Tab 2 untuk Qistina dan Danish. Alhamdulillah syukur selalu. 



Bukan main seronok mereka berdua dapat Tab 2. Selamat handphone Mama Danish tak kacau. Terima kasih nenek, kami suka dan sayang nenek.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails