PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan

2/01/18

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Hari ini dah 2 Januari 2018. Harap belum terlambat Nak ucap Selamat Tahun Baru. Azam tahun ni , nak capaikan azam tahun2 lepas dan perbaiki sikit.

Selamat Tahun Baru 2018

Dan yang paling2 nak cabar diri, update blog at least 1 hari 1 entri. Banyak entri tahun lepas yang duk peram dalam draf. Kena up gak tahun ni.

Selamat berkenalan kepada follower Baru Dan terima kasih kepada follower yang sentiasa ingat Dan singgah blog Dilaz Family in.

4/02/17

8 jenis rezeki dari Allah

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH 

1.Rezeki Yang Telah Dijamin. 

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6). 

2. Rezeki Kerana Usaha. 

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

3. Rezeki Kerana Bersyukur. 

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7). 

4. Rezeki Tak Terduga. 

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar. 

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah. 

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32). 

7. Rezeki Kerana Anak. 

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31). 

8. Rezeki Kerana Sedekah. 

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Amiin..

1/09/16

September

September....bulan kelahiran Dilla. Semoga target Dilla untuk bulan ni tercapai dan dipermudahkan urusan. Aamiin InsyaAllah.


September 

31/08/16

Merdeka.... Merdeka.... Merdeka

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-59

Semoga Malaysia terus aman dan harmoni serta dilindungi Allah. Merdeka.... Merdeka...Merdeka !!!!!

Selamat hari kebangsaan 

31/03/16

Syukurlah

Copy paste dari group Whatsapp

Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing..

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu..

👍👍👍👍

Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pd Ilahi. 
Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu. 

👍👍👍👍

Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. 
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kebaikannya. 

👍👍👍👍

Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan, keselamatn dunia akhirat)

👍👍👍👍

Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi ganjaran. 

👍👍👍👍

Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan klau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu tlah dpt phala tutup aib org. Barangsiapa yg tutup aib mna2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia. 

👍👍👍👍

3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik. 
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati. 
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. 
(Tnpa sbrang pengkhususan)

👍👍👍👍

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Pringatn: Buatlah baik walau sekecil kecilnya...

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60


1/03/16

Selamat Datang Mac

Alhamdulillah... Hari ini bermula hari baru di bulan baru.



Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Semoga dipermudahkan urusan semuanya dan impian di bulan ini tercapai dengan izinNya. Aamiin InsyaAllah

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

25/02/16

Good Morning

Assalammualaikum
Selamat Pagi
Good Morning



Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Semoga hari ini lebih ceria dan dimurahkan rezeki Allah 😍😍😍😍

Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

29/12/15

Kalendar 2016

Tak lama lagi akan masuk tahun baru, Tahun 2016. Banyak suka duka sepanjang tahun 2015 ini. Ada juga impian 2015 yang belum dicapai. Dilla akan bawa ke tahun 2016 dan berusaha mencapainya dalam Tahun 2016 nanti. Biasanya bila dapat kalendar baru apa yang korang lakukan?


Kalendar 2016

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com


Mesti tengok hari apa besday kita tahun tu kan. Pastu tengok bila hari raya. Dan tengok cuti-cuti bila sebab nak rancang cuti. Betul tak?



Hadiah menarik untuk tersayang

Dilla memang selalu macam tu. Tak kisahlah apa pun yang kita buat masa dapat kalendar baru, semoga apa yang dirancang dipermudahkan urusan oleh Allah. Amin.

24/12/15

Salam Maulidur Rasul

Jom berselawat ke atas Rasulullah



Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 
Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 
Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 
Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 
Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 
Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 
Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 
Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ 
Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ 
Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 
Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 
Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 
Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ 
Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ 
Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ 
Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ 
Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 
Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 
Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 
Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 
Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 
Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ 
Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ 
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

 Hadiah menarik untuk tersayang

29/10/15

Coffee Time

Siapa kat sini suka minum kopi bersama kawan? Minum kopi dengan kawan ni satu terapi tau. Sesekali berjumpa pasti ada cerita menarik yang ingin dibualkan. Dan akan ada gelak ketawa, betul tak? Itulah terapinya. 

Lama dah tak minum kopi bersama kawan sejak dah kahwin ni. Minum kopi dengan My Love dan anak-anak jelah. Kawan baik pun tinggal jauh dan dah kahwin.


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

19/10/15

Selamat pagi Isnin

Jangan monday blues tau....Senyum 


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Selamat bekerja

Hadiah menarik untuk tersayang

16/10/15

Takwim 2016

Salam Maal Hijrah 1437

Sekejap je dah nak akhir tahun 2015. Kat bawah ni Dilla share takwim 2016, cuma untuk cuti sekolah takde. Bolehlah kawan2 merancang cuti tahun hadapan. Banyak juga cuti yang menyambung.

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Pic Dilla amik dari says.com

Cuti umum



Cuti untuk negeri-negeri

Hadiah menarik untuk tersayang

27/09/15

Telefon lama

Telefon lama yang sangat nostalgia. Dah semakin jarang jumpa di tempat awam. Dulu pernah ada kad telefon supaya senang nak buat call tak payah bawa duit syiling. Zaman kanak-kanak dahulu lebih seronok dari zaman sekarang.

Telefon lama

4/09/15

Note RM 5

Selalu nah dapat duit koyak macam ni. Kalini dapat note rm5 lak. Nasib Ada makcik kerja Kat bank. Dilla bagi Kat makcik suruh tukarkan. Lepas no kena tengok LA bila dapat duit baki.



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

21/07/15

Selamat Hari Raya

Rasanya masih belum terlewat untuk Dilla sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua tak kira di mana berada. Dilla nak minta maaf sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa atau ada menyinggung perasaan sesiapa. Maaf zahir dan batin. 


3/04/15

Zikir Harian

Zikir setiap hari. Jom sama-sama amalkan setiap hari. InsyaAllah hidup lebih tenang dan dimurahkan rezeki Allah.





2/04/15

Tazkirah

TAZKIRAH..sharing is caring 😌😌" Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih. 
  
Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?

 Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

JANGAN RISAU DENGAN GST....Allah S.W.T yg beri rezeki bkn makhluk...
In shaa Allah bhn d ats lebih meredakan hati kita..☺

copy paste dari group whatsapp



1/04/15

Cara makan Rasulullah

Tadi share tentang waktu tidur yang dilarang. Sekarang ni nak share tentang cara makan Rasulullah yang patut kita ikut. Ini untuk kesihatan lebih baik. Selamat beramal






Copy paste dari facebook


5 Waktu Tidur yang Dilarang

Untuk peringatan bersama dan tentunya Peringatan diri sendiri






Kongsikan ilmu bersama


31/03/15

Whatsapp Call

Sekarang Whatsapp dah boleh call. Dilla baru je testing call dengan My Love. Terbaiklah. Tapi dia cam lambat sikit. Katanya FREE tapi tak taulah betul ke tak. Sebab Dilla guna bil, tak dapat nak tahu. Kawan-kawan dah cuba??





Lebih suka whatsapp dari yang lain. Jika betul FREE memang jimat dan berbaloi.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails