Showing posts with label Ribbon Work. Show all posts
Showing posts with label Ribbon Work. Show all posts

Saturday, March 14, 2015

SWEET CREAM ROSE

Salam Sejahtera Pengunjung Blog

Rose ribbon kali ini..warna sweet cream..pastel colour..jika buat hand bouquet memang paling menarik..




Nantikan produk saya akan datang...lebih banyak cushion cover dan hand bag dengan paten bunga ini...

Friday, March 13, 2015

RED POPI ROSE

Salam sejahtera pengunjung blog,

Menggunakan polyester ribbon warna red popi. Amat sukar untuk bentukkan kelopak bunga reben ini...penuh sabar menyiapkan sekuntum bunga...hasilnya...Alhamdulillah...




Bila foto dah besar ini, barulah puas menatap...ramai yang tanya tentang teknik bunga ini...dalam buku mana dan sebagainya...Ekceli...ini adalah bunga teknik baru...belum ada lagi dalam mana-mana buku...saya dalam proses untuk bukukan...jika siap pun...akan terbit buku tersebut pada tahun 2016...harap...sabar menunggu buku saya...

Thursday, March 5, 2015

ROSY MAUVE

Inilah warna reben kesukaan saya. Walaupun nampak kusam...tetap menarik pandangan mata. Warna klasik....


PURPLE ROSE

Salam sejahtera pengunjung Blog

Warna reben purple ini memang menarik pandangan...warna lembut dan sejuk mata memandang.




Thursday, August 28, 2014

RIBBON FLOWER BOUQUET

Salam sejahtera pengunjung blog...agak lama saya sepi dari era maya kerana sibuk dengan urusan tempahan pelanggan untuk eksport dan sepanjang ramadan pula sibuk dengan sessi foto shoot untuk buku yang ke lima...insyaallah...akan terbit dipasaran tahun 2015...sabar ekkk....

Setelah sekian lama...akhirnya siap juga tempahan jambangan bunga reben untuk hiasan meja kopi...di tempah oleh Cikgu Sharifah dari Taiping, Perak. Terima kasih kerana sabar menanti kerjatangan saya....




Alhamdulillah...hasil yang benar-benar puas hati kerana saya berjaya membuatkan bunga reben seperti bunga plastik dari segi teknik warna dan teknik kelopak bunga...kesabaran dan ketelitian amat perlu untuk siapkan gubahan bunga ini. Hanya bunga baby rose dan daun-daun adalah plastik.

Selamat menjamu mata setelah lama saya menyepi....

Thursday, May 1, 2014

MY RIBBON WORK COLLECTIONS

Salam Sejahtera Pengunjung Blog...

Syukur ke hadrat Allah swt diatas anugerah yang diberikan hingga berjaya membuat Bunga Reben Augusta Ros ini. Banyak kali mencuba hinggalah kuntum bunga ros yang ke 40...barulah dapat tips dan teknik jahitan hingga menarik pandangan...nampak macam senang...tetapi tidak senang seperti yang disangkakan.









Ini adalah tempahan customer untuk dijadikan hiasan pada kotak hantaran. Konsep warna bunga sama, tetapi paten sulaman lain-lain.

Saturday, April 19, 2014

MY WORK IN PROGRESS - AUGUSTA ROSE

Ini adalah proses menyiapkan bunga Augusta Rose untuk disulam pada kain dan di tampal pada kotak hantaran. Baru aje selesai mewarna reben....




Reben asal warna off white cream dan saya warnakan dengan pewarna Reben Code No. 10 Light Pink. Nantikan foto berikutnya bagaimana rupanya apabila dah siap jadi produk...

Thursday, April 10, 2014

RIBBON EMBROIDERY & RIBBON WORK - CUSHION COVER

Koleksi Sarung Kusyen Ribbon Embroidery and Ribbon Work. 


Sarung Kusyen paten Bunga Ros Mawar



Sarung Kusyen Paten Rolled Rose



Sarung Kusyen Paten Bunga Teratai

Coming Soon...ada lagi....tunggu..pelbagai teknik bunga-bunga baru bakal menyusul. 

Tuesday, February 11, 2014

DIY ROLLED ROSE

Perkongsian ilmu membuat bunga Ros Gulung. Setiap foto ada penerangan, rajin-rajin laa...membaca yee...Selamat Mencuba !



Menggunakan satin reben saiz 2 inci dan gunting panjang reben 46 inci.


Gunting bahagian atas reben lengkuk-lengkuk. Gunakan gunting kecil dan tajam.


Bakar bahagian yang sudah digunting untuk matikan reben yang berbulu serta untuk menampakkan efek lekuk-lekuk seolah kelopak bunga.


Gulung pada permulaan reben sebanyak 5 kali dan jahit. JANGAN putuskan benang.


Gulung reben. Elakkan gulung terlalu rapat dan jahit bahagian tengah reben. Pastikan setiap kelopak bercantum.


Jahit bersilang. Setiap lapisan reben mestilah dijahit.


Bunga ros gulung yang sudah siap.




Jambangan bunga reben sesuai untuk dijadikan hiasan atau bunga tangan pengantin.

Apa jua ilmu yang dikongsi saya HALAL kan dan anda boleh kongsi info ini untuk menafaat bersama dan semoga di berkati oleh Allah swt. Insya-allah.

Saturday, January 4, 2014

BUNGA HIBISCUS ROSE

Posting hari ini pula, Bunga Hibiscus Rose, juga bunga baru untuk tahun 2014. Alhamdulillah...kreativiti anugerah Allah swt..agar sukar juga nak bentuk kelopak bunga ini..sebab tekstur reben yang nipis...

 Satin polyester reben saiz 3"...reben ini saya beli sewaktu ke Kota Kinabalu...3 tahun lepas...agak lama...baru kini baru nak buat bunga reben menggunakan reben ini. Tekturs reben ini nipis dan sukar juga utk dibentukkan.

 Satin Polyester reben warna merah ini, saya beli di Bestmark Trading di Saujana Prima Kajang pada tahun 2012...beli nyer dah lama...baru kini dapat buat bunga..masa beli tak de idea..

 Untuk bentuk kelopak bunga ini, saya gum dua keping dan saya pintal macam nak perah kain untuk bentukkan kelopak bunga. Oleh sebab gum dan pintalan pada reben itulah yang membentuk ira kelopak bunga.

 Inilah bunga yang telah siap.

 Sebelum jahit pada kain, saya susun dulu kedudukan bunga.

 Apabila bunga dah  jahit pada kain, saya jahit tangkai dan daun.




Itulah keseluruhan paten sulaman reben dan bunga reben...ukuran 16" x 16" untuk di framekan dan itu adalah tempahan kastemer...