Showing posts with label new year. Show all posts
Showing posts with label new year. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Welcome 2014


Alhamdulillah...masih dipanjangkan usia untuk merasai udara di tahun 2014...masih diberikan kesempatan untuk bersama dengan yang tersayang....merasai dan memberi kasih sayang....syukur...dan tahun ini genap 10 tahun saya berblog... - bermula dengan blog friendster sebelum beralih ke blog dunia cinta saya (yang telah didelete) dan akhirnya blog ini - DIAMILIKKU yang didedikasikan khas untuk suami tersayang...yang juga merupakan pembaca tetap blog saya walau tanpa entry baru... justeru sebagai menghargai suami..insya allah tahun ini saya akan berblog dengan lebih rajin....



Gambar pertama saya dan mr papa selepas 12 hari kita berada di tahun baru...baru nak merasa percutian keluarga selepas mr papa sibuk berkursus dari tahun 2013 sampai 2014... nampak macam lama jerrr kannn...sebenarnya tak lama mana pun...dari 25 Disember sampai 9 Januari...makanya last weekends kami ambil peluang untuk bawak anak2 bercuti pendek - istilah cuti bagi anak2 ialah tidur hotel..mandi swimming pool..makanya itulah yang dibuat..check in hotel Park Avenue Sungai Petani...mandi kolam..main boling..makan2 jalan2... esoknya check out selepas breakfast.... asalkan anak2 happy konsepnya....

So sempena melangkah tahun baru ni...saya takde azam...tapi ada beberapa wishlist...nak tau??? jom....teruskan membaca...

WISHLIST NO 1


Saya berhasrat nak tunaikan umrah tahun ini...insya allah...sedang berusaha untuk memastikan impian ini tercapai sebelum penghujung tahun ini...kalau tak tercapai akan terus dibawa ke tahun tahun hadapan...tapi hati ni nak sangat2 ke sana...semoga dimakbulkan hendaknya....

WISHLIST NO 2


Ni bukan keperluan...tapi kehendak...makanya kalau dapat seronok..tak dapat pun takpe...tapi sebenarnya teringin sebab nak asah semula skill baking yang dah lama tinggalkan... (lama bermaksud lebih dari 10 tahun) dan memang tak ada skill dah rasanya... sebab apa teringin nak ada sebab anak2 terpengaruh dengan cerita cupcake strawberry so duk ajak ummi buat cupcake...dan ummi selalu bagi alasan takde mixer...so kali ni memang nak usahakan jugak...boleh je nak beli yang stand mixer tapi biasalah kehendak yang melampau...nak juga yang canggih manggih konon nak profesional lah kannnn.... fefeeling masterchef sangat...

WISHLIST NO 3
Haaa... ni kategori keperluan...wanita berkerjaya seperti saya amat perlukan bantuan2 seperti ini untuk memastikan rumah kekal bersih dan selesa untuk pembesaran anak2...memandangkan saya agak buta bab2 vacuum cleaner nih...makanya saya hold dulu keperluan ini sampai dpt survey dari keluarga/rakan2/sahabat handai ...

WISHLIST NO 4


kalau diizinkan allah....nak juga tambah bilangan anak...saya bersyukur dikurniakan sepasang anak tapi rasa sunyi bila anak2 semakin membesar...naluri terasa ingin nak bermain dengan baby...semoga allah kurniakan saya rezeki yang satu ini... ameen

WISHLIST NO 5


Nak menunaikan impian anak2 untuk naik aeroplane...kakak dah 6 tahun adik pula dah 5 tahun...so rasanya dah bersesuaian nak bawa bercuti...insya allah....bagi menyokong sektor pelancongan negara dan bertepatan dengan TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014... makanya destinasi percutian kami cukuplah dalam Malaysia untuk tahun 2014 ni...ada rezeki kita holiday oversea ye anak2....

Sekian 5 wishlist saya yang MEGA....yang kecik2 ada banyak lagi....tapi yg tu let me keep it to myself.... yg ni sebab memerlukan dana yang agak besar..makanya kena masuk wishlist dulu.... :)

Selamat tahun baru semua..semoga tahun 2014 ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya... :)



Wednesday, January 2, 2013

Ahlan Wasahlan 2013

Alhamdulillah... selepas setahun berperang dengan segala perasaan suka duka tawa ria gembira sedih sayu pilu sentap marah kecewa kecik hati terkilan (pendek kata semua rencah rasa dirasai lah..secukup rasa konsepnya) maka akhirnya tahun 2012 melabuhkan tirainya...
Walaupun penghujung tahun 2012 dikhabarkan dengan berita yang merentap naluri kewanitaan saya..namun saya memandang semua itu dari sudut yang positif... Allah tak akan menguji HambaNya sekiranya Dia tahu hamba itu tidak mampu untuk menanggung beratnya ujian...
Alhamdulillah saya sambut tahun 2013 dengan rasa yang cukup positif...rasa betapa diri ini segar dan lebih bersemangat dari biasa...Walaupun di malam tahun baru anak2 demam tahap tertinggi 39'c...muntah2...hidung berair...namun semuanya saya anggap sebagai ujian awal tahun..
Makanya prpses pendaftaran kedua-duanya ke taska dan kindy saya tangguhkan dahulu sehingga kedua-duanya sembuh sepenuhnya.


Dan atas sebab itu jugalah..saya telah mengubahsuai bilik pejabat saya untuk lebih segar...
Untuk dapatkan mood baru orang kata...
Takde buat apa2 pun..just reorganize dan rearrange perabot dalam bilik...
Yang pasti wajah2 kesayangan tetap kena ada di pejabat untuk membangkitkan rasa semangat membuat kerja...ehhh tipu... mana ada gambar Aisy lagi... errr...
Hari ni kena print gambar barulah..hehehhehe

So to all readers....
HAPPY NEW YEAR 2013...
Semoga tahun ini lebih baik buat kita dan yang paling penting semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.



Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami di dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa dan kesalahan kami, dan dosa serta kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kecil.
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Enkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat. Dan peliharalah kami daripada azab siksaan api neraka.Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah cintaku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku dan satukanlah cinta kami dalam mencintaiMu dan di atas kecintaanMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang daripada yang menyayangi.Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan pergi dan pulang suamiku, dekatkanlah rezeki yang suamiku cari, kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang, dan hindarilah suamiku dari kasih sayang wanita-wanita lain. Aku insan yang lemah Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mampu untuk kehilangan suami yang aku cintai, maka Engkau bantulah aku Ya Allah, suburkanlah kasih sayang antara kami, dekatkanlah hati kami dan bimbinglah kami ke jalan yang engkau redhai. Kau bantulah suamiku Ya Allah, ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku dari teringin atau menyukai sesuatu yang Engkau tegah. Jauhilah suamiku dari godaan dunia Ya Allah dan cenderungkanlah hatinya kepada apa yang engkau Ingini Ya Allah. Sesungguhnya aku bukanlah isteri yang terbaik Ya Allah, tetapi aku akan beruasaha untuk menjadi yang terbaik. Kau kuatkanlah hatiku Ya Allah agar aku dapat menjalani kehidupan berumahtangga ini dengan penuh kesabaran dan kebahagiaan.
Ya Allah, aku serahkan kedua-dua anakku, Daniya Alesha dan Aisy Mifzal di bawah perlindunganMu agar jauh dari hasutan dan gangguan Syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh dengan sifat dengki. Ya Allah, berkatilah anak-anakku, jangalah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah aku ketaan mereka, jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan juga buah hati kami sekeluarga. Ya Allah, kau akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan yang baik dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang Soleh dan Solehah, yang beriman kepadaMu Ya Allah, serta kau permudahkanlah segala urusan pembelajaran mereka agar mereka dapat mempelajari ilmu-ilmu baru. Kau kurniakanlah kepada kami anak-anak yang pintar Ya Allah agar mereka mampu menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Kau bantulah kami Ya Allah dalam memberi didikan terbaik kepada mereka berlandaskan syarakmu Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk kami sekeluarga. Dari itu Ya Allah, aku berserah kepadaMu untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.




Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, January 3, 2011

Dah tahun 2011 ke???

Orang dah buat entry tahun baru sejak malam new year..detik 12 malam..
sehinggalah tarik 1.1.11 tepat 1.11 am la...1.11pm la..
tapi saya...duk melengung lagi...(Melengung = menung)
hurmmm...tak terasa pun masuk tahun baru...
cuma terasa tahun baru bila celebrate birthday abah semalam...
my abah was born on 2.1.1952...
so kelmarin kebetulan...lecturer bagi emergency leave..
syukur....kalau tak kelas dari pagi membawa ke petang...
terus shoot balik umah abah..otw balik singgah beli kek..
alesha yang paling seronok...beday to you owan talib...hahhahaha...
petang lepas asar gerak balik perlis semua..
tak sempat tunggu malam..even tho abah bgtau malam nak buat makan2 untuk ustaz...
so sorry abah..kesihatan tak mengizinkan..
sejak balik sarawak nih macam2 sakit menyinggah..
huhuhuhu..tak selesa...tapi tak tau nak bgtau sakit apa...
meluatsss....sampaikan terkeluar kat mr papa..
hurmm kena santau kot sayang....
choiiiiii kan fikir negatif...nauzubillah...minta dijauhkan...

so kawan2...tak nak merepek merapan lagi...
selamat tahun baru semua...
semoga tahun ini lebih bererti buat kita...





Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010

Just 3 of us...welcoming new year 2010 while papa still in Seremban...

2010 is going to be a NEW YEAR for all of us...
Let's leave 2009 behind and strive again in 2010 for our goals and dreams..
May it all come true for us in 2010...

HAPPY NEW YEAR Friends and bloggers....


Thursday, January 3, 2008

New Year new year....


New year tahun ini saya menyambutnya di atas katil terbaring mengerang kesakitan...huhuhu...tetiba plak demam...aduhhhh...menyiksakan betul....actuallynya saya mengambil cuti yang panjang bermula 30 disember untuk pulang ke Kedah menemani hubby yang bakal memulakan tugas barunya di Unimap, Perlis. So perjalanan kami dimulakan pagi 30 Dis menaiki old skewl kesayangan hubby lah....memandangkan keadaan perut saya yang semakin membesar, makanya sebaik sampai di rumah Kedah, saya mula rasa tidak sedap badan tetapi tetap cuba nak gagahkan diri...hehehhehe...

Esoknya, saya menemani hubby ke perlis konon2 nak tgk tempat baru lah..balik je perlis terus badan seram sejuk...nak makan apa bende sume dah tak lalu....terus terbaring je lah...hp berbunyi bertalu2 pun tidak dilayan...berkarung2 ucapan new year masuk..tapi saya abaikan...aduhhhh letih sungguh rasa...tapi syukurlah azab kesakitan itu hanya seketika...

Saya dapat bangun dengan segarnya pada pagi tahun baru dan mempersiapkan hubby untuk memulakan tugas barunya...hehehheh..segak sungguh suamiku pagi ini...biasa t shirt n tight/track..tapi pagi nih kemeja, slack plus tie...hahahahhaha....orang tak penah keje kan...xcitednya lain macam sket...tapi apa pun...hubby happy memulakan keje kat sana....dan saya tumpang happy melihat keceriaannya....

Cuma yang sedihnya...lepas nih kami perlu berpisah..huhuhu...takpe..saya tetap akan usahakan untuk bertukar ke sini...i want to spent my life with him...tak kuasa mak nak duk sana biarkan dia kat sini....Tuhan...berikan hambaMu ini peluang untuk terus berdekatan dengan suami tercinta....Amiiinnn...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin