Memaparkan catatan dengan label photographer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label photographer. Papar semua catatan

Khamis, 19 April 2012

Photobook Malaysia = photobook tunang


Salam pembuka bicara...


Hari ini sudah 4 bulan 4minggu 2 hari bergelar tunangan orang. Baru semalam saya hantar order untuk album tunang.


Masa bertunang hari tu, pak su saya bagi servis fotografi percuma. Pak su saya memang freelance photographer.  Tapi saya kata nak shoot, edit dan burn sahaja. Tak nak lah susah kan paksu. Dah la free kan? Tapi dah ada gambar tak kan tak ada album kan? Setelah berbincang dengan tunang, untuk album kami beli voucher photobook dekat groupon je. Jimat. 1 photobook berharga RM54. Kami beli dua photobook. Tarikh akhir menggunakan photobook ni adalah hari ini. Macam yang saya pernah cakap hujunh bulan lepas [klik sini]


Nampak tak betapa saya suka buat kerja lambat-lambat. Dah nak expired baru nak buat. Nah sedikit treaser album tunang kami yang softcopy sahaja.




Dah siap albumnya semua baru treaser lagi ok! Saya pernah cerita pasal pak su saya disini.


xoxo

Rabu, 14 Disember 2011

Promotion [Love Emotion Picture Photography]

Salam pembuka bicara..

Belum ada photographer? Masih mencari-cari photographer yang akan merakam segala detik-detik yang bermakna dalam kehidupan? Love Emotion Picture Photography ada buat promosi.


Untuk 2 event samada nikah + sanding atau nikah + bertandang akan dapat FREE pre-wedding! Limited slot. Hanya ada 5 slot sahaja.


Nak tahu lanjut, email kbr888@gmail.com atau mesej FB mereka atau call mereka di 017-3100290.

Sebenarnya, tak tahu nak update apa. hekhek

xoxo

Isnin, 12 Disember 2011

Review: Official photographer e-day

Salam pembuka bicara..

Saya dah dapat sebahagian gambar dari official photographer (OP) saya masa majlis pertunangan hari tu. Seperti yang pernah saya katakan dalam entri lepas, OP saya adalah pak su saya. Dia yang sponsor kek hantaran dan bertindak sebagai photographer tanpa sebarang bayaran masa e-day hari tu. Masa entri review hantaran tak ada gambar kek kan? Ni dia gambar kek ye.


Pak su saya memang freelance photographer pun. Kalau ada yang berminat nak dapat kan khidmat beliau, boleh lah contact dia terus di facebook beliau. Saya takut nak reveal handphone number dia. Maaf ye.


Gambar last muka nak ganas jerk. erk. Ada lagi gambar tapi dia kata yang lain dia akan burn masuk CD aje la. Next month kitorang ada family day, baru dia bagi. Sekarang ni busy dengan orang kahwin. Owh, saya tak kesah. Sebab ada orang dah sponsor kan.

Ada kisah lain pasal photographer ni, dari keluarga saya ada seorang je photographer manakala dari keluarga Z ada seorang lagi photographer. Tup tup di hari kejadian, ada extra 2 orang lagi photographer yang kami tak kenal. Sampai sekarang tak tahu siapa dorang tu? grrr. Misteri!

xoxo

Jumaat, 4 November 2011

Progress checklist: Official photographer

Salam pembuka bicara..

Bagi sesiapa yang pernah tengok atau terbaca checklist e-day saya, mesti perasan yang bahagian photographer awal-awal lagi saya dah tick. he


Sebenarnya, awal-awal lagi pak su saya dah cakap dia sponsor kek dengan fotografi. Makanya, official photographer saya adalah pak su saya dan ianya FREE. Pak su saya ni freelance photographer. Dia memang selalu ambil gambar sama-sama dengan adik ipar dia. Tapi saya tak pasti samada adik ipar dia akan datang sekali ke tak masa saya tunang nanti.


Orang nak sponsor, tak kan lah kita nak tolak kan? Tapi dia ada tanya saya samada nak buat album sekali ke tak? Saya kata tak mahu sebab saya dah grab promotion dengan Photobook. Saya ni kurang minat dengan custom album sebab berat. Kurang minat juga dengan sticky album sebab saya fikir, saya pun boleh print gambar sendiri dan beli sticky album sendiri.


Tapi, saya memang sukakan photobook. Sebab dia ringan melainkan kalau buat hard cover, dia jadi berat lah. Sebab tu masa photobook buat promotion saya terus grab dua. Mula-mula nak grab 3 tapi tak jadi. Harga asal dia (yang standard) RM208 melainkan kalau tambah apa-apa, maknanya tambah lah duit. Masa saya grab promo tu, dorang offer RM54 je. Bila beli 2, saya jimat RM308. Banyak kan?


Sekarang ni, photobook tengah buat promotion lagi. Cepat-cepat lah grab kalau berminat. Oh ya, gambar dua atas tu gambar hasil paksu saya.

xoxo