Memaparkan catatan dengan label persiapan rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label persiapan rumah. Papar semua catatan

Rabu, 4 Disember 2013

Live from Bidor!

Salam pembuka bicara..


Akhirnya, dah masuk Disember! Cepatnya masa berlalu. Dah nak hujung tahun dah.


Cek balik azam untuk tahun 2013 ni, ada tak yang belum tercapai? Yang belum tu dah tahu mesti carry forward pergi tahun depan kan?


Minggu lepas kan saya cari rumah sewa dekat area Sungkai. Entri ini [klik sini]


Alkisah, susah sangat cari rumah dekat Sungkai. Akhirnya, saya dan suami memilih untuk cari di kawasan sekitar Sungkai. Dalam otak fikir, Trolak, Slim River, Bidor dan Tapah.
Trolak tak banyak sebab kawasan felda. Banyak homestay je sebab orang nak ke Hot Spring Klah kan.
Slim River tak banyak juga yang nak sewa. Kalau ada pun dah ada orang booking.


Ayah tanya pada kawan-kawan dia dekat sekitar Sungkai ni, ramai cadangkan Bidor. Maka, saya dan suami pun memilihlah Bidor tapi buat back up juga yang dekat Tapah.
Mula-mula, tengok rumah yang post dalam mudah.my.
Rumah dekat Bidor macam kurang privacy sikit sebab rumah nya sambungan rumah tuan rumah. Lepas tu, sewa mahal.
Tengok dekat Tapah. Memang suka sangat rumah dekat Tapah ni tapi sewa tak boleh kurang sangat. Lepas tu, kawasan taman baru. Orang pun tak ramai duduk situ lagi.


Terpaksa berpatah balik ke Bidor dan pusing-pusing segala taman yang ada.
Bila hampir nak putus asa tu tapi hati tetap berdoa semoga Allah pertemukan dengan orang yang baik hati yang akan cakap rumah ni nak sewa.
Dalam pukul 4.15 petang macam tu, dah penat, tiba-tiba nampak ada seorang remaja ni nak keluar rumah. Dia nak pergi picnic dekat Lata Iskandar ke Lata Kijang tah masa ni. Kedua-dua lata ni dekat jugak dengan kawasan rumah sewa baru saya ni.
Tanya dia tahu tak rumah mana nak sewa sebab tengok banyak rumah kosong tapi tak ada pun yang tulis untuk disewa ke apa.
Lepas dia cakap, "rumah ni nak sewa tapi mak saya je yang tahu nombor tuan rumah. mak tak ada. kerja sekarang".
Hati macam dah berbunga-bunga jugak lah. Tapi bila telefon mak dia, mak dia tak angkat. Sebab dia nak cepat, dia cakap saya cuba tengok kan dekat kedai bawah tu. Ramai orang letak rumah sewa kat kedai tu. Kami pun setuju lah tapi sementara dia tengok kan, saya dengan suami, mak dan adik pusing-pusing lagi. Mana tahu ada rezeki.


Tak lama lepas tu dia pun call balik, cakap ada rumah nak sewa dekat rumah kawan dia.
Kitorang ni dah la tak familiar kawasan situ, dia datang lah jemput kitorang dekat sekolah.
Budak ni baik sangat. Siap call kan tuan rumah tu lagi tanya dah ada orang nak sewa ke tak.
Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. Terima kasih kerana memudahkan urusan mencari rumah sewa untuk aku dan suami.
Kami terus call untuk set appointment kebesokan harinya.


Besoknya, saya dengan suami dah kena bekerja. Mak dengan ayah yang tolong tengok kan rumah tu.
Mak cakap mak suka rumah tu tapi biasalah orang bujang yang duduk seorang faham-faham lah kebersihan rumah tu. Lagi-lagi, bila style balik rumah untuk tidur dan mandi je kan.


Hari Sabtu baru ni, berusahalah kami laki bini membersihkan rumah. Suami tangan sampai melecet sebab sental dapur yang banyak tahi tikus melekat-lekat. Bersihkan sawang, lap tingkap, bersihkan kipas, cuci tandas dan bilik air, sapu dan mop lantai.


Petang hari Ahad, barang-barang dari Puncak Alam sampai. Gambar ni je yang ada.



Semalam dengan kelmarin, kerja kami laki bini mengemas dan susun atur rumah pula. Tapi tak siap lagi. Hari ni baru sambung balik. Kejap lagi kami geraklah ni.


Sementara, rumah belum siap kemas, kami ulang-alik Bidor dengan rumah mak saya dekat Kuala Kubu Bharu. Sejam juga perjalanan. Tapi bawa kereta perlahan je la. Bukan lalu highway pun. Kan musim hujan sekarang. Bawa pun 60km/j. Baik tak kami? hihi. Tapi malam semalam suami bawa agak laju jugak, setengah je sampai rumah mak. errk


Jutaan terima kasih buat mak, ayah, nenek, adik-adik, dua pupu dan beberapa orang kat kampung tu yang tolong pungah segala barang. Semoga Allah membalas kebaikan kalian. Terima kasih jugak atas doa kalian semua!


xoxo

Rabu, 20 November 2013

Saya cari rumah untuk sewa dekat Sungkai

Salam pembuka bicara..


Saya nak minta tolong sangat-sangat dengan korang semua. Ada tak antara korang yang ada kenalan, duduk atau kerja dekat Sungkai, Perak.


Saya tengah mencari rumah untuk disewa dekat kawasan Sungkai ni. Kalau boleh saya nak masuk dalam hujung bulan ni (November 2013) atau awal-awal bulan depan (Disember 2013) sebab saya akan mula bekerja dalam tempoh masa kurang 30 hari ni.


Please. Kalau ada, mohon komen atau emel contact number tuan rumah pada saya ye.


Saya dah cari dekat mudah.my tapi nanhado. Dekat website lain dan siap google lagi tetap tak ada.


Emel saya dhieranottie@gmail.com atau komen je dekat bawah ni ye.


Terima kasih sangat-sangat. Big hugs!


xoxo

Selasa, 10 Januari 2012

Idea: pilihan wardrobe.

Salam pembuka bicara..

Sabtu hari tu, ada discuss-discuss sikit dengan emak pasal rumah. Emak dan ayah bagi kami (saya dan Z) jaga rumah banglo kepunyaan mereka. (Ayat selamat kot ni). Banglo setingkat sahaja.

Macam mana bahagikan bilik?
Mak kata master bedroom tetap akan menjadi bilik mak. Yang boleh guna bilik itu adalah mak dan ayah saya serta bakal mak dan ayah keluarga mertua. Bilik saya tetap jadi bilik saya. Adik beradik lain kalau datang pilih la mana-mana 3 bilik lagi.


Masalah kami
Rumah banglo ayah saya ni konkrit sepenuhnya. Biasanya rumah orang hanya tanam konkrit bahagian bawah je tapi rumah ni dari dalam tanah sampai siling adalah konkrit konkrit. Nak pecah kan memang susah. Teringat kes masa nak pasang aircond, skru orang aircond tu patah sebab tak boleh nak tebuk dinding. Lawak gile. Orang aircond tu kata ni la first time dia pasang aircond paling lama. Berpeluh-peluh dia pasang.


Renovate bilik
Bilik saya adalah bilik paling hadapan dekat dengan porch. Nasib dekat dengan porch boleh nak renovate bilik tu. Porch muat untuk 2 buah kereta pun dah ok. Kereta lain (4-5 buah kereta) masih muat letak di laman rumah.

Berdasarkan masalah di atas, plan yang ada hanyalah pecahkan dinding bahagian tingkap sebab bahagian atas tingkap tak ada konkrit. Jadi, kos tak ada la tinggi sangat. Tak ada plan A, plan B, dan plan C. Sebab inilah satu-satu ye plan yang jimat. Bila dah pecahkan, mak cadang sebelah kanan buat built-in wardrobes dan sebelah kiri buat bilik air dan toilet.

Eh, cop built-in wardrobes ke kalau almari dalam satu small room?


Berangan bermula
Hari ini dan semalam, saya survey-survey built-in wardrobes yang menarik perhatian saya.

Plan asal memang beli almari macam ni even bukan built-in wardrobes pun. Saya tak perlukan meja solek tapi saya perlukan cermin besar. haha


Suka almari macam ni sebab sangat kemas. Bila mak kata buat built-in wardrobe je terus ting!! Terbayang wardrobe dalam cerita-cerita omputih tu dan wardrobe dalam cerita Full house atau cerita korea-korea tu. Hehe. Ok. Berangan. Tapi saya harap akan menjadi kenyataan. Bergantung pada bajet yang kami ada.

Jom tengok pilihan-pilihan yang disukai. Mood: berangan.

Pilihan 1

Pilihan 2

Pilihan 3

Pilihan 4

Pilihan 5

Pilihan 6

Pilihan 7

Pilihan 8

Pilihan 9

Pilihan 10

Pilihan 11

Pilihan 12


Perasan tak kebanyakan pilihan saya adalah pilihan yang sama. Sebenarnya, si dhiera ni dah tahu dah pilihan dia macam mana sebab semuanya hampir sama. Tapi masalahnya sekarang pintu almari tu.

a) nak letak pintu ke tak?
b) pakai pintu lut cahaya macam pilihan 9 tapi lagi jernih. Boleh jugak buat pintu bilik air kan? hehehe
c) pintu gelap macam pilihan 3
d) pintu macam pilihan 7
e) pintu macam pilihan 8. Pintu dia macam dinding boleh tolak la pulak
f) pintu pilihan 10?? pintu lipat-lipat.
g) pintu pilihan 11 tu ada certain compartment je yang ada pintu
h) pintu putih suci macam pilihan akhir (12)

Mana satu yang korang suka? Tolong decide please. Lepas tu, baru tengok bajet. hehehe. Sebenarnya, nak buat pilihan dulu baru sedia bajet yang sama untuk pilihan tu. dush!

xoxo