Memaparkan catatan dengan label jemputan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jemputan. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Ogos 2012

Jemput lah datang ke rumah raya ni

Salam pembuka bicara..


Akhirnya kita sampai ke penghujung Ramadhan. Alhamdulillah diberi peluang merasa indahnya Ramadhan kali ini dan Insyaallah bertemu di Ramadhan akan datang. Semoga dipanjangkan umur. Macam chipsmore dalam berblog. Malas. Penat. Letih. Semua ada. Tugasan kerja yang cukup mencabar minda dan menguji kesabaran. Diikuti tugasan persiapan perkahwinan yang pelbagai untuk dilakukan.




Dengan rendah dirinya, saya ingin memohon maaf jika ada entri-entri saya dan komen-komen saya yang menyinggung perasaan. Mohon maaf sebab tak berkesempatan untuk blogwalking ke blog korang semua. Semoga raya kali ini memberi seribu erti yang penuh bermakna buat kita semua. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini akan diterima Allah SWT. Berhati-hati di jalan raya. Saya akan pulang ke kampung besok selepas habis kerja. Doakan perjalanan saya selamat sampai.


Alang-alang update blog ni. Saya nak menjemput semua rakan-rakan blogger dan pembaca ke Majlis Perkahwinan saya dengan tunang saya.


Tarikh: 25 Ogos 2012 @ 7 Syawal 1433
Tempat: Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu




Doakan perjalanan majlis saya berjalan lancar dan semoga hubungan kami berdua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.  Semoga bertemu dengan status saya yang baru. wink wink! (macam tahu-tahu je tak update blog nanti)


xoxo

Selasa, 13 Disember 2011

Review: jemputan

Salam pembuka bicara..

Ini review terakhir pasal e-day hari tu.

Jom kita lihat siapa yang ada masa saya bertunang hari tu.

Orang-orang masjid. Sebelum start majlis pertunangan hari tu, ada bacaan tahlil sikit.

Antara keluarga terdekat Z.

Antara sepupu saya. Sepupu yang paling dewasa dan sepupu yang paling muda.

My bestie. Sayang semuanya

Abang angkat saya berbaju merah dan adik saya yang bambam yang suka tayang lesung pipit dia macam dia sorang je yang ada.

Dan semestinya keluarga asas saya. Adik bongsu saya pergi kursus masa ni. Adik kedua saya pula ada program dekat UTeM.

Sebelum rombongan pulang, harus lah tangkap gambar bersama orang tua masing-masing.

Inilah antara orang yang sama-sama meraikan majlis pertunangan saya dan mendoakan hubungan ini diberkati. Terima kasih semua!

xoxo