Memaparkan catatan dengan label doorgift. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doorgift. Papar semua catatan

Rabu, 29 Februari 2012

DIY: survey crayon color

Salam pembuka bicara..


Sepanjang bercuti sebelum mulakan kerja baru ni, saya banyak survey-survey harga. Salah satunya adalah ini.


Crayon color aka kaler lilin.






Insyallah, akan menjadi next DIY projek khas untuk si cilik. Saya masih dalam proses men'survey'. Kemudian, baru saya akan bentang kertas kerja kepada emak dan ayah untuk kelulusan. Dah lulus barulah boleh procede dengan urusan pembelian.


Siapa tahu kat mana boleh cari kaler lilin murah-murah lagi?


xoxo

Khamis, 8 Disember 2011

Review : Pemberian ikhlas

Salam pembuka bicara..

Pasal timeline, kejap lagi saya emel ye sayang-sayang sekalian! Saya baru bukak blog pagi ni. he. Baru baca komen kalian.

Nak cerita pasal pemberian ikhlas (doorgift).  Sebenarnya, part pemberian ikhlas ni memang saya tak pernah tahu menahu pun. Mak dengan nenek yang rancang agaknya.

Ingat tak salah satu hantaran saya adalah wajik [entri ini]. Rupanya mak memang sengaja buat wajik ni lebih sebab nak bagi pada kawan-kawan saya yang datang, bagi kepada keluarga tunang dan juga bagi kepada kawan-kawan tunang saya yang datang masa majlis pertunangan kami hari tu. Terima kasih mak.


Yang paling tak caya sekali, nenek saya (the one yang jahit kan baju tunang hari tu) sponsor bahulu pulak. Selain ambil tempahan jahit baju, nenek saya memang ada terima tempahan bahulu, dodol, kek coklat apa tah lagi. Nenek saya ni bekas guru Kemas tu yang aktif semacam je tu. Nenek bagi bahulu ikan. Saya tak tahu berapa banyak yang nenek saya bagi hari tu. Sebab part pemberian ikhlas ni, saya memang tak ambil port langsung. Tahu-tahu je dah ada.

Paper bag yang isi barang-barang doorgift ni pula adalah baki paper bag dari kenduri kahwin pak su saya (merangkap OP saya) bulan 6 hari tu. Terima kasih sangat-sangat buat keluarga. Sayang semua nya.

Maaf tak ada gambar doorgift sebab lupa nak ambil boleh?

xoxo