Memaparkan catatan dengan label beli kain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beli kain. Papar semua catatan

Rabu, 18 Januari 2012

Hunting kain baju resepsi

Salam pembuka bicara..

Kali ni nak update pasal hunting kain untuk resepsi. Paling penat cari kain baju resepsi. Kisah sedih pun ada pasal kain ni. Saya beli kain resepsi ni, hari yang sama beli kain untuk baju nikah. Bersama-sama dengan kak Lijah, suaminya dan tunang saya jugak. [klik sini untuk baju nikah]

Seperti yang sedia maklum dari entri sebelum ni, saya ada menang contest Stunning Me! By Qaseh Elyn. [klik sini]. Alang-alang dah menang, saya terus buat baju resepsi lelaki dan perempuan dengan elyn. Harga dia sangat affordable. Lebih kurang macam baju sewa baru dekat kedai. Boleh tawar-tawar lagi. Nak lebih info, sila klik sini


Design baju resepsi
Inspirasi dari koleksi baju sanding dalam entri ini. [klik sini] Hari tu, saya ada jumpa elyn dan kami dah discuss design pun thru emel. Senang je nak deal dengan elyn sebab dia fleksible. Sekarang, elyn dah bergelar guru. hehe. Hasil dari perbincangan, saya telah listkan apa kain yang diperlukan berdasarkan pada design saya nak. hehehe


Tema warna baju pengantin
Tema warna baju pengantin sepatutnya shade of yellow + white + champhage (pada beading). Macam saya cakap dalam entri ini. Tapi berlaku kisah sedih, akhirnya baju pengantin bertukar warna champagne + nak jugak soft yellow boleh? hehehe


Kain yang dicari dan beli dekat mana?


a) Bridal satin (ducthess satin)
Paling susah cari kain ini mungkin sebab dah penat kot jalan sana dan sini. Ini adalah kain utama yang akan tentukan warna baju saya.

Saya ada cari dekat Kamdar, Nagoya dan semua kedai dalam Semua House jugak. Hanya Kedai Usman sahaja yang ada jual bridal satin ni. Harga dalam RM35 / meter. Saya macam dah happy sebab murah. Dan elyn selalu beli bridal satin ni RM30 / meter. Dia dapat harga designer. Tak kan saya yang bodoh-bodoh pasal ni nak claim saya designer pulak kan? Saya fikir "ala, lebih sikit je dari bajet asal". Ada hati nak dapat harga designer konon ye. Tapi sayang, tak ada warna yang saya nak.

Lepas tu, saya pergi Jakel. Ada jual. RM48 /semeter (harga sale ye). Ada warna soft yellow. Tapi saya ragu-ragu samada betul ke kuning ni sebab lighting Jakel pun warna kuning. Lepas fikir-fikir, akhirnya tak beli.

Kemudian, saya ke Maya Fabrique. Jam waktu ni dah dekat maghrib. Kaki dah penat. Dah hampir surrender cari bridal satin ni. Z pula kalau jumpa terus beli. Ini kalau saya yang shopping dia tak larat, korang belum tengok dia yang shopping. Saya rasa nak suruh dia dukung saya bawa balik sebab dah tak larat gile-gile. Z tu sekali dia shopping semua shopping complex dia nak pergi. Eh, lari topik. Dekat Maya Fabrique ada jual bridal satin, saya tanya akak dekat depan pintu tu samada ada bridal satin warna kuning macam tudung yang saya pakai ke tak? Dia kata ada. Bila naik atas, saya rasa warna dia macam gelap sikit. SA tu tak payah cakap la. Mesti la dok kata "sama dik, sama". Huh, menyampah. Bila tanya Z, Z kata beli je la~ Sebab dia dah penat. Dekat Maya, bridal satin RM50 / meter (harga sale). Saya cakap dekat akak tu "Jakel lagi murah" Hahahaha. Bila Z kata beli, saya pun beli lah.

Nasib bridal satin ni guna as top untuk baju resepsi je. Saya beli 1.5 meter. Tak sampai seratus kira murah boleh. Pang! Keluar Maya, saya terus tengok kain. Sekali tu, "eh, macam kaler champagne la". Frust tak payah cakap. Tapi dah beli kan? Saya siap kena marah lagi dengan Z. Mencik!


b) Chiffon
Bila dah cari bridal satin, barulah kami cari kain chiffon pula. Pergi Nagoya dekat tingkat 2 dan 3. Tak ada color yang sesuai dengan bridal satin tadi. Dalam hati, nangis sebab salah beli! Tapi dalam masa yang sama, cuba untuk redha kan hati sendiri. Z naik nagoya pun dia tak nak gara-gara salah beli warna kain. Cis.  Turun je tingkat bawah Nagoya nampak orang ramai-ramai dekat area kain ni. Saya pergi tengok kain apa dengan kak Lijah. Macam sifon. Tapi pelik sebab dia ada dekat bawah.

Tanya dekat uncle SA, uncle tu kata kain chiffon jacquarde. Mana lah nak tahu apa beza setiap jenis chiffon ni. Chiffon dekat Nagoya ni sedikit kasar dari chiffon saya beli dekat Kamdar. Harga pun murah RM3.80 semeter. Bila recall balik adegan tengah hari masa beli kain nikah dekat Kamdar, tak ada warna yang sesuai dengan kain saya tu. Jadi, saya beli saja lah walaupun warnanya sedikit pekat dari top dress. Saya beli chiffon ni 6 meter. Chiffon ni untuk buat kain baju.


c) Satin
Satin pula gunanya sebagai inner kepada kain dress. Memandangkan sifon tu warnanya sedikit gelap, jadi elyn suruh saya beli satin warna putih je. Satin ni untuk pakai pada inner kain je. Jadi, saya beli satin murah jugak. RM4.80 semeter. Masa ni, satin ni tengah sale 30%. Tak ingat harga sale berapa sebab dalam resit dia terus tolak total. Malas nak kire. hehe. Saya beli 4 meter.


d) Border lace
Yang berjaya dicari hanya 3 diatas sahaja. Border lace belum ketemu pujaan hati. Dekat Jakel malas nak usha sebab tak beli top lagi masa ni. Tapi harga border lace dekat Jakel KL (saya tanya SA), dia kata RM80 ke atas. Dekat Kedai Usman RM50 tapi dia bagi RM45. Siap cakap boleh murah lagi. Hehehe.

Tapi malam tadi, epa cakap dia beli border lace dekat Jakel Shah Alam RM50 semeter. Nanti nak terjah Jakel Shah Alam pula. Elyn ada cakap "cari dekat Tewah. lace dekat Tewah pun cantik-cantik". Tewah dekat mana? Tewah yang saya tahu dekat The Mines, Seri Kembangan sahaja. Belum sempat nak singgah lagi. Akan ku singgah nanti. hehehe

Kalau tak jumpa jugak, saya akan cari chorded lace la ganti border lace ni. hehehe


Jumlah lebur 
Ini jumlah tak termasuk border lace sebab tak dapat beli lagi. Setakat ini RM 111.20. hehehe. Murah? Mungkin kot untuk setakat ini. Bak kata mila kain nikah dia RM120. hehehe. Glamour u mila. wiwit!


Itu sahaja berita untuk hari ini. Kalau tahu nak beli border lace yang cantik-cantik dan murah sikit. Bagitahu saya ye~ Eh, elyn ada suruh saya treaser. Nanti la ye elyn. Malas nak tangkap gambar ye. hehehe


xoxo

Selasa, 17 Januari 2012

Hunting kain nikah

Salam pembuka bicara..

Seperti yang saya dah maklum kan dalam entri semalam [klik sini]. Saya pergi hunting kain nikah dan sanding hari sabtu hari tu. Pergi shopping bersama mantan B2B.

Cik lijah yang suggest shopping KL dulu. Sebelum ni lagi memang dah discuss dengan Cik Lijah pasal design baju dan kami decide nak pergi beli kain ni together. Hari tu kan ada menang veil yang contest Cik Lijah buat, jadi dia kata takut tersalah beli. Sebab tu decide beli sama-sama. Yang rasa seronok nya lagi, Cik Lijah buatkan veil impian saya seperti dalam entri contest tu [klik sini]


Design baju nikah
Design baju adalah design simple je. Baju kurung moden dengan patch lace untuk sesuai kan dengan veil impian. Tema warna adalah baby pink dan putih. Kain yang dicari adalah kain plain chiffon, satin (lining) dan lace (nak patch lace)


Beli kain dekat mana?
Kain untuk baju nikah lah yang paling senang sangat nak cari. Jumpa kak Lijah dekat kamdar KL terus usha kain-kain dalam kamdar. Pergi tingkat 3 tak ada yang berkenan mungkin sebab dia macam messy kot. Jadi, tak minat nak cari dekat aras ni.

Turun dekat tingkat 2. Kamdar KL ni macam pelik sikit aras dia. Dekat tingkat dua dah tak boleh naik tingkat lain. Kena turun baru boleh pergi tingkat 3. hehu. Saya jumpa kain nikah yang saya cari dekat tingkat 2. Tapi lace beli dekat Jakel.


Review kain

a) Kain sifon 
Suka chiffon ni sebab dia berat sikit, senang jatuh dan boleh bagi efek flowy kan? Saya beli 7.5 meter sekali dengan kain untuk veil. Harga semeter hanya RM5 sahaja.

b) Satin. 
Satin dia lembut dan tak kasar. Sesuai untuk dijadikan inner. Tak ada la panas sangat. Harga pun murah RM4.80 semeter selepas diskaun.

c) Lace
Saya beli dekat Jakel. Sebab? Lace dekat Kamdar kurang cantik kata Cik Lijah. Memandang lace ni guna patch lace pada bawah baju dan veil, lace yang diperlukan sikit je la. Jadi, kami beli lace lebihan kayu. Maksudnya, lace yang dah tak boleh jual sebab tak cukup meter. Selalu ye orang beli lace dalam 2 meter ke atas kan? Tapi ini adalah spesis lace lebihan kayu ni macam 1 meter, 1.5 meter macam tu. Harga dia jauh lebih murah sebab kalau dorang tak lelong, tak ada orang nak beli.

Selepas selongkar rak lace lebihan kayu ni, jumpa la lace pilihan hati dan senang potong untuk patch lace. Lace 2 warna yang betul-betul kena dengan tema saya. Untung juga sebab lace ni 1.5 meter. Dorang jual RM35 sahaja.


Jumlah lebur
Total kos untuk beli kain nikah hanya RM 91.70 sahaja. Jadi, suka! Yeay.. Best shopping dengan orang expert sebab segalanya jadi lebih mudah. hehe


Kenapa tak cari dekat Jakel, Gulatis etc?
Untuk jenis yang sama, harga dekat kamdar lagi murah. Saya nak cari kain plain. Better beli dekat kamdar atau nagoya. Macam satin saya saya pakai masa bertunang hari tu beli dekat Jakel, semeter RM16 tapi panas jugak. Baju tunang tu sangat berat.

Kalau nak cari chiffon beaded, lace ke etc better pergi Jakel, Gulatis, Euro Moda semua ni. Sini pilihan lagi banyak dan cantik.

Sebenarnya nak singgah Muaz Textile jugak tapi sebab kesian dekat mom-to-be ni, tak jadi lah nak request macam-macam. Lagipun, kitorang dah penat nak jalan dah. Muaz Textile pun banyak kain-kain murah juga.


Treaser kain tak ada. Sebab malas nak tangkap gambar. Boleh? Next entri pasal kain baju resepsi pulak dan pasal diet selepas nya.

xoxo