Salam pembuka bicara..
Seperti yang diminta, saya review mengenai baju pula.
Serba sedikit mengenai baju telah saya cerita dalam entri ini [klik sini].
Sebenarnya, bukan serba sedikit. Pada waktu itu, itu lah plan asal ye. Rasanya ada lagi seminggu ke dua minggu nak dekat dengan majlis, saya belek-belek majalah 'stailista' keluaran November 2011. Ternampak dua baju ni, kemudian tunjuk dekat mak. Baju di bawah dengan baju yang Nazirah (wife Nabil raja lawak) pakai masa majlis akad nikah.
Mak pun suka. Jadi, besok ye saya beli lah manik. Tapi manik yang dicari tak ada. Jadi, olah lah design ikut manik yang dibeli. Mak saya tak pandai menjahit manik, saya lagi lah tak reti menjahit. Last-last, mak telefon kawan mak yang memang ambil tempahan jahit manik. Lepas belajar sikit-sikit cara nak jahit manik, mak saya pun buat.
Akhirnya, ini lah baju tunang saya yang saya pakai pada 20.11.2011. Manik terdapat di bahagian pinggang, tangan dan bawah baju.
Ada yang tanya kenapa pakai tudung warna ni? Alasannya adalah untuk menaikkan warna veil saya. Bila saya pakai tudung warna hijau seperti dalam entri ini [klik sini], veil tu akan tenggelam. Tak nampak ada hiasan pada veil. Tapi bila saya pakai tudung warna krim tu, veil itu nampak corak dan cantik!
Bagi yang bertanya, nak sewa kan tak? Saya masih pertimbangkan untuk sewa kan baju ini.
xoxo
Catatan Popular
Memaparkan catatan dengan label baju tunang. Papar semua catatan

Selasa, 29 November 2011
Khamis, 3 November 2011
Progress checklist: Baju
Salam pembuka bicara..
Hari ini, saya nak update checklist e-day nanti bagi point pertama persalinan. wink wink
a) Baju tunang
Seperti dalam entri intip semalam, baju tunang saya dah siap. Kos upah jahit free sebab nenek yang buat. Baju tu guna kain lace dan kain satin sahaja. Kain lace pakai sikit je. Beli 1.25 meter sahaja. Ada extra lagi. Kain satin beli 4 meter tapi bidang 60. Ada banyak lebih! Lebihnya, saya buat bantal hantaran. Total lost untuk baju tunang dan kain buat bantal hantaran adalah RM99. wink wink
b) Tudung
Tudung pun dah beli. Nak pilih warna tudung ni yang susah ni. Last-last ambil tudung warna green apple. Hopefully, tak nampak pelik. Tudung yang saya cari asalnya warna gelap sikit. Tapi tak jumpa warna tu. sobsob. Mak kata jangan lah beli tudung warna yang sama dalam simpanan, tak variety.
Nampak tak perbezaan warna dia. Ikut kan hati nak je pakai tudung berlabel "yang dicari" tu tapi awning tudung tu campur warna coklat, maroon dengan hijau. Maka, pasrah saja lah!
Tapi malam tadi, emak kata pakai tudung krim aje lah. Tak pun tudung warna gold gitu. Tak decide lagi nak pakai tudung warna apa. wuwu. Tunggu hari kejadian baru pilih. lalalala
c) Veil
Veil guna veil net sahaja. Done. Jumpa veil cantik dekat Jakel hari tu. Harga dia RM250. Tak mahu la saya beli. Sebab saya nak simpan banyak untuk honeymoon!
d) Kasut
Kasut ini pakai yang sedia ada sahaja. Dalam rumah bukan ye pakai kasut pun~ Kasut ini pun guna masa nak tangkap gambar outdoor saja kot~ Guna kasut yang beli bulan 5 hari tu.
Total semua tak termasuk kasut adalah RM128 sahaja. Semua sudah ready. Jadi, boleh tick pada checklist!
xoxo*hug and kisses*

Rabu, 2 November 2011
Intip: Baju tunang
Salam pembuka bicara..
Hari ini lambat update sebab saya pergi ke Kuala Selangor dan Sungai Besar. Baru je sampai rumah. Memang plan nak bercuti pun hari ni sebab nak cari barang sikit-sikit. Tapi tak dapat apa-apa pun. Penat ada la.
Saya dah ambil baju tunang dari nenek saya. wink wink. Jom intai sikit. Kos membuat = free. Lagi lah suka!
Nak siap kan baju ni, jarum mesin jahit nenek saya siap patah 5 kali. perghh... Nenek kata nak buat baju tunang dengan baju nikah mak saya dulu pun tak ada sampai macam ni. Kain lace tu tebal sangat.
Ok. Dah treaser baju. Masa untuk update checklist!

Selasa, 25 Oktober 2011
E-day prep : Baju tunang (hunting kain)
Salam pembuka bicara..
Untuk makluman, saya memang tak guna mana-mana khidmat butik untuk majlis tunang nanti. Majlis nikah dan resepsi juga mungkin tidak menggunakan butik. Maka, semua persediaan saya dan keluarga buat sendiri.
Mula-mula, saya nak beli je baju tunang ni. Tapi bila fikir-fikir dan bincang-bincang dengan mak, kami decide untuk buat je sebab baju yang saya nak tu harga dia RM200 lebih. Macam kurang berbaloi sebab kalau buat sendiri lagi jimat dan boleh buat lagi baik dari yang dijual.
Saya buat baju yang hampir sama dengan baju yang saya minat tu.
Kain yang saya gunakan adalah satin dan korean lace. Tapi ada cerita pembaziran disebalik pencarian kain ini.
Mula-mula, saya dah beli kain chiffon 4 meter di Nagoya Jalan TAR sebab gambar kat atas ni pakai kain sifon. Semeter RM 6. Seperti sedia maklum, chiffon kan jarang. Masalah nya, kena beli inner pula. Tapi masa ni, saya tak beli inner sifon lagi.
Tiba-tiba, saya membayangkan kalau guna kain satin mesti lagi cantik outcome dia sebab satin kan shining-shining sikit. Lepas bincang-bincang dengan mak, saya decide simpan aje lah kain chiffon tu. Buat baju lain. Kali ni nekad nak beli satin.
Satin ni saya beli di Riamoda Tanjung Malim. Semeter RM 16 bidang 60. Saya tak tahu bidang 60 ni kena beli berapa meter untuk sepasang baju kurung. Jadi, saya tetap beli 4 meter. Mak dah pesan jangan kedekut sangat. Beli je yang mahal-mahal tu. Satin murah-murah ni kain dia panas. Saya hanya mengikut perintah puan besar. Masa sekolah dulu, kain sekolah guna satin. Rasanya tak adalah sampai RM15. Sebab tu mak bagi amaran ni.
Saya tengok juga kain lace di Riamoda, tak ada yang menarik minat dan berkenan di mata. Sebenarnya, saya memang tak reti beli kain sendiri. he.
Last-last, saya bagi duit pada mak dan minta mak yang cari sendiri. Mak dan ayah beli kain lace untuk saya di Sungai Besar. Sungai Besar memang meriah kain-kain dengan baju ni. Sama je macam Jalan TAR. Ada yang lagi murah taw. Hasilnya, kain lace korea semeter RM39.90. Tapi sangat cantik. Nanges tengok.
Nenek saya tukang jahit. Jadi, baju tunang saya ni, nenek saya yang jahit kan. Dulu masa emak bertunang dan bernikah, baju tunang dan nikah emak saya, nenek juga yang buat. Baju tunang saya ini hampir 90% siap.
Weekend nanti, baru saya ambil dari nenek. Tak sabar nak tengok outcome dia. Nenek tak pernah mengecewakan saya. Dah ambil dari nenek nanti, saya buat treaser ye?

sumber: online shop (maaf saya lupa dari online shop mana)

Langgan:
Catatan (Atom)