Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mei 2013

DIY Cake Stand

Salam pembuka bicara..


Dhiera kembali! Maaf. Agak busy dengan bisnes kecilan yang baru di buka.


Hari ini saya nak share macam mana nak DIY cake stand. Sebenarnya jumpa semasa google-google suatu ketika dahulu dan save dalam pdf file. Lepas tu, try buka balik website ni dah not found la pula. Jadi, no kredit la kepada pemilik asal sebab dah tak ada link.


Apa yang diperlukan ialah:



A candle holder (tak jumpa warna putih, silalah spray warna apa pun)
A plate
Glue


Macam mana nak buat stand dia?

Sapu gam pada candle holder. Letak gam di kawasan yang nak dilekatkan dengan pinggan.



Sapu juga di pinggan untuk memberi daya tahan kepada cake stand kita.



Kemudian, lekatkan! Dan biarkan kering.



Then, an adorable cake stand for next to nothing! Taraaaa...



Senang je kan? Selamat mencuba!


xoxo

Khamis, 9 Ogos 2012

Projek Kahwin DIY 4: Payung pengantin

Salam pembuka bicara..


Masa sangat mencemburui saya. Semakin dekat majlis, semakin malas dibuatnya. Saya punya 15 hari lagi. Mood untuk update panjang-panjang pun dah lari.


Majlis saya pada waktu siang. Jadi, saya tetap perlukan payung. Sebenarnya, projek DIY ni sesuai untuk orang yang tak upah mana-mana butik kot macam saya. Kalau dah hire butik tu, for sure dorang dah sediakan payung kan?


Projek DIY 4: Payung pengantin




Bahan-bahannya:
1. 2 kaki payung
2. 16 kaki manik (lebih kurang 5 meter)
3. Benang
4. Jarum
5. Gunting


Cara-caranya
1. Beli payung yang dah siap dekat kedai. Saya beli payung dekat Daiso. Harga wajib la RM 5. Untuk 2 kaki payung bernilai RM10.

2. Dekat payung kan ada yang besi-besi tu. Jarak antara satu besi dengan besi yang lain adalah 1 kaki. Sekaki payung ada 8 bahagian. Jumlah manik yang diperlukan untuk sekaki payung adalah 8 kaki bersamaan 2 meter lebih. (belajar matematik la pulak). Darab lah 2 untuk dapat berapa meter yang diperlukan untuk siapkan payung.


3. Kemudian jahitlah manik di pada payung tadi. Jahit sampai habis dan siap!


Mudahkan. Idea cengkelat ok la ni.


xoxo

Jumaat, 27 Julai 2012

Projek Kahwin DIY 3: Rozek Penanggah

Salam pembuka bicara..


Rozek penanggah saya diinspirasikan daripada handbouquet felt craft Intan Norazam tapi diolah menjadi rozek atau bunga penanggah.




Projek Kahwin DIY 3: Rozek Penanggah


Bahan-bahan yang diperlukan


1. Kain felt - 2 warna
2. Gunting
3. Benang dan jarum
4. Gam pistol
5. Pin


Cara-cara membuatnya

~ Amaran: Gambar dibawah menggunakan kain saki baki sebab masa proses lupa nak ambil gambar setiap step. Atau gambar dari rozek yang dah siap.


1. Potong kain felt menjadi sebesar A4 (hampir-hampir dan agak-agak). Macam saya buat, saya beli kain felt setengah meter.
* Tips: Paling jimat nak beli kain felt plain beli dekat Daiso. 0.75 meter baru RM5, kain lembut pula tu. Saya beli 0.5 meter berharga RM8.
* Beli kain lembut. Lagi cantik.



2. Kain felt saiz A4 tadi dilipat 4. Lipat bahagian yang paling panjang. Kemudian potong ikut garisan



3. Kain felt akan kecik lebar ye tapi panjang. Gambar bawah ni saya ambil yang saki-baki. Sepatutnya, kain felt tu lagi panjang.



4. Saiz kain felt macam gambar atas ni, dilipat dua pula untuk proses pemotongan.



5. Potong macam gambar bawah ni. Jangan potong sampai terputus ye. Agak-agak je nak potong dalam 1 cm.



6. Potong sehingga ada 7 jalur.



7. Kemudian, silalah jahit. Tak tahu nama jahitan. Jahitan susur ke apa tah. Yang pasti jahit yang keluar masuk tu.



8. Selesai jahit, tarik benang supaya terbuka kelopak felt tadi dan cantum kan kedua-dua penghujung kain felt tu.



9. Ulang proses ni pada kain felt yang lagi satu serta pada felt yang lain.


10. Ambil kain felt yang lain. Lukis bulatan menggunakan duit syiling 20 sen yang lama sebagai acuan. Kemudian, jahit bulatan ni pada felt yang akan berada di bahagian atas.
*Tips: Kalau malas boleh tampalkan pakai gam pistol sahaja. Saya mula-mula rajin, lama-lama gam kan je. Hasilnya seperti di bawah.
*Tips: Saya tak guna button macam intan buat sebab nak jimat kos. Saya survey butang tu, harga dia 80sen. Mahal.



11. Bermulalah proses mencantumkan dua kain felt ni untuk membentuk rozek. Boleh nak jahit atau gam kan je. Guna gam pistol ye.



12. Hasilnya seperti dibawah.



13. Akhir sekali, gam kan rozek yang hampir siap dengan button pin.



14. Dan siap!!

        


Bila dah buat banyak kali, nak siap kan rozek ni sekejap je. Selamat mencuba!


xoxo

Rabu, 25 Julai 2012

Projek Kahwin DIY 2: Kasut Resepsi

Salam pembuka bicara..


Dalam entri yang lepas-lepas

[tekan sini]
[tekan sini]


Saya ada tulis kasut untuk hantaran adalah kasut yang saya akan pakai masa resepsi. Malah, ada tulis nak custom made sebab penat nak cari kasut yang betul-betul memenuhi citarasa saya dan tunang dan yang penting kasut yang sangat selesa dengan saiz kaki saya yang kecil ni.


Akhirnya, saya jumpa sepasang kasut yang betul-betul memenuhi citarasa kami berdua tapi sangat sayang sebab kasut ni tak ada saiz 4. Bila tengok muka tunang yang dah tension sebab berbulan-bulan cari kasut tapi tetap tak ada saiz la apa lah. Saya buat keputusan untuk beli jugak kasut ni.


Projek Kahwin DIY: Kasut Resepsi


Lupa nak tangkap gambar kasut sebelum diolah oleh saya. Yang ada gambar selepas. Sila bayang kan, kasut saya yang kosong dan longgar. Gambar google yang hampir sama dengan kasut saya macam gambar bawah ini tapi yang reben-reben tu tak ada la ye. Buruk rupanya kalau pengantin pakai kasut longgar, jalan seret-seret. Jadi, terpaksa lah DIY kasut tu sikit-sikit nak bagi dia molek sikit.




Cara-caranya:


1. Try and error menggunakan shoes pad supaya kasut tu jadi selesa. 2 jenis shoes pad yang saya gunakan. (kalau ikut hati nak je pakai span baju tu letak kat belakang kasut.)


2. Mulakan dengan shoes pad yang letak dekat belakang kasut. Grip liner tak silap namanya. Rupa dia macam bawah ni.


Mula-mula, letak 1 je dulu kemudian jalan. Kalau longgar lagi, double kan grip liner ni kemudian jalan. Macam kes saya, sebelah kaki agak besar sikit. Jadi, sebelah pakai double grip liner dan sebelah lagi guna satu je grip liner. Hasilnya seperti dibawah.


Dekat bahagian belakang grip liner ni ada sticker tapi boleh je nak tampal double tape dekat belakang tu lagi supaya dia kukuh.


3. Walaupun dah guna double dan single grip liner, saya tetap rasa kasut saya longgar. Makanya, kali ini cuba pula guna shoes pad jenis macam bawah ni. Tak silap namanya shoes cushion ke apa tah.


Cara-cara nak letak cushion protector ni adalah macam bawah ni.


Dah letak kemudian jalan lagi. Taraa... baru lah selesa nak pakai kasut ni. Saya beli cushion protector yang tak perlu ditampal. Tampal tu macam memburukkan tapak kasut tu je. Lagipun nak buat hantaran juga. Buruk la presentation kasut tu nanti, cukup lah buruk dengan grip liner je.


4. Untuk mencantikkan lagi kasut saya yang kosong, saya beli kerongsang besar dekat GM Klang. Ala, kerongsang murah je. 5 biji RM 10. Hasilnya.. Taraaa... (ini adalah gambar tapi telah di grayscale kan, rupa sebenar selepas majlis)



Proses DIY yang makan masa beberapa minit sahaja. Tak perlu risau sebab tak jumpa kasut lagi.


Sebelum lupa, shoes pad ni ada beberapa jenis material. Ada silicon, getah dan apa tah. Saya pernah pakai silicon. Kurang best sebab rasa kaki melekat-lekat dekat silicon tu. Kali ni, baru nak try jenis yang macam dalam gambar kat atas ni. Semua gambar bersumberkan google kecuali yang terakhir sekali ni.


Ada tak yang berminat nak kasut macam dekat butik-butik pengantin tu? Kalau ada yang minat kasut macam tu dan teringin nak ada kepunyaan sendiri, dekat Bright Sail, Jalan Ulu Yam tu (HQ Bright Sail), kasut jenis macam tu dijual dengan hanya RM35 sahaja. Dalam banyak-banyak cawagan Bright Sail, yang dekat Ulu Yam ni paling banyak diskaun. Baju melayu siap bersulam harga dia RM60 je. Macam-macam warna lagi taw.


xoxo

Selasa, 24 Julai 2012

Projek Kahwin DIY 1: Sticker

Salam pembuka bicara..


Lama tak tulis dekat sini. Sangat busy! Terlalu busy! Tak berkesempatan nak menulis dekat tempat kerja. Lagilah teruk bila internet pun kena block. Hampeh!! Bila balik rumah busy dengan DIY projek.



Project 1: sticker


Yang ni, projek asal ada. Sticker ni belum lagi dirancang untuk lekat pada doorgift. Saya sengaja buat sticker untuk tampal pada kad kahwin saya. Ala kad kahwin murah bagi la cantik sikit. he. Kad kahwin saya ada 3 item penting.

1. Kad - style telegram sahaja. Buat yang pernah baca entri saya yang lepas-lepas, saya beli kertas untuk kad saya sendiri. Print di kedai. [tekan sini]
2. Sampul kad - memang berniat untuk guna petal envelope.
3. Sticker - untuk lekat kan petal envelope tu.


Nampak tak dimana kepentingan sticker itu pada kad kahwin saya? Ini sebahagian dari projek DIY saya yang mudah. Semudah ABC.


Saya print sticker ni dekat kedai yang sama saya print kad kahwin. Tempoh masa saya terima sticker ni adalah hanya beberapa jam sahaja. Saya confirm kan design dalam 11 pagi. Saya terima sticker di depan pintu rumah saya pada pukul 7 malam. Sekejap je kan?


Terus-terang, saya bagitahu saya nak sticker yang paling ekonomi. Jimat punya pasal. Saya bagitahu nak ada kesinambungan antara sticker dan kad kahwin saya. Akhirnya, terpilih design yang lari sikit dari tema kad sebab nampak sticker macam messy bila ikut kerawang yang sama pada kad.


Untuk penjimatan berganda, saya print sticker pada A3 size. Ini paling jimat sebab saya sudah ada scallop puncher untuk punch sticker ni nanti. [tekan sini] Vendor dah siap buat garisan untuk saya potong supaya senang untuk saya punch satu. Terima kasih Inkduztry Studio! Gambar bawah ni sticker dah siap dipotong ikut garisan.


Cara-caranya:
1. Print artwork atas sticker paper bersaiz A3 untuk jimat. Boleh DIY sendiri dan boleh hantar print di kedai. Saya print kedai.

2. Potong sticker paper mengikut garisan. Hasilnya seperti di bawah.


3. Punch setiap artwork di atas sticker paper menggunakan scallop puncher. Saya guna scallop puncher 1.5". Setiap helaian A3 ada dapat 54 keping sticker. Seperti di bawah tak jelas sebab lupa nak snap gambar selepas dipunch.


4. Lekatkan sticker pada envelope dan siap sedia untuk penghantaran!



Sebenarnya, nak punch beratus-ratus sticker ni sekejap je. Sambil-sambil tengok TV, tahu-tahu dah siap. Cuma letih sikit la sebab tangan dok tekan-tekan je kan? Asal jimat ok la.


xoxo

Khamis, 1 Mac 2012

DIY kad jemputan

Salam pembuka bicara..


Saya bukan sekadar survey crayon macam entri semalam. Tapi saya survey jugak kertas-kertas yang buat boleh dibuat kad.




Ya, saya plan nak buat kad sendiri pun ada jugak ni. hehe. Macam best je kalau buat sendiri. hahaha. Tapi macam saya cakap semalam, kertas kerja perlu disediakan terlebih dahulu. Survey survey dan survey~ hehehehe


xoxo


p/s: dah pindah masuk rumah sewa. sekarang dah tak heaven sangat la sebab setelah setahun 6bulan tinggal dengan parent, kali ni semuanya sendiri~ sobsob. rindu nak balik. rindu nak tidur dalam bilik sendiri.
p/s: saya dah mula bekerja di tempat baru~

Rabu, 29 Februari 2012

DIY: survey crayon color

Salam pembuka bicara..


Sepanjang bercuti sebelum mulakan kerja baru ni, saya banyak survey-survey harga. Salah satunya adalah ini.


Crayon color aka kaler lilin.






Insyallah, akan menjadi next DIY projek khas untuk si cilik. Saya masih dalam proses men'survey'. Kemudian, baru saya akan bentang kertas kerja kepada emak dan ayah untuk kelulusan. Dah lulus barulah boleh procede dengan urusan pembelian.


Siapa tahu kat mana boleh cari kaler lilin murah-murah lagi?


xoxo

Khamis, 16 Februari 2012

Scrapbook Memories Studio dan jumpa Faiz

Salam pembuka bicara...


Pasal scallop puncher tu, ada yang nak alamat betul. Alamat ni saya dapat dari website dia.


Scrapbook Memories Studio
L2-39A, Level 2,
No 3, Jalan SS20/27
47400 Petaling Jaya, Selangor

Nombor telefon: 03-77250063 atau 03-77250062


Nak tahu HQ dia, [tekan sini] ok! Sebenarnya nak pergi tempat ni senang je. Kedai ni memang dalam Tropicana City Mall tu dan tingkat atas sekali. Betul-betul sebelah ToyRus tu~


Macam mana saya jumpa puncher ni, semuanya sebab Faiz aka Izah Zan. Sama macam saya cerita dalam entri beberapa hari lepas.


Faiz ni comel taw. Kulit muka dia cantik je. Serius tak tipu. Sila tanya tips pada faiz ok! Blog faiz ini. [tekan sini]. Meh layan gambar kami bertiga. Lagi sorang tu kawan saya. hehe (dah macam personal blog pulak dah)


Masa ni kami pusing-pusing cari kedai ni. Cameraman encik tunang saya lerr..




Ini pulak masa tengah tengok-tengok puncher lain. Ni dekat kawasan Martha Steward brand. Cantik-cantik. Juling tengok harga. Hahaha.




Sebelah dia macam nursery taw. Tempat budak-budak.




Siap ada lukisan sambung-sambung lagi. hehe




Ok itu je la~


Nasihat saya, jangan main redah taw. Call dulu tanya samada ada stok ke tak sebab banyak yang dah out of stock. Tanya yang mana bagus. Berapa lama dia tahan sebelum jadi tumpul. Berapa tebal kertas yang dia boleh potong dalam satu-satu masa. Nak beli online pun boleh tapi tak dapat nak pegang dan rasa kesesuaian dan keserasian kita dengan puncher ni. hehe


xoxo


p/s: Tiket honeymoon dah beli. weee... tak sabar nak kahwin

Rabu, 15 Februari 2012

Details scallop puncher

Salam pembuka bicara...


Berdasarkan entri semalam [tekan sini], saya dah beli scallop puncher yang di cari. Bersaiz 1.5inci.




Saya tahu ramai yang tertanya-tanya. Tapi sebelum tu, jom tengok antara pilihan yang ada. Ini pada one side je. Side lain ada lagi taw.




Target lain nak cari emboss puncher sekali tapi out of stock. Kalau nak yang emboss kena beli die cut machine sekali. Sakit jantung sekejap. Rasa ye tak jadi la buat emboss dekat xxx ni. hehehe (xxx masih dalam rahsia).


Kat sini ada pelbagai harga bergantung pada brand. Brand yang bagus adalah Fiskars, EK Success dan Martha Steward. Fiskars lagi sedap untuk diguna dalam proses punch kertas yang banyak. Tapi out of stock. Martha Steward pun out of stock jugak. Yang tinggal untuk scallop puncher 1.5inci adalah brand EK Success dan Marvy Uchida kot.


Nampak puncher yang warna-warni tu. Ada biru, hijau, pink dan kuning. Itu semua satu brand,  Marvy Uchida . Murah sikit sebab mata pemotong tu boleh tahan dalam 500 keping kertas je. Lepas tu bergerigi dan tumpul.


Saya beli jenama EK Success. The last one yang ada. Saya pilih EK sebab dia boleh punch more than 1k pieces of paper. Harga tak tahu la nak cakap mahal ke tak. Mungkin harga ye memang macam ni kot.


Harga asal : RM87
Harga tawar-menawar : RM80 (encik tunang yang tolong tawar. tak tahu pula dapat. he)


Jangan risau kawan-kawan kita boleh try rasa macam mana nak punch guna puncher ni. Saya beli dekat mana?




Lokasi:
Tropicana City,
Tingkat 2, Sebelah ToyRus.


Boleh jugak beli online. tekan sini Beli online tak boleh tawar la kan? Behind the stroy nanti sambung. Kerja banyak wooo. Sabar ye!


xoxo

Selasa, 14 Februari 2012

Treaser : scallop puncher

Salam pembuka bicara...


Ini treaser tapi dah tunjuk. At last dapat jugak beli scallop puncher yang dicari-cari selama ini.




Terima kasih tak terhingga buat faiz. Dia yang banyak tolong ni. Malah, dia yang mengalah untuk tunggu next coming puncher. Katanya, wedding dia lambat lagi. Dia ada masa tapi dalam hati rasa macam dia yang banyak keluarkan effort untuk cari puncher ni tapi dia tak dapat apa-apa melainkan tunggu next order. Nanti kita pergi sama-sama ye faiz. Sebab nak cari sesuatu lagi. hehehe


Details tunggu next entri ya!


xoxo

Khamis, 9 Februari 2012

DIY : bantal hantaran nikah

Salam pembuka bicara..


Memang plan hari ini nak update pasal bantal hantaran. Kebetulan pulak anis ada tanya semalam.


Kalau pernah baca entri saya pasal bantal hantaran yang lepas (masa bertunang hari tu), saya guna bantal yang betul-betul bantal untuk buat bantal hantaran. Beli yang dah siap dari kedai sebab kebetulan murah. First time pergi, dia jual RM3 sebiji. Second time pergi dia jual RM10 untuk 4 biji. Sangat murah sebab dia pakai bantal kekabu.




Orang malas macam saya memang suka yang ready made ni. Ala-ala separuh DIY. Apa yang perlu adalah buat sarung untuk bantal ini sebab dari awal beli bantal ni memang dah decide nak guna balik masa nikah dan DIY pelamin.


Mula-mula, nak DIY pelamin sanding. Lepas tu, malas nak DIY. Nak booked dengan butik je. Sekali tu, sepupu saya yang memang menjurus ke bidang ni tanya samada perlu atau tidak hias kan bilik saya. Terus ting!!! Nak DIY pelamin jugak la. Material saya beli sendiri la kan? hehehe. DIY thingy lagi~ Gigih ye dhiera.


Hasil bantal ni masa bertunang hari tu adalah ini. Sarung bantal hantaran sama dengan baju tunang. Hahaha.




Kali ini untuk nikah bertema kan putih dan baby pink. Kain putih dah beli dekat nagoya sebelum bertunang sebab mula-mula nak buat baju nikah lelaki. Tiba-tiba beli baju melayu siap je. Daripada tak pakai langsung kain tu, saya buat lah sarung bantal hantaran untuk nikah.


Plan asal, nak cuba buat hiasan tepi atau penjuru yang berlainan dari bantal hantaran masa tunang hari tu. Tapi bila pergi kedai bunga masa cuti Thaipusam baru ni tak ada material yang cantik di mata. Last-last ikut lah plan bantal hantaran masa bertunang hari tu.




Kalau pergi dengan mak, mak mesti cari yang the latest design. Memang ada rambu-rambu baru sampai masa ni. Akak chinese ni tunjuk dekat mak yang warna dusty pink. Mak suka tapi saya tak suka sebab over bajet. Saya bajet nak beli rambu-rambu harga RM 5 semeter tapi rambu manik ni RM 7.90 semeter. Nanges la kalau beli sebab nak guna 12 meter. Mak tawar-tawar dapat lah harga RM 5 semeter. Itu pun sebab beli lebih 10 meter.


Saya rasa beli bantal siap macam ni sangat senang kerja. Kebetulan, murah. Lagi murah kalau sarung bantal tu boleh jahit sendiri. Saya upah orang. Mahal. Nak lagi jimat, jangan guna rambu-rambu manik atas ni. Guna yang kerawang lekat di penjuru ke guna yang macam tali dipintal-pintal tu ke. Yang itu rasa ye lagi jimat. He


Tajuk atas tu DIY la sangat~


xoxo

Khamis, 5 Januari 2012

Plan XX

Salam pembuka bicara..

Dah habis dah update pasal cincin. Kalau ada yang sambung research saya tu, halo halo la saya jugak ye. Nak datang baca baci. Hehe. Kesimpulan yang saya dapat rumuskan dari segala yang saya baca, lelaki boleh pakai cincin selain dari emas ya. Bermaksud silver, platinum dan stainless steel tu boleh la pakai. Jadi, pilih pilih mana yang suka. Kalau tak suka lagi jimat sebab tak payah beli.

Currently DIY process. Hehe. Mood DIY macam ke laut sikit ni.
  1. Bunga telur
Pada saya, bunga telur dan bunga pahar adalah bunga yang berlainan ye.

Bunga pahar adalah bunga yang cucuk pada pahar tu. Yang letak dekat depan pelamin. Dulu-dulu, lepas merenjis pengapit akan bagi bunga pahar ni.

Bunga telur tu pula sama lah macam kotak telur yang orang bagi bawa balik tu. Beza nya, dalam kotak atau pada bunga lidi tu. Ala-ala, macam doorgift. Well, lain orang lain la kot pandangan dia tentang bunga telur dan bunga pahar ni.


Ingat tak, masa e-day hari tu saya ada banyak DIY crepe paper carnation flower. [Klik sini] Jadi, untuk bunga telur ni saya reuse balik bunga-bunga tu~ Bunga-bunga tu masih lagi bergantung pada tingkap rumah tu. Tak cabut-cabut dari e-day ritu. Konsep saya untuk bunga telur ni adalah siapa cepat dia dapat sebab bunga ni macam limited la kan? Mungkin 150 orang yang bertuah je dapat. Yang lain, kurang bunga telur je la kot.

Special ye, bunga telur ni harus lah custom made (kemain lagi) dan saya guna daun artificial dari Jepun. Yang jual di kebanyakan tempat adalah daun dari China. Daun dari China ni lagi murah sikit la dan diperbuat dari plastik. Yang daun dari Jepun ni mahal sikit dan diperbuat dari kain. Orang dulu-dulu pakai la daun ni. Sekarang dah susah nak cari. Saya jumpa pun sebab pergi kedai cina yang dulu-dulu punya.

Warna tema bunga telur akan lari sikit sebab e-day ritu pakai hijau. Tapi tidak ku kesah. Layan saja lah.

  1. Bunga manggar (awal tak)
Part bunga manggar ni kelakar sebab saya tanya dekat mak dekat mana mak simpan lidi? Yang saya maksud kan lidi sate lebihan bulan puasa ritu. Masa bulan puasa ritu kitorang ada bakar-bakar sate. Tapi yang mak saya bagi lidi dari pelepah kelapa tu. Ala, lidi yang buat penyapu lidi tu. Gelak-gelak saya dengan adik.

Alang-alang, mak saya dah keluarkan. Saya fikir dari simpan balik, lepas tu tak ingat letak mana, baik buat terus saja lah nanti.

Plan saya bunga manggar ni nak letak gula-gula sebab budak-budak kan suka ambil bunga manggar. Dorang mesti happy gile dapat bunga manggar ada gula-gula. Hasilnya, nanti kan ya. Gula-gula letak last sebab takut bersemut dan cair.

  1. Headband untuk flower girl
Plan dari hari tu kan tapi belum sempat nak buat lagi sebab busy dengan jemputan walimah. Kemain lagi alasan dia. Tapi masa saya pergi GM Klang ritu, jumpa pin yang cantik-cantik. Macam tak perlu nak DIY berkerja keras sebab pin-pin tu semuanya murah-murah.

Dan yang pasti, tiba-tiba datang idea nak buat guna felt craft. Idea je banyak. Buat tak tahu lah!



Adakah cita-cita semua yang tertulis ni tercapai? Nanti kan~

Kalau saya dah start buat, memang kusyuk habis. Orang panggil makan pun kenyang lagi selagi tak siap. Tapi itulah saya bila dah start buat kerja. Bila dah siap, baru tunjuk muka dan mengacau orang.

xoxo