Memaparkan catatan dengan label tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tutorial. Papar semua catatan

Khamis, 22 Disember 2011

Tutorial DIY: Flower girl headband

Salam pembuka bicara..

Hari yang sangat busy. Maaf pada yang lambat saya reply emel. Rasanya semua emel telah saya balas. Kalau ada yang belum dapat balasan emel dari saya, inform saya ye.

Hani, laptop dah ok. Tapi pendrive tak ok. Ingat nak beli pendrive baru je dari hantar balik pada company pendrive tu walaupun ada warranty lagi. Buat masa sekarang, guna pendrive adik.

Malam tadi masa pilih-pilih dokumen untuk delete dan print, jumpa la banyak tutorial dari Martha Steward. Tak jumpa link asal. Maaf ye. Rajin-rajin lah explore Marha Steward punye website. Rasanya ramai kot yang usha situ kan?

Kali ini saya nak share ini,


Ya! Flower girl headband. Ala, baca tajuk pun dah tahu kan?

Bahan nak buat pun simple-simple belaka ni.
1. Cekak rambut
2. Reben
3. Bunga
4. Daun
5. Gam
6. Gunting

Macam mana nak buat? Saya summarize kan di sini ye.


1. Gam hujung reben pada hujung cekak rambut.
2. Lilit ketat seluruh cekak dengan reben.
3. Gam lagi hujung reben pada hujung cekak rambut yang satu lagi.
4. Letak daun dan bunga di sebelah bahagian cekak dan lilit ketat dengan reben semula.
5. Pasti kan gam reben yang lilit bunga dan daun juga. Tak perlu gam pada bunga.

Senang je kan? Tapi saya tak buat lagi. Saya akan cuba buat nanti. Lepas tu, baru treaser boleh? hekhek. Dalam fikiran, recycle barang tunang hari tu je. Cekak je beli baru. Martha Steward guna reben 7 mm. Saya pakai reben yang sedia ada saja lah.

Selamat mencuba!

xoxo

Isnin, 5 Disember 2011

Review: Mini pelamin (DIY)

Salam pembuka bicara..

Buat pembaca yang setia membaca blog saya ni pasti tahu plan asal saya yang tak mahu pelamin segala ni. Bajet memang nak sarung cincin dalam bilik je. Sekali tu 2 hari sebelum majlis ye, nenek saya kata tak kan nak bergambar dalam bilik? Nanti kawan-kawan dengan sepupu dalam bilik, nak sarung cincin pun dalam bilik mestilah keluarga Z pun nak tengok jugak?

Ok. Fine. Beralah saja lah kan sambil buat muncung? Tapi ada kebenaran ye. Family Z yang tak pernah jumpa saya lagi harus lah nak tengok jugak kan. Lagi 2 hari nak majlis ni taw. Stress sungguh masa ni.

Jadi, buat pelamin sendiri. Seharian (hari sabtu sehari sebelum majlis) saya siap kan hampir 100 kuntum bunga dari crepe paper. Dua hari berturut-turut buat tangan saya biru-biru dan sakit. 1 crepe paper boleh dapat dalam 6 kuntum bunga. Saya beli dalam 30 keping crepe paper. Bunga ni hiasan di bahagian atas. Percaya lah, bunga ini saya akan recycle untuk buat bunga telur atau centre piece masa resepsi nanti. Penjimatan jangka panjang.


Saya beli juga dua pasu artificial flower. Dapat banyak less sebab regular customer kedai ni. Gubah bunga free.


Ayah saya buat kan bangku untuk duduk di mini pelamin. Tempat duduk tu alas dengan span. Lebihan span yang mak buat tilam kitorang landing depan TV untuk bagi bangku tu sedap di duduk. Tilam ni dah macam carpet dah. Asal tengok TV je, semua nak landing baring. Bantal hijau dekat pelamin tu ambil dari dalam kereta. Saya peminat keroppi. Recycle aje la bantal.



Kain alas bangku tu pakai kain ela putih yang sedia ada di rumah. hek. Backdrop pelamin ni guna langsir yang memang dah tersedia gantung pada tingkap tu. Huhu. Kebetulan, langsir tu bertepatan dengan tema tunang saya yang berwarna hijau dan gold kan? Pakai saja lah.

Kalau cerita tentang kos yang saya guna untuk mini pelamin, sangat lah sikit. Bila kira balik, pelamin ni mahal sebab dua pasu bunga tu. Kalau tak ada bunga tu, RM50 pun tak sampai nilai ye. Hukhuk. Nak tengok gambar keseluruhan mini pelamin DIY? taraaaa....

Inilah dia tapi bantal tu terbalik ye~ hukhuk

xoxo

Khamis, 10 November 2011

Tutorial crepe paper flower (DIY)

Salam pembuka bicara..

Entri ini mungkin agak panjang. Ada beberapa pembaca request saya buat tutorial crepe paper flower ni. Seriusly, sangat senang nak buat. 1 kuntum boleh siap dalam lebih kurang 5 minit je. Tapi tahan ke bontot nak duduk lama-lama buat banyak-banyak.

Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk buat bunga crepe paper ni


Inilah bahan-bahannya:
a) Crepe paper
b) Dawai bunga (saya lupa nombor dawai. seingat saya no 24. cakap je dawai untuk buat bunga)
c) Gunting
d) Magic color
e) Solatape (untuk ukuran bunga. boleh apa-apa jenis bulatan yang lain)
f) Klip kertas
g) Solatape bunga (tak tahu nama sebenar)

Cara-cara nak buat dia senang ye.

1. Lipat crepe paper mengikut saiz yang diingini. Saya guna saiz solatape tu. Diameter dalam 3 inci.


2. Kemudian, lukis garisan atas crepe paper mengikut salotape tadi. Kemudian, potong ikut garisan. Kat sini, kelipkan tepi-tepi crepe paper tadi dengan klip kertas bagi elakkan kertas tu bergerak-gerak. Kita buat kerja sorang kan? Leceh kalau kertas tu tergerak-gerak.


3. Lepas tu, guna marker pen ke highlight ke magic color ke untuk warna kan tepi-tepi crepe paper yang sudah dipotong tadi. Part yang ini, tangan memang jadi comot sangat sebab terwarnakan tangan sekali.


4. Ambil bahagian center bulatan tadi. Saya lipat empat untuk tahu mana titik pusat bulatan. hek. Cucuk kan dawai bunga tadi berdekatan dengan titik pusat.


5. Bengkok kan dawai bahagian atas dalam 1 inci.


6. Kemudian, cucuk semula ke bahagian bawah.


7. Dan lilit kan dawai kat bawah ni supaya bunga tu ketat dan stabil dan boleh berdiri.


8. Kemudian, komot-komot dia sahaja. Crumble kan ye semua kelopak. Picit je kuat-kuat. huhu



10. Saya perasan 8 ke 12 helai crepe paper tu pun dah cukup untuk dapat bentuk bunga yang cantik. wink wink. Nak tengok hasil orang amatur yang baru cuba 2 3 kali?


Begitulah cara-caranya. Ada banyak lagi cara. Saya rasa ini yang paling senang. Yang pasti, cara lain, hasilnya pun nampak lain lah! sumber

Selamat mencuba

xoxo *hug and kiss*