Memaparkan catatan dengan label tips perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips perkahwinan. Papar semua catatan

Khamis, 16 Ogos 2012

Adab-adab dalam berjimak

Salam pembuka bicara..


Raya dah dekat. Majlis pun dah dekat. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Sengaja nak share adab-adab dalam berjimak. Sekadar perkongsian dengan kawan-kawan


Doa sebelum berjimak
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang Engkau kurniakan kepada kami"


Adab persediaan dalam persetubuhan
- solat sunat dan berdoa malam pertama
- berwuduk selepas melakukan persetubuhan'
- bergaul dengan cara yang sopan
- bercumbu-cumbuan terlebih dahulu
- tidak mementingkan kepuasan diri sendiri
- mengambil kira hak suami dan isteri berhubung dengan soal hubungan kelamin
- keselesaan dalam hubungan kelamin
- kesederhanaan
- mensyukuri nikmat
- tidak menyebarkan soal persetubuhan kepada pihak lain


Hukum persetubuhan yang disyaratkan dalam Islam
1. sunat
Dilakukan pada malam jumaat dengan syarat isteri tidak uzur (suci)
Rasulullah SAW bersabda "Siapa yang mandi junub pada Jumaat dan dia pergi ke masjid, maka dia seperti telah berkorban seekor kambing"

2. makruh
Apabila satu pihak berada dalam ketakutan, waktu tidak sesuai, tidak ghairah dan semua keadaan yang boleh membuat hubungan seks itu tidak mencapai matlamat sebenar.

3. haram
Isteri berada dalam keadaan haid, siang hari bulan Ramadhan, persetubuhan melalui dubur. Darah haid itu kotor dan mengandungi banyak kuman serta bakteria. Saraf alat kelamin juga berada dalam keadaan tidak stabil untuk persetubuhan.


xoxo

Sabtu, 9 Jun 2012

Tips menjadi pengantin bahagia

Salam pembuka bicara..


Hari ni wedding zimie, ada sesiapa yang pergi? Sila angkat mouse! Saya dah plan dengan as dan suria nak pergi wedding zimie hari ni.


Ok, just nak share tips jadi pengantin bahagia. Ewah.. kemain lagi tajuk. Sebenarnya, tip ni dapat dari majalah Pesona Pengantin Edisi Mac 2012. Hanya nak komen pada tips-tips yang diberi.


1. Merancang perkahwinan menjadi pengalaman manis.
Dalam merancang ni memang macam-macam boleh jadi. Kadang-kadang tu ada rasa gembira, kadang-kadang tu rasa frustated sebab macam-macam halangan yang jadi. Saya percaya segala yang terjadi dalam buat persiapan untuk berkahwin ni adalah semua yang akan menjadi perkara manis untuk dikenang. Insyaallah. Mantan b2b betul tak? Kena tanya mantan sebab saya belum merasa lagi. Tapi saya rasa betul dari pengalaman buat persiapan nak bertunang dulu.


2. Kelihatan menawan di majlis persandingan
Ini sangat betul. Kita mesti la nak nampak cantik kan. Your day kan? Tips dari Pesona Pengantin adalah berjalan dengan tenang sambil melemparkan senyuman untuk semua tetamu. Contoh, pelamin kita tak sama seperti yang kita hendaki tapi benda dah jadi kan? Senyum je la walau dalam hati ada jugak sumpah seranah. Pilih baju yang buat kita rasa selesa dan anggun. Sangat betul untuk tingkatkan keyakinan.


3. Melayan tetamu kanak-kanak
Yang ni tak tahu lah macam praktikal ke tak. Yang pasti, budak-budak ni kalau kita bagi dia gula-gula sahaja pun, mereka dah cukup gembira. Belum pernah tahu kalau-kalau ada kenduri kahwin yang ada buat game untuk budak-budak. Korang pernah?


4. Tetamu tidak lupa majlis perkahwinan anda
Cadangan menarik! Kita tulis soalan tentang diri kita dan pasangan dan minta tetamu jawab soalan tentang pasangan pengantin. Boleh minta MC yang bagi soalan atau buat soalan dan letak dekat ruangan buku tetamu.  Menarik jugak!


5. Kelihatan glamour dan menyerlah.
Tip majalah utamakan bahagian mata masa disolek. Letak bulu mata yang panjang. Tapi saya kurang minat dengan tip ini. Sebenarnya, tak minat pakai bulu mata palsu ni. He


6. Membeli cincin perkahwinan
Sangat tak setuju dengan idea ni sebab majalah ni tulis cincin perkahwinan yang mahal dan eksklusif di kedai ternama. Tak perlu mebazir yang keterlaluan pada pandangan saya tapi lain orang, lain lah pendapat. Sebenarnya, tak ada cincin pun tak apa. Sebab bukan syarat sah untuk nikah pun. He.


7. Menghebatkan bilik tidur anda
Tabur bunga di atas cadar. Sangat menarik dan romantik gitu. Saya tak terfikir nak hias bilik tidur macam mana. Serah kan pada mak dan sepupu saya. Malas nak fikir. Saya fikir saya nak cadar macam mana, saya nak perabot apa. Katil mak dah tempah, minggu depan baru dapat. Bilik ayah tengah renovate. Almari pakai almari sedia ada cuma kena beli wallpaper dan cermin besar serta meja hiasan. Coming soon. Hujung bulan ni baru nak pergi beli sebab puasa nak relax-relax. Tapi kan, masa bulan puasa lah banyak promosi perabot. Aiya~


8. Dapatkan 'candid shot' yang menakjubkan
Jom google aksi-aksi candid menarik. Eh, kalau dah google bukan candid namanya. he.. Photographer saya sila siap sedia.


9. Menghargai ibu bapa
Sepatutnya, ini yang pertama kot. Ya, kawan-kawan. Dakaplah mak dan ayah kita supaya mereka tahu yang mereka tidak kehilangan kita. Aiseh.. sebak sendiri.


Eh, rancang nak cerita pasal MUA tapi keluar tips pula. He. Mantan-mantan yang baca entri ni. Ada nak share apa-apa lagi?


xoxo

Selasa, 28 Februari 2012

Produk untuk weight management

Salam pembuka bicara..


Dah bersawang dah blog. Sebenarnya, banyak je benda nak cerita tapi saya malas nak menaip. Boleh? Hari ini saya nak share sesuatu terutamanya pada wawa. Sebab wawa nak tahu pasal produk ni tapi saya asyik lah postpone nak bagitahu wawa.


Sebenarnya, produk ni tempat kerja saya sebelum ni (seminggu yang lepas saya masih bekerja) gunakan produk ni untuk program weight management. Tapi sorry sangat-sangat wawa sebab kita tak survey lagi harga produk ni dekat farmasi. Sepatutnya around RM80 something la~


Lepas ni, kalau wawa terjah mana-mana farmasi, wawa dapat la gambaran macam mana enerflex ni. Sebenarnya, enerflex ada beberapa produk lain. Tapi yang tempat kerja saya guna adalah ini. Maaf banyak gambar.




Namanya Enerflex Synbiotic. Minuman soya bercampur inulin, kultur hidup (macam vitagen, yakult), multivitamin, multimineral, galian dan serat (fiber). Ada 4 billion cfu bakteria hidup dalam ni yang elok untuk kesihatan perut. Inilah perbezaan dia dengan minuman kurus yang lain. Produk ni well-research. Ada semua multivitamin dan mineral yang badan kita perlu kan. Serat atau fiber boleh memberi rasa kenyang yang berpanjangan.




Kenapa saya berani kata dia well-researched berbanding produk-produk yang lain?
Sebab tengok je produk ni punya nutrition fact. Panjang kan? Semua nutrient ada dalam senarai ni. Gambar atas dan bawah adalah nutrition fact dia.




Alamak, gambar blur. Tak ada gambar yang lagi bagus dari gambar close up bawah ni.


Kalau korang ada produk kesihatan yang boleh membantu menguruskan berat badan ada tak senarai nutrition fact macam ni? Kalau ada bagitahu saya ye. Sebab saya tak tahu produk lain. Malah, tak diberi training oleh pengeluar produk tersebut. 


Produk ni bukan sahaja ada senarai semua nutrient tapi ada bakteria yang mampu jaga kesihatan perut. Well, dalam usaha kita nak kurang kan berat ni kadang-kadang badan kita akan kekurangan sesetengah nutrient yang badan kita perlukan. Kalau minuman yang kita minum ada complete nutrient, kita rasa selamat juga la kan? Sebab nak jaga kesihatan tu biarlah berpanjangan. Bukan untuk kahwin je tapi untuk sepanjang hayat.




Cara penyediaan ada ditulis pada packaging. Ini adalah produk buatan Malaysia tapi berkualiti antarabangsa. Support barangan Malaysia kan? 




Ini adalah ingredient yang ada dalam produk ni. Rasa dia betul-betul rasa soya.




Amaran untuk orang yang allergik pun ada. 


Yang paling penting, produk ini telah lulus sijil halal JAKIM. Tanda halal JAKIM ni penting kan? Makanan dan minuman yang kita minum akan menjadi darah daging dalam badan kita.


Selain itu, ada HACCP. HACCP ni adalah kelulusan dari USDA dan FDA. Alamak, nak cerita pasal USDA dengan FDA ni panjang sangat la pulak kan? Tapi HACCP adalah kelulusan untuk food safety la. Maklumat lanjut pasal HACCP tekan sini. Sebelum kita guna apa-apa produk, perlu ambil tahu kesan dia untuk masa panjang dan pendek. HACCP dah luluskan produk ini selamat digunakan. HACCP = Hazard analysis & critical control point.


Produk ni juga dapat kelulusan ISO 9001. Apa ISO 9001 ni? Haha.. Saya tak tahu sebab baru nak masuk line quality assurance. Yang saya faham, ISO 9001 ni adalah kelulusan yang memenuhi syarat dalam quality management dalam sesuatu organisasi. Kalau salah, sila betulkan?


Itu sahaja. Rasanya, kebanyakan b2b ramai yang nak kelihatan cantik di majlis perkahwinan tapi jangan terlepas pandang yang badan kita perlukan semua nutrient untuk beroperasi. Operasi la bahasa mudah. Nak buat tenaga, nak buat kulit cantik, nak jaga kolesterol semuanya bermula dari sistem dalam badan kita. 


Jangan omit lemak sebab tanpa lemak kulit kita tak akan lembut selembut lembutnya (eceh..) dan rambut juga mudah putus, kuku pun tak cantik tanpa lemak. Jangan makan makanan sumber protein je sebab buah pinggang kita akan terbeban dengan protein yang banyak dan akhirnya sebabkan masalah pada buah pinggang. Mesti makan sumber karbohidrat sebab karbohidrat atau gula adalah sumber tenaga utama badan kita. Sel-sel badan kita dapat beroperasi dengan pecahkan muscle (selepas dalam badan tak ada gula. Muscle akan dipecahkan dulu baru lemak). Tapi TAPI otak kita menggunakan gula sahaja GULA SAHAJA sebagai sumber tenaga. Otak tak boleh gunakan protein atau lemak sebagai sumber tenaga. Siapa yang belajar fisiologi atau biokimia badan manusia mesti tahu pasal ini.


Terlalu panjang~ Ok bai. Hopefully, dapat membantu kawan-kawan.


xoxo

Jumaat, 24 Februari 2012

Tips pengurusan kewangan

Salam pembuka bicara...


Wah, ko dhiera tak reti nak update ke? Mood masih bermalas-malasan la~ Almaklum, dah mengganggur kan sekarang. hehe. Ikut hati memang nak sambung berterusan nota kecil yang saya dapat masa berkursus pra-perkahwinan aritu.


Hari ni nak share pasal pengurusan kewangan.

1. Kita kena pandai kawal perbelanjaan rumah tangga. Utamakan mana keperluan dan ketepikan kehendak.
2. Lelaki wajib bagi nafkah zahir dan batin kepada isteri sebab perempuan tugasnya melahirkan anak.
3. Cari rezeki yang halal dan jangan membazir
4. Belanja ikut kemampuan dan keperluan.
5. Simpan untuk masa depan. Boleh buat dari potongan gaji atau pelaburan.
6. Nasihat ustazah yang saya paling ingat adalah simpan RM20k sebagai duit kecemasan. Sebab kita tak tahu suatu hari nanti kehidupan kita macam mana. Mana tahu ada yang sakit kronik, accident atau ekonomi meleset sehingga dibuang kerja. Siapa tahu?



Ada satu persoalan yang ustazah ni bagitahu. Pasal duit perempuan yang bekerja dan suami tak benarkan perempuan bekerja.


a) Duit isteri bekerja
Duit isteri hasil pencarian dia tetap menjadi duit isteri. Suami wajib memberi nafkah zahir kepada isteri.

Tapi suami boleh berbincang dengan isteri jika inginkan isteri berkongsi tanggungan dalam keluarga. Dengan syarat, isteri betul-betul ikhlas untuk membantu suami dan betul-betul memberi keiizinan. Kalau suami nak kan isteri bantu tanggung perbelanjaan, buat lah perjanjian. Yang mana isteri akan tanggung dan mana suami akan tanggung. Dalam perjanjian, jangan lupa tugas dalam rumah seperti mengemas, memasak, membasuh pinggan semua nya perlu di tanggung bersama-sama.

Kira macam sistem barter. Exchange. Isteri kurangkan tanggungan suami. Suami kurangkan kerja-kerja dalam rumah. Suami kena ingat, isteri telah melahirkan anak. Dalam tugas pengurusan anak pun suami kena tolong.


b) Buat suami yang tak benarkan isteri bekerja
Suami kena pastikan segala keperluan isteri dan anak-anak mencukupi. Nafkah zahir merangkumi keselamatan, kesihatan, pakaian, makan minum, rumah, pendidikan dan sebagainya. Kalau suami mampu sediakan semua diatas bersama-sama simpanan, jadi tak ada masalah untuk suami tidak benarkan isteri bekerja.


Ini je kot yang saya rasa penting untuk dikongsikan bersama semua dan tunang. Yang lain tu, perkara-perkara yang biasa kita jumpa. Yang ini, rasanya tak ada dalam modul yang kita dapat. Apa pun, sharing is loving. Doakan saya rajin untuk update. Hehe.


Harap mantan-mantan pun boleh lah share ur experience jugak. wee


xoxo

Selasa, 21 Februari 2012

Tips komunikasi suami isteri

Salam pembuka bicara..


Hari tu, saya pergi kursus kahwin dengan kawan bukan dengan tunang sebab dia dah pergi kursus kahwin masa study dulu.


Jadi, saya ada buat la sedikit catatan sepanjang berkursus. Ingat kan nak bagi tunang baca tapi jumpa tunang pun belum lagi. Makanya, saya share la di sini sebab saya tahu Z pembaca setia blog ni.


Masalah bercerai yang berlaku di Malaysia ni biasanya disebabkan oleh masalah komunikasi, tak ada duit dan tak pandai uruskan masa (lebih kan masa dengan bekerja atau lebihkan masa bersama kawan-kawan). Jadi, jom kita bercakap mengenai komunikasi antara suami dan isteri.


Tips dalam berkomunikasi:-


1.  Kena sentiasa bagi maklumat atau bertukar maklumat. Setiap maklumat kena jelas. Jangan ada yang tergantung.
Contoh: malam ni pukul 9 malam ada meeting dekat restoran xx pasal xx.

2. Sentiasa memberi pesanan. Ini tanda kasih.
Contoh: hati-hati pergi kerja. semoga rezeki yang diperolehi sentiasa diberkati Allah

3. Sentiasa bertukar-tukar perasaan melalui perkataan atau perbuatan. Kalau bergaduh, jangan sampai 3 hari berterusan tak bercakap. Lelaki kena mengalah dan pujuk dengan sentuhan.

4. Luangkan masa untuk berbual. 5 tahun pertama tahap kritikal dalam rumah tangga. Akan selalu terasa hati, jeles dan syak wasangka.

5. Jangan cerita pasal hal rumah tangga dengan orang lain. Bila kita sudah bercerita, kita telah berkongsi suami dengan orang lain. Persepsi orang tak akan berubah walaupun suami kita telah berubah.

6. Kena saling mempengaruhi. Kita mesti tahu macam mana nak pengaruhi pasangan kita. Jangan sombong, jaga peribadi dan doa kepada Allah swt

7. Kalau bergaduh, tengok pada persekitaran. Jaga maruah suami dan diri, jaga aib muka pasangan. Lelaki perlu memimpin wanita sebab akal lelaki lagi kuat. Masa bergaduh, jangan bergaduh hadapan anak-anak terutamanya yang masih kecil-kecil.


sumber: google



Bentuk komunikasi


1. Face to face
2. Bahasa badan
3. Bagi barang / hadiah malah air minuman. Tapi semua pemberian sebut lah hadiah walaupun segelas air. Supaya orang ingat kita.
4. Guna perantaraan untuk berhubung macam SMS, emel, telefon dan sebagainya


Ini hanyalah sebahagian sahaja. he. Nanti sambung ya encik Z.


xoxo