Memaparkan catatan dengan label 3 tier cake stand. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 3 tier cake stand. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mei 2013

DIY Cake Stand

Salam pembuka bicara..


Dhiera kembali! Maaf. Agak busy dengan bisnes kecilan yang baru di buka.


Hari ini saya nak share macam mana nak DIY cake stand. Sebenarnya jumpa semasa google-google suatu ketika dahulu dan save dalam pdf file. Lepas tu, try buka balik website ni dah not found la pula. Jadi, no kredit la kepada pemilik asal sebab dah tak ada link.


Apa yang diperlukan ialah:



A candle holder (tak jumpa warna putih, silalah spray warna apa pun)
A plate
Glue


Macam mana nak buat stand dia?

Sapu gam pada candle holder. Letak gam di kawasan yang nak dilekatkan dengan pinggan.



Sapu juga di pinggan untuk memberi daya tahan kepada cake stand kita.



Kemudian, lekatkan! Dan biarkan kering.



Then, an adorable cake stand for next to nothing! Taraaaa...



Senang je kan? Selamat mencuba!


xoxo

Selasa, 8 Januari 2013

Review resepsi: Kek dan kek cawan

Salam pembuka bicara...


Mula-mula, saya nak tempah kek dengan faiz (lupa lah link blog faiz apa) tapi last minute, sepupu faiz plak nak kahwin hari yang sama. Kira rush wedding invitation masa tu. Faiz pun adalah cari-cari vendor lain untuk gantikan dia. Tapi akhirnya, saya kata tak payah. Simplicity is me! Jadi, tak payah susah-susah sangat sebab ada ke tak ada kek majlis tetap jalan. Huhu




Tapi mak kata macam tak lengkap pula kalau tak ada kek. Makanya, gigih la saya pergi tempah kek masa raya kedua. (Majlis raya ketujuh. Amekaw!) Sebenarnya, saya tempah fresh cream cake tapi yang saya dapat butter cream cake! Geram je bila tengok kek tu. Pak cik saya yang ambil kek tu masa hari saya nikah (nikah raya keenam). Dia tak tahu apa-apa kan? Redha je la! Saya memang tempah kek warna putih dan kuning. Owh, design yang saya minta bukan macam design bawah ni. Ermm... Saya ada tempah bunga fondant untuk letak atas kek ni tapi tah mana tah bunga tu menghilangkan diri. Geram!




Saya guna cake stand yang sama dengan cake stand untuk potong pulut kuning masa nikah tu. [klik sini] Siapa yang baca entri tu mesti tahu cake stand ni 3 tingkat. Kek kuning ni saya letak dekat tingkat paling bawah sekali. Tingkat kedua, saya letak cupcake chocolate yang sangat sedap!! Atas sekali adalah bunga merah.




Untuk kek cawan, saya tempah dekat kedai yang sama juga. Yang ini pun, saya minta fresh cream cup cake. Yang dapat pun butter cream juga. Nanges! Tak nak pergi dah kedai tu. Tapi suka warna yang warna warni ni. Suka! Suka! Suka! Cup cake dia sangatlah sedap!




Kesimpulan, pergilah tempah kek awal-awal ye. Owh, saya memang tak minat fondant cake. Kencing manis nanti!


xoxo

Khamis, 27 Disember 2012

Wedding rental 5: Cake stand [update]

Salam pembuka bicara...


Kali ini saya sewakan 3 tire cake stand saya. Saya guna masa nikah untuk pulut kuning dan resepsi untuk kek dan cupcake. Susunan ketinggian boleh diubah ikut minat. Ianya boleh di 'adjust' kecuali tapak cake stand memang ada 3 lubang.


Kuantiti: 1 pcs
Warna: putih
Harga: RM15 / item


Ini gambar masa saya guna untuk nikah.



Ini pula gambar saya guna 3 tier cake stand ni masa resepsi.



Saya dah ada page sendiri untuk wedding rental sini. Sudi-sudi lah like "dhiera wedding rental". [tekan sini]


xoxo