As'salam....
bestnya golek2 pg sabtu ni kan...
pg ni cuaca agak mendung, dh tghari baru nampak matahri kuar skit...
walau mendung, alam ini tetap indah seperti biasa...
semalam 15 apr, besday en garpil...
x de apa2 sambutan luar biasa pun...
memasing keje...
cuma malam je dpt jumpa...
cadangnya thn ni, dia nk ambik cuti tarikh tu n blk kg..
tp last minit x dpt cuti...
dan thn ni setelah 4 thn bersama, 1st time aku wat kek besday utk suamiku...
walaupun boleh dikatakan selang hari je aku membaking, tp kali ni aku dedikasi khas utk en garpil...
aku wat kek carrot...toping ngan cream cheese
aku balik awal dr opis ari ni...minta pelepasan..
semata2 nk wat kek ni..(berbaloi ke)
agak mengambil masa sbb aku perlu baking n hias dlm masa beberapa jam sblm en garpil blk
dan hasilnya...huhuhuhu...mmg comot...
tp aku dh cuba sedaya upaya...
tu je yg termampu...
baking aku x de masalah, tp nk deco, mmg hampeh
tambah2 toping cheese agak pekat berbanding toping coklat yg agak senang diuruskan
(thn depan beli kek kedai la yer...)
sblm ni byk kali gak wat kek keret..tp kali ni aku cuba resepi lain...
resepi asal dr Azizah Ariffin
mmg bestttt!!!!
ada rasa lemak2 keret, masam manis nenas, dan kenyal si kismis
kalau sesapa suka walnut, lg sedap kot sbb rasa rangup2..
aku x suka sbb tu x letak...
aku suggest sgt sesapa yg nk try..x rugi sbb berbaloi2
jom semak resepinya k....
resepi asal: azizah ariffin
tp ada gak la aku edit2 skit ikut kesesuaian tekak ku
200 g carrot diparut (lebih kurang 2 btg carrot)
250 g tepung gandum
200 g gula perang (yg jenis lembut dan halus)
200 g minyak jagung
70 g walnut- bakar dan cincang- utk sesapa yg suka, aku x boh pun
70 g kismis hitam, dicincang- just kerat 2 cam tu la..
4 biji telur gred A
150 g nenas dlm tin- x kisah jenis keping atau kiub- pastu cincang2 sehalus yg boleh
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit serbuk kulit kayu manis- kalau suka- aku x boh
Cara2 :-
ayak tepung, baking powder dan soda- ketepikan
pukul gula + telur- sampai kembang
masukkan minyak jagung & pukul lagi hingga sebati.
perlahankan mixer & masukkan bahan kering tadi.-(tepung)
kaup masuk lobak merah, nenas, & kismis. (dan walnut kalau letak)
bakar pada suhu 180c selama 50-60 minit atau hingga masak - aku bakar sejam
sejukkan atas redai kek sebelum dihias ikut citarasa.
antara bahan2...
aku guna nenas ayam brand
walnut aku x cincang sbb nk buat hiasan kt atas je..
pukul gula + telur
pas kembang, masuk tepung dan semua bhn lain
dh siap bakar...
pukul cream cheese..
hias suka ati
bahan cream cheese:
250 g cream cheese
100 g mentega
100 gm gula aising
pukul semua bahan hinga kembang
pastu leh la hias..(aku letak pewarna skit nk bg cantik, dh jd mcm butter cream lak kan..huhu)
nota kaki: -
-adunan boleh dibahagi 2..bakar 2 kali...pastu sapu cream cheese pd salah satu kek, double deker kan.. baru hias keseluruhan kek...kalau nk wat teknik belah tgh ok gak tp x cantik la sbb ada walnut n nenas..
aku x berani nk wat double deker, takut x cukup cheese...(dan ternyata mmg cukup2 je)
-adunan cream cheese boleh ditambah pewarna ikut hiasan yg kita nak...
- kek ni jenis lembab