kawan2 blogger ku (

Showing posts with label biskut badam- CMG. Show all posts
Showing posts with label biskut badam- CMG. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Biskut Badam

assalam....

tinggal berapa hari je lg nak raya kan
kaum2 ibu pastinya yg paling sibuk dgn segala mcm persiapan
mcm aku ni, releks je...sbb apa sgt la nk siapkan utk diri sendiri kan
suami pun, x nak beli baju melayu
nak pakai yg lama je

cuma, aku siapkan biskut je la setakat terdaya
tu pun sbb nk bw blk kg
kalo utk sini, mcm x perlu je


biskut ni dh jadi biskut feveret
ni kiranya tahun ke3 aku buat..masih guna resepi yg sama
dr segi rasa, plain2 je...
x serabut sgt dgn segala mcm rasa
bagi aku, mmg sedap
lemak2 badam..bau wangi tepung kastard..
cukup menjadikan biskut ni ada nilai tersendiri


resepi hasil tgn Cik Mat Gebu

Bahan-Bahannya:-

150 g mentega

125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
(lain oven, lain ragamnya...oven aku kena bakar 20 mnt, api atas bawah 180 darjah, 5 mnt terakhir, tukar setting kpd api bwh shj)





Monday, August 23, 2010

biskut badam rangup



yuhuuuuu.... eheheh..baru siap mengukis....
biskut badam resepi CMG yg meletop ..
mesti ada yg kata awainya aku wat kuih raya kan

tp bg aku mcm kesuntukan masa lak
sbb jumaat ni nk blk kg...
ingat nk bwk blk sekali biskut utk mama di kg

aku beraya di perak umah mentua...
sian lak mama x de kuih raya kui..kui...(mcm la mama x leh beli)
aku suka resepi ni...
thn lepas siap wat menjual guna resepi ni
tp thn ni aku pencen jap..
tp aku tetap la mengukis gak utk ma n mentua...
so, thn ni, sekali lg biskut ni jd pilihan aku...

thanx utk CMG nk tgk biskut beliau kat sini
biskut cmg sungguh la cun..x mcm biskut aku...huuuuuu
sesapa nk cuba wat, gerenti x nyesal sbb mmg ranguppp!!

tumpang letak resepi kat sini utk rujukan aku nti

biskut badam rangup-CMG

Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising- aku guna 100 gram gula pasir kisar halus
1 biji telur gred A (aku guna kuning telur je)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)- aku cuma tambah 1 sudu ja

Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.(aku just kacau guna sudip, tu pun kaco gitu2 je..tetap menjadik!)
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

ngam2 dpt 1 balang ni


Bold

jejak

free counters