Showing posts with label phd. Show all posts

Super Duper Ting-Tong

0

Haiippp.....chaiyok chaiyok....
Dah dekat hujung sem memang la macam ni... semua benda nak kena submit.
Semalam dah hantar report proposal kat fakulti... fuh, rasa macam dah hilang satu beban yang amat berat untuk dipikul sepanjang tempoh 3 semester ni. Minggu depan, 29hb nak kene present proposal. Slide belum siap sepenuhnya lagi...Berdebar tok sah cakap la....semoga dipermudahkan semuanya.

Kelmarin dan semalam adalah hari yang memang super-duper-tripper ting tong punya la.... Langsung tak masuk dapur, eh eh tipu...langsung tak pegang periuk kuali senduk bagai tuk masak memasak. Semuanya serah bulat-bulat pada Incik Suami yang ku sayang amat2 tiada tolok bandingnya...hehehehe.... Ni la untungnya kalau dapat suami yang pandai masak. Time kita bizi boleh dia take-over kerja2 memasak kat dapur. To my hubby, Thank u soooo much sebab masakkan daging masak kicap dan sup daging yang super-duper sedap. Isteri dia suka sup, tu yang dia masakkan special sup tuk isterinya. Kesian pun ada jugak, sebab suami pun baru je baik demam + sakit perut (x tau punca). Terpaksa susah2 masak pulak....inilah yang dikatakan pengorbanan.....(",)
.
.
.
Sekarang ni memang rasa cam nak termuntah hijau bila pandang artikel, jurnal dan seangkatan dengannya.... sampaikan dah tak sanggup dah nak duduk lama2 kat bilik study kat bilik belakang tu ha. Ni pun baru je siapkan kertas kerja untuk seminar sains & teknologi yang akan berlangsung pada  3 & 4 Disember nanti. Buat pun ala kadar je, maklumlah bila otak dah tepu camni...sampaikan nak tulis ayat satu baris je pun kemain susah...aishhh....Owh kejap lagi nak pergi FTI untuk daftar diri untuk seminar tu nanti...
.
.
.
.
Ok la...kepala dah start berdenyut-denyut semula. Ayoyo...
Nak hilangkan tension, meh kita layan Running Man....hehehehehe....
Dah siap download 3 episod, episod selebihnya nanti2 la kalau ada masa....
Tengok Running Man boleh hilangkan stress apa... gelak2 je kerjanya....
-ADIOS-









Kepala "Ting-Tong"

1




Aii, dah lama betul rasa tak update blog... kebizian yang melampau sedang melanda tuan rumah. Ampun dan maaf kalau tuan rumah tak sempat singgah ke rumah2 yang setia singgah kat teratak Kasih Suci sepanjang penyepian berlaku....hehehehe....faham ke? ayat pun dan Ting-Tong jugak.
.
.
.
Tengok pada gambar kat atas tu, boleh diibaratkan dengan keadaan diri sendiri pada saat dan ketika ini....tapi diri ni cun + comel sikit la....takde la serabai je rambut dah lagak macam rupa hantu. Sekarang ni, masa ibarat pedang! Kalau tak guna dengan sebaiknya seolah-olah rasa pancung kepala sendiri. Haiiii.....bila dah hampir2 ke saat-saat genting macam ni, barulah rasa 24 jam yang ada dalam sehari tu tak cukup untuk menyiapkan segala-galanya. 
.
.
.
Ni pun curi-curi masa untuk melepaskan gian jari-jemari runcingku menari-nari di atas papan kekunci lappyku yang sudah seminggu tak ber'shut-down', hanya sempat berada dalam keadaan sleep-mode je. Rutin2 harianku penuh dengan kerja-kerja research untuk persediaan first assessment phDku beberapa minggu sahaja lagi. Kepada Incik Suami, maaf banyak2 andai kata perhatianku terhadapmu tersangat2lah kurang....faham2 sahaja la bila si isteri ni bergelar seorang pelajar. Masa yang ada terpaksa dibahagikan sama rata, sampaikan diri sendiri pun terabai. Yang penting makan + pakai suamiku cukup... Itu dah cukup buat hatiku tenang.....
.
.
.
.
Ok la, cukup sesi sok sek sok sek untuk kali ini.
Doakan kejayaan KS ye kawan2..
Semoga diberi kekuatan serta kesihatan diri untuk menghadapi saat2 genting yang bakal tiba....huhu....
Walaupun tido cukup2 je buatkan mata dah jadi lebih daripada rupa panda
Tapi dengan minuman Cocoa Collagen Power Plus memberikan extra tenaga untuk diri ni buat masa ini. Terima kasih kepada sahabatku, Nad kerana memperkenalkannya....
Ada masa lenkali cerita pasal Cocoa Collagen Power Plus tu ye! (",)
.
.
.
.
Ok la, sampai disini dulu...
Adios..






Tuan rumah sangat bizi...huhuhu

1






Terima kasih kepada yang sudi menjengah ke teratak Kasih Suci ni....
Memandangkan sekarang merupakan waktu yang sangat genting bagi tuan rumah memandangkan first assessment untuk phD akan diadakan pada bulan depan iaitu 21-25 November... jadi, tuan rumah sangat komited terhadap persiapan untuk menghadapinya tidak lama lagi.

Tambahan pula, kolokium research group diadakan pada setiap hari jumaat pada setiap minggu. Selain nak kena siapkan laporan kajian, slide presentation pun nak kena update pada setiap minggu berdasarkan perkembangan kajian dari semasa ke semasa.

 Ok la, tak leh nak berceloteh panjang.
Cuma KS nak mintak  dari semua untuk mendoakan kejayaan KS dalam first assessment yang bakal tiba nanti. Dan juga doakan semoga perjalanan phD yang KS sedang lakukan sekarang berjalan lancar dengan jayanya.Amin....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)