Showing posts with label luahan. Show all posts

Ku ditinggalkan....

3


Ditinggalkan atau memang mintak ditinggalkan seorang diri kat rumah malam2 camni...hehehehehe... Suami ada tournament bowling dengan kawan2 sekolah lama dia dulu... Malas nak ikut sekali, sebab bohsan duduk je sensorang... Ni daripada pengalaman yang lepas2 la, bohsan yang amat bila 'bunga' dikelilingi oleh 'kumbang-kumbang'... Ada 'kumbang' bujang, ada jugak kumbang yang dah berkeluarga.... Nasib baik malam ni tak jadi nak balik rumah MIL, kalau tak, nak tak nak sure la kena ikut sekali.Lagipun, memang dah perangai suami yang memang nak bawak je isteri dia ni walau kemana dia pergi even keluar minum dengan memember lama dia...huh! Kalau tak memikirkan tak nak kena tinggal sensorang kat rumah, sure dah tak nak ikut sekali... Tapi malam ni, nekad! Walau apa pun yang terjadi, tetap nak stay sensorang kat rumah...huhuhu...  Itu pun dah siap tinggalkan pesanan kat suami, "Jangan balik lambat sangat ye!"..hehehehe...


Barang belum packing lagi ni.... Jumaat ni dah nak travel jauh....
Takpe, esok masih ada masa...
Malam ni buat list dulu barang apa yang hendak dibawa... Kang terlebih muatan susah pulak nak bayar lebih kat AirAsia nanti...





Ber-elmosi...

0


Ye..perempuan memang sinonim betul dengan bab2 berkenaan E.M.O.S.I ni kan.
Kadang2 diri sendiri pun tak tahu kenapa, apa yang menyebabkan perasaan tu tiba-tiba datang. Tiba-tiba nak marah + sedih sampai keluar air mata. Dan sampaikan ada pihak ke-3 atau ke-4 dan mungkin juga pihak yang ke-5 yang menyedarinya dan mungkin rasa tak selesa dengan keadaan tersebut.
.
.
.
Susah aku nak bercerita apa yang sebenarnya berlaku.
Sebab aku sendiri tak tahu kenapa.
Adakah salah diri sendiri ataupun orang lain yang bersalah, menyebabkan keadaan begitu tertekan aku rasa pada saat dan ketika itu.
Owwh, sungguh berbelit-belit dah ayat yang aku cuba untuk susun...
.
.
.
.
Pendek kata, apa yang dapat aku bagitau dan aku rasakan sesuai dengan apa yang berlaku pada diri aku pada ketika itu adalah:

(1) Rasa tersisih + disingkir = Padahal bukan sekali, dua kali aku berada dalam situasi sebegitu sebelum ini. Malah dah banyak kali kot. Tapi kenapa sebelum ni aku tak terasa tertekan sebegitu???

(2) Rasa tak dihargai = Sebelum ni aku tak pernah mengeluh dengan apa yang aku 'decide' walaupun terpaksa korbankan masa aku sendiri yang tengah berhempas pulas untuk buat proposal phD. Stay-up sama2 siapkan kerja yang memang urgent untuk diselesaikan. Tapi aku tak pernah rasa terbeban, sebab semuanya aku buat dengan hati yang ikhlas kerana aku adalah orang yang terdekat yang sememangnya diperlukan untuk meringankan beban yang dipikul. Awas. Jangan salah anggap. Langsung takde niat nak mengungkit atau membangkit (tetiba lagu SitiNordiana berkeroncong kat tepi telinga nih! haih...) Tapi tetiba rasa setiap pengorbanan yang aku buat tu tak dihargai walaupun sedetik. Sedih kan....

(3) Rasa kepentingan aku jatuh di tempat No.2 = Tujuan asal lain, tapi seringkali di selitkan dengan agenda yang lain tiba2. Orang yang menanti terpaksa menunggu, orang yang tak menanti ter'surprise' dengan kehadiran itu. Mungkin pada sesetengah orang, benda tu takde hal. Tapi bagi aku, ia adalah satu 'hal' yang boleh membuatkan mood aku berubah dengan serta merta. Mungkin sebab aku dah meletakkan ianya di tempat yang utama, hati begitu excited sekali time itu, tapi terpaksa beralih kepada benda yang lain membuatkan hati aku amat terguris. Sedangkan hati ini tengah berduka, orang lain berketawa ria, masakan bibir ini mampu untuk mengukir senyuman yang ceria.
.
.
.
.
Ok la, setakat itu sahaja luahan hati dan perasaan buat kali ini.
Maaf andai ada yang terasa...
Tapi ini adalah salah cara yang terbaik untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.
Sebab aku bukanlah seorang penyampai radio yang baik!




Jawapan Ahmad Idham - Isu persendakan agama

3



Assalamualaikum wbt...
Rasanya rata2 sibuk memperkatakan tentang isu mempersendakan agama dalam filem "Hantu Bonceng" arahan Ahmad Idham. Aku pun dah menontonnya, download je kat internet...hehehehe.... Time tengok cerita tu memang tak la fokus 100% pada jalan cerita, memandangkan layan cerita tu pun kat dalam kereta.... so, time kelakar tu gelak la... tapi bila keluar isu pasal mempersendakan Islam ni, hati aku tergerak untuk flashback balik setiap patah perkataan Zizan... dan ianya memang jelas seperti yang diperkatakan ramai....
.
.
.
Kat sini aku tak nak la komen banyak pasal isu tu...sebab semuanya memang dah terjadi...Zizan pun dah mintak maaf atas keterlanjurannya....Cuma aku sedikit terkilan dengan jawapan Ahmad Idham (sila baca petikan kat bawah ni).

 
.
.

Secara jujurnya, aku benar2 terkilan dengan cara jawapan yang diberikan. Punya la cik Marikh Azahari tu melontarkan komen dengan penuh berhemah, tapi dibalas dengan jawapan yang ku kira sangat2 la tidak berhemah. Bagi pendapat aku, kalau kita berada di pihak yang benar, tak perlu la nak melenting macam tu... Setiap orang mempunyai pendapat masing2.... walaupun seseorang itu tidak tinggi ilmu agamanya, tapi apa la salahnya menerima pendapat orang lain secara terbuka. Even filem tu dah melepasi piawaian pihak LPF, tak perlu la nak suruh cik Marikh Azahari pergi belajar agama dengan lebih mendalam...owh, sangat kurang ajar statement tersebut....
.
.
 Maaf lah kalau entri ni berbaur emosinal....ini komen ikhlas dari aku yang sebelum ni amat mengagumi hasil kerja Ahmad Idham.... tapi sekarang.......entah la.....
Maaf sekiranya ada yang terasa....





Belum ada rezeki lagi...

6


Perasaan kala dan ketika ini --> KECEWA
Mungkin kerana aku terlalu mengharapkan kehadirannya
Tapi aku tahu, mungkin bukan rezekiku lagi....
.
.
.
.

Tapi tak mengapa
Kerana aku tahu Allah Maha Mengetahuinya...
InsyaAllah...





Air mata ini....

2

Air mata ini mudah sangat mengalir dua tiga hari kebelakangan ini.
Ini bukanlah sebab ada seseorang yang sakitkan hati saya ataupun sebab nak marahkan seseorang. Ini memang tidak ada kena mengena langsung dengan mana2 insan yang bergelar manusia. Agak sukar untuk dilafazkan kerana ianya berkait rapat dengan keinsafan dalam diri..ianya terbit ikhlas dari sudut dalam hati...


Air mata ini menitis setiap kali hati ini teringat akan Allah Taala...Si Pencinta sekeping hati ini...betapa diri ini dirasakan terlalu kerdil... terlalu banyak rezeki yang dilimpahkan kepada diriku, tapi selama ini aku alpa dalam mengucapkan syukur kepadaNya...Ya Allah, ampunkanlah dosa2ku kerana seringkali lupa untuk mengucapkan syukur dan berterima kasih di atas rezeki yang Engkau berikan. 





Saling maaf bermaafan....

2

Siapa yang tak pernah buat silap kan...tapi setelah buat silap tu janganlah ego untuk meminta maf..betul ke tak? Kerana itulah yang sewajarnya...sikap saling maaf-bermaafan ni adalah satu amalan yang sangat mulia...kerana setelah ungkapan kata "maaf" diluahkan, hati akan berasa sangat tenang..ibarat gugurnya satu beban yang sangat berat yang sebelum ini tergalas dibahu...


Tak nak cerita panjang kat sini..sebab apa yang berlaku biarkanlah berlaku...tak nak fikirkannya lagi sebab semuanya sudahpun berakhir...tapi, sendiri nak mengaku la, hati ini sangat mudah terguris...sensitip...dan mudah tersentap....bila berdepan pulak dengan orang yang jenis "lepas cakap/cakap tak berlapik" memang hati ini mudah terguris, bak dihiris-hiris dengan pisau...kita yang tersentap lebih2, sedangkan orang itu tak bermaksud apa2, dan menganggapnya hanya gurauan biasa....lalalalalalalala...
.
.
.
.
Disebabkan tak suka kecoh2, menangis adalah jalan yang terbaik...kalau dulu, menangis sorang2, pujuk hati sorang2...tapi sekarang, nasib baik ada suami di sisi...leh mengadu dan menangis depan dia..hehehehe...yang penting suami tahu pucuk pangkal cerita yang sebenarnya...dan mengerti bahawa isterinya adalah seorang yang sangat lembut hatinya dan sedikit sensitip....hehehe....
.
.
.
.
Let's past is past..yang penting masa yang terkehadapan perlu dilaluinya seperti biasa...cuba atasinya dengan sebaik mungkin....cuma tengah mencari jalan untuk berubah dari seorang yang pendiam kepada lebih becok...huhuhu...boleh ke? Hanya kawan2 yang terdekat sahaja yang mengenali diri ini...sebenarnya insan ini bukanlah seorang yang pendiam sebenarnya...diri ini boleh menjadi seorang yang sangat "kecoh" kalau serasi dengan keadaan disekelilingnya....




Nota cinta KS: Saya rindukan teman2 yang sangat memahami hati ini.... Miss u sooo much Dalie, Anna dan WanJu....(menangis......)





Sabarlah wahai HATI

2

Inilah yang dikatakan dugaan
Walaupun sebelum ini HATI ini begitu memahami
Namun apabila sampai waktu dan ketikanya
Hati ini akan diuji kesabarannya





Nota kaki: Fahamilah bahawa HATI ini cuba untuk memahami...tapi adakah HATI itu belajar untuk memahami HATI ini juga?


Akhirnya...

7


Akhirnya....siap jugak kad yang ditempah.... Walaupun banyak sangat masalah yang menduga, padahal simple je pon kad tu....bukannya grand2 sangat pon...tu pun makan masa yang sangat lama untuk siap.. Janji kemain lagi boleh siap pada tarikh yang dikehendaki oleh pelanggan..tapi HARAM... puas kena gertak, baru la nampak rupa kad ni....
.
.
.
.

JANJI PERTAMA

Walaupun majlis tinggal sebulan lebih je, sure u alls kata " Ek eleh, kecoh betul la minah ni...sempat sangat nak edarkan kad dalam masa sebulan". Oppsss, sori la ye... bukan masalah sempat ke tak sempat! TAPI ianya adalah masalah service yang diberikan... Bak kata omputih cakap "Customer is ALWAYS right!". Haa, itu yang cik Kasih nak tekankan disini... dah la cik Kasih dah buat full payment since buat tempahan pada 11/12/2010. Bak kata person-in-charge, kad boleh siap dalam masa beberapa minggu sahaja...design (1 minggu), proses cetak 1 hari sahaja....So, dalam kepala sempat la berkira-kira, "Mmmm, memang sempat sangat la kalau nak bawak balik ke Terengganu pada 19/1/2011". Orang kedai tu pon gtau yang kitorang boleh datang ambil kad kat kedai paling lambat adalah sehari sebelum kitorang bertolak balik ke Trg... means 18/1/2011 la...
.
.
.
.
TAPI... bila beberapa hari sebelum bertolak balik, lain pulak jadinya....time tu memang dah panas bontot dah. Ikutkan hati, nak je pi serang kedai tu, nak bakar je kedai tu rasa cam kejam pulak...kesian kat pekerja2 yang cari rezeki kat kedai tu....huhuhu.... Nak tau apa reason diorang bila gtau yang kad kitorang tak sempat siap pada hari yang sepatutnya SIAP?
.
.
.
"Kad tu saya dah hantar untuk dicetak. So, sekarang kad tu sudah berada di bahagian production. Tapi bos saya cakap, dia nak setelkan kad untuk majlis yang akan berlangsung pada bulan Februari dulu. Yang bulan 3 kena HOLD dulu".

"Eh eh eh eh.... banyak cantik!!!! Mana boleh macam tu... Habis tu, kalau diorang tempah after kitorang tempah, still nak proceed yang diorang dulu ke? Ini tidak ADIL... first come first serve la...Time kitorang tempah dulu, takde pulak bagitahu flow yang ntah hape2 tu...Saya tak kira, bagi no BOS awak.. saya nak bercakap dengan DIA!" --> WAH! Time tu cik Kasih dah tak peduli dah...apa nak jawab pada Mak + Ayah kat kampung if kad tu tak bawak sekali time balik nanti. Dah la, after tu cik Kasih dah tak berpeluang balik Kg lagi dah...balik2 pon seminggu sebelum majlis berlangsung...huhu...nak menangis pon ada time tu...
.
.
.
.

Bila dah dapat nombor BOS kedai tu, tanpa membuang masa terus la cik Kasih dial....tapi.....sangat KECIWA sebab.........

"Nombor yang anda dial tidak dapat dihubungi...." --> Eeee...memang bengkek giler time tu...terus call person-in-charge tu balik semula...

"Saya dah agak dah, BOS selalu tutup handphone." --> Ada handphone tapi tak guna..p campak longkang la henpon tu lagi bagus!

Terus direct cik Kasih cakap. "Pukul berapa BOS awak masuk kedai? Saya nak jumpa dia hari ni jugak!!" - perghh, degree kemarahan dah naik 200% dah ni.....

"Bos masuk office tak menentu..kadang2 kalau dia datang pon kejap2 je...tak sampai setengah jam datang, pastu keluar...pastu dah tak datang2 dah." --> Owh tidak, lagi mendidih hati ni..."Teruk betul cara BOS awak bekerja. Habis tu, selain BOS awak, siapa lagi yang boleh saya hubungi?"
.
.
.
.
.
.
.

 JANJI KEDUA

Setelah berhubung dengan orang bawah sikit daripada BOS yang dikenali sebagai En Rahmat (bukan nama sebenar), perasaan bertukar sedikit lega sebab dia memberi jaminan yang kad tu sempat siap sebelum kitorang balik ke Trg pada 19/1/2011 (Rabu).

Tapi, PASRAH juga akhirnya sebab kad tu memang tak siap2 jugak....En Rahmat mintak maaf bagi pihak kedai sebab ada sedikit masalah teknikal pada bahagian production. Mesin rosak katanya...walaupun mungkin itu hanyalah rekaan semata2...huhu...katanya lagi, kad tersebut akan siap pada 22/1/2011 (Sabtu)....disebabkan kesilapan adalah berpunca dari pihak mereka, so, mereka mengambil keputusan untuk mengePOS kad2 tersebut ke Trg dan akan menanggung kos penghantaran tersebut.

.
.
.
.
cik Kasih dah tawar hati dah. Lantak engkau la bila nak siapkan kad tu sebab pada hari Sabtu (22/1/2011) yang dijanjkan, kad still jugak tak siap2.... dalam tawar hati, still jugak tergerak nak follow up ngan diorang pasal kad tersebut. Pada 25/1/2011, cik Rashidah (bukan nama sebenar), bagitahu yang kad dah siap. Tapi envelope belum siap! Aduhai...pah satu, satu masalah...cik Kasih diam je, malas nak gaduh2...dah dua kali buat janji palsu.. dah penat dah berharap lebih2...
.
.
.
.
.

Akhirnya, baru semalam kad yang ditunggu-tunggu saban hari, kini berada kat depan mata. Tu pun amik kat kedai hanya 200 keping. Lagi 800 keping, pihak kedai akan meng'POS' ke Trg...Mudah2an kad2 tersebut akan selamat sampai ke destinasi. Kalau tak sampai, cik Kasih tak akan teragak-agak untuk menyaman kedai tersebut dan akan mengBOIKOTnya sampai bila2...
.
.
.
.

 ini la rupa kad yang lama sangat ambil masa nak siap....huhuhu...

InsyaAllah, awal ke pertengahan Februari kad2 ini akan mula diedarkan kepada teman2 dan sahabat2 yang terdekat....




44 days LEFT!!

7

Masa berlalu sangat cepat dan pantas. Pejam celik pejam celik tinggal 44 hari sahaja lagi... Ini bermakna sebulan lebih sikit je lagi untuk bergelar "Raja Sehari". Rasa cam tak percaya je...huhuhu...


Tapi kan, juz nak tanya la pada yang telah mendirikan rumah tangga.. sure la u alls dah ada pengalaman saat2 bergelar raja untuk sehari tu kan..hehehehe....
.
.
.
.

Masalah tak la besar sangat pun... Tapi kan, agak terganggu jugak kehidupan sebagai seorang pelajar...huhuhu....Adeih!!! Lately kenapa la perasaan ni agak lain macam sikit. Seolah-olah cam tak ready lagi untuk melangkah ke alam rumahtangga. Konon  je, sebelum ni kemain lagi.. Bila tanya pada diri sendiri "Bersediakah kamu untuk bergelar seorang isteri?"..Wah..dengan yakinnya..."Ye, sudah bersedia...". Pendek kata memang dah bersedia dari segala sudut la...mental + fizikal + rohani + jasmani.. sudut tirus, sudut cakah pun turut ready sama....
.
.
.

tapi kenapa bila dah dekat2 nak majlis, hati ni jadi ragu2...Eh, jangan silap faham pulak! En Tunang saya tak buat hal...dia BAIK ok!! pendek kata masalah ni langsung takde kena mengena dengan orang lain..tapi penyumbang utama kekusutan ini adalah datangnya dari DIRI SENDIRI....huhu...pernah jugak mengadu pada kawan2 yang terdekat.. tapi diorang selalu cakap "Itu adalah perasaan NORMAL bagi orang yang NORMAL." huhuhu... so, kiranya NORMAL la ea kalau perasaan ni asyik mengganggu hari2 aku sejak dua menjak ni....



Nota kaki : Persiapan kahwin berjalan agak lancar dan agak tidak lancar.. Ada yang dah setel, ada yang belum... Fokus untuk majlis kahwin je yang lebih, prestasi kerja2 phD agak menurun...tambah pulak beban kerja tugas2 pembantu felo di kolej... Semoga aku tabah + kuat untuk menghadapi semuanya....InsyaAllah, semoga dipermudahkan....


tak terluah!

0



Apa perasaan kamu sekarang?
Mungkin ada yang gembira sebab esok hari minggu
Mungkin jugak ada yang sedih sebab hari minggu pun kena kerja jugak
Mungkin ada yang 'frust' sebab mungkin ada sesuatu yang tidak sempat dilaksanakan
dan mungkin jugak tak ada perasaan sebab setiap hari adalah sama, tak ada bezanya dengan hari2 yang lain.
.
.
.

Apa yang Kasih nak berkongsi hari ni adalah untuk menyatakan perasaan sepanjang minggu ni.
Pendek kata, minggu ni terasa tersangatlah pendek...
rasanya baru semalam hari isnin, tapi hari ni dah hari sabtu dah..
kerja yang semakin hari semakin menimbun.. rasa2nya tak pernah menyusut kot..
penat + sakit kepala + tension = pakej yang lengkap
.
.
.
.
tambah2 pulak emosi yang sedikit terganggu sejak dua menjak ni
perasaan rindu pada seseorang begitu meluap2
rindukan suaranya, gelak ketawanya dan gurau sendanya..
minggu ni terasa sepi tanpa semua itu..
Semoga cepat sembuh ye!
'AKU' rindukan semua tentang kamu...





Nota kaki : maaf ye! entri yang agak emosi....huhu



Saya nak makan durian...

4

Durian... saya nak makan durian...huhu.. jeles betul la dengan mereka2 yang buat entri pasal makan2 buah durian... dalam tahun ni, baru sekali makan buah durian, tu pun time mesyuarat bersama staf kolej ada orang kasi, fresh dari kebun..tapi tak puas la makan masa tu..saya nak makan buah durian lagi...;(


siapa2 yang ada kebun durian kat area JB, ajak la saya makan2 buah durian...nak balik Terengganu lambat lagi ni... agak2 buah durian kat kampung dah gugur belum ye.. takpe2..malam ni nak telefon mak, suruh simpankan 10 biji untuk saya...hehehehehe
.
.
.
.

ikutkan boleh je nak pergi beli kat Jusco..tapi tak fresh la... Saya nak makan durian kampung yang isinya kuning keemasan seperti dalam gambar di atas...hehehehehe...bila ye saya dapat merasai nikmat makan buah durian itu?mmm???




Berdiam diri adalah jalan yang terbaik...

3



pssttt...ini adalah peringatan untuk diri sendiri!
jangan terlalu mudah untuk melafazkan kata2 ataupon memberikan pandangan
walaupon ianya datang dari hati yang ikhlas, tapi ianya boleh disalaherti oleh orang lain
sebab rambut sama hitam tapi hati lain2, kita tak tahu apa yang terlintas dalam hati orang kan
mungkin ada pihak yang tidak boleh terima apa yang kita perkatakan
so, from now on i want to be a new one
kena berhati2 dalam meluahkan pendapat ataupon menyatakan hasrat yang terbuku di dalam hati
kalau dah tak tahan jugak nak komen, diari adalah tempat yang paling sesuai untuk ku coretkan semuanya


nota kaki : entri ini tidak ada kaitan langsung dengan rakan2 bloggers yang lain.. sebab Kasih tahu u ols semua sangat sporting dalam memberi dan menerima pendapat orang lain.. betul tak? (",)


Ampun dipinta...

5

Tengok tajuk mesti u ols pon dah tahu kan.
Entri kali ni Kasih nak ucapkan kata2 maaf kepada semua insan terutamanya yang berada berhampiran dengan diri Kasih, mungkin ada di antara kalian yang terguris perasaan ataupon kecik hati dengan Kasih yang sejak dua menjak ni asyik nak marah2 je... kadang2 patah perkataan yang terkeluar dari mulut Kasih pon tak selembut dulu, tapi itupon kadang2 je rasanya... Honestly, itu semua bukanlah datang dari diri Kasih yang sebenarnya... entahlah Kasih pon perasan perubahan yang berlaku atas diri Kasih... sori bebanyak kalau ada yang terasa...

Diriku diam tak bermakna 'benci'
Diriku tertinggi suara tak bermakna 'marah'
Diriku bermasam muka tak bermakna 'tak suka'
tapi itulah hakikatnya... diri Kasih tetap seperti dahulu
kalau ada yang perasan terhadap perubahan itu, anggaplah ianya tak pernah berlaku
fahamilah dan ketahuilah
terlalu banyak yang bermain di fikiran Kasih sekarang ni
kepada mereka2 yang betul2 kenal akan diri ini pasti faham dan memahaminya
lagipon Kasih bukanlah seorang yang suka marah2 tak tentu pasal, membenci seseorang apatah lagi
pasti kalian tidak pernah tahu, malam2 sebelum tido airmata Kasih pasti akan mengalir pabila teringat balik apa yang telah Kasih lakukan..menyesali perbuatan diri sendiri....ternyata ianya bukanlah datang dari diri Kasih yang sebenar...




sambung phD ke kawin...

10

umur dah 25 tahun dah...sememangnye dah layak untuk Kasih melangkah ke alam rumah tangga... bila tengok kawan2 ramai yang dah bina family masing2... ada yang menunggu saat2 kelahiran si comel sebagai pengikat kasih sayang yang terbina, tipu la kalau nak kata perasaan cemburu tak pernah wujud dalam diri ni... tapi nak buat camne kan, belum ada jodoh! Sabar ye cik Kasih... (jangan nak gatal2 mintak nak kahwin pulak...kamu tu perempuan, malu dek orang je --> monolog dalaman, huhu)
.
.
.
.

xpe2... kalau orang tu belum sudi lagi nak sunting diri ni sebagai ratu hidup dia..takkan kita pulak yang nak kena terhegeh-hegeh mintak dia masuk pinang kite kan...cukuplah bagi hint sekali dua...kalau dier wat tak tahu je, kite pon buat2 la tak tahu jugak..fair kan!!!! hahahahaha....

.
.
.
.



dah tak nak la sesakkan fikiran fikir benda2 tu semua
baik fikirkan untuk diri sendiri...tengah dalam perkiraan untuk terima tawaran untuk sambung phD ni...bos pon asyik tanya keputusan je...huhuhu... sabar la Dr, bukan senang nak buat keputusan nih... serabut dah fikiran ni...rasa2nye sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk Kasih buat keputusan kot... bile semua benda dah setel, baru boleh wat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri...



masih sayang...

4

semalam time Kasih sedang berdukacita
mood nak berblog pulak 'kureng'
juz sempat la berblogwalking ke beberapa rumah tuan tanah 
tu pon beberapa kerat je, yang terpilih la kirenye..

nak tau tak apa yang Kasih buat tuk hilangkan rasa sedih yang teramat time tu?
ni ha! Kasih layan citer "Semerah Cinta Stiletto"
.
.
.


bila tengok citer ni hilang la sikit rasa sendu dalam diri
gelak kuat2 time part kelakar (aksi Cat Farish)
sampaikan dah x endah rumet yang 'menumpang' kat bilik tengah wat preparation tuk presentation pagi tadi
habis je layan ceriter terus tido
tak nak pikir apa yg sedang berlaku.. huhuhuk
.
.
.
.
.
.

tapi sempat jugak la Kasih dapat pengajaran dari ceriter ni
nak tahu tak apa dier?
.
.
.
"Memang tak ada kesempurnaan dalam hidup seseorang..
tapi yang wujud hanyalah kebahagiaan
oleh itu
janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam diri
cukuplah dengan kebahagiaan sebagai pelengkap untuk mengecap rasa bahagia"






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)