Showing posts with label kahwin. Show all posts

Review Majlis Kahwin sebelah JB...

4
 
 
Salam semua
Walaupun majlis ni dah berlangsung bulan Mei yang lepas (dah lama kot ianya berlalu pergi), tapi atas permintaan ada yang nak tengok gambar2 kahwin ni, so aku update la....masukkan gambar sikit2, mana yang aku rasa perlu dimasukkan dalam blog ni...hehehehehe....
.
.
.
Seperti yang telah sedia maklum, majlis kat sebelah JB (sebelah suami) ni combine sekali dengan majlis adik ipar (SIL), so ada dua pengantin la ye...hehehe...Majlis ni diadakan di Dewan Serbaguna Johor Jaya, JB. 

 [Ketibaan pengantin]

Tetiba teringat peristiwa yang berlaku sebelum pengantin sampai ke dewan. Kalau nak tahu, tayar kereta yang pengantin naiki tu masuk dalam longkang....hahahahaha....berpeluh-peluh pengantin dibuatnya....terpaksa la pasangan pengantin yang lagi satu tu menunggu lama kat atas stage...Al-maklumlah, sebelum nak mulakan majlis, kenalah tunggu pengantin Sr datang bertandang dulu...hihihi...
.
.
.
 [Berjalan masuk ke dewan]

 Pengantin berpeluh berjalan masuk ke dewan. Dalam berpeluh-peluh camtu, senyuman still tak lekang dibibir...Hari bersejarah la katakan.....kena la lakarkan senyum yang paling manis buat tetamu yang datang (",)
.
.
.
 [2 pasang pengantin berserba 'purple']

Majlis dimulakan dengan bacaan doa bagi mendapatkan keberkatan dari Yang Esa.
.
.
.
.
 [Bersama pengapit pengantin... Imran & Azie]

Terima kasih diucapkan kepada pengepit kitorang...hehehehe...especially kepada Azie yang sudi jadi pengapit aku. Last minit baru ada calon pengapit setelah aku bingung + pening nak suruh siapa setelah masing2 tak nak meng'offer'kan diri...malu dan segan katanya....huhuhu...
.
.
.
.
 [Santapan raja sehari]
.
.
.
.
[Bersama famili tercinta]

Mak + ayah + kakak + abang + anak2 saudara yang semuanya sporting..... Tanpa diorang semua tak bermakna majlis tersebut. Walaupun masing2 penat travel datang dari jauh (dari Trg, Penang, KL, Melaka & N9), tapi korang semua memang TERBAEK! Luv u ols....




Setelah sekian lama menunggu...

9

Majlis kahwin sebelah suami kat JB adalah 29 Mei 2011.
Sekarang dah masuk bulan Ogos 2011...Hurmm cuba bayangkan berapa lama aku menunggu untuk gambar2 dari photographer tu siap...Dah la, gambar2 sepanjang majlis kat JB aku bergantung sepenuhnya kepada dia yang jugak merangkap sebagai kawan aku...Kami sama2 belajar kat MRSM dan UTM dulu...Fuh!! Tapi aku tak kisah sangat la gambar2 tu lambat bebenor untuk siap diedit untuk storyboard yang aku tempah. Janji siap dan hasilnya memuaskan. "Memuaskan" disini maksudnya selagi design yang dibuat tidak memuaskan hati, selagi itulah gambar2 tersebut tidak akan dihantar untuk printing. Bagus la cara kerja macam tu, tak la kene hamun kalau hasil tak seperti yang diharapkan! Betul tak? Teringat pulak gambar2 kahwin aku kat Trg dulu, memang hampeh sesangat... Kemain aku beria2 bagitau diorang nak buat macam tu dan macam ni, dan kononnya  jugak la mereka mampu melaksanakan segala impian dan angan2 aku tu....Sekali album tu siap, huh..frust menonggeng! Tidak seperti yang diharapkan....Tarikh salah, gambar di"stretch"kan..tak pasal2 jadi pengantin kembang lagi kontot...huhuhu.....Alamak, baru perasan entri kali ni berbaur mengumpat..hahahahaha....Dah la bulan puasa...Ya ampun!!!
.
.
.
.
.
Sebelum dosa mengumpat bertambah semakin banyak, better stop di sini.
Sebelum mengundur diri, meh nak tayang sikit (sekeping je pon) gambar kahwin aku kat JB aritu...hihihihi....Walaupun pengantin dah basi, tapi still jugak nak tempek gambar tu kat sini....Ada aku kesah? Hahahahaha....

[Pengantin baru yang dah tak baru....dah hampir2 nak basi dah]

Ni adalah salah satu gambar yang diemelkan kepada aku sebagai first draft hasil kerja fotografer a.k.a kawan sekolah lama aku. Hehehehe.....Status sekarang adalah menunggu story board + gambar2 tu siap. InsyaAllah hujung minggu ni siap dan akan diposkan. Mudah2an gambar2 tu selamat sampai dalam keadaan yang baik...bimbangkan gambar frame kanvas tu, takut rosak......huhuhu....



Married already...(",)

5

Alhamdulillah, pada 11.03.11 yang lalu, KS sudahpun selamat bergelar isteri kepada Fakhrul Anwar bin Khalil.. dengan hanya sekali lafaz, kami sah bergelar suami isteri. Syukur padaMu Ya Allah kerana mempermudahkan segala urusan pada hari tersebut.

Wajah yang terpancar rasa bahagia saat selesai majlis akad nikah. Kini tanggungjawab sudah bertambah... Doakan semoga KS menjadi seorang isteri yang solehah kepada si suami.. InsyaAllah.

Hati sedikit gugup....perasaan macam tak percaya dah jadi isteri orang...hahahahahaha....
.
.
.
.
.


Keesokkan harinya, 12.03.11 merupakan hari persandingan kitorang.
Majlis persandingan mula awal iaitu jam 11.00 pagi. Walaupun hujan lebat, tapi perjalanan majlis tetap berjalan seperti yang dirancang. Kesian budak2 kompang, terpaksa berkompang dalam hujan mengiringi pengantin.

 Serius betul muka pengantin...hehehehehe....terima kasih banyak2 diucapkan kepada Ana dan Epul sebab sudi kepit kitorang...hahahahahaha...kedua2nya diimport khas dari UTM. Ana merupakan best buddies KS dan Epul pulak junior En Hubby.


 Gambar pengantin malu2 saat ditepung tawar...hahahahaha....tekun betul para pengepit pengantin buat kerja...takpe2, sudah sesi renjis merenjis kita g serang makanan ye! (",)
.
.
.
.
.
.

Sekian dulu edisi review majlis perkahwinan KS dan pasangan tempohari. Doakan kebahagiaan kami suami isteri ye...Sorry sebab lambat stori mori citer kawen ni...hehehehe...ingatkan nak tunggu gambar dari fotographer, tapi dah ramai sangat yang request, tak sedap hati pulak nak peram gambar lama2...hehehehe...









44 days LEFT!!

7

Masa berlalu sangat cepat dan pantas. Pejam celik pejam celik tinggal 44 hari sahaja lagi... Ini bermakna sebulan lebih sikit je lagi untuk bergelar "Raja Sehari". Rasa cam tak percaya je...huhuhu...


Tapi kan, juz nak tanya la pada yang telah mendirikan rumah tangga.. sure la u alls dah ada pengalaman saat2 bergelar raja untuk sehari tu kan..hehehehe....
.
.
.
.

Masalah tak la besar sangat pun... Tapi kan, agak terganggu jugak kehidupan sebagai seorang pelajar...huhuhu....Adeih!!! Lately kenapa la perasaan ni agak lain macam sikit. Seolah-olah cam tak ready lagi untuk melangkah ke alam rumahtangga. Konon  je, sebelum ni kemain lagi.. Bila tanya pada diri sendiri "Bersediakah kamu untuk bergelar seorang isteri?"..Wah..dengan yakinnya..."Ye, sudah bersedia...". Pendek kata memang dah bersedia dari segala sudut la...mental + fizikal + rohani + jasmani.. sudut tirus, sudut cakah pun turut ready sama....
.
.
.

tapi kenapa bila dah dekat2 nak majlis, hati ni jadi ragu2...Eh, jangan silap faham pulak! En Tunang saya tak buat hal...dia BAIK ok!! pendek kata masalah ni langsung takde kena mengena dengan orang lain..tapi penyumbang utama kekusutan ini adalah datangnya dari DIRI SENDIRI....huhu...pernah jugak mengadu pada kawan2 yang terdekat.. tapi diorang selalu cakap "Itu adalah perasaan NORMAL bagi orang yang NORMAL." huhuhu... so, kiranya NORMAL la ea kalau perasaan ni asyik mengganggu hari2 aku sejak dua menjak ni....



Nota kaki : Persiapan kahwin berjalan agak lancar dan agak tidak lancar.. Ada yang dah setel, ada yang belum... Fokus untuk majlis kahwin je yang lebih, prestasi kerja2 phD agak menurun...tambah pulak beban kerja tugas2 pembantu felo di kolej... Semoga aku tabah + kuat untuk menghadapi semuanya....InsyaAllah, semoga dipermudahkan....


Wedding of the year 2010...

5

Cam tak puas je tengok siaran langsung persandingan Dato' Sheikh Muzaffar Shukor Dan Dr. Halina pada hari ahad lepas. Sure ramai yang gigit jari sebab angkasawan negara yang hensem itu sudah pon menamatkan zaman bujangnya...

Walaupun dah tengok 'live' kat TV3, tapi aku still jugak nak mencari gambar persandingan mereka kat internet. Cantik la baju sanding Dr Halina...kena pulak dengan tuan empunya badan yang memang cantik manis orangnya.. Bagi aku, pasangan ni memang sepadan la.. sweet couple... mudah-mudahan hubungan diorang kekal hingga ke akhir hayat...


kredit kepada gua.com.my untuk gambar yang sangat cantik.


nota kaki: tahniah kepada kawan2 yang selamat menamatkan zaman bujang masing2 pada 10.10.10. Semoga hubungan kalian mendapat keberkatan dari Ilahi dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.





Majlis perkahwinan Dalie - part III

0
Liputan terakhir sebagai special entri untuk Raja Sehari... walaupun hujan turun dengan lebatnya semasa ketibaan pengantin lelaki, namun begitu majlis yang dirancang tetap berjalan dengan lancar... Hujan yang turun memberi seribu rahmat kepada "Raja Sehari".

Sabar menanti... Bukan senang2 camtu je dapat naik pelamin, kena la bayar tol dulu.... Seronok betul kitorang kenakan pengantin lelaki... nasib baik dah prepare 'angpau' banyak2, kalu tak konpem tak kasi lepas..jahatkan kitorang ni... yang beshnye, ni kira my first experience la jadik Tol Gate Girl..hahaha.. angpau yang aku dapat  boleh simpan..buat  berkat kata orang..hahaha

pasangan sama cantik sama padan... akhirnya percintaan sahabatku ini termeterai ke jinjang pelamin...

aucaakk... ewah ewah..sporting betul pengantin kita ni... dah dua2 mmg hantu kamera... pantang nampak kamera, ada aje pose2 spontan yang dibuat.. --> yeke yang ni pose spontan..mmm belasah aje lah...hihihi

HA! yang ni pulak barisan dayang2 istana... walaupon penat, tapi masing2 still pamerkan senyuman yang paling manis buat tetamu yang datang... u ols memang best la...


Majlis perkahwinan Dalie - Part II

2

Kembali untuk liputan bahagian ke-2 untuk majlis Malam Berinai...
First time join Malam Berinai... al-maklumlah kat Johor je yang ada majlis Malam Berinai..kat Trg mana ada semua ini... Walaupon majlis ini diadakan untuk saudara mara yang terdekat sahaja, tapi tetap meriah... siap tukar 4 persalinan baju lagi.. dahsyat dahsyat...

persalinan pertama (kebaya)
warna kebangsaan (Merah) tetap menjadi pilihan... (",)

persalinan ke-2 (pakaian Jawa)
cantik kan..ala2 Puteri Jowo gitu....

ishk3... sibuk betol baju color orange tuh... nak jugak bergambar dengan puteri Jowo..hahahaha

persalinan ke-3 (pakaian Korea)

persalinan ke-4 (pakaian India)
wah ala-ala Aishwarya Rai pon ade...kawan aku sorang ni kalu bab bergaya memang no.1 punye la... sinonim betol ngan title yang diberikan --> "Sawan Kamera" hehehe...janga mare ;p

nota kaki : Ada tak orang Trg buat majlis "Malam Berinai"? Teringin plak di hati ni nak adakan majlis tu... nnti boleh tukar banyak2 baju... alang2 ley tukar 10 persalinan..biar pengsan mak andam nak mengandam...hihi.. 


Majlis perkahwinan Dalie - Part I

0

Laporan sepanjang majlis perkahwinan my best fren - Nordaliza Zulkifli kini menyusul..hehehe...Majlis pernikahan adalah pada 2 April 2010 di Jalan Kasawari, Larkin, Johor Bahru. Alhamdulillah, kini sahabatku selamat menjadi isteri kepada Mohd Hazmi Hasan.. semoga mahligai yang dibina dirahmati Allah..Amin..

 wajah gementar.. saat-saat menanti majlis akad nikah

ni apa kes?? orang lain yang kawen orang lain pulak yang terlebey excited...hehehe... 

 ambik berkat duduk atas pelamin... mana la tahu kan, hari 'bahagia' untuk yang masih bujang bakal menyusul tidak lama lagi..hehehehe...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)