Rajin Berjalan, Cegah Nyanyuk...
8
.
.
.
Berjalan kaki selama 30 minit setiap hari dapat menghindarkan daripada beberapa penyakit serius seperti NYANYUK dan KANSER.
.
.
Demensia atau nyanyuk merupakan istilah yang digunakan untuk menjelaskan penurunan fungsi yang disebabkan oleh kelainan yang terjadi pada otak. Orang yang menghidap demensia biasanya sukar berfikir dengan baik sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan aktiviti harian mereka dengan baik.
Kajian terbaru mendapati aktiviti berjalan mampu mencegah demensia terutama ketika seseorang memasuki usia lanjut. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu mengurangi risiko menghidap penyakit lain seperti osteoporosis, diabetes, depresi, obesiti dan tekanan darah tinggi.
Sumber : Mingguan Wanita (17-23 Disember 2010)
Nota kaki : Jom kita pakat jalan kaki demi kesihatan...(",)