Showing posts with label bebelan. Show all posts

Ku ditinggalkan....

3


Ditinggalkan atau memang mintak ditinggalkan seorang diri kat rumah malam2 camni...hehehehehe... Suami ada tournament bowling dengan kawan2 sekolah lama dia dulu... Malas nak ikut sekali, sebab bohsan duduk je sensorang... Ni daripada pengalaman yang lepas2 la, bohsan yang amat bila 'bunga' dikelilingi oleh 'kumbang-kumbang'... Ada 'kumbang' bujang, ada jugak kumbang yang dah berkeluarga.... Nasib baik malam ni tak jadi nak balik rumah MIL, kalau tak, nak tak nak sure la kena ikut sekali.Lagipun, memang dah perangai suami yang memang nak bawak je isteri dia ni walau kemana dia pergi even keluar minum dengan memember lama dia...huh! Kalau tak memikirkan tak nak kena tinggal sensorang kat rumah, sure dah tak nak ikut sekali... Tapi malam ni, nekad! Walau apa pun yang terjadi, tetap nak stay sensorang kat rumah...huhuhu...  Itu pun dah siap tinggalkan pesanan kat suami, "Jangan balik lambat sangat ye!"..hehehehe...


Barang belum packing lagi ni.... Jumaat ni dah nak travel jauh....
Takpe, esok masih ada masa...
Malam ni buat list dulu barang apa yang hendak dibawa... Kang terlebih muatan susah pulak nak bayar lebih kat AirAsia nanti...





Overslept..

0

MasyaAllah...
Terkejut yang amat bila saat mata ni celik, pandang jam....matahari dah tinggi kat kepala dah....Tidur betul2 tak ingat dunia nih....

Ni semua gara2 stay up malam tadi, tolong Incik Suami siapkan proposal untuk permohonan Master beliau. Subuh baru tidur...tu pun masing2 terbungkang depan TV jek...mata dah mengantuk sangat2, tak sempat dah nak masuk tidur atas katil....janji dapat tidur....huhuhu....alhamdullillah, application untuk beliau sambung belajar dah dihantar, so, sem depan (September 2011) mula pengajian.... oooo yeaahh....let's study sesama ye...chaiyok2...
.
.
.

Akibatnya, kini kepalaku terasa berat yang amat...terasa dunia ni cam berpusing 360 darjah....Fokus nak buat kerja entah melayang ke mana...bawah mata toksah cakap la...dah sebijik macam panda dah rupanya....OH tidakk....layan mp3 kuat2 sensorang, kasi mood up sikit....lalalalalala...




Tak perlukan S.E.B.A.B

2


Semalam suami ada kursus "Healthy Living" kat fakulti.
Balik rumah time berborak-borak dengan suami... tetiba dia tanya satu soalan.
.
.

Suami : "Awak ingat tak, dulu awak pernah tanya kan...kenapa saya suka awak."
Isteri: "OK...ingat...kenapa?"
Suami : "Awak ingat tak, apa jawapan yang saya berikan?"
Isteri: "Ntah...awak jawab ke? Hihihihi..."
Suami : "Saya jawab, takde sebab kenapa saya suka awak kan. Betul tak?"
Isteri: "Hurmmm... (angguk kepala)"
Suami : "Haa..sama la jawapan saya dengan jawapan penceramah tadi."
Isteri: "Eh? Apa kena dengan sebab S.U.K.A dengan kursus "healthy living" awak tu? Ada kaitan ke? (bingung jap...)"
 Suami : "Memang takde kaitan..tapi soalan penceramah tu "Kenapa kamu sukakan isteri kamu?"
.
.
.
.
Diam seketika
.
.
.
.
 Suami : "Tapi betul la jawapan penceramah tu...sama pendapat dengan saya. CINTA aka S.U.K.A memang tak perlukan sebab... kalau saya kata saya sukakan awak sebab awak cantik, tapi nanti satu hari nanti kalau awak dah tak cantik, hilanglah rasa suka saya pada awak. Samalah juga kalau saya tetapkan sesuatu sebab yang lain kenapa saya sukakan awak...So, awak janganlah marah kalau saya tak ada jawapan untuk soalan yang awak tanyakan dulu ye...(",)..Saya suka awak sebab awak adalah awak, dah jadi I.S.T.E.R.I saya dah pun."
 Isteri: "Hehehehehehehehehe....."
.
.
.
.
.
.
.

Ya...itulah dia suamiKu...
Orangnya tak romantik (sikit2 ada la, jarang2 je), apatah lagi memang tak pandai memujuk...
TAPI
saya tetap S.A.Y.A.N.G sama kamu...hihihihi...(blushing)

yeah, gambar terbaru kami untuk tatapan semua...




Saki baki inai di jari...huhu

6

Dah 2 bulan lebih kawen, inai kat jari pon dah tinggal saki baki je lagi...lagi seminggu majlis kat sebelah suami pulak...nanti nak kena pakai inai lagi...huhuhu...belum sempat inai kat jari ni hilang sepenuhnya, nak kena tempek lagi nanti.


Sebenarnya mood nak naik pelamin untuk majlis sebelah suami ni kureng la...memandangkan banyak sangat due date yang perlu dikejarkan sebelum majlis tu...semuanya nak kena berikan komitmen yang tinggi. Penyelia sendiri pun dah bising2, performance kurang memberangsangkan katanya sejak dah kahwin ni...huhuhu...memang la, kalau dulu time bujang boleh la fokus 200% terhadap kerja2 research, stay up sampai malam duduk depan laptop cari idea kerah tenaga nak buat research paper. Tapi sekarang, semuanya dah berubah..sekarang 24 jam yang ada tu terpaksa dibahagikan kepada 3 (diri sendiri, suami dan rumahtangga). Baru sekarang rasa yang berat sebenarnya tanggungjawab bila dah bergelar isteri orang. huhuhu....
.
.
.
.
.

Yang lebih merunsingkan bila ada beberapa hal berkaitan dengan majlis seminggu lagi ni tak setel lagi... kasut nak pakai time sanding belum beli lagi ni...tunggu duit untuk bulan ni masuk dulu la...huhuhu...sempat kot...ala, beli yang biasa2 je kot...hehehe...pengapit pon belum ada lagi ni...sedih wooo, kawan2 terdekat semuanya tak sudi kepit i...huhuhu...xde la, bukannye diorang tak sudi, tapi tuntutan keje masing2 tidak membenarkan mereka berbuat sedemikian...arhhh, malas nak fikir sangat pasal tu...nanti2 ada la tu yang bakal jadi pengapit terjun..hehehehe....ok la, nak rehat jap...baru je sudah siapkan paper untuk conference kat Melaka awal bulan Jun depan. Harap2, tak banyak la yang nak kene komen dek supervisor nanti...nak fokus buat poster pulak ni...owhhh masa.....singkatnya rasa.....





Jom cuci2...

9

Alhamdulillah...setelah beberapa bulan kami (KS dan En Tunang) berusaha mencari rumah untuk disewa, akhirnya BERJAYA. Setelah hampir kesemua taman di sekitar Skudai kami pusing, finally dalam mudah.com.my jugak rezeki rumah untuk kami..hehehehe......nasib baik En Tunang terlintas nak bukak mudah.com. ;p hehehehe....Kiranya, tak jauh sangat la jarak rumah kami untuk ke UTM nanti. Lebih kurang dalam 10-15 minit je...

Keseluruhannya, kami sangat SUKA dengan persekitaran dan keadaan rumah tersebut. Dah la rumah itu sangat cantik...sebab tuan rumah sudahpun banyak membuat renovation pada rumah tersebut. Dapat pulak rumah corner lot. Sure En Tunang aka bakal hubby suka untuk adakan aktiviti2 sampingan kat situ...mayb bbq ngan kengkawan dia...wah wah wah!!! Siap ada taman yang cantik, boleh la kami bersantai-santai sampai minum petang kat situ nanti...hihihi...oppsss, jangan salah tafsir ye, aktiviti2 tersebut akan dilakukan setelah kami sudah sah menjadi suami isteri nanti!!! ;p


Secara rasminya, rumah itu kami sewa bermula bulan Februari. 2 hari lepas En Tunang dah sign agreement dengan tuan rumah yang turun dari Putrajaya. Kiranya dalam sebulan sebelum kami bernikah, En Tunang la yg akan duduk kat rumah tu sorang2...hehehehe... bagus jugak, paling tidak nanti KS cuma perlu cuci kaki je bila masuk rumah tu bulan depan...hehehehe....

Takde la...kejam la pulak camtu kan! 
Tu kan bakal rumah kami berdua, so segala keperluan rumah kami sediakan bersama-sama.
Kebetulan Jumaat aritu kan cuti sempena CNY, so KS meluangkan masa untuk tolong2 En Tunang kemas2 pape yang patut kat rumah tu. Walaupun pada mulanya En Tunang tak nak ajak KS sama2 kemas2 rumah tu...alasan?? Takut KS penat.. tambah pulak dia nak suruh KS concentrate pada kerja2 phD...Oh tidak!! Terharu sungguh rasa! Tapi, ketahuilah wahai En Tunang bahawa tunangmu ini degil orangnya...hahahahahaha.... lagipun, bagi la can pada KS tuk jejak kaki kat dalam rumah tu...tak sabar nak tunggu bulan 3 nanti...setakat tengok luar je mana puas...hihihi...

Setelah sehari suntuk kemas2 kat rumah tu, akhirnya siap. Walaupun rasa cam nk patah pinggang (oppss..diam2 tau..tak leh mengaduh! nanti kena sindir dek En Tunang..hehehe) ni akibat berperang sensorang kat dapur mencuci pinggan mangkuk cawan gelas segala bagai hasil pemberian bakal mak mertua (uhuk uhuk...blushing..) semasa ketiadaan En Tunang dan kwn2nya pergi ke masjid...solat Jumaat...hehehehe...perghh...diorang balik je, pinggan2 tersebut semuanya dah suci bersih dah, tunggu masa tuk dikeringkan sebelum simpan dalam kabinet..(",)

ok la, dah panjang membebel sensorang...pen OFF!!



Nota kaki : tak sabar nak duk masuk rumah tu bulan Mac nanti...hehehehehe







Wedding of the year 2010...

5

Cam tak puas je tengok siaran langsung persandingan Dato' Sheikh Muzaffar Shukor Dan Dr. Halina pada hari ahad lepas. Sure ramai yang gigit jari sebab angkasawan negara yang hensem itu sudah pon menamatkan zaman bujangnya...

Walaupun dah tengok 'live' kat TV3, tapi aku still jugak nak mencari gambar persandingan mereka kat internet. Cantik la baju sanding Dr Halina...kena pulak dengan tuan empunya badan yang memang cantik manis orangnya.. Bagi aku, pasangan ni memang sepadan la.. sweet couple... mudah-mudahan hubungan diorang kekal hingga ke akhir hayat...


kredit kepada gua.com.my untuk gambar yang sangat cantik.


nota kaki: tahniah kepada kawan2 yang selamat menamatkan zaman bujang masing2 pada 10.10.10. Semoga hubungan kalian mendapat keberkatan dari Ilahi dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.





Bulan 7 yang sangat busy....

2

Selamat malam semua..oppss dah pagi rupa2nya ye...
mata belum mengantuk setelah pekena semangkuk megi ayam..nyummy...
walaupun tadi sempat layan muvi "The Last Airbender" bersama-sama geng The Jantans (pinjam ayat Wiwin, hehehe..jangan marah ye!), tapi dek kerana malam sudah larut, dan anak dara tak elok balik lewat malam, habis je muvi terus balik hostel... maka, terpaksa la menahan perut, layan megi sorang2 kat bilik (psst...dah tak ingat diet dah time ni, ;P)

mmm entri kali ni bukanlah nak bercerita tentang cerita "The Last Airbender" tu..tapi nak bagitau kemana menghilangnya cik Kasih ni...sibuk bebenor nampaknya ye...sampaikan senyap je tanpa berita..hahahaha...sibuk mengalahkan PM namak gayanya... trafik untuk bulan 7 sangat teruk..uwaa...sedihnya...duit nuff pon dah tak "masyuk"...padahal BE asyik berkelip-kelip keluar... tak sempat nak blogwalking, so trafik pon kurang memberangsangkan....

nak tahu tak, apa la yang Kasih buat sampaikan sibuk memanjang kan... mai sini Kasih nak 'habaq'... sebenarnya sebelum ni Kasih sibuk menguruskan urusan pendaftaran phD yang baru Kasih daftar pertengahan Julai aritu... ala, setakat daftar nampak cam mudah je kan... memang la.. daftar memang la senang, tapi persiapan untuk daftar tu yang leceh... nak kena siapkan proposal dalam masa yang sangat singkat...nak kena cari bahan tu yang leceh.. maklumlah benda baru... ibarat budak baru belajar nak merangkak la... hai..bila fikir balik, boleh ke Kasih buat phD ni...semoga dipermudahkan semuanya la ye...Amin...

selesaikan je urusan phD, Kasih sibuk uruskan permohonan biasiswa pulak...walaupun phD ni memang akan dibiaya oleh duit projek, tapi kalu dapat biasiswa lagi untung...kalau dapat biasiswa Zamalah UTM, lagi masyuk...doakan untuk Kasih ye... 

ke'bizi'an berterusan lagi dengan pertandingan INATEX UTM yang sedang berlangsung sampai esok (5-7 Ogos 2010)..Kasih tak nak cerita dulu pasal INATEX yang Kasih join ni..lain kali ye Kasih 'ngomong' sama kamu...kalau nak bercerita sekarang alamaknya panjang lagi la yang nak kena tulis...nanti2 la ye Kasih cerita..tunggu...(",) tak sabar nak menunggu majlis perasmian dan penutup pada petang esok... mana la tahu, kot2 dinobatkan penerima Gold Medal...mudah2an...kalau tak dapat gold pun, Silver Medal pun dah bersyukur sangat2...

so begitu la al-kisahnya.... pendek kata, bulan 7 merupakan bulan yang sangat kelam 'kelibut'... dalam sibuk camtu, Kasih sempat jugak ber'bisnes' menjual baju raya..hahahaha...maklum lah, puasa pun dah tak lama lagi kan... mesti la masing2 sibuk nak cari baju raya untuk melaram di pagi raya nanti...hehehe....



No idea..no mood...huh!

1
 
 
hai.. suram je rasa blog Kasih Suci ni tanpa entri baru...
Tuan rumah sangat sibuk, sampaikan tak sempat nak update blog..
Banyak sangat perkara penting yang perlu diuruskan... sampaikan 24 jam setiap hari tak cukup untuk selesaikan semua tugasan itu... Walaupun takde entri baru, tapi Kasih masih sempat berblogwalking, tu pun curi2 masa yang ada...tengah2 kepala dah berserabut, bila mana mata dah berat dan layu, time tu la Kasih pergi jalan2 menjenguk kawan2...hehehe...
 
bila ada ruang untuk ber'blog', idea pulak yang tarak...ayoyo...
punya la susah nak taip perkataan demi perkataan...
mengomel je lebih..huhuhu...
ok la, sebenarnya Kasih nak buat entri pasal hadiah GA NisaChoc.. tapi nanti la ea Kasih wat entri pasal tu... TUNGGU....
 
 
 

Kontrak Cinta...

17


Cinta Kontrak? cinta jenis apa tu? ingatkan kerja je yang kena ikat kontrak, rupe2nye cinta pun nak main kontrak jugak... hai manusia2.. tak faham betul la...
.
.

tapi kan, berdasarkan pemerhatian terhadap drama mahupun cerita2 dalam novel, kebanyakkan cinta kontrak ni tercetus dari pihak lelaki... betul tak? kalau tak betul, mintak ampun ye!hehehe.... Kasih bukannya nak membebel pasal cinta yang berkontrak tu.. tapi sebenarnya nak berkongsi tentang cerita yang baru habis ditayangkan kat tv3 sebentar je tadi...Tajuk telefilem tu adalah Kontrak Cinta lakonan Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad...
.
.
.
.


Jalan ceritanya sangat menarik... tengah2 buat kerja boleh terberhenti sekejap semata2 nak layan cerita tu sampai habis..hehehe...disamping tergoda dengan senyuman manis si Fahrin Ahmad tu, ada la beberapa perkara yang Kasih sempat rumuskan berdasarkan apa yang ingin disampaikan melalui cerita ni. Antaranya adalah :

- Kepada lelaki2 di luar sana, jangan takut terhadap sesuatu jalinan ikatan perkahwinan. Perkahwinan bukanlah penghalang untuk kamu tidak boleh meneruskan aktiviti2 bujang kamu sebelum ni. Cuma, keadaan sudah berubah kerana apabila dah berkahwin, ada pihak kedua yang perlu tahu setiap apa aktiviti yang anda lakukan. Opps.. bukanlah untuk mengongkong tapi sekadar ingin tahu. hehehe--> (Khusus untuk kaum lelaki).

- Pentingnya sikap bertolak ansur dalam sesebuah hubungan. Sikap mengalah dengan pasangan masing2 bukanlah bererti anda sudah kalah, tapi ianya dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang boleh membawa kepada pertengkaran..

- Dan yang paling penting ialah cinta perlu diluahkan. Kalau tak diluahkan, macam mana orang tu tahu yang kamu cintakan dia. Betul tak? (",)
.
.
.
.
.
Ok..tu je..
Ikhlas dari Dr. Cinta..wakakah....
-ADIOS-



BE lagi - Munchy Music

5



yeay dapat BE lagi setelah sekian lama ia menyepi...
pagi tadi check akaun..hehehe...alhamdulillah... tQ ye En NUFF..
.
.
.
.
.
.

malam yang sungguh sepi
berblogging sambil layan semangkuk Maggi Ruski (tetiba lapar setelah bangun dari lena yang agak panjang..hehehe)
TV terpasang je... kesian pulak 'dia' membebel sensorang.
lagipun cerita KingKong tu dah banyak kali tengok
bosan pulak tengok bebanyak kali
.
.
.
.

mmm apa aktiviti untuk malam ni ye?
mata pun tengah segar bugar ni... huhuhuhuhu....




Dah takde keje ke?

9

Berbulu biji mata ni bila mana aksi tak sepatutnya berlaku di depan mata ni... Tahu la kat blok tu tengah tak ramai orang, maklumlah sem baru, minggu depan baru mula..
Tapi takkan la tak nampak bayang manusia (Kasih la tu!) tengah berjalan melintasi diorang.. kemain lagi bergelak ketawa, belai membelai dan siap KISS (aksi mulut ke mulut ok!) lagi...
.
.
.
maunye tak terbeliak mata Kasih pandang diorang
boleh pulak berlagak tak bersalah
nasib baik si 'mamat' tu blah lepas tu.. dan si 'minah' pulak masuk blok
Kalau tak ada je yang kena sembur dek Kasih
.
.
.

Nak tahu tak siapakah gerangan si 'minah' dan si 'mamat' itu?
mereka2 itu adalah pelajar2 antarabangsa dari negara Iran... dah la datang negara orang, lepas tu boleh pulak buat 'pencemaran' mata kat negara orang...tak hormat langsung budaya warga tempatan... yang tak tahan tu, si 'minah' pulak tu yang lebih2... yang si 'mamat' tu rilek je... kalau takde orang masa tu entah2 ditariknya si 'mamat' tu masuk dalam blok...uish jahat pulak mulut ni berkata-kata...ampun pak!
.
.
.

Tapi betul la... dah banyak sangat dah masalah2 dari spesis mereka2 tu yang selalu sangat buat masalah kat dalam kolej... yang parahnya kami2 (Felo2 dan Pembantu felo kolej) ni la! penat benor nak melayan karenah2 diorang yang ntah pape tu... kalau nak diceritakan satu persatu memang tak larat nak cerita kat sini... ok la, Kasih nak stop kat sini dulu la... nanti tak pasal2 terkeluar istilah2 ynag tak patut ditulis memandangkan emosi diri tak berapa nak stabil saat dan ketika ini bila terkenangkan perangai si 'mamat' dan si 'minah' Iran tadi tu... babai...




Happy bercampur marah...

10

Tak tahu nak gambarkan perasaan ketika ini...
Geram ada, marah pon ada...
TAPI
disudut hati ni GEMBIRA tak terkata
sebabnya memang jawapan ini yang Kasih harap2kan dan nanti2kan sejak dua tiga hari ni...


apa yang berlaku sebenarnya?
nak cerita pon cam kelakar je... kalah ceriter kartun kat dalam tv
dah la dua tiga hari ni kelam kabut sikit, sibuk dengan aktiviti kolej, tertekan dengan kerja yang bertimbun-timbun, belum campur dengan perselisihan faham dengan rakan seperjuangan... ni tambah pulak dengan isu pindah memindah.... hai HATI, banyakkan bersabar ok!
bak kata my 'chenta hati', be rasional... setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya
.
.
.
.

dipendekkan cerita
baru dua hari pindah, dah nak kena pindah balik semula...
uwaaa, apa kes? 
mengertilah wahai hati bahawasanya SAYA sangat penat mengangkut barang2... uwaa... sape2 yang sudi tolong sangat2 dialu2kan...nanti Kasih belanja makan, NAK?hehehe...






Untung kan kalau dpt 'husband' yg pandai masak..(",)

9


Satu anugerah kan kalau dapat seorang suami yang sangat penyayang, tambah pulak dengan xtra kelebihan yang ada dalam dirinye iaitu pandai memasak...hehehe...isu kali ni Kasih tak refer pada sesiapa ye... cuma ini semua adalah bayangan dalam diri Kasih sekarang ni... hehehehe


kenapa Kasih berkata sedemikian?
ye la, sekarang ni bab masak memasak bukannye tugas orang perempuan sahaja
kalau zaman mak2 kita dulu2 boleh la diperkatakan sebegitu sebab kebanyakan kaum wanita tidak bekerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa... Masa dirumah memang dihabiskan dengan melakukan kerja2 rumah seperti menjaga anak, mengemas rumah dan yang paling utama menyediakan makanan yang lazat2 untuk suami dan anak2 tercinta.. hehehe.. suami penat2 balik kerja, makanan dah pun siap terhidang kat atas meja, tunggu masa tuk disuap masuk dalam  mulut je.. (",)

tapi sekarang zaman dah berubah... kebanyakkan wanita sudah berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan tinggi dalam apa jua bentuk pekerjaan sekalipon... mana mungkin masa yang ada 100% difokuskan untuk kerja2 rumah.. sebab tu la orang kita sekarang gemor amik 'maid' untuk tolong2 buat kerja rumah... tapi bagi Kasih selagi mampu lakukan sendiri, better tak yah kot amik maid tu... selain buang duit untuk gaji diorang, takut pulak masalah2 lain yang timbul...malas la Kasih nak berceloteh panjang lebar apa masalahnye tu, korang semua pon sure dah tahu kan! hehehe...

masa camni ni la baru terasa untungnye bila dapat pasangan yang pandai memasak... kalau si isteri tak sempat nak masak or dah tak larat nak masak sebab penat sangat, maka si suami boleh amik alih tugas2 tu... tapi elakkan amalkan selalu ye.. nanti si suami tarik muka masam.. takut merajuk la pulak...  bile time hujung minggu,  si suami  boleh masuk dapur sama2 tolong isteri masak2..  si suami boleh masakkan makanan  kesukaan  si isteri, si isteri pulak masakkan makanan si suami... wah romantiknye bilamana bercinta di dapur.. hehehehe...

tapi, dalam pada masa yang sama, ada jugak beberapa keburukan yang sempat Kasih kenalpasti bila si suami pandai masak.. huhuhu...nak tahu tak apa dier? ok, Kasih listkan kat bawah ye :
1) kalau si suami ni lebih pandai memasak berbanding si isteri, nanti banyak pulak komplennye..huhuhu..terlebih masin la, terlebih kicap la..huhuhu
2)  bila dah ada anak nanti, bagitau diorang yang semua makanan yang sedap tu adalah dimasak oleh mama, yang tak sedap tu papa diorang yang masak.. kalau diorang tahu papa diorang lagi pandai masak berbanding mama diorang, nanti diorang dah tak nak makan makanan yang mama diorang masak..huhu..kecik hati kaum perempuan.. kaum lelaki jiwa dier lebih tegar dari kaum perempuan, so diorang takkan terguris dengan kata2 si anak tu..hehehehehe...

tu je la kot...hehehehe...ok la, sori ea kepada sesiapa yang kurang bersetuju dengan pendapat Kasih ni.. sape la Kasih kan untuk beri pendapat sebegini.. kahwin pon belum, mana la tahu situasi sebenarnye nanti kan... tapi ni semua adalah pemerhatian Kasih terhadap family kakak2 dan abang2 Kasih..



nota kaki : nak mintak ampun awal2 andai tersilap bicara...hehehehe...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)