Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Kisah di hari raya...

1

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Masih belum terlambat kot untuk tuan rumah ucapkan selamat hari raya... raya kan sebulan... al-maklumlah, tuan rumah tengah berpantang, tak sempat nak update blog ucap selamat.. huhu.. bercerita pasal raya ni, sure masih ramai dalam mood raya lagi kan...
.
.

Tahun ni KS dan suami beraya di JB bersama keluarga mertua. Tahun ni KS tak beraya sangat la sebab beraya dalam pantang.. so, takde lemang, takde ketupat, takde lodeh, nasi dagang + ketupat palas jauh sekali la kan... bukannya raya kat Trg... Walaupun menahan perasaan tengok je orang lain makan sedap2 di hari raya, tapi tak kesah la.. lepas habis pantang nanti nak qada' semua sekali... boleh gitu?
.
.

Di kala orang lain berketawa ria, nun di sudut hati sedikit sayu + sedih terasa... bukannya tak gembira beraya bersama keluarga mertua, tapi bila mengenangkan mak di kampung yang teringin sangat2 nak tengok cucu baru, sebak rasa di hati... Belum berkesempatan lagi nak balik Trg since bersalin hari tu... Tunggu habis berpantang baru plan nak balik sana... Nasib baik, teknologi sekarang ni canggih... pagi2 raya kami dah berface-time untuk lepaskan rindu masing-masing.

[First Aidilfitri bersama si kecil]

Orang lain beraya, kita pun nak la beraya sama kan... Tengah2 berpantang pun sempat lagi 'mak' melaram.. hahahaha... ada aku kesah?... ;p


 [Kami yang ceria - Family sebelah suami....]

Bergambar bersama famili haruslah wajib. Ye, tahun ni kami bertemakan warna biru...
Tahun lepas MIL dan FIL dapat dua menantu, tahun ni dapat dua cucu...
Alhamdulillah... semakin berkembang famili En Khalil dan Pn Aisah..
.
.
.
.

[Three of us - Happy family]

First gambar kami bertiga... Tahun lepas beraya berdua, tahun ni beraya bertiga... hihihi... Jangan tak tahu, si kecik tu pun ada baju raya jugak tau... Walaupun time tu usia Damia baru 17 hari... siap pakai baju kurung lagi.. Biarlah gedabak pun, tak kena dengan saiz, tapi melaram adalah wajib macam mak dia jugak.. hihihi... Baju raya si kecik tu hubby sempat belikan malam raya kat pasar borong. Harga seploh hinggit.. hahaha...
.
.
.

 Ok la.. itu la serba sedikit cerita raya kami pada tahun ni.. Sekian... (",)







sesi bergambar bersama bebudak lab...

3

baru dua hari balik Trg.. rindu pulak kat bebudak satu lab (Sharif, Zul dan Rezza)..rindu dengan gelak ketawa serta gurau senda diorang. walaupun mereka-mereka tu berpangkat junior, tapi senior diorang ni selalu kena buli dek diorang... ooo mentang2 la senior kamu ni lemah lembut orangnya (ececeh..betul ke?), suka2 hati kamu je buli ye...dah dekat2 nak raya ni baru la sibuk nak mintak maaf...hehehe... tapi jangan risau ye adik2 sekalian, kakakmu yang tersangatlah baik hati ni tak pernah pun simpan dalam hati...sempena bulan baik, hari pun baik, akak dah lama maafkan segala salah dan silap korang semua...

sesi bersalam-salaman di antara satu sama lain (time ketua projek takde..hehehe)
.
.
.
.

teringat pulak hari terakhir kitorang kat lab.. walaupun kerja banyak sedang menunggu untuk dibereskan, tapi masing2 dah xde mood nak buat kerja.. sebabnya mode kerja masing2 sudah berubah kepada MODE RAYA..hehehehe...konon bergambar sebab nak buat kad hari raya. tapi sampai sekarang kad raya tak siap2..hahahaha...xpe la, simpan je la gambar2 tu untuk letak kat kad raya tahun depan...hehehehe...



Selamat Hari Raya...

3

Alhamdulillah.. seminggu je lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pasti perantau -perantau sedang berkira-kira untuk pulang ke kampung halaman masing2 untuk menyambut hari raya bersama keluarga yang tersayang kan.. WAH! tak sabar rasanya nak balik kampung...yeaahaa...


Di kesempatan ini, Kasih ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger di luar sana. Maaf andai ada yang tersilap atau terlanjur bicara. Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung, bawak kereta hati2 tau... biar lambat asalkan selamat. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)