Showing posts with label Damia. Show all posts

Kembali bersiaran

0

Kembali bersiaran setelah sekian lama tinggalkan dunia blogging. Ni pun update guna iphone je. Sambil layan si kecik ni main. Entah bila la si kecik ni nak tidur. Dua tiga hari ni asyik tidur lambat je. Siang hari pun tidur kejap2 je. Banyak main. Penat nak layan.. Huhu.... Ingatkan bila dah banyak main waktu siang, badan dah penat, malam tidur la awal. Tapi tak gak. Masih aktif bergolek sana, bergolek sini.

Tadi siang, kerja si kecik ni asyik nak masuk bawah meja, masuk bawah kerusi. Bila tersangkut mula la nak menangis. Pandai pulak mintak tolong. Bila kita dah keluarkan, sibuk nak masuk semula. Anak.. Anak.. Macam2 karenah.

Bila dah bosan main kat dalam rumah, ajak main kat luar rumah pulak. Bila tangan tergawang-gawang mintak dukung tu, takde lain dah. Ajak main kat luar atau ajak pergi jalan2 naik kereta.





Berbaju kelawar

0

Balik Terengganu masa cuti CNY tempohari, berkesempatan la jalan2 kat Kedai Payang. Mak aih, manusia time tu tok soh cerita la, sesak.. Nak mencelah pun tak ada ruang. Dengan kelek anak lagi, cuacanya yang sangat panas, niat nak shopping2 terus hilang. Jalan laju2, setelkan barang pesanan orang je. Untuk diri sendiri langsung tak ada. Sesi pilih memilih pun tak sanggup nak ambil masa yang lama. Asal hati dah berkenan, terus bayar dan terus cau cin cau. Dalam celah-mencelah, mata ni pandang2 juga baju kelawar untuk kanak2 yang banyak betul tergantung kat kedai-kedai dalam tu. Hajat dihati boleh la belikan sehelai dua untuk Damia. Tapi nak mencelah punya la susah dicelahan manusia2 yang rancak dengan sesi tawar-menawar, terus batalkan niat dihati. Bunyi pada slang, semua yang shopping2 tu semuanya orang luar. Cuti sekolah la katakan. Tak sanggup nak bersesak-sesak lama2 kat situ, terus ajak suami turun bawah untuk beli keropok keping. Ada rezeki lain kali, boleh la belikan baju kelawar untuk Damia bila balik Terengganu nanti.

Alih-alih, bila balik Johor, Damia dapat buah tangan (baju kelawar) dari mak ngahnya yang kebetulan balik bercuti ke Kelantan. Mmm, memang rezeki Damia dapat pakai baju kelawar. Apa lagi, melaram la si kenit tu dengan baju kelawar malam tu. (",) Muat-muat je pulak tu.. Maybe sebab Damia ni tinggi orangnya, so memang ngam-ngam je labuhnya. Terima kasih ye Mak Ngah...

.
.
.
.

TARA...
"Comel tak saya?"

Tak leh duduk diam.. sibuk nak mencapai barang..

 Dapat tudung botol pun jadi la..
 
Kemain lagi senyum.. Hepi la gamoknya tu...




Damia nak dapat adik ke?

0

Kasi tajuk gempak gitu.. hahahaha..

Gambar tak berapa nak baru. Beberapa bulan yang lepas, sebelum Damia boleh meniarap lagi. Dah lama tak update blog, banyak entri selamat tersimpan sebagai DRAFT je. Ini adalah salah satu entri draft bersama entri2 yang lain yang ketandusan idea di tengah-tengah jalan. Hihihi..

Tengok pada gambar kat atas tu, kalau orang2 tua tengok, sure diorang cakap Damia nak dapat adik. Bukan orang tua je yang selalu berpandangan macam tu, orang muda pun ada. Tapi sebenarnya, memasukkan kaki ke dalam mulut dikalangan baby adalah perkara normal. Perbuatan sebegitu sebenarnya merupakan salah satu perkembangan normal bagi seorang bayi. Sampai satu peringkat, bayi akan mengangkat kakinya dan akan menariknya ke arah mulut.

So, begitulah al-kisahnya. Persoalan Damia nak dapat adik tu, biarlah mama Damia habis belajar dulu. Baru lah boleh fikir pasal adik untuk Damia.. hihihi.. Tapi kalau rezeki Allah nak kasi, hati ini terima seadanya. Tapi kalau boleh biarlah dulu. Yang sorang ni pun tak larat nak handle.. huhuhu...






Damia dah pandai meniarap.. yippie..

0


[Gambar pertama Damia meniarap]

Umur 4 bulan 27 hari, Damia dah boleh meniarap. Kejadian tu berlaku time kami tengah makan malam. Sementara kitorang makan, so baringkan Damia kat atas toto depan tv. Biarkan dia main sorang-sorang dengan toys dia. Tengah2 makan, "Eh bang, anak kita dah berjaya meniarap la.." --> nada excited. Tak perasan langsung bila masa dia meniarap. Tak percaya punya pasal, pergi balikkan semula badannya semata-mata nak tengok dia meniarap semula. Hahahaha... Mamanya yang excited lebih. Ye la kan, sebelum ni dia berusaha keras nak membalikkan badannya, dah hampir2 berjaya, tapi sebab berat bontot agaknya. Alhamdulillah, gembira bila Damia dah pandai meniarap. Tak sabar nak tunggu dia achieve another milestone pulak iaitu merangkak. 


Sejak2 dah pandai meniarap ni, pantang letak je sure nak meniarap je.. Tengah tidur pun boleh meniarap.. Adoii... bahaya betul la.. Risau juga kalau2 dia tak boleh bernafas bila muka dah tersembam atas tilam. Memang nak kena selalu jengah time dia tidur. Nasib baik dah tak tidur buai, lagi bahaya kalau2 dia tiba2 meniarap dalam buai.. Mintak2 dijauhkan.



Sekarang ni, Damia dalam usaha nak angkatkan bontot dan badan bila meniarap. Tak lama lagi dah boleh mengengsot ke depan ke belakang la kot. Bila dah pandai mengengsot, nampak gayanya kami2 ni dah tak boleh tidur atas katil la nampaknya. Hihihi.. Terpaksa la bentangkan toto tidur depan tv malam2. Hihihi..

Mmm, usia dah 5 bulan, bulan depan dah boleh start makan. Mamanya yang excited lebih. Tak sabar nak masak2 untuk dak kecik nih! Hihihi...











Hari ke-4 Damia di Taska

0

Hari ni merupakan hari yang ke-4 Damia di taska. 
Rasa-rasanya sekarang Damia dah dapat membiasakan diri di taska tu.
Pagi tadi pun sebelum nak hantar ke taska Damia tidur, tapi bila angkat bawak masuk ke dalam kereta dia tersedar la pulak. Tak berkelip mata memandang aku. Macam tahu-tahu je kejap lagi nak kena tinggal. huhuhu... Ok, aku tak menangis k walaupun setiap kali hantar anak ke taska hati sedikit sebak bila kaki melangkah keluar dari taska. Bak kata suami aku, anak elok2 je tak menangis kena tinggal kat taska, maknya yang feeling lebih. huhuhu..


Aku rasa tindakan aku dan suami buat keputusan untuk menghantar anak ke taska adalah tindakan yang bijak selain memudahkan kami untuk lebih fokus dalam kerja-kerja research. Kalau tak, tak bergerak-gerak progress research kitorang!

Aku ingat lagi hari first hantar Damia ke taska. Kononnya, aku ingat Damia akan menangis bila sedar ketiadaan aku disampingnya sepanjang kat taska tu. Tapi sebaliknya berlaku. Dia langsung tak menangis. Huh, buat penat hati aku je runsing lelebih. Tapi memang aku kagum sangat2, macam mana Damia boleh bertukar menjadi seorang yang sangat independent di tempat yang baru. Macam mana dia boleh adapt dengan persekitaran yang baru dalam masa yang sangat singkat. Langsung tak menangis, cuma menangis bila nak tidur sahaja! Aku ingat lagi pada 27/11/12 tempohari. Pada hari tu, aku ada seminar di fakuti. Ikutkan aku kena attend selama 3 hari sepanjang seminar berlangsung. Tapi bila memikirkan yang Damia langsung tak boleh tinggal even dengan ayahnya sendiri, so aku decide untuk datang pada hari dan waktu aku kena present sahaja. Aku adalah presenter yang kedua, so pukul 2 petang aku dah sampai kat fakulti. Pukul 2.20 aku start present, pukul 3 dah siap. Terus sms suami tanya keadaan Damia. Seperti yang disangka, Damia menangis tak berhenti-henti. Terus aku suruh suami datang ambil aku kat fakulti. Nasib baik kawan suami ada sekali dapatlah dia tolong drive kereta, kalau tak tak terhandle suami, mana nak drive, mana nak tenangkan anak. Tapi masa aku melangkah menuju ke kereta, dari jauh aku dah dengar tangisan Damia. Aku dukung je Damia, terus dia stop menangis. Huh, magik! Sepanjang-panjang tu, dia menangis sebab dia nakkan aku rupanya.. Kesian sangat2 bila ingatkan kejadian tu. Padahal aku cuma tinggalkan dia lebih kurang 2 jam sahaja.

Tu yang membuatkan aku tersangatlah pelik bin ajaib bila dapat tahu yang Damia tak menangis sepanjang kat taska. Magik betul.. tapi alhamdulillah.. kalau tak aku jugak yang tak senang duduk nanti. Banyak perubahan yang aku perhatikan sejak hari pertama Damia di hantar ke taska. Kalau sebelum ni langsung tak boleh letak dia kat bawah. Paling lama dia cuma boleh bertahan main sorang-sorang kat bawah adalah lebih kurang 5 minit sahaja. Lepas tu sure menangis mintak didukung. Satu lagi keajaiban berlaku, sekarang ni Damia dah boleh duduk2 dan main2 sorang2 kat bawah sampai dia bosan. Sampaikan aku dan suami tak percaya dengan perubahan tu. Betul ke anak kita ni bang? huhu... Dalam masa 1 hari sahaja Damia boleh berubah menjadi seorang yang sangat2 la behave.

 

Satu lagi perubahan besar yang berlaku adalah Damia dah boleh terima minum susu pakai botol. Sangat ajaib! Sebelum ni kemain lagi tolak mentah2.. tapi bila Kak Rozi, pengasuh Damia kasi minum susu, minum je tanpa banyak songehnya. Kemain lagi kitorang siap bawak semua puting2 yang direject oleh Damia sebelum ni ke taska. Siap belikan picagari lagi in case Damia langsung tak nak minum pakai botol. Tapi lain pulak jadinya, sangkaan kami semuanya meleset. Nampaknya dia minum dengan jayanya tanpa ada sebarang unsur paksaan.


Begitulah kisah si Damia di taska.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Susu minum, tak meragam, tidur pun tak perlu berbuai. Kat rumah pun dah tak pakai buai langsung. Lebur duit ayah belikan buai eletrik untuk Damia. Tapi sempat la pakai dua tiga kali sebelum ni. Ni la namanya pelaburan, anak ni macam2 ragamnya. Lain masa lain ragamnya..huhuhu..




 

12.12.12 - Terlakar sejarah

0

Currently mode: Rindu si anak... huhu... *sambil lap air mata*

Hari ni adalah first day Damia di hantar ke taska. Plan asal nak hantar isnin haritu, tapi tetiba dia demam pulak. Cancelled. Telefon owner taska cakap tak jadi hantar, hari rabu baru hantar. Akak tu OK je, cuma perlukan confirmation sebab ada orang lain nak hantar baby kat taska tu jugak. Damia ni last quota untuk baby. Kat taska tu hanya ambil 3 orang baby sahaja. Syukur alhamdulillah, nasib baik kami cepat, kalau tak nak kena cari taska lain pulak.

Barang2 Damia, aku dah siapkan malam tadi lagi. Pagi tadi cuma angkut masuk kereta je. Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayunya hati nak berpisah dengan anak. Ye la kan, sejak Damia lahir sehingga ke hari ini (4 bulan 10 hari), aku dengan Damia tak pernah lagi berpisah. Damia pulak dah mula kenal orang, tambah pulak memang asyik nak berkepit dengan aku je 24 jam. 

Saat kaki melangkah keluar meninggalkan taska pagi tadi, air mata mula menitis. Huhuhu... Macam2 bermain dalam fikiran. Menangis tak dia nanti bila dia sedar aku tiada di sampingnya? Susu nanti dia minum tak? Dah la sebelum ni Damia memang totally reject botol susu. Nak df je memanjang... Boleh ke dia menyesuaikan diri dengan tempat baru dia nanti? Sabar tak akak tu nak melayan Damia kalau dia menangis nanti? Sarat... Berat... Sakit kepala memikirkannya.. Sambil makan mee soto sambil lap air mata. Last2 tak habis pun makan mee hoon soto tu.. pahit je rasa tekak ni menelannya. Suami hanya mampu menggosok lembut belakang isterinya. Sabar... kena berkorban untuk kebaikan bersama. BAIKLAH!

Hantar pukul 9, pukul 12 aku dah sibuk nak tanya khabar Damia. Terus call Kak Rozi. Semasa aku call, Damia tengah tidur. *Fuhh lega...*  Soalan pertama yang terpacul di mulut ini. Dia minum susu tak kak? Minum.*Alhamdulillah*. Banyak tak kak? Habis la satu botol yang kecik tu... Akak kasi puting yang kuning tu. *Owh, ok.. dia minum 2oz.  Puting NUK jugak yang dia terima*. Dia menangis tak kak? Tadi menangis juga, tapi sekarang tengah tidur. Kasi dia makan ubat tak kak? Kasi, dua2 ubat akak kasi..ubat demam dan ubat batuk. Badan dia macam panas sikit, tu yang akak bagi jugak ubat demam. Owh ok... Dalam hati sedikit lega sebab Damia nak tak nak dia minum jugak susu pakai botol. 

Memang sifat mak2 memang sensitif ek bab2 nak berpisah dengan anak ni. Padahal taskanya selang 2 3 lorong je dari rumah. Keluar dari rumah pun dah boleh nampak. Mmm harap2 Damia boleh menyesuaikan diri kat tempat baru. Semoga Allah lindungi dan pelihara anakku.









Damia - 4 bulan

0

Sudah agak lama menyepikan diri dalam dunia blogging ni. Ada yang rindu tak? Hehehe.. perasan betul, macam la ada orang kesah kan! Actually, tuan rumah bizi.. bukan bizi buat kerja2 research pun tapi bizi melayan anak. Si Damia ni asyik nak berkepit je kerjanya.. siang hari tidurnya kejap2 je.. cukup setengah jam, sure bangun punya.. Mana la sempat nak mengadap blog ni... Masa dia tidur, masa tu la terkejar2 mana nak masak, mana nak basuh baju, mana nak sidai baju, mana nak kemas rumah.. yeah! I'm really a super duper busy mom!!!

Perkembangan terbaru Damia selama 4 bulan ni, dia dah pandai pusing2kan badannya dan dah pandai mengiring, cuma masih belum ke tahap meniarap. Berat bontot agaknya..hehehehe.. Dan yang paling ketara, dia dah kenal orang... Kalau orang lain nak dukung dia, mula la tak senang bontot. Sekejap je baiknya, lepas tu sure menangis panggil mamanya. Even dengan tok dan neneknya sendiri pun susah nak dipegang. Kalau moodnya baik, mmmm lama la sikit bertahannya, kalau tak..... meraung la jawabnya! Yang ajaibnya, tengah2 meraung tu, aku pegang je terus diam.. magic betul kan.. Cam tahu2 je mamanya dah datang menyelamatkan keadaan. Sama juga keadaannya kalau baringkan dia kat bawah. Kalau aku ada duduk sekali dengan dia, baik je pusing2 landing2 kat bawah tu, bila aku bangun je dari tempat dia, sure menangis after tu... adoi la.. tak leh tinggal langsung! Camne nak duduk dengan pengasuh ni?

 Ini muka versi mengada minta simpati.
Bab buat muka comel memang pandai betul... Tengah2 nak marah, terus tak jadi nak marah. Honestly, kadang2 aku marah2 jugak pada si kecik ni..  Nak2 kalau time dia nak tidur, dah mengantuk sangat tapi tak nak tidur. Mula la nak mengamuk... Bila aku marah2, mula la mencebik. Macam tahu2 je mamanya marah.. huhuhu.. tapi tak baik betul kan, budak 4 bulan belum tahu apa2 dah kena marah.. hahaha... tapi betul la, bukan senang nak jaga anak ni, perlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Kalau hati kita ikhlas insyaallah semuanya akan dipermudahkan. Tak dapat bayangkan ibu2 kat luar sana yang mempunyai anak kembar.. Sorang menangis, sure yang lagi seorang pun menangis sama. Ni sorang je yang menangis pun dah cukup mengharu-birukan keadaan. huhu...

 Sekarang musim cuti sekolah, kat rumah ni sedikit ceria dengan kehadiran tok nyang, tok ayah, nenek dan mak sedara serta ayah saudara Damia. Ah, pendek kata famili MIL datang stay kat rumah kitorang. So, dalam seminggu ni ceria dan meriah la sikit rumah kami ni. Kalau tak, sunyi je rasanya duduk bertiga je.. At least, dengan kedatangan diorang sekeluarga dapat la Damia kenal lebih rapat nenek dan tok ayahnya. Ye la kan, kami pun takde la kerap sangat balik ke rumah MIL. Tu pun kadang2 hujung minggu ada la menjengah ke sana sekali sekala.

Dalam tempoh seminggu ni juga, nampaknya kerja2 memasak MIL banyak ambil alih. Huhuhu.. Kesian la pulak rasa. Datang sebagai tetamu, tapi kena buat kerja2 rumah. huhuhu... Tuan rumah tak menang tangan. Bukan tuan rumah tak nak masak. Kalau nak tunggu tuan rumah masak, alamaknya kebulur dulu la.. hehehe.. Ye la kan, malam asyik berjaga, pagi sure la asyik terlajak sampai ke pagi. Kalau nak tunggu tuan rumah bangun, FIL tak sempat makan la sebelum pergi kerja. Sebenarnya, dalam hati ni ralat juga biarkan MIL buat kerja tu semua. Tambah pulak bila buka je mata, tengok semuanya dah terhidang. Tunggu untuk dimakan je.. Mudah-mudahan, MIL faham keadaan menantunya ni. Tambah pulak 2 3 hari ni demam. Damia pun baru sembuh dari demam. Bila Damia demam faham2 je la.. lagi la perlu berikan perhatian lebih pada dia.. Asyik merengek je...


First time Damia demam, kelam kabut jugak ayah dan mamanya dibuatnya. Memang salah kitorang jugak sebab lambat kasi ubat lepas cucuk hari tu. Jumaat lepas, Damia kena cucuk vaksin tambahan Pneumococcal kat Hospital Columbia Asia, Nusajaya. Sebelum ni bila cucuk bulanan, balik je rumah terus kami kasi ubat demam. Memang tak pernah kena demam la.. Sekali, cucuk kali ni demam la pulak.. Tak tidur malam dibuatnya. Orang2 tua cakap, budak kalau demam ni nak pandai.. Biasanya after dah sembuh demam, sure ada sesuatu yang baru dipelajarinya. Contohnya,nak meniarap ke, nak merangkak ke.. Sejauh mana kebenarannya, Waallahua'lam...









Semakin hari semakin comel + tembam

1


Sejak2 ada anak ni, kalau boleh nak update blog pasal anak tetiap hari je.. hehehe.. Tiap2 hari mesti ada je gambar anak yang dicapture, sampaikan space dalam handphone dah penuh! Sabar je la..
.
.
Entry kali ni adalah entri ringkas ye!
Just nak 'tepek' gambar Damia je.. saja nak abadikan wajah2 comel + montelnya hari demi hari. Kepada yang kurang selesa atau bosan dengan entri ni, sila la tekan tetikus anda laju2 pada ruangan pangkah diruang atas sebelah kanan ye.. ;p

 

 

 

Dear Damia,
Mama always love you.. ever and ever



Damia 3 bulan

1


Hari ni 2/11, maka genap usia Damia 3 bulan. Begitu pantas masa berjalan. 


 Sehingga ke hari ini, Damia sudah pandai membalas senyuman dengan sesiapa yang bercakap-cakap dengannya. Dan mulut comelnya juga semakin rancak ajak orang berbual.. kadang2 penat nak melayannya berbual time tengah2 malam. Masih suka berjaga pada waktu malam tapi suka sangat tidur di siang hari. Yang part ni memang betul2 menguji kesabaran... huhuhu.. tak tahan mata bonda dan ayahandanya nak stay-up malam2 layan si Damia bersembang. Kadang-kadang biarkan je dia membebel sensorang, bila takde orang nak layan mula la menangis.. aduhai, anak...

Perkembangan lain?
Mmm.. Damia dah pandai pegang mainannya tapi masih belum pandai ambil sendiri.. hihihi.. Damia juga suka sangat hisap tangan diwaktu santainya.. habis basah tangan, air liur asyik meleleh je.. kerja bondanya asyik nak lapkan mulut comelnya tu je.. Mmm... 5/11 nanti Damia ada appointment untuk dapatkan suntikan 3 bulan. Harap2 Damia kuat..



Blog untuk Damia

4

Entri ringkas untuk malam ini.
Just nak bagitahu yang Damia sudah ada blognya sendiri.
Sila klik gambar untuk ke blog Damia.


Tujuan blog Damia dibangunkan adalah untuk mengabadikan setiap perkembangan Damia dari sehari ke sehari. Bila Damia dah besar nanti, dia boleh baca dan tahu kisah perjalanan hidupnya sejak dia dilahirkan ke muka bumi ini.
.
.
.
Sekian... kepada yang sudi, sila la singgah ke sana ye! (",)


Damia - 2 months old

6

Alhamdulillah...
Pejam celik pejam celik dah 2 bulan dah usia Damia.
Semakin hari semakin montel dan comel
Rambut pun semakin hari semakin tumbuh, cuma rambut kat bahagian belakang kepala tu yang tak berapa nak tumbuh... mungkin sebab dia selalu baring, so pertumbuhan rambut tu sedikit terganggu la kot.. ada jugak yang kata sebab 'cukur bantal' ataupun 'makkang batta - slang Trg'.


Perkembangan terkini... Damia dah pandai senyum... kadang2 bila kita 'agah' atau ajak bercakap, dah ada respon sikit2.. walaupun pada hakikatnya dia belum nampak sepenuhnya. Yang pastinya dia dah boleh kenal suara mama dan ayahnya. Dulu time dalam pantang, Damia bila mandi sure menangis... tak boleh sejuk dan takut air... Tapi sekarang bila mandi dah boleh ketawa, siap membebel sensorang.. Kakinya pun bukan main suka lagi tendang2 air... mmm satu lagi perkembangan positif si kecik Damia.. (",)
 

Semalam pergi Klinik Kesihatan untuk dapatkan suntikan 2 bulan... Bila time cucuk tu, nak kata menangis tu bukan menangis kot... Cuma dia menjerit dalam volume suara yang agak nyaring dan sedikit panjang, ada la dalam 5 harakat..hehehe... tapi takde la melarat... still under control... hihihi... Mula2 dapat injection tu, hati sedikit risau la, takut effect demam lepas tu... Tapi alhamdulillah, sampai sekarang masih dalam kawalan lagi... Tapi kena selalu ambil bacaan suhu sebagai langkah berjaga-jaga. Cuma malam tadi Damia sedikit meragam... Pukul 3 lebih baru tidur... Menangis dan meragam semacam walaupun mata mengantuk nak tidur. Tapi rasanya bukan sebab effect inject tapi sebab kembung perut... huhuhu... Salahkan mama Damia sebab makan terung sambal semalam.. huhu... memang agak pedas terung sambal tu (masakan sendiri padahal). Ingatkan tak effect apa-apa pada baby, tu yang berani makan pedas tu for the first time since waktu pantang lagi. Maafkan mama ye Damia.. sebab maknya makan macam-macam, effectnya dapat pada baby.. huhuhu... Peringatan untuk diri sendiri, lepas ni jangan main hentam je nak makan pape! Haipp!!!



 

Our new bundle of joy....

1

Hari yang ke-35 baru berpeluang on lappy.. huhuhu... tinggal lagi 9 hari untuk habis berpantang.. dah tak sabar sangat2 dah rasanya... dah tak sabar nak keluar jenjalan sebenarnya.. hehehe.. asyik duduk terperap kat dalam rumah tak tengok dunia luar, tersangatlah bosan yang amat... tipu la kalau nak kata sepanjang berpantang ni tak keluar mana-mana kan... ala, keluar pun just pergi hospital/klinik je... T______T
.
.

Alhamdulillah.... 
Mungkin ramai yang sudah tahu yang KS sudahpun selamat melahirkan puteri sulung pada 2 Ogos 2012 tempohari di Hospital Columbia Asia, Nusajaya. Syukur padaMu Ya Allah kerana memberi rezeki yang paling bermakna kepadaku dan suami.... Hadiah bermakna sempena keberkatan bulan Ramadhan. Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata di saat menatap wajah si kecil yang KS kandung selama 9 bulan. Syukur atas rezeki yang diberikan... Walaupun semasa menanti proses kelahiran, bermacam-macam perasaan bermain-main di fikiran... Sempurnakah anak yang bakal aku lahirkan nanti. Selamatkah aku dan anak aku semasa bersalin nanti.  SubhanaAllah, Allah Maha Besar... Syukur Ya Allah kerana anugerah yang sangat bermakna ini.
 
 Fresh from the oven - Damia Hanani binti Fakhrul Anwar
.
.
.

Cepat betul masa berlalu, rasanya baru semalam terdengar tangisan si kecil di dalam bilik pembedahan. Pejam celik pejam celik, hari ini Damia sudahpun berusia 35 hari. Perasaan menjadi seorang ibu tersangatlah seronok, walaupun pada hakikatnya badan penat, tidur tak cukup, malam berjaga.. tapi itu semua lumrah bagi yang beranak kecil.. Tapi tak mengapalah kan, tak nak mengeluh... huhuhu... Walaupun badan penat + mata mengantuk, tapi hati tenang dan happy bila menatap wajah si comel... hihihihi...

 Damia - Umur sebulan
.
.
.

 Seronok tengok perkembangan Damia sehari ke sehari.
Semakin hari semakin tembam... Mahunya tak, asyik menyusu je kerjanya... hehehehehe...
Semoga cepat membesar dengan sihat ye sayang!


 Gambar terkini Damia - 35 hari





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)