Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Cucur Tauhu dan Cendawan

Tapi ini vers cucur tauhu tanpa cendawan. Resipi amik dari belakang botol serbuk pati ayam knorr.


Bahan-bahan:
  • 2 sudu kecil pati ayam knorr
  • 4 keping tauhu putih dilenyek
  • 1 biji telur dipukul
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil lada putih
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 5 ulas bawang kecil dihiris
  • 100g cendawan butang dihiris ( xbuh pong.. xde stok)
  • 1/2 btg lobak merah dihiris halus
  • 5 batang kucai dipotong sepanjang 2cm. ( ganti dgn daun bwg + sup)
Cara-cara:
  1. Masukkan tauhu, telur, serbuk pati ayam dan bahan-bahan perasa di dlm mangkuk
  2. Masukkan tepung jagung dan gaul rata
  3. masukkan bwg kecil, cendawan butang, lobak merah dan kucai. 
  4. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana besar. Goreng campuran sebesar 1 sudu kecil sehingga perang keemasan. Tos dan hidangkan dengan sos cili..
Sebut pasal tauhu ni lupa makcik nak jwb pertanyaan hana kat cbox sebelah tu..

hana: rindu tak kak ngan tauhu n tofu jepong? sedap kan kan kan... hihihi...
uih hana mmg windu bangat.. tauhu kat sana paling best setakat yg pernah dimkn. Susah nak cari yg sama cam kat sana. Teringat pulak jaman awal2 pi jepong dulu tu.. masa tu xde lagi myr.. so akak kongsi satu resipi yg guna tofu ni kat salah satu forum kat net.. resepi AIR LAICI DGN TAUHU. Tauhu yg kat sana yg putih lembut tu kan sedap.. potong kecik-kecik, pehtu campur dgn air laici dgn buahnya sekali. Buh pulak ais.. minum pulak time panaskan best.. Rasa tauhu tu macam taufufa yg belum diletak air gula lagi tu..

Pehtukan adalah sorang kakak ni yg tertarik dgn resipi tu.. terus dia cuba. Ahakkk apa hasilnya.. marah dia sbb katanya tak sedap langsung. Bau tauhu yg dia guna tu semacam je.. terpaksa dia buang air laicinya tu.. hahaha kesian dia.. Baru akak tahu yg rasa tauhu tu tak sama rupanya dgn yg akak guna kat jepong tu.

Sunday, December 26, 2010

Taufu Crispy

Taufu goreng try and error. Nama tu main hentam buh sendiri. Kalau ada org lain dah goreng taufu macam ni dan buh nama lain.. harap maaflah yer.. ehehe

Bagi penggemar taufu bolehlah try resipi ni.. kena dengan selera my family. Rasanya sedap. Rangup di luar, lembut di dalam.


Bahan-bahan:-
  • 1 pek japanese pressed tofu
  • 1/2 - 1 cawan breadcrumbs
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam/ cheese powder
  • 1 biji telur
Cara-cara:
  1. Lapkan tofu dengan kitchen paper atau boleh letak kat dlm penyejat. Kalo guna penyejat, biarkan tofu tu kat dlm penyejat dlm 15-20 minit. Biar air kat dlm tofu tu keluar sket..
  2. Pehtu potong tofu kecil-kecil dlm bentuk kiub.
  3. Masukkan breadcrumbs dan serbuk pati ayam ke dlm plastik beg yg bersih. Goncangkan biar bercampur rata.
  4. Celup tofu ke dalam telur. Kemudian masukkan ke dalam plastic bag yg ada breadcrumbs tadi. 
  5. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
  6. Bolehlah dihidang panas-panas

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails