Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Fettuccine Paprik

Adaptasi resepi dari buku resepi San Remo.


Fettuccine Paprik

Bahan-bahan:
  • 250g fettuccine ( masak mengikut arahan pd peket)
  • 400g isi ayam
  • 1 btg lobak merah - Potong kecil panjang2.
  • 100g kacang panjang ( tak letak pun.. takde stok)
  • 1 biji bawang besar & 3 ulas bwg putih-kisar halus
  • 2 btg serai-diketuk
  • 4-5 biji cili padi-diketuk
  • 2-3 helai daun limau purut
  • daun bawang sebagai hiasan

utk sos(campur bersama) :
  • 10 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 cawan air

Cara-cara:
  1. Panaskan 4 sudu besar minyak masak di dalam kuali. Goreng serai, cili dan daun limau purut selama 1 minit. Tambahkan bawang yg dikisar, tumis sehingga wangi. Masukkan ayam dan lobak merah. Masak selama 2 minit.
  2. Masukkan campuran sos, masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan fettuccine, gaul sehingga rata.
  4. Rasakan garam dan gulanya.
  5. siap utk dihidang. Taburkan daun bawang sebelum menghidang

Saturday, February 26, 2011

Spaghetti Olio


Bahan-bahan:-
  • 250gm spaghetti (1/2 packet)
  • 3 ulas bawang putih - dihiris/mayang
  • 3 sudu besar olive oil (sy guna minyak jagung je.. olive oil xdela)
  • 3 biji cili kering - potong 1cm
  • 3 keping chicken meatloaf - potong kecil-kecil
  • 1 ketul kiub ayam
  • sedikit garam
  • serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara:
  1. Rebus spaghetti sehingga masak. Masukkan sedikit garam semasa merebusnya.
  2. Sambil itu sediakan sosnya. Panaskan minyak - tumis bawang putih dan cili kering sehingga bwg putih agak-agak perang. Masukkan pula meatloaf. Goreng sekejap dalam 2-3 minit.
  3. Masukkan kiub ayam dan 3-4 sudu besar air dari rebusan spaghetti.
  4. Masukkan pula spaghetti yg telah ditoskan. Kacau.
  5. Tambahkan serbuk lada hitam.. rasakan garamnya. Kalau kurang masin bolehlah tambahkan sedikit garam.

    Tuesday, October 5, 2010

    Kepah spaghetti

    Bahan-bahan:-
    • 1/2 kg kepah
    • 300g spaghetti
    • 1 tin kecil tomato puree
    • 2 biji tomato - dikisar
    • 4 batang cili kering-dipotong pendek2 lebih kurang 3cm
    • 2-3 ulas bawang putih- dimayang
    • 1 sudu besar serbuk pati ayam
    • garam dan gula secukup rasa
    • sedikit minyak masak untuk menumis
    Cara-cara:-
    1. Rebus spaghetti mengikut arahan di peketnya.
    2. Untuk sosnya: Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan cili kering sehingga bawang putih mula kekuningan.
    3. Kemudian masukkan puri tomato dan juga buah tomato yang telah dikisar. Masak sehingga kuahnya agak pekat.
    4. Masukkan pula kepah yang telah dibersih dan ditoskan airnya. Kacau sekejap kemudian tutup kuali selama 2-3 minit atau sehingga kepah nampak terbuka kulitnya.
    5. Lepas itu masukkan spaghetti yg telah direbus tadi.
    6. Masukkan serbuk pati ayam,garam dan gula. Kacau  sekejap sehingga semuanya sekata tapi jangan terlalu lama. Kalau terlalu lama spaghetti akan menggembang. Ini akan menjejaskan rasanya.
    ** Tip: Gula perlu letak banyak sikit untuk seimbangkan rasa masam tomato.



    Latest Update .. ♥

    Related Posts with Thumbnails