Gi pasar semalam jumpa belimbing buluh. So beli ler seringgit utk buat sambal hitam pahang. Kali ni try rebus belimbing buh garam sikit sebab ikut kata kakakku yg kak lipis nun, belimbing hitam ni rasa masin. Sebelum ni pernah try resipi yang rebus belimbing tanpa garam.
Ini ler hasilnya selepas 40 minit direbus atas dapur gas dengan api kecik. Kalernya tak jadi hitam macam belimbing buluh yg Izah guna utk buat sambal ni.
Hasil skodeng rumah org Lipis yang kini duk kat Ampang nun, maka terhasil ler Sambal Hitam Pahang ni. Tapi sambal hitam makcik dah lain rupanya.. dah terlebih garing. Lain kali nak try buat yang versi lembut + garing pulak. Apapun sambal hitam ni best utk dijadikan penambah selera.
Ni kopipes resipi dari org Lipis nun.. minta izinnye..
by: izahdaut
Bahan-bahan:
- 1 mangkuk ikan bilis
- 1 biji bawang besar - hiris
- 10-15 biji cili padi *pedas ikut suke
- 6-7 asam belimbing rebus
- sikit kicap
- sikit gula
- sikit garam
- 3/4 cwn minyak masak *lebihkurang
- Tumbuk cili padi sehingga lumat menggunakan lesung batu.
- Kemudian masukkan pula asam belimbing dan lenyek2kan dengan lesung biar bercampur dengan cili.
- Masukkan pula ikan bilis dan tumbuk separuh hancur.
- Panaskan minyak.
- Tumiskan bawang, tak perlu tunggu bawang layu atau naik bau, terus aje masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama cili tadi.
- Goreng menggunakan api sederhana.
- Masukkan sedikit kicap, garam dan gula.
- Kacau lagi sehingga agak2 garing.
- Atau pun mengikut citarasa masing2. Sebab ada suke sambal ni rasa lembut2 je, tak suke garing. Ada juga suke sedikit garing tambah lembut2 sikit. Jaga2 jangan sampai hangit lak. Maklom sambal dah ler hitam kan. Hehee.
Ada ke org yg belum kenal rupa belimbing buluh,
ini ler rupanya..